Followers

Thursday, September 30, 2010

"LAA TAQAF WALAA TAHZAN INNALLAHHAMA'ANA

" TIADA KERISAUAN , TIADA KETAKUTAN , AKU ADA ALLAH BERSAMA DENGANKU "

Sewaktu saya kecil dahulu inilah antara doa yang diajarkan oleh ayah saya. Inilah doa yang saya yakini menjadikan saya berani, yakin dan sanggup melakukan sahaja asalkan ianya baik dan tidak bertentangan dengan agama.

Kebijaksanaan ayah saya ialah apabila dipesan pula kepada saya bahawa doa ini hanya makbul jika kita tunduk, patuh, taat dan kasih kepada ALLAH. Jangan ada apa apapun yang dilakukan melainkan dengan niat mencari rehdha ALLAH.

Kemudiannya saya terlibat pula dengan politik UMNO. Semakin kukuh di hati saya keyakinan bahawa selagi kita berada di atas landasan kebenaran, insyaallah ALLAH akan bersama kita. Banyak bukti dan petandanya.

Kepergian bekas ADUN Galas bermakna akan berlaku satu pilihanraya kecil dalam masa terdekat. Sebenarnya seumur hidup saya inilah kali pertama saya melihat pemimpin PAS benar benar berada dalam ketakutan. Kerisauan melampau.

Mursyidul Amnya sehingga tergamak meminta UMNO tidak bertanding demi perpaduan Melayu. Ya ALLAH..begitu besar petunjukMU. Seseorang yang selama ini memilih SYAITAN sebagai sahabat tiba tiba berpatah balik ( walaupun palsu).

Pemimpin PAS panik dan kehilangan arah . ALLAH sedang memberikan sedikit pengajaran kepada mereka.

Selama ini mereka menjual agama dengan harga yang rendah. PAS putar belit ayat Al Quran dan Al Hadis demi kepentingan politik murahan. PAS menyokong penggunaan kalimah ALLAH kerana gentar kepada DAP ( Sekarang menjadi alat dakwah kristian Ahli Parlimen Sg Siput )

PAS tolak perpaduan dan ukhwah dan bersahabat dengan DAP yang berusaha memerangi ISLAM secara halus.

PAS khianat kepada ALLAH. PAS khianati rakyat dengan penipuan dan pembohongan. Sekarang PAS dilanda ketakutan. PAS sedang ditimpa kerisauan.

Ini baru pilihanraya kecil. Belum lagi PRU 13. Tunggulah hukuman ALLAH.

Kepada orang UMNO, mari kita berdoa

" LA TAQAF WALAA TAHZAN INNALLAHHAMA'ANA ".

Mudah mudahan kita beroleh kemenangan.

Wednesday, September 29, 2010

NAJIB BUKAN ULAMAK..

TETAPI DAKWAHNYA TERSEBAR KE SELURUH DUNIA.

Najib bukan ulamak. Dia pemimpin yang lahir daripada sistem pendidikan biasa. Dia tidak berjubah dan berserban. Tetapi ucapan sulungnya di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu ( PBB ) pada 27 September 2010 mencetus rasa kagum, hormat bukan sahaja kepada dirinya bahkan kepada Islam itu sendiri.

Isu keadilan, isu perpaduan, isu kekejaman Israel, isu pelampau dalam pelbagai agama, isu prejudis terhadap Islam dikupas dengan jelas. Khalayak terpaksa mendengar ucapan berhemah Najib dan tidak malu mengaku kebenarannya.

Ahmadinejad , presiden Iran juga seorang pejuang. Tetapi apa maknanya perjuangan bilamana cakapnya tidak didengar. Apa maknanya perjuangan jika khalayak bangun meninggalkan majlis sebaik sahaja dia sampai di pentas. Apa maknanya perjuangan jika mesej yang ingin disampaikan tidak kesampaian.

Di hadapan dunia, Najib memberi makna kepada pelbagai peristiwa. Teguran terhadap Israel di hadapan pemimpin Israel. Kritikan terhadap Yahudi di hadapan pemimpin Yahudi dan para penyokong mereka.

Simpati terhadap Palestin di hadapan pemimpin Palestin dan seluruh dunia mendengar dan berkongsi simpati bersamanya.

Sewaktu orang lain tidak terfikir untuk mencampuri urusan dalaman negara lain apalagi Amerika, Najib memuji Obama dan Datuk Bandar Bloomberg kerana mempertahankan Pusat Komuniti Islam.

Sewaktu dunia melihat betapa ganasnya Islam, Najib melontarkan kesederhanaan Islam. Sewaktu Islam dikaitkan dengan pemberontakan dan perang , Najib mempromosikan keamanan.

Ucapan Najib didengar oleh Lim Kit Siang
Ucapan Najib didengar oleh Karpal Singh
Ucapan Najib didengar oleh Nik Aziz
Ucapan Najib didengar oleh Lim Guan Eng
Ucapan Najib didengar oleh Mahfuz Omar

Najib bercakap di New York tetapi mesej dan jiwa besarnya bertebar di tanahair.
Benar Najib bukan ulamak tetapi dakwahnya tersebar serata alam. Inilah konsep KHALIFAH UMMAH.

Dalam pada orang lain ' beretorik dengan menjual agama ', Najib membuktikan bahawa kita adalah umat terbaik di kalangan umat manusia kerana mengajak yang makruf mencegah yang mungkar.

Tuesday, September 28, 2010

SYABAS!! UMNO BAKAL MERAMPAS DUN GALAS

Surat kepada SPR telah dihantar pada 28 September 2010 sebagai makluman rasmi kekosongan Kerusi Dewan Undangan Negeri Galas berikutan kematian penyandangnya , Allahyarham Che Hashim b Sulaima. Sehubungan itu satu pilihanraya kecil akan diadakan dalam jangka masa yang telah ditentukan oleh undang undang pilihanraya.

Tajiyuddin Hassan awal awal lagi telah menggambarkan kerisauannya bilamana meminta UMNO tidak meletakkan calon atas semangat perpaduan Melayu ( Yang telah ditolak mentah mentah oleh Mursyidul Am PAS )

Memang wajar Takiyuddin berasa takut kerana kerajaan PAS Kelantan sedang berada dalam keadaan amat tidak stabil dan mengalami kocakan paling buruk dalam sejarah pentadbirannya. Isu rasuah, salah guna peruntukan kerajaan, nepotisme kronisma dalam pentadbiran dan banyak lagi isu gagal dijawab oleh Kerajaan PAS.

Pertelagahan di antara exco dengan MB, exco dengan exco sudah menjadi perbincangan umum. Pergeseran di antara Husam Musa dengan keluarga MB sendiri sudah tidak dapat disembunyikan.Penglibatan melamp
au anak menantu MB dalam banyak projek segera kerajaan telah memburukkan lagi imej kerajaan.

Bagaimanapun UMNO tidak akan menang hanya kerana kelemahan PAS semata mata. UMNO sendiri perlu melakukan beberapa perkara untuk mempastikan kerusi Galas dapat dirampas semula.

1. Kembali semula kepada semangat asal UMNO. ' AKU tidak layak dan tidak akan melobi menjadi calon ' ' AKU ' akan menyokong dan bekerja keras untuk memenangkan siapa juga calon yang ditentukan oleh pucuk pimpinan parti.

2. Jentera parti mesti disusun dan bekerja tulus ikhlas demi memenangkan parti. Pertemuan bersemuka mesti dilakukan secara bersungguh sungguh tanpa meninggalkan seorangpun pengundi termasuk calon PAS sendiri.

3. Agihan peruntukan untuk kemudahan pekerja atau jentera parti mesti disalurkan secara telus dan adil. Elakkan ada mana mana pihak yang berasa tidak gembira dengan agihan peruntukan ini.

4. Jentera parti wajib bekerja hingga ke saat terakhir termasuk jentera yang membawa pengundi. Elakkan pengundi menjadi susah kerana pilihanraya ini.

5. Letakkan Ku Li ditempat yang betul. Ku Li orang lama yang amat berpengalaman. Di Gua Musang termasuk Galas, pengaruh Ku Li lebih hebat daripada pengaruh Tok Guru Nik Aziz.

