Followers

Monday, February 28, 2011

UMNO PERAK BERGELORA!!

" UCAPANNYA MENCETUS GELORA "


UCAPAN DR ZAMBRY MEMBAKAR !!!

Memang semua yang hadir mengakui. Keadaan jauh berbeza berbanding tahun 2008 selepas Tsunami politik. Bahkan berbeza juga dengan suasana sebelum 2008 yang menyaksikan UMNO berada dalam zon selesa dan alpa.

Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Agung Cawangan Cawangan Negeri Perak yang diadakan pada 27 Februari 2011 di Stadium Indera Mulia memperlihatkan semangat tinggi pemimpin UMNO di semua peringkat.

Sejak awal pagi stadium hampir penuh dengan kehadiran hampir 6000 ahli UMNO dari seluruh pelusuk negeri. Kehadiran yang melepasi jangkaan awal penganjur.

Dr Zambry nyata pemimpin dan motivator yang sangat cemerlang. Ucapannya sangat membina dan meninggalkan kesan mendalam kepada ahli.

Satu jam ucapan Dr Zambry memaku ahli di tempat duduk masing masing. Jarang saya dapat melihat majlis UMNO yang dihadiri begitu ramai khalayak, dapat berjalan begitu licin dan lancar.

Saya tidak mendengar sebarang rungutan walaupun saya difahamkan ada yang bertolak dari tempat masing masing seawal jam lima pagi.

DS Hihamuddin yang hadir sebagai perasmi turut teruja dengan perjalanan majlis. Kagum beliau kerana Perak adalah satu satunya negeri yang berjaya melakukan persamian serentak bagi seluruh negeri.

Sehingga waktu tamat program, saya dapat rasakan betapa tingginya komitmen ahli dan pimpinan UMNO Perak dalam menjayakan visi dan misi parti.

Saya dan rakan rakan yang hadir pulang dengan keyakinan jika ucapan Dr Zambry dan Hishamuddin dihayati, diamalkan percayalah hasrat UMNO untuk memenangi 34 kerusi DUN pasti akan tercapai.


KEBANGKITAN UMAT MELAYU!!

" SANGGUP MATI DEMI MARUAH !! "


SELEPAS HINDRAF UGUT DS NAJIB..

Selepas gagal menjayakan perarakan perkauman semalam, setelah gagal menghasut rakyat untuk mengganas, hari ini HINDRAF meningkatkan lagi kemarahan umum khasnya umat Melayu dengan mengugut Presiden UMNO, DS Najib Tun Razak.

Dengan kenyataan bahawa HINDRAF akan terus mengadakan protes selagi masalah masyarakat India miskin membawa maksud bahawa HINDRAF tidak akan berhenti menimbulkan kekacauan.

Tidak pernah berlaku di mana mana di dunia, terutama di India kemiskinan dapat diatasi secara mutlak. Masyarakat Melayu dan bumiputera yang merupakan penduduk asal di tanah bertuah ini juga ramai yang miskin.

Miskin sangat berkait rapat dengan sikap. Pemabuk, sukakan pergaduhan, malas dan berharap adalah signifikan dengan kemiskinan masyarakat India.

Dapatkah HINDRAF mengatasi masalah sikap ini? Bukankah HINDRAF sendiri amat cenderung dengan kekacauan dan huru hara. Tidakkah HINDRAF juga lebih ghairah dengan cita cita peribadi berbanding minat membantu membangunkan masyarakat?

Lebih penting daripada itu, HINDRAF WAJIB SEDAR bahawa mereka adalah masyarakat minoriti yang ' TIDAK AKAN MENJEJASKAN NEGARA' tanpa mereka.

HINDRAF WAJIB SEDAR bahawa Umat Melayu tidak sedikitpun berasa gentar dengan mereka.

HINDRAF WAJIB SEDAR bahawa Umat Melayu yang lembut ini pernah berjuang menentang Jepun, Komunis dan Inggeris.

HINDRAF WAJIB SEDAR bahawa Umat Melayu tidak akan membiarkan penghinaan melampau terhadap mana mana pemimpin Melayu yang kita tahu begitu berusaha untuk membangunkan negara.

HINDRAF WAJIB SEDAR bahawa jika mereka begitu ghairah ' berjual, Umat Melayu akan bangkit 'membeli'.

HINDRAF WAJIB SEDAR bahawa Umat Melayu sanggup mati mempertahankan maruah pemimpin selagi kita tahu pemimpin ini di jalan yang benar.

Sudahlah HINDRAF, sudah sangat KURANG AJAR KAMU SEMUA.
Umat Melayu tiada tanah lain untuk pergi meminta nyawa. Tanah sekangkang kera ini akan kami pertahankan dengan nyawa kami.

Usah melampaui batas.




Sunday, February 27, 2011

KERAJAAN TELAH GAGAL !

" PENGGANAS !! "


Keterbukaan membawa padah.

Dunia mengetahui bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang unik. Kepelbagaian bangsa, agama, adat resam mewarnai Malaysia dengan semua suku kaum menjadi diri mereka sendiri.

Dalam perbezaan ada persamaan. Dalam persamaan ada perbezaan. Inilah anugerah Tuhan kepada kita. Persefahaman yang diamalkan sebenarnya telah melalui satu proses panjang yang ada cabarannya.

Kita tak boleh berpaling dan mengubah apa yang kita ada. Sebaliknya kita perlu melangkah ke hadapan dengan berani dan berhati hati supaya kita tidak terjerumus ke dalam kancah perpecahan sama ada antara kaum atau sesama sendiri.

Dua pihak perlu memainkan peranan dengan berkesan dan bersungguh sungguh. Rakyat dan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Ada perkara boleh rakyat lakukan. Ada perkara perlukan komitmen kerajaan. Justeru itu kita menyeru dan merayu kepada kerajaan agar bertindak tegas dan penuh tanggungjawab mena
ngani isu isu keselamatan negara.

Hari ini HINDRAF sekali lagi berbuat onar. Mereka bukan mencabar undang undang semata mata. Mereka mencabar rakyat
lain yang tidak suka kepada kekacauan.

Apabila kumpulan HARAM mampu bergerak bebas, menghasut dan menimbulkan kebencian, tentunya rakyat berasa pelik. Mungkin akan ada lagi selepas ini, kumpulan lain timbul dengan matlamat yang lain pula.

Saya beranggapan kerajaan telah gagal apabila ada perhimpunan berlaku walaupun melibatkan jumlah yang sedikit. Kerajaan telah gagal apabila terpaksa menangkap ketua kumpulan haram pada hari perhimpunan diadakan.

Saya yakin ramai rakyat percaya kerajaan telah memberi muka kepada kumpulan haram ini untuk beroperasi. Mereka sedang
' menguji ' keberanian kerajaan bertindak. Dan mereka berpandangan kerajaan tidak cukup berani.

Saya bimbang akhirnya akan timbul ' pemikiran' bahawa kerajaan
gagal menjamin keselamatan rakyat terbanyak. Saya bimbang nantinya rakyat akan berasa bahawa kerajaan ini terlalu bertolak ansur dengan kumpulan haram dan bertegas dengan yang halal.

Usah menyesal sekiranya keadaan menjadi tidak terkawal, kerajaan hilang wibawa dan kesejahteraan yang kita banggakan tidak lagi berada bersama kita.


Friday, February 25, 2011

MERLIMAU DAN KERDAU, SANGAT SIGNIFIKAN DAN BERHARGA.

" TERUJI "


MEMPUNYAI MAKNA TERSENDIRI.

UMNO/BN dikatakan mempunyai laluan mudah di PRK Kerdau dan Merlimau. Pimpinan dan ahli parti seluruh negara mempunyai kepercayaan yang sama iaitu kita akan menang di kedua dua kerusi berkenaan.

Dalam masa yang sama, PAS yang terpaksa bertanding di kerusi ini telah menyebarkan berita bahawa mereka turun sebagai menguji ketelusan BN khasnya dalam menggunakan jentera kerajaan.

Saya berpandangan bahawa kedua dua kerusi ini sangat penting bahkan lebih penting daripada kerusi yang kita tandingi sebelum ini.

1. Melaka dan Pahang hampir tidak terkesan dengan tsunami politik 2008. Boleh dikatakan sokongan terhadap UMNO/BN kekal utuh ketika itu.

