Followers

Tuesday, August 31, 2010

JANGAN LAGI KEHILANGAN PENYOKONG SETIA

Ada rakan rakan beranggapan bahawa sambutan kemerdekaan ke 53 ini adalah antara yang paling suram dan sepi dalam sejarah negara. Keadaan ekonomi yang belum pulih adalah antara faktornya walaupun hakikatnya rakyat terbanyak tidak begitu terkesan.

Keadaan politik negara juga amat celaru. Sejak PRU 12 UMNO/BN bukan lagi sebuah kerajaan yang dominan. UMNO khasnya dinilai sebagai sebuah parti yangmenunggu masa untuk runtuh.
Walaupun Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri nampak yakin dan jelas namun 'mood' yang sama tidak dikongsi bersama para menteri dan pemimpin kerajaan.

Yang paling dibimbangi oleh rakan rakan ialah apabila orang Melayu Islam kelihatan berpecah begitu teruk. Apa jua isu dilihat dari perspektif politik kepartian. Sudah tidak kelihatan sebarang tanda akan berlaku titik temu. Orang Melayu Islam adalah majoriti yang lemah.

Pada ketika inilah muncul pelbagai isu/peristiwa yang selama ini berada ' dalam sekam'. Gambaran jelas daripada semua ini ialah kerajaan UMNO/BN adalah kerajaan lemah dan tidak lagi dihormati walaupun telah 53 tahun berjasa. Seakan ada orang tidak sabar untuk menghantar UMNO/BN ke muzium ataupun arkib.

- Pencerobohan masjid
- Provokasi Namewee terhadap Islam dan Melayu serta kerajaan
- Pengguguran nama Agung dalam doa khutbah dan diganti dengan nama Lim Guan Eng

Tiga contoh di atas memang melukakan dan membimbangkan orang Melayu Islam. Orang Melayu Islam yang kasih kepada bangsa hanya boleh melayan kesal. Penghinaan ini bukan kali pertama berlaku.

Ini pula disemarakkan menjelang sambutan kemerdekaan sehingga ia melunturkan makna dan seri sambutan ke 53 ini.

Namun dari sudut yang lain pula, saya beranggapan ketiga tiga isu di atas adalah anugerah
Allah kepada kerajaan pimpinan Najib. Inilah masa ketikanya untuk kerajaan ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam merealisasikan Satu Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Apa yang berlaku adalah menyentuh keselamatan negara./ keselamatan rakyat. Apa yang berlaku mengganggu pembentukan sebuah negara bangsa. Apa yang berlaku boleh meruntuhkan sebuah tamadun bangsa.

Inilah masanya Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussein membuktikan kebolehan dan kemampuan . Hishamudin berada dalam zon gagal. Inilah ketikanya Hisham boleh keluar dari zon tersebut. Hisham tidak perlu berbuat lebih daripada yang perlu, mempertahan maruah kerajaan.

Inilah masa ketikanya kita menyatukan hati dan perasaan kita. Satu Malaysia adalah gagasan amat bijaksana- kerananya keharmonian dicapai perlembagaan dipertahan.
Jika sekali ini kerajaan gagal bertindak betul , bersedialah untuk kehilangan penyokong yang patah hati kerana menyokong kerajaan yang lemah.