Followers

Monday, January 11, 2010

Ikhlasni kerja hati, bukan lakonan

Saya mula bersekolah pada tahun 1974. Seingat saya inilah tahun pertama skim pinjaman buku teks diperkenalkan. Lega kebanyakan ibu bapa kerana tak perlu pening kepala nak beli buku teks.Masa tu nak cari duit bukannya mudah. Maklumlah negara baru nak membangun. Di sinilah lebihnya kerajaan kita ni. Dia tahu nak bangunkan manusia tak ada kaedah lain selain melalui pendidikan. Maka dipermudahkan rakyat mendapat pendidikan.

Semua orang tak kira bangsa mendapat peluang belajar yang sama rata. Hasilnya lahirlah ramai golongan kelas atasan dan menengah termasuklah yang sekarang ini merayau di serta tempat menyemai kebencian terhadap kerajaan. Macamlah mereka tu mencapai tahap sekarang hasil keupayaan sendiri semata mata. Hakikatnya kita di Malaysia ni dari dalam perut hinggalah ke liang lahat, kerajaan sentiasa beri perhatian.

Tapi bukan ini isu yang saya nak bincangkan di sini. Yang nak saya bangkitkan ialah betapa bersungguhnya kerajaan berusaha membina negara bangsa ni dari dahulu lagi.Konsep 1 Malaysia yang disuburkan semula oleh Perdana Menteri yang kita kasihi sebenarnya telah lama cuba diterapkan. Tapi oleh kerana ada petualang yang menabur benih benci di hati rakyat, maka terpaksa ianya di war warkan semula. Supaya rakyat jangan tersasar dari landasan yang dah elok dibina oleh datuk nenek kita dahulu.

Kita ingat balik buku buku yang dibekalkan kepada kita semasa kita bersekolah rendah dahulu. Siapa watak watak dalam hampir kesemua buku buku tersebut ? Ali, Abu, Raju, Kim Seng, Kumari , Ah Mooi dan ramai lagi. Semua watak ini digambarkan sebagai sahabat. Bersekolah,bermain dan melakukan pelbagai aktiviti secara bersama. Tak pernah watak watak ini digambarkan bertelagah sesama sendiri. Tak pernah.Apa maknanya? Maknanya kerajaan dari dahulu lagi cuba menanam nilai hidup bersama dalam jiwa rakyat sejak dari kanak kanak lagi.

Ini contoh klasik. Semua orang yang pernah bersekolah di Malaysia berpengalaman menempuhnya.Nuar Brahim sekolah di mana? Nga Kor Meng? Ngeh Kor Ham? Nizar? Kalau semua sekolah di Malaysia, akuilah kerajaan sentiasa berusaha untuk wujudkan masyarakat yang bersatu padu, aman, makmur tanpa kekecohan. Akuilah bahawa yang buruk sangka dan busuk hati serta ada agenda jahat sahaja mengatakan kerajaan ini rasis dan perkauman. Hanya orang jahat sahaja yang sanggup bercakap di luar negara tentang penindasan kerajaan terhadap kaum minoriti. Orang ikhlas akan bertindak seperti Najib. Sesuatu yang baik tetapi meluntur dengan segera disuburkan semula. Syabas, teruskan perjuangan Najib. Ada ramai lagi orang yang sanggup bersama menjayakan gagasan. Dan yang lebih utama, yakinlah ALLAH bersama kita.