2. PRK ini semakin hampir dengan PRU 13. Lobi melobi walaupun selalu disebut supaya tidak dilakukan tetap juga berlaku. Ini boleh sahaja memberi kesan terhadap kesepaduan parti.

3. PRK ini berlangsung dalam suasana dunia yang panas dengan pemberontakan dan kebangkitan rakyat. Di Malaysia ada pihak sedang menggunakan pemberontakan itu untuk menyemai kemarahan rakyat.

Atas asas ini maka saya berpandangan bahawa UMNO/BN wajib menang lebih besar dalam PRK di Kerdau dan Merlimau. Kemenangan akan memberikan lebih keyakinan kepada kita untuk menghadapi PRU 13.

Jentera harus disusun dengan teliti dan dipastikan keberkesanannya. Kelemahan di PRK sebelum ini wajar menjadi
pengajaran dan panduan.

UMNO/BN akan mencapai matlamat sekiranya jentera benar benar solid dan kepentingan parti diletakkan di atas segala kepentingan peribadi.


MUSIM MENYEGAR DIRI..

" GANDINGAN HEBAT, INSYAALLAH "


UMNO TAK KAN TUMBANG SELAGI MEMEGANG JANJI

Sangat bahaya bagi mana mana individu atau organisasi untuk berasa diri hebat dan tak boleh digugat. Dalam masa yang sama UMNO wajib bersyukur kerana mampu bertahan dalam jangkamasa yang lama dan memegang sejarah dunia.

Saya mempunyai keyakinan bahawa UMNO akan terus dominan selagi kita berpegang dan menghayati sebab dan tujuan UMNO ditubuhkan.

Sekarang ini ialah musim UMNO bermesyuarat. UMNO seluruh negara akan bersidang di peringkat cawangan, bahagian dan akan bersidang di peringkat kebangsaan.

Sebagai peringatan mari sekali lagi kita melihat apakah asas dan tujuan UMNO ditubuhkan.

UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita cita Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

1. Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara

2. Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri dan Raja Berpelembagaan

3. Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama.

4. Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berpalimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

5. Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan( Bahasa Melayu ) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu

6. Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu padu berasaskan kepada hak hak asasi manusia dan hak hak istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.

Sesekali ahli UMNO kena diperingatkan tentang asas dan tujuan penubuhan parti keramat ini. Semoga dengannya ahli UMNO tidak akan tersasar dari landasan perjuangan.


Thursday, February 24, 2011

SAIFUDDIN ABDULLAH MELATAH..

" MUNGKIN MAHU DILIHAT BUDIMAN "



MENYUKAT KEMATANGAN DARI PERSPEKTIF PEMBANGKANG

Kita sedang mengikuti perkembangan menarik pilihanraya kampus yang menyaksikan kumpulan Pro Aspirasi mengekalkan penguasaan di kebanyakan IPTA manakala kumpulan Pro M mendapat tempat di beberapa IPTA yang lain.

Saya sentiasa percaya bahawa universiti adalah makmal pembangunan manusia yang sangat berkesan. Selain menuntut ilmu pengetahuan, mahasiswa juga belajar makna kehidupan sebenar di universiti.

Di universiti sama juga di mana mana dalam kehidupan kita, kita berpeluang membentuk diri. Pemikiran, perasaan serta perlakuan dominan kita sebahagiannya terbentuk di universiti. Universiti ialah tapak mula kebanyakan individu mulakan ' hidup dewasanya'.

Berbelanja sendiri, bergaul sendiri tanpa kawalan ibu bapa. Walaupun begitu saya berkongsi pandangan dengan Tun Mahathir bahawa tanggungjawab utama mahasiswa ialah mencapai kecemerlangan dalam akademik. Tun menyebut bahawa dengan ilmu pengetahuan kita akan mencapai kehidupan yang lebih baik.

Sehubungan dengan itu saya tidak cenderung untuk bersetuju dengan tindakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi , Datuk Saifuddin Abdullah untuk mencampuri ' pengurusan Universiti Putra Malaysia ' dalam menangani kontroversi Pilihanraya mereka.

Saya percaya ' adalah tidak munasabah untuk para mahasiswa berpolitik hingga ke tahap meruntuhkan pintu pejabat'. Adalah di luar keperluan untuk mana mana mahasiswa sehingga sampai berdemonstrasi untuk menyatakan bahawa mereka mempunyai hak.

Apabila Datuk Saifuddin mencampuri urusan pihak universiti dan mencadangkan ' apa yang patut dilakukan' saya berpandangan bahawa Datuk Saifuddin telah menghalalkan ' keluarbiasaan' berlaku di universiti.

Umum menyedari betapa sangat kuat pengaruh PAS di universiti. Mereka sentiasa bersama mahasiswa , memberi dorongan dan nasihat. Mereka melanggar AUKU yang sangat dipatuhi UMNO.

Tidak bijak untuk Saifuddn menyatakan bahawa pilihanraya kampus adalah tempat melatih politik matang kerana yang menjadi jurulatihnya tidak berpolitik dengan matang.

Kecuali Saifuddin mempunyai pemikiran bahawa memang PAS wajar dan layak bercakap tentang kematangan ini. Yang sepatutnya Saifuddin lakukan ialah mengingatkan anak anak ini bahawa kewajipan mutlak mereka ialah mencapai kecemerlangan.

Dalam masa yang sama berpolitiklah tapi jangan sampai mengganggu masa belajar. Jika ini gagal kita laksanakan maka bersedialah kita untuk berdepan dengan sekumpulan ' bijak pandai' yang berpolitiking sepanjang masa.



Wednesday, February 23, 2011

ANWAR PERLUKAN REVOLUSI UNTUK MEMERINTAH

" DESPRADO !!!"


MELALUI DEMOKRASI ANWAR AKAN GAGAL

Dalam beberapa siri ceramah mutakhir, Anwar Ibrahim telah mengajak audiens untuk melihat kebangkitan yang telah dan sedang berlaku di beberapa negara Islam.

Anwar merangsang pendengar bahawa kebangkitan juga boleh berlaku di Malaysia kerana kezaliman pemerintah dan penderitaan rakyat.

Anwar memberikan banyak contoh kezaliman dan salah guna kuasa yang kerajaan lakukan termasuk menaikkan harga minyak, menyalahgunakan peruntukan Kementerian Pertahanan dan lain lain lagi.

Saya pada mulanya menyangka bahawa amat sukar kebangkitan serupa akan berlaku kerana hakikatnya rakyat kita hidup jauh lebih selesa berbanding negara negara yang sedang bergelora itu.

Namun begitu, beberapa perkara elok diberi perhatian agar kita tidak memandang ringan kemungkinan ini.

1. Perkembangan Pilihanraya di universiti tempatan. Sejak sekian lama pilihanraya Universiti umumnya berlangsung dalam suasana aman. Terkini kelihatan anak anak kita di universiti mula menampakkan sikap kasar, ganas, menentang yang agak luar biasa.

Bahasa mereka, cara dan pendekatan mereka, strategi dan semangat mereka benar benar sama dengan apa yang diamalkan oleh Pakatan Pembangkang.

2. Kecenderungan dan keberanian pertubuhan haram Hindraf menyebarkan pelbagai hasutan dan kemungkinan mereka berhimpun juga perlu diberi perhatian. Setakat ini saya tidak nampak Kerajaan berjaya menghalang mereka. Mereka juga disokong oleh Pakatan Pembangkang.

3. PAS yang semakin merosot pengaruh mereka mungkin melakukan apa sahaja untuk mengembalikan sokongan. Keupayaan mereka mengumpulkan ribuan pemuda baru baru ini mungkin memberi mereka ilham untuk bertindak lebih daripada itu.

4. PAS pada 26 Feb ini akan mengadakan perhimpunan orang orang yang gagal membayar hutang PTPTN dan MARA. Mereka mungkin tak mampu atau tidak mahu membayar hutang mereka.
PAS barangkali akan menawarkan mereka pelepasan jika Pakatan memerintah.

Inilah senarionya. Pakatan khasnya Anwar hakikatnya berada dalam keadaan terdesak. Anwar berdepan dengan kemungkinan dipenjara kerana meliwat.

