Followers

Friday, June 4, 2010

TAHNIAH TAPI BELUM CUKUP

Tentunya kita berbangga apabila Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO berjaya membawa pulang Pak Omar Atan yang ditahan dan dipenjarakan di penjara Laos. Sebelum ini mereka berjaya membawa pulang beberapa orang gadis yang dilarikan oleh pemuda Lombok.

Seingat saya tidak banyak berita tersiar berkaitan Pemuda UMNO. Oleh yang demikian kejayaan ini boleh dijadikan bahan untuk membuktikan bahawa pemuda UMNO masih wujud dalam gelanggang politik tanahair.

Bagaimanapun semua ini amat tidak mencukupi apabila kita bercakap tentang kelangsungan UMNO khasnya selepas PRU 12. Ahli ahli UMNO dan orang Melayu yang percaya kepada keupayaan parti dalam memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara sedang menanti gerakerja yang sistematik , tersusun dan berterusan oleh Pemuda UMNO bagi mempastikan luka akibat PRU 12 terubat dan maruah dapat dikembalikan.

Tentunya kita menyedari bahawa matlamat akhir berpolitik ialah memenangi pilihanraya seterusnya memerintah negara. Kemenangan besar sahaja akan membolehkan kerajaan yang kuat dibentuk. Kita sedang dalam usaha yang bersungguh sungguh untuk menjayakan Wawasan 2020. Kita sedang dalam usaha untuk menyusun semula struktur masyarakat melalui Model Baru Ekonomi. ( MBE ).

Di mana Biro lain Pemuda. Berapa ribu orang pengundi baru telah didaftar. Berapa ribu orang ahli Pemuda telah ditemui. Apakah telah disusun gerakan bertemu pengundi. Banyak soalah ingin ditanyakan kepada Pemuda UMNO. Kebimbangan saya ialah Pemuda UMNO sebenarnya langsung tidak mempunyai fokus.