Followers

Saturday, October 23, 2010

PENGGULUNGAN LEBIH JELAS DAN TEGAS



NAIB PRESIDEN LEBIH SERIUS DAN FOKUS

Saya berasa amat lega dan bersyukur selepas ketiga tiga Naib Presiden selesai menggulung perbahasan dalam Persidangan Agung UMNO kali ini.

Saya memang tidak berharap apa apa daripada Ketua Pemuda, Ketua Puteri atau Ketua Wanita. Saya mengikuti ucapan dasar masing masing dan saya memang menjangkakan bentuk ucapan penggulungan mereka.

Jika ada yang mengatakan bahawa buat masa ini hanya Wanita yang berfungsi dengan berkesan, saya terima pandangan ini. Pemuda dan Puteri masih gagal ' menghayati makna perjuangan politik sepenuhnya'. Belum lagi.

Dalam masa kita mengakui peranan Wanita dalam mendapatkan undi, kita turut keliru dengan pendekatan ' imansipasi' Shahrizat .
Biarkanlah Shahrizat memperolehi rentak dan dalam masa yang sama Jentera Jalinan Rakyat tidak berhenti bergerak.

Yang paling melegakan saya ialah Naib Presiden amat serius kali ini. Tahun lalu menyaksikan Naib Presiden bersaing dalam lawak jenaka, tetapi hari ini mereka melontarkan pemikiran, mereka menampilkan tugasan.

Hari ini Naib Presiden memang bercakap selaras dengan Timbalan dan Presiden. Timbalan meletakkan dirinya di atas landasan yang betul. Manakala tiada sesiapapun dapat menolak' keberkesanan' amanat Presiden.

Paling penting selepas ini, ialah menyusun kerja. UMNO tidak akan menang dengan semangat yang berkobar kobar. UMNO akan menang dengan undi yang diperolehi.