Anwar mungkin akan terlepas sekiranya dapat menguasai negara dan pemerintahan.

Secara peribadi saya melihat Kerajaan amat perlahan dalam menangani isu isu keselamatan. Langkah pencegahan tidak berlaku. Dan saya percaya bahawa akan ada kemungkinan keadaan menjadi bertambah serius dan kerajaan hilang upaya untuk bertindak.


Tuesday, February 22, 2011

RAM KARPAL SINGH TERKEDU

" BAKAL TERSUNGKUR "


SAKSI TIDAK TERPERANGKAP SOALAN POLITIK

Perbicaraan Anwar Ibrahim meliwat Saiful yang diteruskan lagi hari ini dengan jelas menampakkan percubaan peguambela tertuduh , Ram Karpal Singh untuk membina persepsi rakyat bahawa sekali lagi Anwar menjadi mangsa konspirasi.

Soalan yang dikemukakan sebenarnya menuju ke arah membuktikan bahawa

1. Saiful adalah orang yang bersalah, mempunyai ' hubungan ' dengan ramai lelaki dan kelihatan berpotensi untuk dipergunakan.
Contohnya apabila peguambela menyoal kemungkinan Saiful berhubungan dengan 10 lelaki.

2. Saksi adalah seorang yang tidak cukup kelayakan untuk melakukan ujian ke atas Saiful.
Contohnya ialah bilamana peguambela cuba membuktikan ujian DNA yang dibuat tidak mengikut prosedur antarabangsa.

Bagaimanapun sesuatu yang dapat dipastikan ialah Dr Seah Ley Hong adalah seorang profesioanal yang melaksanakan ujian berasaskan kepakarannya tanpa sebarang kepentingan lain.

Keghairahan melampau Ram Karpal Singh akhirnya mengundang padah dan malu yang amat tinggi apabila menyangka bahawa DNA itu semestinya berasaskan air mani.

Ada penulis sedang asyik bertanya bagaimana air mani Saiful boleh masuk ke dalam duburnya sendiri. Ada pula yang menghukum bahawa Saiful telah menakung air maninya dan menyuntiknya ke dalam dubur sendiri.

Demikianlah sebenarnya matlamat barisan peguambela yang diketuai oleh Karpal Singh. Mereka tidak akan membela Anwar kerana mereka tahu Anwar seorang peliwat.

Karpal Singh adalah orang terawal membuat pendedahan ini. Karpal kini sedang berusaha membuktikan bahawa dirinya adalah penipu paling hebat dalam negara kita.

Dalam keghairahan mereka cuba membuktikan teori konspirasi, hari ini Ram Karpal Singh mendapat pengajaran bahawa mereka sebenarnya tidak lagi memiliki aura yang digeruni.




Sunday, February 20, 2011

PAS TERSASUL, IKTIRAF PERJUANGAN UMNO

KONVENSYEN MENGEJUT MENAMBAH CALAR

Setelah tewas secara berturut turut dalam tiga pilihanraya kecil ,
PAS sebenarnya menjadi amat tertekan dan mengalami sindrom rendah diri yang amat melampau.

Malu, keliru mencetuskan panik dalam kalangan pimpinan PAS. Seperti kata DS Najib semalam, dalam keadaan tidak tenang pasti kita tidak mampu berfikir secara rasional dan keputusan yang dibuat biasanya akan mendatangkan kesan yang tidak baik.

Inilah yang berlaku kepada PAS. Apabila sokongan pengundi Melayu semakin merosot dan pengundi India dan Cina mula kembali kepada UMNO/BN PAS semacam hilang rentak.

Lantas tanpa berfikir panjang PAS menganjurkan Konvensyen yang dikatakan bagi manambahkan keupayaan Umat Melayu.

Tanpa sebarang kajian PAS akhirnya membentangkan 12 perkara yang dikatakan jaminan kepada Umat Melayu. Dengan harapan agar Umat Melayu memberikan undi kepada mereka, PAS terlupa bahawa apa yang mereka sebut sebagai jaminan ialah apa yang selama ini dilakukan oleh UMNO.

PAS hanya menyebut bahawa Islam dijadikan teras dalam mencapai kesemua 12 perkara tersebut. Saya telah mengkaji dan meneliti bahawa apa yang baru PAS tawarkan telah UMNO lakukan sehingga Umat Melayu berada pada tahap sekarang.

Sejak awal penubuhan hingga kini, UMNO tidak pernah memisahkan antara Melayu dan Islam. Bahkan salah satu syarat menjadi Melayu ialah seseorang itu mesti beragama Islam.

Selain daripada tidak akan termakan dengan umpan baru PAS saya sangat yakin lebih ramai ahli PAS sendiri akan pergi meninggalkan PAS kesan konvensyen ini kerana saya dimaklumkan bahawa sepanjang program ini berlangsung, DAP telah melakukan pemantauan yang amat rapi.

Demikianlah akhirnya. Bilamana sesuatu dilakukan tanpa rasa ikhlas untuk agama, bangsa dan tanahair, PAS akan berkubur jua.

Sekali lagi mari kita syukuri nikamat yang ALLAH berikan kepada umat Melayu Islam. Barangkali tidak sempurna tetapi tidak mungkin terpedaya.

KEYAKINAN NAJIB BERASAS

" ANALISISNYA MEYAKINKAN UMNO/BN "


MESIR DAN MALAYSIA AMAT BERBEZA

Sewaktu pimpinan pembangkang sedang ghairah meraikan kebangkitan rakyat di Mesir, Tunisia , Libya dan Bahrain dan mengharapkan kebangkitan yang sama berlaku di Malaysia DS Najib mempunyai keyakinan yang tinggi betapa kebangkitan yang sama tidak akan berlaku di Malaysia.

Sebagai perbandingan mari kita melihat faktor kebangkitan di Mesir berasaskan sudut pandangan Dr Syed Azman Syed Ahmad, salah seorang pimpinan PAS.

1. Hak serta kebebasan bersuara rakyat telah dinafikan selama lebih 30 tahun.
2. Pilihanraya hanya menjadi' rubber stamp' dan dijalankan setiap lima tahun secara penipuan dengan manipulasi undi serta menyekat hak demokrasi.

3. Kadar rasuah dan penyalahguaan kuasa amat ketara terutama di kalangan kerabat dan ahli keluarga Mubarak dan sekumpulan kecil elit kecil yang menyokong Mubarak

4. Kekayaan negara berputar di sekeliling Mubarak dan kaum keluarga dan parti NDP serta kumpulan kecil yang menyokong mereka.

5. Kadar kemiskinan kebanyakan rakyat mencecah 70 % dan pendapatan purata ialah di bawah 4 ringgit sehari.

6. Kos kehidupan amat tinggi. Rakyat dibebani dengan harga barangan harian seperti gandum, gula dan beras yang melambung.

7. Kadar pengangguran mencapai 60% dan kebanyakan anak muda tidak mempunyai pekerjaan.

Tujuh faktor yang dinyatakan adalah hasil analisis tokoh PAS yang tentunya tidak mempunyai unsur berat sebelah kepada UMNO/BN.

Jika kita mengambil kira 7 aspek berkenaan dan melakukan perbandingan dengan keadaan di Malaysia maka tentulah kita amat bersyukur.

Tentu rakyat dapat merasakan betapa bertuahnya kita di Malaysia.
Tanpa sebarang keinginan untuk berasa selesa, kita tentunya yakin bahawa DS Najib mempunyai sebab yang kukuh untuk meyakini bahawa tidak mungkin rakyat akan bangkit memberontak dalam keadaan rakyat bahagia dan hidup sejahtera.




Friday, February 18, 2011

PAKATAN- BERPOLITIK DENGAN JIWA KECIL.

" CAKAP BESAR JIWA KECIL "


BEGINILAH MALAYSIA KERANA UMNO/BN BERJIWA BESAR

Dunia mengakui kenyataan bahawa Malaysia ialah sebuah negara yang sedang bergerak maju dengan kudrat yang ALLAH kurniakan tanpa bergantung kepada mana mana kuasa lain.

Daripada negara yang ' dibimbangi merdekanya' kini Malaysia menjadi contoh teladan bagi kebanyakan Negara Islam di dunia.Penjajah pernah ' sangat bimbang' untuk melepas dan membebaskan Malaysia kerana mereka menjangka Malaysia akan huru hara selepas merdeka.

