Followers

Monday, November 1, 2010

PAS HAMPIR LUMPUH SEPENUHNYA DI GALAS

' DARIPADA PENING BAIKLAH TIDUR '

JENTERA KECEWA PERUNTUKAN BESAR KEPADA PENGUNDI LUAR

Saya pernah menulis dalam blog ini bahawa kita boleh menipu semua orang. PAS setingkat lebih tinggi apabila berjaya menipu rakyat dan menipu diri sendiri.

Tetapi kita tidak mungkin akan dapat menipu Pencipta kita ALLAH yang Esa. Jika kita cuba, nescaya akan sampai masa ALLAH hukum kita dengan hukuman yang tidak kita ketahui.

Inilah hukuman yang ALLAH timpakan kepada PAS. Sesiapapun yang waras tentu tidak dapat menerima ' kebodohan' PAS mengumumkan bayaran 200-250 ringgit kepada semua pengundi luar DUN Galas.

Perbuatan ini jelas satu RASUAH walaupun Ustaz Abdul Halim menggunakan istilah lain. Ia tetap rasuah walau dilihat dari sudut mana sekali pun. Suruhanjaya Pilihanraya telah memberi amaran kerana tindakan itu jelas menyalahi undang undang pilihanraya.

Hukuman ini semakin berat apabila pengumuman ini melumpuhkan jentera PAS di Galas. Seorang AJK Kawasan Gua Musang nyata kesal kerana pucuk pimpinan PAS Pusat menghadkan peruntukan kepada petugas yang bertungkus lumus siang dan malam sedangkan mereka membayar pengundi yang belum pasti mengundi PAS.

Menurut sumber dalaman PAS, pengundi setia PAS sendiri terkejut dengan pengumuman tersebut kerana ' RASUAH ' adalah modal terbesar PAS selama ini.

Seorang AJK Dewan Pemuda menyatakan mereka mungkin akan berhenti berkempen sekiranya isu ini tidak dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Catatan : Mana dia ulamak PAS. Rakyat sedang menunggu fatwa mereka.