6. Elakkan penglibatan tokoh tokoh luar yang boleh menjejaskan kempen UMNO. Ada tokoh memang tidak disenangi oleh pengundi. Pengalaman PRU 12 boleh dijadikan pengajaran.

7. Datangkan pakar yang benar benar memahami dan boleh menerangkan dasar dan perancangan kerajaan BN. Hakikatnya semua dasar yang dipimpin DS Najib amat mementingkan rakyat.

8. Ubah kepercayaan dalam kalangan jentera parti dan para penyokong bahawa PAS tidak mungkin dapat dikalahkan di Kelantan. Sebenarnya pemimpin dan ahli UMNO kena membayangkan kemenangan besar dalam pilihanraya kecil ini. Jangan lupa kemenangan awal manusia bermula dalam fikiran.

Pimpinan, ahli dan jentera UMNO mesti yakin berkat kesungguhan, kesabaran dan komitmen semua , UMNO pasti akan dapat mermpas kembali DUN Galas.

TAHNIAH PUTERI.


Saya membaca melalui akhbar laporan berkenaan program Dialog Bersama Negarawan dan Isu Semasa dengan tema Survival Masa Hadapan, Pengajaran Masa Lalu, anjura bersama Puteri UMNO Malaysia dan Jabatan Hal Ehwal Khas ( JASA ).

Saya tertarik dengan penganjuran program ini kerana ia adalah anjuran ' Puteri UMNO'
manakala jemputan utamanya ialah Tun Mahathir . Sangat jauh jarak umur di antara keduanya menjadikan program ini lebih bermakna dan berharga.
Ada beberapa isu yang menarik timbul kesan daripada penganjuran program ini :-

1. Puteri UMNO mula menunjukkan jiwa besar apabila berani menganjurkan program seperti ini yang sama sekali ' di luar lingkungan keremajaan puteri'. Bahkan
saya tidak pasti adakah Pemuda UMNO mempunyai keberanian yang sama.

2. Puteri yang berumur di bawah 35 tahun bijak dan tepat dalam memilih isu dan tokoh yang memperkatakan isu berkenaan. Dalam masa yang sama ada orang semacam tidak begitu ' berani' melibatkan diri dengan Tun M.

3. Puteri UMNO yang merupakan anak bongsu UMNO benar benar dapat memahami dan menghayati aspirasi, sifat dan kecenderungan Presiden UMNO DS Najib apabila berkongsi kasih dan penghormatan terhadap Tun M.

5. Puteri jelas tidak melihat atau memikirkan kepentingan peribadi apabila menjemput ' tokoh ' yang tidak dapat menawarkan apa apa jawatan sebaliknya memilih ilmu, pengalaman dan aura tokoh yang dijemput.

Syabas Puteri , anda telah bermula dengan baik. Saya percaya tiada orang UMNO yang tidak rasa ' bergetar ' mendengar ucapan Tun. Susunlah gerakan. Daftarlah pengundi baru. Pastikan mereka mengundi UMNO dan BN.

Saya yakin dan percaya jika Puteri turun ke akar umbi secara bersungguh sungguh, saya pasti kemenangan akan bersama kita. Tahniah.

Sunday, September 26, 2010

INI KETIKA KAKITANGAN KERAJAAN DIHARGAI


Seseorang telah mengulas tulisan saya berkaitan tuntutan bonus kakitangan kerajaan semalam. Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas ulasan beliau. Walaupun tidak mengenalinya saya menjangkakan bahawa pengulas ini adalah seorang kakitangan kerajaan berdasarkan tertib bahasa dan isu yang diketengahkan. Rasional dan realistik pandangannya.


Saya bersetuju kadangkala kakitangan kerajaan begitu terhimpit dalam melaksanakan tugas. Di Perak sewaktu pemerintahan 11 bulan pakatan pembangkang, pegawai pegawai di Pejabat Tanah ( sebagai contoh ) seakan akan berkerja di atas bara api apabila dipaksa melaksanakan banyak perkara secara serta merta terutama dalam meluluskan permohonan tanah.

Tanah lombong, tanah pinggir dipohon secara pakej oleh parti / kaum tertentu dan setiap permohonan diajukan oleh panel guaman yang secara psikologinya ' mengusik ' keselesaan kakitangan kerajaan melaksanakan tugasan mereka.

Saudara bayangkan apa perasaan kakitangan kerajaan apabila sebuah fail meluluskan hak milik 99 tahun manakala sebuah fail yang lain pula meluluskan hak milik 999 tahun. Terkilan kakitangan kerajaan yang terlibat kerana dikatakan ' berat sebelah' sedangkan bukan itu yang mereka ingini.
Nizar Jamaludin sendiri turut mengalami nasib yang sama. Tindakan dan kenyataannya semuanya, ( semuanya ) ditentukan oleh tangan ghaib yang ada di belakangnya.


Pegawai pegawai di Jabatan Pelajaran khasnya di Unit Hal Ehwal Murid, saban hari didatangi oleh peguam tertentu kerana ada murid dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah. Bahkan ada wakil rakyat ketika itu mengarahkan pegawai menukarkan guru yang tidak mereka senangi.

Mujurlah ujian ALLAH ini hanya selama 11 bulan. Kini keadaan semakin baik tambahan pula ada arahan langsung dari Kuala Lumpur bahawa tiada sesiapapun dibenarkan ' mengganggu' tugas penjawat awam. SURAT SOKONGAN harus dilayan sebagai SURAT SOKONGAN semata mata.

Maka saudara dapat menyaksikan betapa ada kontraktor Kelas F yang menyokong pembangkang secara jelas tetap dapat berniaga bahkan ada pula yang merupakan penyokong kuat UMNO/BN tidak mendapat projek.

Bahkan menjadi pengetahuan umum , ramai kakitangan kerajaan yang cenderung kepada pembangkang tetap berpeluang naik pangkat termasuk mengetuai jabatan, menjadi Guru Besar dan sebagainya.

Yang baiknya, jika benar ' ada tangan ghaib mengganggu tugasan penjawat awam' , saudara rujuklah kepada SPRM yang diakui bebas, telus dan berani menegakkan kebenaran. Bertindaklah sekarang.

Saudara memulakan ulasan dengan menyebut ' ikatan ' yang mesti dipatuhi namun percayalah di atas segala arahan dan perintah , kita ada ALLAH yang sentiasa memantau kita.

Dan insyaallah percayalah, sewaktu Najib menjadi Perdana Menteri kita akan dapat menyaksikan keperihatinan yang amat tinggi daripada pemimpin yang memahami.

Saturday, September 25, 2010

CUEPACS USAH SEKADAR MEMINTA..


KUALA LUMPUR 25 September- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam ( CUEPACS ) yakin kerajaan akan mempertimbangkan permintaan rakyat bagi mendapatkan bonus bagi tahun 2010.

Presidennya , Omar Osman berkata pihaknya berharap kerajaan akan luluskan bonus sebagai bantuan kepada kakitangan khasnya yang berpendapatan rendah.

" Kakitangan awam merupakan tunjang kepada pembangunan negara, dengan itu saya harap tiada pihak yang mempertikai atau menafikan tuntutan ini", kata Omar.

Katanya lagi , " Bonus ini mampu menyuntik semangat untuk kakitangan kerajaan berkhidmat dengan lebih baik dan berkualiti lagi ".

Saya pertamanya ingin mengucapkan tahniah kepada Omar Osman kerana kegigihannya menjaga kebajikan penjawat awam. Nada Omar juga nampaknya lebih lembut berbanding tahun 2008 yang menyaksikan penjawat awam telah ' memberi
sokongan' kepada Pakatan Pembangkang. Implikasinya undi yang diterima oleh kerajaan ketika itu telah merosot.

Dalam masa yang sama saya mengharapkan CUEPACS dapat mendidik ahlinya agar memahami bahawa bonus adalah kemudahan kepada kakitangan awam bukan kewajipan yang mesti ditunaikan.

Yang wajib dan mesti adalah kakitangan kerajaan menumpahkan taat setia tanpa berbelah bagi kepada kerajaan tempat mereka mencari rezeki bagi menanggung keluarga. Menyedari kerajaan tidak sempurna, kakitangan boleh mengkritik dan memberi teguran tetapi tidak wajar mengkhianati.