Kenyataannya Malaysia telah bangkit dengan cemerlang hasil perancangan, kesungguhan dan kebijaksanaan pimpinan kita yang diterajui UMNO/BN. Terimalah kenyataan ini.

Umum menyedari bahawa sehingga kini dan mungkin sampai bila bila Pakatan Pembangkang tidak akan mampu mengambil alih pemerintahan kerana jiwa kecil mereka.

Syamsul Iskandar Ketua Angkatan Muda PKR ( Sebagai contoh ) menyatakan mahkamah Tinggi Shah Alam dikuasai UMNO bilamana memutuskan bahawa Badrul Hisham Abdullah , ADUN Pelabuhan Kelang kekal sebagai YB.

Keputusan ini menurut beliau ialah bagi mempastikan kerusi terbabit tidak terlepas ke tangan pembangkang. Ironinya YB Badrul bukan ADUN UMNO/BN.

PAS Selangor pula menyatakan bahawa Selangor tidak akan dapat dipertahankan oleh Pakatan kerana UMNO telah mendaftarkan penduduk Sabah untuk mengundi di Selangor. Diberitakan sejumlah satu bas telah didaftarkan oleh SPR dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara.

Dua kenyataan di atas dikeluarkan oleh dua tokoh dari dua parti berbeza. Ketakutan, syak wasangka dan kerisauan melampau ialah ciri orang berjiwa kecil.

Jika ketakutan, syak wasangka dan kerisauan melampau melanda pimpinan kita pada tahun tahun 50'an saya yakin dan pasti kita masih belum merdeka sekarang.

Jika ketakutan, syak wasangka dan kerisauan melampau menghantui pimpinan kita maka Malaysia tidak akan jadi seperti hari ini.

Justeru wajarlah jika Pimpinan Pembangkang memperbaiki diri.Usahlah mencari dan menyuburkan kerisauan. Bubarkanlah Pakatan. Mari bersama rakyat yang lain. Dengan pimpinan UMNO/BN kita bangunkan tanahair bumi bertuah ini.


Thursday, February 17, 2011

HARAKAH MINTA NIK AZIZ BERUNDUR

" PASTINYA DENGAN RESTU HAJI HADI "



TELAH BANYAK KEROSAKAN YANG NIK AZIZ LAKUKAN

Saya fikir PAS sendiri sudah tidak dapat menanggung akibat percakapan dan perbuatan Nik Aziz. Di mana Nik Aziz berceramah, di situ PAS kalah. Nik Aziz nyata bukan sahaja mengganggu pembangunan Islam dan umatnya di Malaysia, bahkan sedang meruntuhkan PAS sendiri.

Justeru Harakah edisi 18-20 Februari 2011 memberikan semuka penuh khusus untuk satu artikel yang bertajuk Siapa Pengganti Nik Aziz.

Artikel yang ditulis oleh LANJUSUH ini secara terbuka menyebut

1. Nik Aziz menyambut hari lahirnya yang ke 80 pada 10 Januari yang lalu. Penulis barangkali cuba mengingatkan Nik Aziz bahawa beliau telah tua.

2. Nik Aziz telah menjadi YB untuk tempoh 44 tahun. Penulis dengan berani seakan memberi amaran bahawa tempoh ini jauh lebih lama daripada tempoh 30 tahun Mubaraq berkuasa.

3. Penulis juga memetik pandangan beberapa orang tokoh PAS betapa PAS tidak akan runtuh tanpa Nik Aziz. Bahkan tokoh tokoh ini menyatakan bahawa pandangan ini adalah tidak benar.

4. Penulis berpandangan bahawa ' ketiadaan ' tokoh baru muncul adalah akibat ' kewujudan' Nik Aziz. Dalam kata lain, Nik Aziz sebenarnya adalah penghalang kepada kemunculan tokoh baru.

Kesimpulannya ialah, telah sampai masa ketikanya untuk Nik Aziz turun. Nik Aziz telah hilang kehormatan. Saya percaya keberanian Harakah adalah petanda jelas betapa masanya telah tiba untuk Nik Aziz pergi meninggalkan PAS.


Wednesday, February 16, 2011

ITULAH TAHAP NIK AZIZ

GAGAL MENJAWAB RESPON TUN M

" Saya bersimpati dan doakan agar dia diberi hidayah". Itulah sahaja yang mampu dilontarkan oleh Nik Aziz bilamana ditanya apakah pandangannya terhadap entri terbaru Tun M yang menjawab sindiran Nik Aziz.

Saya beberapa kali mendengar ceramah Nik Aziz akhir akhir ini. Suatu ketika pada tahun 80an saya kerapkali mendengar ceramah Nik Aziz di Taman Melewar.

Saya yakin dan percaya bukan sahaja saya bahkan penyokong PAS sendiri mengakui bahawa kualiti pengucapan awam Nik Aziz sangat rendah dan sampai ke peringkat kurang difahami.

Begitu juga apabila Nik Aziz menjawab soalan wartawan. Akui kenyataan bahawa Nik Aziz sebenarnya gagal menjawab soalan dengan berkesan.

Bahkan kenyataan Nik Aziz juga banyak yang tidak dipersetujui oleh pimpinan PAS sendiri. Haji Hadi banyak kali bercanggah pendapat dengan Nik Aziz.

Mengapa perkara ini saya timbulkan? Saya mahu pembaca khasnya penyokong PAS menyedari betapa ' biasanya' Nik Aziz.

Nik Aziz bukan wali keramat. Nik Aziz ustaz biasa yang ' terganggu' dengan puji pujian. Nik Aziz terperangkap dalam
' istidraj' dan terperangkap dalam tipu daya syaitan.

Nik Aziz perlu duduk bermuhasabah, bertaubat. Usahlah berhujah dengan Tun M. Tun M juga manusia biasa tetapi ALLAH anugerahi kelebihan. Bezanya Tun M tak pernah ' mabuk' dengan anugerah yang diberi.

Lupakan dendam kesumat. Berehatlah. Cukuplah apa yang telah dilakukan. Saya bimbang, ALLAH ambil kita dalam keadaan kita dipandang hina.


Tuesday, February 15, 2011

NOTA KECIL KEPADA ISMAIL SABRI YAAKOB

" KERANA ISMAIL SABRI KITA MUNGKIN TERHUKUM "


JANGAN KHIANATI DS NAJIB

Sesuatu yang sangat signifikan bila bercakap tentang DS Najib ialah keperihatinannya terhadap kebajikan rakyat. Susah senang, bahagia derita rakyat termasuk dalam perkiraan penting Najib.

Tetapi hakikatnya, Najib tak boleh menyelesaikan semua perkara secara bersendirian. Atas asas itulah maka Menteri dilantik dan diberi amanah untuk merealisasi harapan Perdana Menteri.

Salah satu Kementerian yang sangat rapat dengan rakyat ialah Kementerian yang dipimpin oleh DS Ismail Sabri Yaakob. Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Saya berpandangan Kementerian ini telah gagal memainkan peranan dengan berkesan. Di peringkat akar umbi, rakyat sedang mengeluh kerana kenaikan harga barang yang amat melampau dan membebankan.

Terkini harga susu pekat manis telah naik sebanyak 20 sen. Harga ikan dan sayur sudah melepasi harga syiling.

Peniaga mengambil peluang menyemai benci rakyat kepada Kerajaan. 100% kerajaan disalahkan kerana kenaikan barangan ini. Rakyat memang terbeban.

Menteri tidak boleh meminta rakyat mengadu. Menteri tahu kenaikan melampau telah berlaku. Menteri tahu rakyat terbeban dan terkesan.

Saya fikir kenaikan ini PASTI ada kesan yang sangat besar terhadap undi kepada UMNO/BN. Peniaga sedang bekerjasama rapat dengan pembangkang sekarang.

Saya tidak nampak ada kaedah lain yang lebih sesuai selain kawal dan tingkatkan penguakuasaan. Saya percaya Menteri telah GAGAL mendokong cita cita Perdana Menteri untuk melihat rakyat gembira.

Menteri mesti memilih dan membuat keputusan. Jika terbukti diri tidak berdaya, berhentilah dengan cara terhormat. Jangan khianati parti dan kerajaan.

Hidup ialah seni membuat keputusan. Jangan kerana seorang, seluruh kerajaan akan terjejas.


Monday, February 14, 2011

ANWAR DAN HADI MELIHAT RASULLULLAH DARI SUDUT UNTUNG RUGI

" INDAHNYA ISLAM "


MEREKA PERKECILKAN MANUSIA AGUNG

Semua manusia dari semua agama, bangsa dan keturunan mengaku dan mengiktiraf bahawa Muhammad bin Abdullah adalah manusia Agung sepanjang zaman.

Yang demikian 12 Rabiulawal disambut dan diraikan oleh umat Islam setiap tahun untuk sentiasa menyuburkan kasih sayang umat Islam terhadap Rasullullah, ajaran dan didikannya.

Malangnya ada yang melihat Rasullullah dengan pendekatan yang amat dangkal dan cuba mendapat untung peribadi daripadanya.

Haji Hadi memberi fokus kepada ' penafian kaum dan menghapus penindasan'. Anwar lebih berani lagi dengan mengaitkan apa yang berlaku terhadapnya setara ujian terhadap para Nabi.

Inti dakwah Rasullullah tidak diperbesarkan kerana mungkin menjejaskan faedah yang ingin mereka perolehi.

1. Pengabdian mutlak terhadap ALLAH tidak disebut kerana wujud kecenderungan untuk membentuk ' kelompok taksub' terhadap mereka.

2. Seruan perpaduan seperti ' penyatuan' Muhajirin dan Ansar tidak ditekankan kerana kebimbangan penyatuan boleh menghalang mereka untuk berkuasa.

3. Penekanan kepada akhlak dan budi pekerti juga tidak disentuh
kerana mereka sendiri sentiasa keras dalam pendekatan.

4. Mereka mengabaikan sama sekali pengorbanan Rasullullah sehingga menolak segala kesenangan dunia, kerana mereka sendiri selesa hidup dalam suasana mewah dan kaya raya.

Demikianlah jadinya apabila kepentingan peribadi mengatasi segala yang lain. Mari kita syukuri nikmat aman dan sejahtera ini,
keamanan dan kesejahteraan membolehkan kita menjalani kehidupan sebagai hamba ALLAH yang bersyukur.


ALLAH TIDAK HANYA CAMPURTANGAN DI MESIR

" SEBAGAI MANUSIA, KITA SEBENARNYA AMAT KECIL DI SISI TUHAN"


NIK AZIZ PERKECIL HAK ALLAH

Mursyidul Am PAS tidak mahu ketinggalan dalam membicarakan kebangkitan rakyat di Mesir yang menyaksikan kejatuhan Hosni Mubarak selepas 30 tahun memerintah.

Nik Aziz memulakan artikelnya dengan ' memaklumkan' bahawa beliau menghabiskan 4 tahun dari usia mudanya menuntut ilmu di bumi para ambiaya' itu.

Bagi orang yang mengakji manusia ' makluman ' Nik Aziz menceritakan sebahagian daripada dirinya yang sebenar. Bagaimanapun saya tidak akan mengulas perkara itu di sini.

Saya sekadar ingin mengingatkan diri saya dan Nik Aziz betapa ALLAH telah campurtangan dalam seluruh urusan kita. Bukan sekadar di Mesir.

Peristiwa di Mesir barangkali ALLAH jadikan sebagai alat untuk kita merenung dan berfikir. ALLAH memberi kita ruang untuk melihat ke dalam diri.

1. Kuasa adalah pinjaman semata mata. Pada bila bila masa ALLAH boleh memberikan kita kuasa dan pada bila bila masa pula ALLAH akan merentap kuasa itu daripada kita.

Inilah ayat yang Nizar Jamaluddin bacakan dalam Persidangan pertama DUN Perak sewaktu Pakatan memerintah. Tetapi malangnya apabila kuasa itu terlepas dari tangan mereka, Nizar terlupa dengan ayat yang dibacanya.

2. Nik Aziz juga sesekali kena berfikir bahawa ' memerintah' Kelantan juga adalah sebahagian dari kehendak ALLAH. Kelantan sewajarnya menjadi contoh teladan kepada negeri lain di Malaysia.

Hakikatnya Nik Aziz telah gagal ' membuktikan' janji dan cakapnya di Kelantan. Nik Aziz tidak berbeza dengan tokoh tokoh lain setelah berkuasa. Kronisme, nepotisme berlaku dengan
meluas di Kelantan. Malangnya di Kelantan ia dihukum ' sunnah'manakala di negeri lain ia dihukum haram.

3. Kemudiannya Nik Aziz telah sentiasa gagal pula meyakinkan rakyat dalam beberapa PRK mutakhir ini. Bahkan semakin merosot sokongan rakyat kepada parti pimpinan Nik Aziz.

Katakan bahawa UMNO/BN bermain kotor, rasuah dan sebagainya. Di atas segalanya, Nik Aziz wajib percaya bahawa di sini juga ada tangan ALLAH bersama sama.

Berfikirlah Nik Aziz. Satu ketika Nik Aziz disegani kawan dan lawan. Akhirnya Nik Aziz menjadi takbur dan bongkak. Mengaku hebat dan istimewa.

Sesiapa pun barangkali tidak menyangka bahawa satu masa Nik Aziz tidak lagi dinilai sebagai tokoh yang dihormati sebaliknya manusia biasa yang ghairah mahukan kuasa.

Bukan UMNO sahaja sedang menarik Nik Aziz turun, tetapi para ahli dan pimpinan Parti PAS juga sedang berjuang menurunkan Nik Aziz. Nik Aziz , yakin dan percayalah, ALLAH berada di mana mana.



Sunday, February 13, 2011

PERTEMUAN 15 FEBRUARI 2011

BERIKAN AKU NYAWA.

Menteri Besar Selangor, Tan Seri Khalid Ibrahim adalah Menteri Besar paling panas di Malaysia. Beliau adalah seorang pentadbir tulen bukan seorang politikus.

Bilamana beliau dipaksa mentadbir Selangor bagi pihak DAP, beliau menghadapi banyak masalah. Tekanan DAP, desakan rakyat dan asakan UMNO/BN sebenarnya tidak mampu dihadapi oleh Khalid.

Apabila mentadbir tanpa kebolehan, Khalid sebenarnya sedang berada di hujung hayat politiknya. Khalid tidak berupaya merancang untuk Selangor dan dalam masa yang sama gagal pula meneruskan perancangan kerajaan terdahulu.

Justeru, Khalid dan pasukannya pantas mengambil apa jua kesempatan yang ada sebagai talian hayat, mempastikan kelangsungan hidupnya.

Esok, 15 Feb 2011 akan berlangsung perjumpaan bersama pelajar yang baru pulang dari Mesir dan keluarga mereka. Kira kira 2000 anak Selangor telah dibawa pulang akibat kekacauan di Mesir.

Saya menjangkakan Khalid akan

1. Meyakinkan khalayak bahawa usaha kerajaan UMNO/BN membawa pulang pelajar adalah atas desakan Pakatan. Tanpa desakan Pakatan, pelajar ini akan terbiar.

2. Meyakinkan khalayak bahawa sebenarnya Kerajaan UMNO/BN mahu keluarga pelajar menanggung sendiri perbelanjaan pulang para pelajar. Kerana desakan pembangkang maka Kerajaan menanggungnya.

3. Meyakinkan khalayak bahawa bantuan Arab Saudi dan kepantasan pengurusan diplomatik adalah hasil campurtangan Pakatan khasnya Anwar Ibrahim. Tanpanya tak mungkin pelajar ini dapat dibawa pulang.

Banyak lagi yang akan disampaikan oleh Khalid termasuk komitmen Kerajaan Selangor membuka bilik gerakan. Khalid akan cuba sedaya upaya menafikan sumbangan kerajaan pusat.

Dalam masa yang sama Khalid akan buktikan sumbangan Kerajaan Negeri.
Kepada para pelajar dan keluarga yang akan hadir, dengarlah ucapan Khalid. Tetapi percayalah bahawa masalah tidak akan selesai hanya kerana kita pandai berpolitik.

Saturday, February 12, 2011

HAJI HADI SILAP TERUJA..