Sayugia diingatkan bahawa ' menjadi kakitangan kerajaan adalah pilihan sendiri, bukan arahan atau paksaan mana mana pihak.'

Terdapat banyak kepincangan dalam perkhimatan kerajaan yang menuntut penambahbaikan dari semasa ke semasa. Banyak rungutan kita dengar yang implikasi buruknya tertimpa ke atas kerajaan.

Bantuan kebajikan masyarakat, rakyat hidup daif, layanan tidak mesra dan banyak lagi rungutan sepatutnya tidak timbul lagi khasnya apabila kerajaan pimpinan Datuk Najib dengan jelas mengutamakan kebajikan rakyat.

Memohon bonus adalah hak CUEPACS, mendapat kesetiaan adalah hak kerajaan, mendapat perkhidmatan cemerlang adalah hak rakyat. CUEPACS usahlah sekadar meminta tetapi mestilah juga menawarkan yang terbaik.

ANCAMAN KOMUNISME MASIH WUJUD

KUALA LUMPUR 24 September - Kartunis Zunar, aktivis pembangkang hari ini ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana menghasilkan buku Cartoon-O-Phobia yang menyentuh isu isu sensitif dan boleh mengganggu ketenteraman awam.

Buku ini antara lain memuatkan isu berkaitan Altantuya, konspirasi terhadap Anwar Ibrahim, Datin Rosmah Mansor, kehilangan enjin jet dan lain lain.

Berkaitan dengan penahanan ini saya ingin menarik perhatian pembaca kepada satu salinan pekeliling yang diedarkan kepada orang ramai pada 21 Ogos 1969. Edaran kertas merah jambu ini bertajuk ' Kenangan Untuk Askar Melayu' diusahakan pengedarannya oleh Parti Komunis Malaya sebagai sebahagian ikhtiar mereka menanam kebencian rakyat kepada kerajaan.

Di atas kertas tersebut dilukis gambar Almarhum Tunku Abdul Rahman dengan gambaran sebagai diktator. Dilukiskan juga kartun Sardon Zubir, Khir Johari, Syed Jaafar Albar dan beberapa orang lain.

Matlamat lukisan kartun tersebut ialah tiada lain selain untuk menimbulkan hasutan seolah olah Askar Melayu dan kerajaan tidak mempunyai hubungan yang baik.

Tunku Abdul Rahman ketika mengulas perkara ini menyatakan," Ini adalah antara tindakan komunis dan rakan rakan mereka. Mereka menghasut pasukan bersenjata agar bangkit melawan kerajaan. Mereka( melihat )itu sahaja cara yang ada untuk menumbangkan kerajaan ".

Jadi saya mengucapkan tahniah kepada pihak berkenaan kerana tindakan menahan kartunis Zunar ini. Dah lama dah kartunis upahan ini menggunakan bakatnya untuk menghancurkan negara, agama dan bangsanya.

Saya berharap agar ini adalah permulaan bagi tindakan lebih tegas kepada mana mana petualang yang bekerja keras bagi merosakkan negara tercinta. Semakin tegas kerajaan bertindak semakin cepat strategi komunis ini dapat dipatahkan.

Friday, September 24, 2010

PENGAKUAN BERANI MATI AZMIN ALI


SAYA BUKAN ANAK EMAS

Ini adalah pengakuan paling berani oleh Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR ( Dah pasti dah..Abang Nuar kempen setengah mati ). Saya fikir masanya telah tiba untuk Azmin keluar dari kubu rahsia selama ini. Mungkin Nuar Brahim dah bagi lampu hijau.

Apa maknanya pengakuan Azmin ini ?Mari kita buat kajian.
Anak emas dari sudut bahasa mudahnya ialah orang yang secara relatif paling dikasihi berbanding orang lain. Biasanya anak emas :-

1. Kasih sayang diberi secukupnya.
2 Apa sahaja kehendak yang tidak mendatangkan mudarat akan cuba
dipenuhi
3. Pendidikan kelas pertama diberikan
4. Semua orang mahu anak emas mereka hidup bahagia, soleh atau solehah
5. Biasanya anak emas akan dilayan secara lembut bagi menjaga hatinya.

Itu dia anak emas. Tapi Azmin Ali mengaku dia bukan anak emas Nuar Brahim. Dia lebih daripada itu. Kalau di Perak ia dikenali sebagai intan payung

Intan payung ni ada cirinya yang tersendiri.

1. Belum bercakap dah dipersetujui
2. Kita jaga intan payung lebih dari diri kita sendiri. Kalau intan payung ni di luar keluarga maka keluarga kita jadi nombor dua lah ( Termasuk bini kit
3. Cakapje nak apa semua dapat termasuk yang tak logik. Contohnya nak katil berharga 30 ribu, dapat.
4. Intan payung kita lebih berkuasa ke atas diri kita. Isteri atau anak kita
tidak ada kuasa yang semacam itu.
5. Kalau ada 1000 orang kata ' A ', intan payung kata ' B ', ,maka keputusan kita adalah ' B '.

Jadi bila diperhati, direnung memang Azmi ada ciri ciri intan payung Nuar Brahim. Saya yakin pengakuan Azmin akan jadi pemangkin keruntuhan PKR.
Kita tunggulah.

CIKGU DI MATA NAJIB, CIKGU DI MATA DAP

Saya membaca catatan Issac dalam bumiyang yang membuat perbandingan nasib guru berbanding penjenayah. Catatan berunsur simpati ini dibuat berasaskan sudut pandangan pendokong faham komunisme alaf baru yang mula menampilkan diri mereka selepas PRU 12 di mana perpecahan umat Melayu menjadi begitu ketara.

Tidak menghairankan saya sebab begitulah komunis menyemarak kebencian kepada yang baik dan menyemai kasih kepada yang buruk dan jahat.

Saya ingin berkongsi pengalaman sewaktu Datuk Najib Razak dilantik menjadi Menteri Pendidikan. Ketika itu Datuk Najib telah menjemput semua guru yang memegang jawatan di dalam UMNO khasnya PEMUDA untuk bertemu beliau di rumahnya.

Pertemuan itu dibuat secara berkelompok kerana Najib ingin pertemuan dengan kelompok yang kecil supaya ia menjadi lebih bermakna. Pertemuan ini dinamakan ' pertemuan guru guru aktif ' bersama Menteri Pendidikan. Ia berlangsung secara santai dan tidak rasmi sambil berbuka puasa dan Solat Tarawikh di rumahnya. Seingat saya Najib hanya berkain pelikat dan berbaju Melayu puteh.

Dalam pertemuan itu ada kenyataan Najib yang sehingga sekarang masih terngiang ngiang di telinga saya.

" Sejak dari kecil saya beranggapan gaji cikgulah yang paling banyak. Saya pernah bercita cita menjadi cikgu. Tetapi bila saya menjadi menteri saya sedar bahawa gaji cikgu tidak setimpal dengan pengorbanan yang cikgu berikan "

S
ejak daripada pertemuan itu banyak insentif diberikan kepada guru. Kenaikan gaji, elaun, kemudahan belajar dan sebagainya. Saya yakin khalayak yang hadir dalam pertemuan tersebut akan terus mengenang Najib. Prihatin, mesra dan memahami.

Percayalah golongan yang berada dalam UMNO akan kekal bersama UMNO selamanya kerana kita tahu hanya UMNO yang berfikir dan bertindak untuk membangunkan negara bangsa.

Tambahan kini Najib telah menjadi Perdana Menteri. Apabila beliau bercakap tentang denyut nadi rakyat, penderitaan rakyat kita tahu beliau bercakap dari hati nuraninya.

Kepada Saudara Issac teruslah mencatat. Catatan saudara akan menyedarkan ramai orang bahaya menyokong puak puak yang mendokong komunisme ini.




Thursday, September 23, 2010

TERBONGKAR!!! PAS KELANTAN DILATIH YAHUDI ISRAEL


Dari sudut strategi, saya fikir PAS ada kaedah yang sangat berkesan untuk secara serta merta mengali perhatian umum daripada satu isu kepada isu yang lain. Jika kajian dibuat 'kepakaran mengalih' ini sama dengan stretegi Israel dalam mengaburi mata dunia.