" SANGGUPKAH MEMPERTARUH MASA DEPAN MEREKA ?



KEJATUHAN MUBARAK DIANGGAP PETANDA BAIK.

Nampaknya pimpinan Pakatan Pembangkang terutama PAS tidak dapat menahan nafsu dan keghairahan dalam meraikan kejatuhan Hosni Mubarak.

Mereka pantas menyangka bahawa pemberontakan yang sama mungkin akan berlaku di Malaysia dan kerajaan UMNO/BN dengan sendirinya akan runtuh menyembah bumi.

Saya ingin mengingatkan bahawa pemberontakan yang berlaku di Tunisia dan Mesir bermula atas penderitaan rakyat. Mereka turun ke jalanan kerana mereka lapar dan kerajaan tidak membantu mereka.

Rakyat Mesir sekian lama terbiar tanpa pembelaan. Mereka tiada apa apa yang ingin dipertahankan. Seperti mereka pemimpin pemberontakan seperti tokoh Ikhwanul Muslimin juga hidup amat sederhana. Sebahagiannya menghabiskan apa yang ada untuk dakwah mereka.

Rakyat melihat teladan yang ditunjukkan. Mereka berkongsi penderitaan. Perjuangan mereka ialah perjuangan ' Mesir seluruhnya'.

Bagimana pula kita. Rakyat pernah bangkit suatu ketika dahulu.Kemudiannya rakyat undur ke belakang kerana mereka sedar tiada idealisme yang mereka perjuangkan. Mereka menjadi alat kepada cita cita Anwar Ibrahim.

Barangkali tidak semua rakyat kaya tetapi dapatkah dibuktikan bahawa begitu ramai rakyat papa kedana?

Pimpinan pembangkang yang mahu menggerakkan pemberontakan sendiri terdiri dari orang yang kaya raya. Anwar Ibrahim sewaktu dalam penjara sempat membina sebuah istana baru yang berharga puluhan juta ringgit. Melaratkan Anwar dan kaum keluarganya?

Dapatkah dinyatakan siapakah pimpinan pembangkang yang hidup susah ? Bahkan mereka sendiri kebanyakannya adalah jutawan.

Mungkin benar Hosni Mubarak tidak peduli kepada rakyat. Di Malaysia Kerajaan UMNO/BN menjaga rakyat sejak dar dalam kandungan hinggalah ke liang lahat. Berbaloikan bangkit memberontak?


Friday, February 11, 2011

ANDA BERMASALAH, PERGILAH KEPADA UMNO

RAKYAT TAK DAPAT DITIPU

AKHIR AKHIR INI UMUM MENYEDARI BETAPA PAKATAN PEMBANGKANG SEDANG MENGHADAPI MASALAH YANG SERIUS.

PIMPINAN DAN AHLI PAKATAN SENDIRI TAHU MEREKA TAK MUNGKIN DAPAT MENERUSKAN HAJAT MENUMBANGKAN UMNO/BN DALAM PRK 13.

PAS SEDANG MENGALAMI PERPECAHAN TAHAP TERTINGGI YANG MENYAKSIKAN HAJI HADI DAN NIK AZIZ MASING MASING SEDANG MENGUMPUL KEKUATAN UNTUK SALING MENJATUHKAN.

PKR SEBENARNYA HANYA TINGGAL NYAWA NYAWA IKAN. BARANGKALI ANWAR MASIH BERASA KUAT KERANA SOKONGAN YAHUDI. TERKINI JHON MALLOT MELONTARKAN KRITIKAN TERHADAP 1 MALAYSIA. MALANGNYA KRITIKANNYA UMPAMA ANJING MENYALAK BUKIT.

DAP TERPAKSA MENGGUNAKAN UGUTAN DAN SAMSENG UNTUK MENUTUP MULUT PENENTANG DALAMAN PARTI. KULASEGARAN TERPAKSA BERDIAM DIRI KERANA ANCAMAN YANG TAK DAPAT BELIAU TOLAK.

DEMIKIANLAH ALLAH MENENTUKAN. ALLAH MEMBERI DAN MEREMPAT KUASA SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA.

ANWAR NAMPAKNYA MULA MEMBERI SIGNAL BETAPA APA YANG BERLAKU DI TUNISIA DAN MESIR MUNGKIN BERLAKU DI MALAYSIA.

BLOGGER PAKATAN SABAN HARI MERANGSANG PEMBACA DENGAN KISAH KISAH DARI MESIR. MEREKA MENGHASUT SECARA SENYAP.

RAKYAT YANG CINTAKAN KEAMANAN DAN PERCAYA KERAJAAN PIMPINAN NAJIB MAMPU MENJAMIN KELANGSUNGAN PEMBANGUNAN NEGARA HARUS MULA BERSUARA.

KITA TAK AKAN BIARKAN NAFSU SERAKAH MANUSIA, MENGGANGGU KERAJAAN MEMPERSIAPKAN MASA DEPAN GEMILANG UNTUK ANAK CUCU.


Wednesday, February 9, 2011

BUKAN PERKARA BIASA

PEMBERSIHAN ETNIK SEDANG BERLAKU

KENYATAAN LEE KUAN YEW. TOHMAHAN JHON MALLOT. PENGUSIRAN PENIAGA MELAYU SEBELUM TEMPOH MASA. ADA LAGI PELBAGAI PERISTIWA LAIN YANG BERLAKU .

SEGALANYA SEAKAN SUSUNAN PLOT SEBUAH CERITA YANG LENGKAP, TERSUSUN DAN DIARAHKAN OLEH PENGARAH BERPENGALAMAN.

APA YANG BERLAKU DI PULAU PINANG BUKAN PERKARA BIASA.
BUMIPUTERA SEDANG DITINDAS OLEH PEMERINTAH YANG ZALIM.
UMAT MELAYU SEDANG DIUSIR DARI KAMPUNG HALAMAN TANPA BELAS KASIHAN.

UMAT MELAYU SEDANG DIHINA DAN DIZALIMI. RUMAH DAN GERAI MEREKA DIROBOH. UMAT MELAYU SEDANG MENJADI UMAT PALESTIN . PEMERINTAH PULAU PINANG SEAKAN YAHUDI.

IRONINYA, TIADA SIAPA MAMPU BERBUAT APA APA. PAS DAN PKR SEDANG GHAIRAH MEMBICARAKAN MESIR. PAS DAN PKR SEDANG BERUSAHA UNTUK MEMBERONTAK DEMI RAKYAT MESIR.

MEREKA SEAKAN DIBUTAKAN . PAS SEAKAN HILANG RASA. PIMPINAN DAN AHLI PAS PULAU PINANG SENDIRI MENGHALALKAN UMAT MELAYU DISIKSA.

DALAM MASA YANG SAMA MEREKA BERJUANG UNTUK RAKYAT MESIR. MEREKA BERJUANG UNTUK MENJATUHKAN MUBARAK. MEREKA BERJUANG PULA UNTUK MEMPERTAHANKAN KOMUNIS DI PULAU PINANG.

TIDAKKAH INI LUARBIASA?


Tuesday, February 8, 2011

JHON MALLOT PERLUKAN KAUNSELING

" TANPA RAWATAN, MALLOT AKAN JADI BEGINI "


HADAPI SINDROM SEPI AKIBAT PERSARAAN

MALAYSIAKINI MENGAMBIL KESEMPATAN DARIPADA KECAMAN JHON MALLOT UNTUK MENCALAR DS NAJIB DAN GAGASAN 1 MALAYSIA.

BEBERAPA BOGGER JUGA MENGAMBIL PELUANG YANG SAMA. ADA JUGA YANG MENCABAR PIMPINAN KERAJAAN AGAR MEMBELA NAJIB. MENGAPA DIBIARKAN JHON MALLOT MENYERANG ?

SAYA TELAH MEMBACA KENYATAAN JHON MALLOT, PESARA DUTA AMERIKA SYARIKAT YANG TELAH KEMBALI KE KAMPUNG HALAMANNYA.

SETELAH MEMBACA BERULANGKALI, SAYA INGIN MENASIHATKAN AGAR PIMPINAN KITA TIDAK MEMBUANG MASA MEMBACA KENYATAAN YANG SANGAT RENDAH KUALITINYA.

SEKIRANYA KITA TIDAK DIBERITAHU BAHAWA PENULISNYA ADALAH PEGAWAI AS, SAYA YAKIN KITA AKAN BERANGGAPAN BAHAWA ARTIKEL ITU ADALAH LUAHAN HATI SEORANG PENDATANG ASING YANG BARU DIHALAU DARI NEGARA INI.

PENUH DENDAM, DENGKI DAN IRI HATI. TIADA KEBIJAKSANAAN SAMA SEKALI. SAYA JUGA HAIRAN BAGAIMANA ORANG SEDANGKAL JHON MALLOT BOLEH MENJADI SEORANG DUTA.

BELIAU MENUDUH NAJIB MEMBIARKAN PERGADUHAN ANTARA KAUM DAN AGAMA BERLAKU DENGAN BUKTI BAHAWA SEJAK 1969 HINGGA SEKARANG 200 ORANG TELAH TERBUNUH.

SAYA MENGIRA DAN MENDAPATI HANYA 5 ORANG SAHAJA YANG TERLIBAT SETAHUN. BENAR, KITA TIDAK MAHU KEPADA PEMBUNUHAN. TETAPI ADAKAH MUNASABAH' KRISIS BESAR MENGHASILKAN KEMATIAN 5 ORANG SETAHUN ?'

BELIAU JUGA MENUDUH BERLAKUNYA KEZALIMAN TERHADAP KAUM MINORITI. BUKTI YANG BELIAU KEMUKAKAN IALAH 500 ORANG PROFESIOANAL BERKERJA DI LUAR NEGARA KERANA KEZALIMAN NAJIB.

MAKA KITA PULA TERFIKIR, JIKA BENAR KERAJAAN BERLAKU ZALIM, BAGAIMANA 500 RIBU ORANG INI BOLEH MENJADI PROFESIOANAL? DI MANA MEREKA BELAJAR? BAGAIMANA MEREKA BOLEH MENCAPAI TAHAP TERSEBUT ?

KEMUDIAN MALLOT JUGA MEMBERIKAN BEBERAPA BUKTI LAIN YANG SEBENARNYA TIDAK LAYAK UNTUK DIBINCANGKAN.

SAYA PERCAYA DAN BERHARAP AGAR TIADA SESIAPA DARIPADA PIHAK KERAJAAN MENJAWAB TOHMAHAN INI KERANA SAYA MENGANGGAP BAHAWA JHON MALLOT SEDANG DILANDA KESEPIAN MELAMPAU AKIBAT PERSARAAN.

KEPADA RAKAN RAKAN MALLOT DI MALAYSIA, NASIHATKANLAH MALLOT AGAR DAPATKAN RAWATAN PAKAR AGAR DIA DAPAT MENHABISKAN SISA HIDUPNYA DENGAN BAHAGIA.



KASIHAN PAS..

" MEREKA TELAH GAGAL BERFIKIR "


ALLAH TARIK KEUPAYAAN BERFIKIR.

SAYA TIDAK PERNAH MENGHORMATI PAS KERANA TAHU BAHAYA MEREKA KEPADA PERKEMBANGAN UMAT MELAYU ISLAM.

SAYA AMAT MENYEDARI BETAPA BANYAK ONAR YANG DILAKUKAN OLEH PAS SEHINGGA ADA DASAR KERAJAAN TIDAK BERJAYA SEPENUHNYA DISEBABKAN HASUTAN MEREKA.

SEMUA TAHU PAS TELAH MENJERUT AKAL BUDI SEBAHAGIAN UMAT MELAYU ISLAM SEHINGGA HILANG KEWARASAN.

TETAPI BILA PAS MENJADI BEGITU ' BODOH ' SAYA MENJADI SIMPATI BERCAMPUR HAIRAN. SAMPAI BEGITU SEKALI JADINYA..

APABILA PAS DIPAKSA BERTANDING DI MERLIMAU, DALAM KEADAAN SEMUA KITA FAHAM BAHAWA INSYAALLAH PAS AKAN KALAH, TAHULAH KITA SEBENARNYA PAS SEDANG MENGHADAPI PENGHINAAN YANG AMAT HEBAT.

MALANGNYA PAS TIDAK BERASA BEGITU. PAS SEBALIKNYA BERASA BETAPA TINGGINYA PENGORBANAN ANWAR IBRAHIM, MENAFIKAN KEHENDAK KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN DEMI PAS.

PAS TIDAK TERFIKIR BAHAWA MEREKA SEKALI LAGI DIJADIKAN KORBAN. PAKATAN TIDAK BERFIKIR UNTUK MENANG. PAKATAN PERLUKAN MEDAN UNTUK BANGKITKAN KEBENCIAN RAKYAT KEPADA UMNO / BN.

PAKATAN PERLUKAN GELANGGANG UNTUK MENCIPTA DAN MENABUR FITNAH. ITU SAHAJA TAHAP PAS KEPADA PAKATAN
ITU SAHAJA HARGA PAS.

DEMIKIANLAH, ALLAH JADIKAN SESUATU UNTUK KITA BERFIKIR.
BARANGKALI INI MASA DAN KETIKANYA MENGHISAP DIRI, MUHASABAH DAN BERTAUBAT KERANA ALLAH SEAKAN TELAH MENJATUHKAN HUKUMAN.


Monday, February 7, 2011

PAKATAN BERSETUJU KUBURKAN PAS DI MERLIMAU

" TAPAK KUBUR TELAH DISEDIAKAN "


PAS BERTANDING DENGAN JIWA KECIL.

MELAKA BUMI BERTUAH. KERANA TUAHNYA LIM GUAN ENG TERPAKSA LARI KE PULAU PINANG.

KEPELBAGAIAN ETNIK MEMBAWA KEPADA KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN ADAT RESAM. DI MALAYSIA , MELAKA ADALAH SALAH SEBUAH NEGERI YANG MENJADI PERHATIAN DUNIA.

SAYA YAKIN PRK MERLIMAU AKAN MENDAPAT LIPUTAN ANTARABANGSA. SEBAHAGIANNYA KERANA KEUNIKAN MELAKA
ITU SENDIRI.

IA MENJADI ASET PENTING KEPADA UMNO DAN PEMBANGKANG.
IRONINYA, MERLIMAU ADALAH SATU SATUNYA KERUSI YANG PEM
BANGKANG BERGADUH KERANA ' TIDAK MAHU '.

PEMBANGKANG AKAN KALAH, INSYAALLAH. DAN KETIKA INI DUNIA AKAN HAIRAN KERANA,

1. ANWAR IBRAHIM MENGAKU BAHAWA BELIAU ADALAH TOKOH SANJUNGAN RAKYAT.

2. UMNO DIGAMBARKAN SEBAGAI SANGAT KEJAM DAN ZALIM.

3. RAKYAT SANGAT MENDERITA DAN SEDANG BERSIAP SEDIA UNTUK BANGKIT MEMBERONTAK.

INILAH MOMOKAN PEMBANGKANG KE SELURUH DUNIA. DUNIA SEDANG MEMERHATI. DAP DAN PKR SERTA PAS JUGA AMAT MENGERTI.

PAS YANG SEKARANG SEDANG ' MENYAMAKAN DIRINYA' DENGAN IKHWANUL MUSLIMIN DI MESIR TELAH CUBA UNTUK LARI. HAJI HADI TELAH MENGATAKAN MAHU BERBINCANG.

APA DAN SIAPALAH PAS. PAS SANGAT HINA DALAM PAKATAN PEMBANGKANG. KALAH DI GALAS DAN KALAH PULA DI TENANG MENYEBABKAN PAS BERADA DI TEMPAT PALING BAWAH.

PAS TIDAK BERUPAYA MENGELAK. SEKALI LAGI KITA AKAN SAKSIKAN PARTI YANG PALING BANYAK BERCAKAP DIKUBURKAN OLEH RAKAN SENDIRI.


Sunday, February 6, 2011

PAS LANCAR DANA PILIHANRAYA

" PENGGANTI NIK AZIZ "


BERSELINDUNG DI SEBALIK NAMA DANA PENDIDIKAN.

SEWAKTU DAN SELEPAS PRU 12 PAS SEBENARNYA SELESA DAN MEWAH. PAS DIBIAYAI OLEH DAP DAN PKR. PAS BUAT KUTIPAN UNTUK PERGERAKAN DAN KEMUDAHAN PIMPINAN PARTI SAHAJA.