Hampir tiada isu yang kekal bersama PAS. Isu rasuah Nik Aziz, Isu pembalakan haram, isu pakej haji kelas satu, isu tajaan 4 juta untuk guling Pak Lah, isu pemilikan harta anak menantu Nik Aziz dan banyak lagi.

Terbaru apabila dikatakan PAS Kelantan dikatakan menerima rasuah sebanyak 4 billion daripada sebuah syarikat swasta. Serta merta PAS mendedahkan satu 'isu gantian' iaitu peruntukan 400 ribu untuk menaja ulamak bersembahyang hajat di Mekah.

Saya ingin menyeru rakyat khasnya yang cintakan kebenaran supaya tidak terlepas daripada isu rasuah 4 billion ini kerana ia merupakan isu yang membawa makna yang cukup besar. Jika dikaji dan diselidik hakikatnya kita telah membenarkan sebuah negeri ditadbir oleh sebuah parti yang amat bahaya kerana kerendahan mentaliti mereka. Alasannya :-

Sekiranya dakwaan ini benar,

1. Bagaimana kerajaan yang mendakwa menjadikan Al Quran sebagai rujukan boleh menerima rasuah sehingga 4 billion sedangkan rasuah walaupun seringgit adalah haram

2. Apakah persepsi para manipulator terhadap PAS Kelantan sehingga mereka begitu berani menawarkan rasuah ?

3. Apakah hak rakyat yang telah PAS Kelantan korbankan sehingga syarikat itu
sanggup merasuah sebanyak 4 billion?

4. Bagaimana Menteri Besar boleh mengarahkan 'adik sendiri' mewakili beliau dalam acara rasmi kerajaan ?

Sekiranya dakwaan ini tidak benar,

1. Mengapa Kerajaan PAS yang mendakwa menjadikan Al Quran sebagai sumber
rujukan boleh diperbodohkan sedemikian rupa ?

2. Bagaimana peristiwa penuh penghinaan ini boleh berlaku dalam sebuah negeri
yang kononnya mendapat ' perlindungan para malaikat '?

3. Mengapa Kerajaan PAS Kelantan yang dipilih oleh syarikat berkenaan untuk
diberi rasuah ?

4. Mengapa Kerajaan PAS Kelantan dan pimpinan PAS pusat kelam kabut buat
penafian setelah perkara ini terdedah kepada umum ?

5. Mengapa pemilik syarikat ini masih sanggup menipu sedangkan telah berjumpa dua kali dengan Tok Guru Nik Aziz yang keramat itu ?

Kesemua pertanyaan di atas perlu dijawab dengan lidah yang fasih oleh Tok Guru sendiri kerana Tok Guru adalah orang No 1 Kelantan. Para blogger tolonglah, jangan abaikan isu ini sebab dah ramai orang tertipu dengan PAS ni . Saya yakin kita yang sayangkan agama, bangsa dan negara tak akan benarkan Yahudi Israel terus bertapak di bumi kita. Untuk menghalau mereka yang berakar di dalam PAS , PAS WAJIB dikuburkan.

SIAPA KATA NAJIB LEMAH ?


Ada segelintir rakyat menyangka kemungkinan Najib tidak mampu memulihkan kestabilan negara selepas PRU 12. Pelbagai isu timbul atau sengaja ditimbulkan bagi menggambarkan kelemahan Najib , UMNO dan Barisan Nasional.

1 Malaysia, Model Ekonomi Baru, Rangsangan Ekonomi dilihat sebagai petanda betapa Najib semakin tunduk khasnya kepada komuniti Cina bagi menutup kelemahan dan meraih undi pada PRU 13.

Maka PAS dan PKR kepada pengundi Melayu membuat tohmahan bahawa Najib tiada roh dan jiwa Melayu.
Kepada masyarakat Cina mereka memberi amaran bahawa apa yang Najib lakukan adalah gula gula untuk melekakan mereka.

Akibat kurangnya penerangan, taklimat dan pendedahan maka ada ahli ahli UMNO sendiri berasa tidak sedap hati. " Mampukah Najib?"

Masa berlalu. Barangkali Najib sangat berpengalaman. Sedikit demi sedikit Najib menampilkan dirinya. ' Tulen- Tulus'. Ingatan tentang bahaya pelampau dalam apa jua keadaan mengejutkan kita. Kita jamgka Najib tidak peduli.

Semalam di hadapan pemimpin pelbagai agama, Najib telah berucap secara bersahaja tetapi tegas menyentuh hampir semua persoalan. Menjawab semua kerisauan dan prasangka. Dirinya yang sebenar ditampilkan secara ' lmenyeluruh dan lengkap'.Segalanya terungkai dalam satu ' percakapan ' sahaja.

Apa sahaja, di mana jua selagi bumi dan langit ini bernama Malaysia maka PERLEMBAGAAN TETAP MENJADI PAYUNG.

Usah risau menjadi Melayu. Usah bimbang menjadi Cina atau India. Di Malaysia rakyat akan mendapat apa yang sepatutnya.
Kepada DAP , PAS dan PKR usah bermimpi nak menukar perlembagaan. Rakyat terbayak tak akan benarkan mimpi itu menjadi nyata.

Tuesday, September 21, 2010

PEMINAT SERAMBI MEKAH MERUSUH

Pasukan bolasepak Kelantan bukanlah sebuah pasukan yang dapat dibanggakan pencapaiannya.Bahkan sebenarnya hampir tiada kemenangan besar yang dicapai sejak dahulu hingga sekarang.

Namun begitu, salah satu kelebihan pasukan Kelantan ialah kerana peminat mereka sangat cenderung dan gemar merusuh. Barangkali jika ada pertandingan bagi peminat paling kerap merusuh di dunia, saya yakin Kelantan mungkin menjadi salah satu pemenang.

Tidak pernah ada kajian saintifik mengapa mereka merusuh tetapi saya mempunyai beberapa jangkaan yang boleh kita kongsikan bersama :

1. Kualiti permainan pasukan Kelantan tak pernah meningkat

2. Kualiti stadium yang rendah. Ini termasuk soal soal dan
penyeliaan penyelenggaraan. Ini
memudahkan perusuh untuk melarikan diri.

3. Kualiti kawalan keselamatan yang longgar. Pihak berkuasa stadium sebenarnya telah
bosan menghadapi penyokong Kelantan yang tidak berdisiplin.

4. Peminat bolasepak Kelantan ada banyak tenaga kerana sebahagiannya tidak bekerja.
Mereka mengarahkan isteri mereka untuk berniaga dan sebagainya.

5. Sebab yang paling utama ialah kerana kerajaan pimpinan Tok Guru Nik Aziz telah berjaya
menyuburkan jiwa ganas dalam kalangan rakyat Kelantan. Jiwa ganas ini sentiasa meluap dan menunggu masa untuk meletup. Saban hari jiwa ganas ini disuburkan melalui ceramah, fitnah dan sebagainya.

Kelima lima sebab di atas telah membawa kepada penemuan yang lebih penting iaitu sebenarnya Tok Guru telah gagal dalam usaha dakwah mereka. Atau dakwah yang disebut sebut adalah retorik Tok Guru bagi survival politik mereka.

Sekiranya andaian ini benar maka, saya ingin menasihatkan Tok Guru agar tidak lagi bercakap tentang dakwah kepada DAP dan orang bukan Islam kerana saya yakin orang akan makin jauh daripada Islam jika Tok Guru dan konco konconya yang berdakwah. Na'uzubillah..

PERANG KHANDAK DAN NAJIB


Perang Khandak adalah salah satu perang yang bersejarah dan penting dalam sejarah Islam. Perang ini dianggap mencabar kerana perbezaan jumlah anggota tentera yang jauh berbeza. Tentera Islam hanya mengandungi beberapa ratus orang manakala Tentera Musyrikin terdiri dari ribuan anggota.

Dalam masa yang sama tentera Islam juga menghadapi ancaman daripada puak Yahudi di Madinah. Benar, terdapat ramai tentera Islam yang berundur sebelum berperang kerana bimbang keselamatan anak isteri yang ditinggalkan di rumah. Walaupun tentera Islam dipimpin oleh Rasullullah sendiri, namun kebimbangan mereka tidak dapat disekat.

Apa yang Rasullullah lakukan ialah berdoa dan melakukan intipan bagi mengesan strategi musuh. Rasullullah juga sanggup meredah gelap malam merentasi ribut pasir bagi menziarahi semua khemah. Rasullullah memberi rangsangan dan semangat kepada semua anggota tentera.Akhirnya peperangan berlaku dan tentera Islam telah mencapai kemenangan.

Inilah juga pendekatan yang dilakukan oleh Datuk Najib dalam menghadapi perang PRU 13. Dalam keadaan serba tidak pasti, dalam keadaan menghadapi ancaman yang datang dari pelbagai sudut, Najib gigih menjelajah segenap pelusuk negara. Bertemu pimpinan UMNO dan bertemu ahli dan pimpinan UMNO.

Najib merasa denyut nadi rakyat, Najib menyelami hati nurani rakyat, Najib rasai derita rakyat. Dalam masa yang sama Najib merancang dan bertindak. Najib sentiasa memberi harapan. Najib mengambil pendekatan Rasullullah. Persoalannya, adakah memadai jika Najib sahaja yang bergerak.Tentunya gerakan Najib perlu diikuti oleh gerakan yang bersungguh sungguh di peringkat negeri, bahagian dan cawangan.

Sekiranya usaha ini dapat dibuat dengan ikhlas dan bersungguh sungguh, yakinlah pasti akan datang pertolongan dari ALLAH kerana kita selamanya melakukan kebaikan.


Ujang Ranggi: Re-Union : An Evening With Mantoya and Jinggo

Ujang Ranggi: Re-Union : An Evening With Mantoya and Jinggo: "Re-Union : An Evening With Lan Mantoya and Junid Jinggo On the way home from Shah Alam, I saw Lan Mantoya again in Bangsar Sphere yesterday..."

Monday, September 20, 2010

Pendita Kain Singkat: Drs Khalil Idham Lim Ajak Rakyat Kelantan Sokong U...

Pendita Kain Singkat: Drs Khalil Idham Lim Ajak Rakyat Kelantan Sokong U...: "Memahami Pemikiran dan Metaliti PASDengan bangganya Drs Khalil Idham Lim, seorang penganut Islam yang mendapat tarbiyyah anjuran parti poli..."

Sunday, September 19, 2010

CATATAN BUAT KHAIRY JAMALUDIN

Saudara Khairy,
Sudah hampir dua tahun saudara menerajui pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Walaupun saudara menang dalam gelora ketidakpercayaan massa, hakikatnya saudara adalah Ketua Pemuda UMNO.

Pilihanraya Umum ke 12 telah meletakkan UMNO dalam keadaan yang amat membimbangkan. Rakyat khasnya umat Melayu menunggu saudara dan rakan rakan pemuda bertindak memulih dan mengangkat kembali martabat UMNO.

Apa yang berlaku kepada UMNO ini bukanlah pertama kali berlaku. UMNO telah ada pengalaman yang luas di masa lalu. Perkara yang hampir sama pernah melanda UMNO pada tahun 1987. Ketika itu saya percaya saudara masih lagi seorang anak kecil.

Apabila krisis berlaku di dalam UMNO atau apabila UMNO kelihatan agak lemah seperti sekarang, komponen akan menunjukkan wajah sebenar mereka. Pada tahun 1987 MCA menjuarai kecurangan ini dengan membuat pelbagai tuntutan. Mereka mendesak dan memaksa.

Bahkan ketika itu mereka sanggup bercantum dengan DAP dan Gerakan membentuk National Joint Action Committee On Chinese Schools.
Mereka menyeru orang Cina berhimpun menyatakan pendirian. Pada masa itu UMNO kelihatan lemah dan tidak berada. Pada masa itulah UMNO dihina.

Ketika itulah Pemuda UMNO bangkit menghimpunkan orang orang Melayu di Stadium Jalan Raja Muda. Bukan hanya pemuda UMNO atau ahli UMNO. Seluruh golongan orang Melayu dihimpunkan. Sederap mereka menyatakan pendirian . Datuk Najib sebagai Ketua Pemuda tampil mempertahankan UMNO dan pemimpinnya yang diperlekeh.

Kesan perhimpunan ini Operasi Lalang dilaksanakan. Tergambar betapa besarnya Perhimpunan Anjuran Pemuda UMNO yang berjaya menghimpun 15 ribu umat Melayu.

Baru baru ini Datuk Najib telah menyeru dan meminta rakyat yang inginkan damai, rakyat yang cintakan keamanan dan rakyat yang kasihkan negara untuk bangkit menyatakan pendirian. Najib yakin dan memang benar lebih ramai rakyat benci kepada hasutan dan perkauman.

Tidakkah saudara berasa bahawa Najib telah begitu merendah diri? Tidakkah saudara berasa perlu melakukan sesuatu untuk menyatakan pendirian ? Ketika inilah sepatutnya saudara bertindak. Satukan perasaan dan fikiran Pemuda. Saudara telah gagal.

Kumpulkan seluruh umat Melayu. Tunjukkan bahawa pada masa UMNO dan pemimpin utamanya diperlekeh dan diperkecil , ada Pemuda UMNO untuk bangun mempertahkannya.
Tapi saudara tidak melakukannya. Sekali lagi saudara telah gagal.

UMNO tidak akan bangkit jika dipimpin oleh pemimpin yang gagal. UMNO akan tumbang jika jiwa gagal tidak diubah.

Belajarlah dari pengalaman Najib- bercakap dan bertindak betul pada masa yang tepat. Atau jika saudara fikir saudara tidak berdaya, berilah laluan. Saudara akan dikenang sebagai pemimpin berjiwa besar. Apa dan bagaimanapun UMNO tetap keutamaan kita demi anak cucu.

KHAIRY JAMALUDIN DAN REEZAL MARICAN, TERPERANGKAP DALAM KERAMAT UMNO.

Sewaktu UMNO dikatakan parti keramat, ia memang sebenarnya keramat. Ia bukan ungkapan retorik atau slogan kosong. UMNO telah melalui banyak pengalaman. UMNO telah menempuh pelbagai ranjau dan duri. Sehingga kini UMNO kekal sebagai salah sebuah parti paling lama bertahan di dunia.

UMNO ditubuhkan dengan keringat dan air mata. UMNO diasaskan oleh raja dan hamba. UMNO berada di istana dan di hujung hujung desa. UMNO ditubuhkan dan dipelihara kerana cinta kasih kepada agama, bangsa dan negara.

Oleh yang demikian sejarah UMNO membuktikan siapa sahaja yang ingin berpencak di gelanggang UMNO haruslah mengikut adab dan tertib. Anwar Ibrahim adalah contoh terbaik bagaimana kecurangan kepada perjuangan pasti membawa petaka kepada individu berkenaan.

Kini saya melihat ada sekurang kurangnya dua orang tokoh pemuda UMNO yang sedang berpencak di gelanggang UMNO dan mungkin menerima nasib yang sama seperti Anwar jika pembetulan tidak dibuat serta merta.

Khairy Jamaluddin dan Reezal Marican boleh dianggap sebagai tokoh segera dalam UMNO. Mereka naik tanpa akar yang menjalar di bumi. Tiba tiba berada di puncak. Kerana itu barangkali mereka kerap tersasar dan tersilap. Apa jua yang dibuat seakan tidak kena dan tidak sesuai.

Terbaru apabila Reezal Marican meminta Lim Guan Eng mendedahkan sumber yang digunakan bagi sumbangan kepada warga emas di Pulau Pinang. Tindakan ini nampak sensasi tetapi tiada bererti kepada UMNO.

Keperluan sebenar UMNO ialah pengundi. 4 juta orang masih belum mendaftar walaupun layak. Jika Pemuda UMNO berjaya mendaftar mereka saya percaya kita akan menang besar dalam pilihanraya. Khairy dan Reezal adalah anak muda dalam UMNO. Tidak melakukan sesuatu yang betul akan beri kesan buruk kepada UMNO.

Kejayaan sebenar mana mana parti politik ialah memenangi pilihanraya. Khairy dan Reezal bergurulah, belajarlah daripada orang orang lama dalam parti. Usah tersilap dan tersasar kerana sejarah menunjukkan jika kita mengekalkan kesilapan dalam UMNO, kita pasti terkorban, berhati hatilah.