AKHIR AKHIR INI PAS GAGAL MEMAINKAN PERANAN SEBAGAIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH DAP. PAS BARANGKALI TIDAK AKAN DIBANTU LAGI DARI SEGI KEWANGAN.

SELAIN DARIPADA KALAH DI KEDUA DUA PRK GALAS DAN TENANG, PAS SENDIRI GAGAL DALAM USAHA MEREALISASIKAN PERPECAHAN UNDI MELAYU.

PAS BERANI. PAS SUDAH PASTI MENEMUI NAS AL QURAN DAN HADIS ATAU SEKURANG KURANG MELIHAT SEJARAH ISLAM YANG MEWAJARKAN ' PECAH AMANAH' WANG AHLI DAN PENYOKONG.

LIHAT APA YANG BERLAKU KEPADA TABUNG MEMALI. PAS TIDAK MENJAWAB PUN KE MANA WANG ANAK YATIM MEMALI MEREKA HALAKAN.

13 FEBRUARI INI HADI AKAN LANCARKAN TABUNG DANA PENDIDIKAN PULA. DR HARUN TURUT HADIR MENYAMPAIKAN UCAPAN. NIK AZIZ TIDAK DIJEMPUT ?

PERCAYALAH DANA PENDIDIKAN ADALAH NAMANYA. TAPI KUTIPAN INI AKAN DIGUNAKAN UNTUK PILIHANRAYA.

ULAMA PAS AKAN MENEASKAN BAHAWA ' SEBAIK BAIKNYA SEWAKTU TANGAN KANAN MEMBERI, TANGAN KIRIPUN TIDAK TAHU'.

BERTANYA BERMAKSUD MEMPERTIKAI. MEMPERTIKAI SEDEKAH ADALAH SESUATU YANG AMAT DILARANG.

DEMIKIANLAH PAS, DULU, KINI DAN SELAMANYA...

TERBAYANG DAP MELEMPAR NASI..

" TERAMPIL, BIJAK, MEYAKINKAN "



TURUN KERANA LAPAR, TURUN DAN KENYANG.

SAYA MEMBACA DENGAN PENUH MINAT PANDANGAN DR MASZLEE MALIK SEORANG AHLI AKADEMIK DALAM WAWANCARA DENGAN MINGGUAN MALAYSIA HARI INI.

BANGGA SAYA MEMBACA PANDANGAN ILMUAN MELAYU YANG SARAT KEBIJAKSANAAN. ANALISISNYA TERKELUAR DARIPADA SEBARANG KECENDERUNGAN POLITIK KEPARTIAN.

MENURUT BELIAU, RAKYAT MESIR DAN TUNISIA TURUN KE JALANAN KERANA MEREKA LAPAR. MEREKA DERITA KERANA MISKIN. MEREKA BANGKIT MENUMBANGKAN DIKTATOR YANG SANGAT LAMA BERKUASA.

SAYA TERINGAT KEPADA DEMONSTRASI PENYOKONG PAKATAN PEMBANGKANG DI PERAK PADA TAHUN 2009, SEWAKTU PERALIHAN PEMERINTAHAN BERLAKU.

WALAUPUN SEBAHAGIAN DARIPADA DEMONSTRATOR ADALAH ORANG LUAR YANG DATANG UNTUK MENAMPAKKAN ' BESARNYA'
DEMONSTRASI TETAPI IA TETAP MENJADI SEJARAH HITAM PERAK.

KEPADA SAYA INI ADALAH SEJARAH YANG MELUKAKAN UMAT MELAYU. KALAU BOLEH SAYA MAHU ANAK CUCU BUKAN SAHAJA TIDAK MELAKUKANNYA TETAPI BIARLAH MEREKA TIDAK MENGETAHUINYA.

SAYA SENDIRI MENYAKSIKAN BAGAIMANA LORI LORI KECIL YANG DIPANDU OLEH LELAKI CINA MEMBAWA NASI BUNGKUS, AIR MINERAL DAN LIMAU . MEREKA MENCAMPAKKAN MAKANAN TERSEBUT YANG KEMUDIANNYA DIMAKAN OLEH DEMONSTRATOR YANG SEMUANYA MERUPAKAN ORANG MELAYU.

SAYA LUKA MELIHAT ' BANGSATNYA' UMAT MELAYU KETIKA ITU SEMATA MATA MAHU MEMPERJUANGKAN PEMERINTAHAN DAP DI PERAK. MEREKA KEKENYANGAN. INI BEZANYA PEMBANGKANG DI MALAYSIA DENGAN RAKYAT MESIR DI TUNISIA.

MEREKA BANGKIT DEMI MARUAH. DI MALAYSIA PAS BANGKIT MENGGADAI MARUAH.

JUSTERU ITU, UMNO WAJIB KUAT. PIMPINAN UMNO HARUS SEDAR. ELAKKAN KEBANGKITAN PALSU PEMBANGKANG DENGAN CARA MEMENANGI PILIHANRAYA. PEMBANGKANG TAK BOLEH DIBENARKAN MEMALUKAN NEGARA DENGAN PEMBERONTAKAN BERBAYAR SEPERTI YANG PERNAH BERLAKU DI PERAK.





Saturday, February 5, 2011

SEMOGA BLOG LIST MALAYSIA SILAP

" PAS MUNGKIN BUBAR KERANA MALU "


LAPORAN MELETAKKAN NIK AZIZ DI TAHAP PALING HINA.

SAYA DIMINTA OLEH SEORANG RAKAN UNTUK MEMBACA BLOG YANG DITAJA OLEH PAS, BLOG LIST MALAYSIA.

SAYA TIDAK BEGITU BERANI MEMBUKA BLOG YANG SAYA KETAHUI DIUPAH OLEH PAKATAN PEMBANGKANG KERANA SAYA MALU MEMBACA TERLALU BANYAK BAHAN LUCAH DI DALAMNYA.

BAGAIMANAPUN RAKAN SAYA MEMBERI JAMINAN BAHAWA KALI INI BUKAN BAHAN LUCAH YANG DIKUPAS, MAKA SAYA PUN MEMBUKA BLOG INI.

BENAR , BUKAN BAHAN LUCAH YANG DIPAPARKAN TETAPI IA LEBIH HINA DARIPADA LUCAH. KENYATAAN AKHBAR MENTERI BESAR KELANTAN, AHMAD FADHLI SAARI MENAFIKAN BAHAWA NIK AZIZ SANGGUP BERDEBAT DENGAN SEORANG ULAMA DI KELANTAN IAITU USTAZ MOHD NOR DERIS.

NIK AZIZ MENOLAK DEBAT INI KERANA BERPENDAPAT BAHAWA MOHD NOR BUKAN LAWAN YANG LAYAK BAGINYA.

SEHINGGA ARTIKEL INI DITULIS, SAYA MASIH BERHARAP AGAR BLOGGER BERKENAAN MENERUSKAN KEBIASAAN MEREKA IAITU BERBOHONG DAN MENABUR FITNAH.

SAYA TIDAK DAPAT BAYANGKAN BETAPA RENDAHNYA PANDANGAN ORANG TERHADAP NIK AZIZ JIKA PENOLAKAN INI BENAR BENAR BERLAKU.

WALAUPUN SAYA DARI AWAL MENJANGKAKAN NIK AZIZ MEMANG TAK AKAN MAMPU BERDEBAT KERANA MASALAH PENDENGARAN DAN PEMIKIRAN BERCELARUNYA, TETAPI SAYA TIDAK MENYANGKA PENOLAKAN DIBUAT DALAM KEADAAN TERGESA GESA. SETIAUSAHA AKHBAR NIK AZIZ TELAH MENGGAMBARKAN BETAPA TAKUT DAN CEMASNYA NIK AZIZ.

SAYA BERHARAP ADA MAKLUMAT LAIN BERKAITAN PERKARA INI DAN SAYA MERAYU SEKIRANYA IA BENAR MARILAH KITA BERSAMA SAMA MERAHSIAKANNYA. WALAUPUN TIDAK BEGITU DIHORMATI, BIARLAH NIK AZIZ MENGHABISKAN SISA SISA HIDUPNYA DENGAN TENANG.