Wednesday, September 15, 2010

PERKASA-UMNO, MENYEMPURNA PERPECAHAN

Sejak dari awal sejarah Melayu dapat dikesan, umat Melayu tidak terlepas daripada konflik , krisir dan masalah lainnya. Apabila datang Islam, konflik dan krisis ini masih berlaku tetapi terdapat usaha menanganinya atas ' tali Islam '.

Umat Melayu dikatakan sebagai personaliti yang umumnya baik, bersifat menerima dan terbuka. Ditambah dengan akhlak Islam itu maka umat Melayu menjadi bangsa yang amat istimewa. Dalam kebaikan, kelembutan dan keistimewaan itulah umat Melayu dapat mengusir penjajah Inggeris yang pada ketika itu merupakan kuasa paling dominan di dunia.

Akhir akhir ini didapati umat Melayu semakin kehilangan identiti. Umat Melayu keliru dengan dirinya. Dalam kekeliruan ini umat Melayu berpecah belah. Kalau dahulu umat Melayu yang jelas jati diri berjaya mengusir penjajah, kini umat Melayu yang keliru memungkinkan ia terjajah semula walaupun bentuknya berbeza.

Mari kita merujuk kepada dua organisasi Melayu yang dominan sekarang. PERKASA dan UMNO. ( Maaf, PAS tak layak masuk dalam senarai kerana ia memang telah dijajah oleh DAP ).

Keduanya bercakap tentang penyatuan Melayu tetapi dalam masa yang sama salah menyalah. Tuduh menuduh. Media dijadikan medan tolak menolak sehingga perbalahan ini disaksikan oleh dunia.

Hakikatnya PERKASA dan UMNO tidak logik berbalah, Masing masing ada kaedah yang berbeza mencapai matlamat yang satu iaitu memartabatkan Melayu dan mempertahankan perlembagaan.

Tidak masuk akal sebenarnya apabila kedua dua pertubuhan ini menyeru kepada penyatuan dalam keadaan berkelahi. Mengapa tidak kedua dua pihak duduk semeja dan berbincang kerana semua kita menjangkakan jika sesuatu tidak dibuat akhirnya kita akan berbalah, berkelahi sebagai bangsa yang tidak mempunyai apa apa selain sejarah yang tak dapat diulang.

Sunday, September 12, 2010

AHMAD MASLAN SAMA MACAM KHAIRY ?


Ahmad Maslan mungkin seorang yang hebat, terpelajar dan berkebolehan. Mungkin. Jika tidak mana mungkin Ahmad Maslan dilantik menjadi Ketua Penerangan UMNO. Dasar UMNO, perkembangan UMNO, Ahmad Maslanlah pelapornya kepada ahli khasnya yang berada di akar umbi.

Oleh kerana UMNO menjadi tunjang kepada kerajaan maka Ahmad Maslan juga wajib menerangkan kepada rakyat dasar dasar kerajaan. Di antara yang masih gagal diberikan kefahaman kepada rakyat ialah

1. 1 Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.
2. UMNO Juara Rakyat
3. MBE Model Baru Ekonomi.

Saya berpandangan bahawa sebahagian daripada punca kemerosotan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional ialah kerana rakyat gagal diberikan kefahaman sepenuhnya mengenai dasar dasar kerajaan. Rakyat barangkali keliru dan tidak jelas. Atau mungkin juga rakyat kurang percaya.

Ini semua menggambarkan betapa Ahmad Maslan mempunyai kerja yang cukup banyak. Bermula dengan melatih jentera di peringkat negeri dan bahagian sehinggalah mempastikan jentera ini berfungsi dengan berkesan.

Ahmad Maslan juga perlu amat berhati hati mengeluarkan kenyataan kerana kesilapan dalam kenyataan memungkinkan kesan yang buruk terhadap parti. Kenyataan Ahmad Maslan yang terkini mengundang beberapa persoalan. Kenyataannya berbunyi " AHLI PERLU BEZAKAN PARTI DENGAN PERKASA".

Persoalannya ialah :-

1. Adakah Ahmad Maslan benar benar memahami denyut nadi ahli UMNO ?
2. Adakah Ahmad Maslan sendiri meragui kesetiaan ahli UMNO ?
3. Jika benar wujud keraguan tentang ' persaingan antara PERKASA dan UMNO adakah Ahmad
Maslan ada cara untuk meningkatkan kualiti ahli UMNO ?
4. Adakah Ahmad Maslan berasa telah gagal memberi kefahaman kepada ahli UMNO ?

Beberapa persoalan di atas perlu dijawab dan disusuli tindak ikut yang bermakna. Jika telah ada kerisauan tentang keberkesanan UMNO dalam memperjuangkan hak Melayu Ketua Penerangan perlu menggerakkan jentera untuk meredakan kerisauan ini. Jika telah luntur keyakinan orang Melayu kepada UMNO Ahmad Maslan kena adakan program memulihkan keyakinan ini.

Saya tidak fikir Ahmad Maslan wajar tampil memberi peringatan peringatan kerana beliau adalah Ketua Penerangan yang diyakini dan dipercayai oleh Presiden parti untuk menawan hati ahli. Setakat ini kita tidak nampak Ahmad Maslan sudah bermula.


30 MINIT : TERANG, JELAS DAN NYATA


30 Minit adalah masa yang amat terbatas. Tidak banyak perkara dapat diperkatakan dalam tempoh sesingkat itu. Tambahan pula yang bercakap adalah Perdana Menteri bagi sebuah negara majmuk dan unik seperti Malaysia.

Tetapi Najib berjaya melakukannya. Inilah bezanya Najib dengan kebanyakan pemimpin lain.
Sewaktu diwawancara dalam rancangan THE CNBC Conversation oleh Martin Soong, Najib telah memberikan jawapan jawapan berbentuk kesimpulan yang sebenarnya jika diteliti dan dihayati akan jadi alat berkesan ke arah membina dan membangunkan negara bangsa.

Selain merangsang penyokong, pengikut dan rakyat terbanyak, kenyataan ini juga merupakan ombak yang boleh meruntuhkan pakatan pembangkang jika ianya digunakan dengan betul. Antara kesimpulan yang telah dibuat ialah :-

1. MBE tidak akan menghakis apalagi menghapus hak bumiputera.
2. MBE menjamin hak rakyat pelbagai kaum yang selama ini sama sama membangunkan negara
3. Kerajaan komited dan yakin akan mampu mencapai hasrat Wawasan 2020
4. Kerajaan tidak menganggap Perkasa dan Tun Mahathir sebagai seteru tetapi menghargai hak
mereka menyuarakan pandangan sebagai orang Melayu
5. Kerajaan yakin dengan pertumbuhan ekonomi dan bekerja keras meningkatkannya.

Sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional , Najib amat jelas dan tegas dengan apa jua dasar, rancangan dan dasar yang perlu dijayakan.

Amat penting disedari ialah Najib perlukan sokongan dan dokongan daripada Jemaah Menteri, pemimpin pemimpin parti semua peringkat, pegawai pegawai kerajaan dan rakyat seluruhnya.
Saya bimbang dalam masa semua pihak ini gagal berperanan dengan berkesan menjadi alat penyampaian yang bermakna, pihak pembangkang dilihat berjaya memutarbelitkannya mengikut keperluan mereka.

Satu kemungkinan yang harus dilihat ialah perlunya diwujudkan satu agensi khusus bagi menerangkan apa jua dasar kerajaan kepada rakyat di samping menjawab tohmahan pembangkang. Ini terpaksa dilakukan bagi mengelakkan dasar yang baik akhirnya mendatang hasil yang tidak memberangsangakan.

Saya percaya, masanya telah tiba untuk Najib lebih bertegas dan berani melakukan penilaian khasnya terhadap para pemimpin kerajaan dan parti. Percayalah , apa jua yang dilakukan untuk kebaikan rakyat dan negara , rakyat pasti akan bersama.

Thursday, September 9, 2010

DENGARLAH NASIHAT MURSYIDUL AM PAKATAN PEMBANGKANG

Harakahdaily.net menyiarkan perutusan Hari Raya oleh Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim dalam edisi terbarunya. Saya membaca perutusan tersebut yang saya anggap sebagai satu proses meludah ke langit dan membaling batu menyembunyikan tangan. Atau memang DS Anwar berhajat untuk mendidik pimpinan dan ahli PAS.

DS Anwar Ibrahim menyatakan bahawa Ramadhan yang mulia ini sewajarkan diisikan dengan kegiatan yang meningkatkan taqwa dan membina ukhwah sesama Islam. Elakkan daripada menyemai kebencian sesama insan. Elakkan fitnah dan adu domba.

Inilah hebatnya Anwar. Dia boleh mengeluarkan kenyataan seolah olah bukan dia yang berbuat sesuatu itu. Tinjaulah di mana mana surau dan masjid. Pergilah ke markas markas PAS. Tiada penceramah dan ustaz PAS dan pimpinan PKR yang memberi tazkirah selain menyemai dan menyuburkan kebencian.

Tiada seorang pun di antara mereka yang menyampaikan tazkirah melainkan dengan niat mengajak khalayak menghancurkan UMNO. Bukankah UMNO itu orang Islam. Di manakah ukhwah yang Anwar sebutkan.

Perhatikan pula Perutusan Perdana Menteri. Mengajak rakyat bersyukur dan menghargai kemakmuran. Mengajak rakyat belajar dari kesukaran masa lalu. Mengajak rakyat membina masa hadapan. Tiada unsur sinis dan sindiran.

Begitulah ALLAH mengaturkan. Sudah sampai masanya, Anwar tidak lagi dapat menyembunyikan wajahnya yang sebenar.

Wednesday, September 8, 2010

BENARKAH ADA HARI KEMENANGAN UNTUK KITA ?

Sebentar tadi telah diumumkan bahawa Hari Raya Aidil Fitri jatuh pada hari Jumaat, 10 September 2010. Mari kita bersyukur kerana kita masih lagi berpeluang meraikan hari kejayaan dan kemenangan ini dalam suasana aman dan makmur.

Dari dahulu lagi kita dididik bahawa Hari Raya adalah hari kemenangan bagi umat Islam setelah berjaya menjalani ibadah puasa selama sebulan. Umumnya di Malaysia kita merayakan hari indah ini secara meriah dan gembira. Budaya kita ialah yang kaya dan berpeluang akan membantu yang miskin dan susah agar sama sama menikmati Hari Raya.
g
Sekiranya kita berumur 40 tahun maka telah 40 kali kita meraikan hari kemenangan ini. Jika 60 tahun umur kita maknanya kita berpengalaman berhari raya selama 60 kali. Untuk sekali ini, dalam keadaan umat Melayu Islam sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan marilah kita mengambil sedikit masa untuk menilai adakah kita telah mencapai ' kemenangan' sebenarnya atau kita menyambut hari bahagia ini sebagai satu ritual streotaip saban tahun.

Adakah berhak kita dikatakan ' menang ' jika kita masih lagi mempunyai rasa untuk jatuh menjatuhkan sesama sendiri ? Adakah kita berhak mendakwa diri kita ' menang ' jika kita masih selesa menyebarkan fitnah dan mengadu domba ? Adakah ibadah puasa yang kita jalani saban tahun telah berjaya menjadikan kita orang yang bersyukur ? Adakah kita telah berpuasa dengan bermakna jika setiap malam kita mengaturkan majlis tazkirah bagi mengindoktrinasi umat Islam agar bangkit menentang pemerintah yang selama ini menyediakan suasana amat kondusif untuk kita berpuasa dan melakukan ibadah yang lain ?

Atau mari kita bertanya, adakah telah mencapai kemenangan kita ini jika kita menyokong orang kafir yang mengusir saudara kita dari kampung halaman mereka ? Benarkah kita telah menang jika kita menipu, memperdaya orang orang yang percaya kepada kita dengan janji yang tidak pernah cuba kita tunaikan?

Kita tanyalah diri kita, layakkah kita digelar pemenang jika kita berusaha bersungguh sungguh menjatuhkan pihak yang selama ini menyediakan ruang dan peluang untuk hidup melebihi keselesaan biasa ? Menangkah kita jika rumah Allah yang dibina oleh orang yang kita benci , kita jadikan tempat kita melepaskan dendam kesumat ?

Tidakkah kita malu untuk mengaku menang jika kita menolak kebaikan dan menggantikannya dengan keburukan yang memungkinkan kehancuran ? Akhirnya marilah kita bertanya diri kita adakah puluhan tahun kita berpuasa dan kesannya kita tidak pernah mendapat sebarang pengajaran selain lapar dan dahaga ?

Marilah kita bertanya kepada diri kita pada hari kemenangan ini, apakah kita ini orang yang menang atau kita sekadar menjadi sebahagian daripada ' kemenangan yang palsu'?
Kepada pembaca, jika kita gagal bertanya dan menjawab dengan betul soalan soalan tadi dan berusaha melakukan perubahan maka bersedialah untuk di masa masa yang akan datang menangisi hari yang dikatakan ' hari kemenangan '.

Monday, September 6, 2010

1 MALAYSIA - MAMPUKAH KITA ?



" 13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita semua lupakan buat selama lamanya. Kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya bahaya yang boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai atau cuai.

Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai. Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibbah, maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya.

Oleh itu amatlah mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama sama dan cuba memahami antara satu sama lain dengan semangat persefahaman, hormat menghormati agar kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan". Tunku Abdul Rahman, 1969.

Inilah antara kenyataan Perdana Menteri Pertama kita selepas peristiwa 13 Mei 1969. Kini selepas puluhan tahun, kita dapati unsur, punca, sikap, perlakuan, pemikiran dan perasaan serupa rakyat ketika itu sedang marak menjalar dalam masyarakat kita.

Ketika inilah Allah turunkan ilham kepada Najib Tun Razak, yang menerima pertanggungjawaban mentadbir negara bangsa dalam keadaan konflik dan krisis. Allah kurniakan Najib keupayaan melontarkan konsep 1 Malaysia sebagai penawar amat berkesan bagi mempastikan bencana 13 Mei 1969 tidak berulang. Persoalannya adakah kita mahu dan mampu menjayakannya ?

Sunday, September 5, 2010

PAS LEBIH DARIPADA EKSTREM, PAS GILA


Akhbar hari ini menyiarkan berita Tan sri Zainuddin Maidin, tidak bercadang menarik balik kenyataan beliau bahawa PAS adalah parti yang ekstrem. Beliau bahkan mengalu alukan tindakan PAS melalui Idris Ahmad membuat laporan polis.

Tan Sri Zainuddin Maidin membuat kenyataan itu dengan mengambil contoh desakan PAS supaya harta orang Cina dirampas selepas peristiwa 13 Mei 1969. Demikianlah PAS, pewaris perjuangan gila kuasa daripada awal penubuhannya lagi.

Selain daripada mendesak Tunku Abdul Rahman merampas harta orang Cina PAS dalam kempen Pilihanraya tahun 1969 juga telah menggunakan kaedah yang amat kotor dan menjijikkan. Fitnah, penipuan dilakukan tanpa rasa berdosa.

Sebagai contoh, PAS telah mengedarkan gambar Khir Johari dan isteri berpakaian tradisional Cina. Gambar yang diambil di Hong Kong untuk dijadikan kad ucapan Selamat Tahun Baru Cina itu diedarkan seluas luasnya dengan fitnah telah ' murtad dan menjadi Cina '.

Mereka juga telah menuduh Tunku Abdul Rahman sendiri sebagai penganut Agama Buddha. PAS juga ketika itu telah menggunakan kaedah tipu dengan meletakkan ' babi panggang ' di tengah tengah hidangan yang dimakan oleh Tunku Abdul Rahman.

Semasa mereka masuk ke kampung kampung menyemaikan kebencian orang kampung terhadap UMNO dan orang Cina dalam masa yang sama mereka menjalin hubungan yang amat akrab dengan DAP.

Lebih hina daripada itu, dilaporkan oleh The Star edaran Hong Kong 17 Jun 1969, bahawa Bank of China di Singapura menghadapi masalah dalam mengimbangi akaunnya kerana sejumlah wang telah dikeluarkan bagi membiayai gerakan di Malaysia. Ada maklumat ketika itu sebahagian besar daripada wang tersebut diperuntukkan kepada PAS untuk survival politik mereka.

Ahli sejarah menyatakan bahawa PAS dan komunis sebenarnya mempunyai hubungan yang panjang. Agihan wang tersebut bersumberkan komunis dan diagihkan oleh komunis juga.

Sekiranya situasi semasa diteliti, kita berlapang dada menilai dan menganalisis maka kita dapati PAS tidak pernah berubah. PAS tetap seperti PAS pada tahun 1969. PAS tetap menjadikan agama sebagai alat. PAS tetap menipu dan memperdaya umat Melayu Islam. ( Malangnya ) PAS tetap menajdi kuda tunggangan DAP barangkali dengan upah yang kecil.

Sekiranya sejarah dan realiti semasa digabung, apakah gelaran yang layak untuk PAS selain ekstrem dan gila. Jika sikap dan perlakuan PAS pernah menghasilkan 13 Mei 69, saya percaya jika tidak dibendung PAS akan menghasilkan lebih banyak kemusnahan.

Friday, September 3, 2010

NAJIB, KAMI BERBANGGA

Salah satu faktor keruntuhan UMNO zaman Pak Lah Badawi ialah apabila Pak Lah mengambil pendekatan ' memusuhi ' Tun Mahathir. Sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri selama lebih dua puluh tahun pastilah Tun Mahathir mempunyai kecintaan yang amat tinggi terhadap negara bangsa ini.

Saya dan ramai lagi orang Melayu percaya sudah tentu apa sahaja kenyataan yang lahir daripada Tun Mahathir pastinya lahir bersama keinginan untuk melihat UMNO dan negara sentiasa berada di tahap terbaik.

Inilah menariknya Najib. Setakat ini tidak sekalipun Najib pernah memberikan reaksi keras dan kasar terhadap Tun. Walaupun ada kenyataan Tun yang agak keras misalnya berkaitan Gagasan 1 Malaysia.

Terbaru Tun melahirkan kebimbangan MEB akan meminggirkan kepentingan Bumiputera dan menyarankan agar DEB diteruskan. Ini juga kebimbangan ramai orang Melayu yang lain.
Najib dalam kenyataan balasnya menyatakan bahawa ia akan mengambil kira pandangan ini dan menyatakan bahawa kepentingan Melayu tidak pernah diabaikan.

Jawapan yang amat objektif dan tulus. Tiada unsur sinis dalam jawapan tersebut. Inilah Najib.Inilah yang rakyat harap akan Najib teruskan. Kita yakin, semakin tinggi hormat Najib kepada Tun semakin tinggi pula hormat rakyat kepada Najib. Tahniah, kami tumpang berbangga.

Thursday, September 2, 2010

NAMEWEE : BERMULA ERA CEMERLANG

Dari satu sudut apa yang dilakukan oleh Namewee memang melukakan hati orang Melayu Islam. Luka itu bertambah pedih bilamana ia dikaitkan pula dengan dua orang pengetua yang dikatakan mengeluarkan kenyataan berbau perkauman baru baru ini.

Hakikat yang wajib kita akui ialah Namewee tidak berseorangan. Namewee ada penyokongnya sendiri. Media Cina dan masyarakat Cina khasnya golongan muda malah mengaggapNamewee sebagai hero. Media cina yang sememangnya tidak pernah membantu menjayakan matlamat perpaduan, menjadikan Namewee sebagai tokoh muda mereka.

Apakah makna semua ini :-

1. Wujud satu golongan dalam masyarakat Cina yang sama sekali tidak menghormati/menghargai kepelbagaian yang wujud di negara kita. Mereka tidak peduli makna toleransi yang selama ini diamalkan. Mereka tidak pernah dididik tentang ketuanan melayu yang menjadi tiang seri 1 Malaysia. Bahkan saya yakin mereka diajar untuk menganggap orang Melayu adalah golongan yang lemah dan tidak wajar dihormati.

2. Wujud satu golongan dalam masyarakat Cina yang bersikap/dilatih untuk bersikap kurang ajar. Mereka menggunakan bahasa yang kasar dan kesat terutama terhadap orang Melayu. Mereka dilatih untuk melihat sejarah dari sudut yang berbeza dengan yang sepatutnya. Bagi mereka tiada apa yang sensitif selain apabila kepentingan mereka terjejas.

3. Wujud satu golongan yang amat berani dalam masyarakat Cina. Mereka berani melanggar adat/adab. Bahkan mereka berani menceroboh rumah ibadat orang Islam. Tayangan filem di kaca TV akhir akhir ini banyak menggambarkan kehebatan pahlawan Cina. Mereka menguji kerajaan dan nyata kerana tidak berani bertindak.

Apakah kesannya jika tindakan tidak diambil:-

1. Gagasan 1 Malaysia pasti tidak akan tercapai kerana perlembagaan yang menjadi teras gagasan ini tidak lagi dihormati. Gagasan 1 Malaysia akhirnya menjadi slogan tanpa praktik

2. Akan muncul lebih ramai ' Namewee'. Jiwa yang sarat dengan dendam dan khianat. Jiwa musnah yang bila bila masa akan bertukar menjadi ganas dan kejam. Kajilah sejarah Bintang Tiga sebagai pengajaran.

3. Negara bangsa yang harmoni, aman damai tidak akan wujud.Apa jua perancangan dan dasar yang dibuat akan jadi mimpi yang tidak akan jadi nyata. Orang Melayu juga akhirnya akan percaya bahawa sebenarnya adalah sia sia pengorbanan yang dibuat selama ini.

APA PATUT DILAKUKAN SEKARANG :-

AMBIL TINDAKAN PALING TEGAS TERHADAP NAMEWEE. NASIHAT, TEGURAN DAN AMARAN TELAH DIBERIKAN. PERCAYALAH KETEGASAN SEKALI INI AKAN MENGANGKAT KEMBALI MARUAH KERAJAAN YANG TERUK TERCALAR. PERCAYALAH, TINDAKAN SEKALI INI AKAN MENENTUKAN BENTUK NEGARA YANG AKAN KITA BINA SELAMANYA. USAHLAH TERSILAP LAGI

Wednesday, September 1, 2010

SOI LEK BETUL, MENJUNJUNG 1 MALAYSIA

Inilah yang kita tunggu tunggu sekian lama. Kalau dari dahulu kenyataan seumpama ini dilontarkan, saya yakin tidak banyak masalah akan timbul. Sudah lebih 50 tahun kita merdeka dan kita mengemudi negara secara bersama atas semangat kikitaan. Memang kadangkala ada cabaran tetapi semuanya kita hadapi dengan yakin.

Untuk seketika khasnya selepas PRU 12 , tiba tiba ikatan ini seakan terungkai. Segalanya kelihatan seakan menjadi tidak lagi licin dan lancar. Prasangka, tuding menuding semakin ketara. Ini sebenarnya tempoh krisis dan memang mencabar.

Sebab itu apabila Chua Soi Lek, Presiden MCA mengeluarkan kenyataan meminta agar tindakan diambil terhadap sesiapa jua yang mencetus api perkauman, saya memang menyokong penuh. Soi Lek minta supaya tindakan yang adil dibuat. Dalam konteks ini tentulah Soi Lek merujuk kepada Namewee dan dua orang Pengetua Sekolah.

Sokongan sepenuhnya saya berikan kepada Soi Lek kerana keikhlasannya. Ini bermakna Namewee yang pernah diberi peringatan dalam dua kesalahan yang lalu perlu dikenakan tindakan lebih tegas kali ini.

Manakala dua orang Pengetua yang dikatakan perkauman itu perlu diberi teguran dan nasihat . Itupun setelah siasatan rapi dibuat.

Seperti Soi Lek saya juga berpandangan bahawa masanya telah tiba untuk kerajaan lebih berani menguatkuasakan undang undang. Barangkali Singapura boleh dijadikan contoh dalam hal ini apabila tiada langsung ruang untuk berkata tidak kepada kerajaan. Sekiranya ini dapat dilakukan percayalah Gagasan 1 Malaysia pasti akan dapat dicapai.