Followers

Saturday, September 3, 2011

MAT SABU TIDAK BERSENDIRIAN

MAT SABU WAKILI PAKATAN

Syukurlah kepada ALLAH. Barangkali inilah rahmat Ramadhan. Mat Sabu telah menyampaikan dengan jelas dan nyata hasrat dan impian Pakatan untuk mengubah sejarah negara.

Hanya Karpal Singh sahaja yang tidak bersetuju dengan Mat Sabu. Itupun bagi mempastikan sokongan berterusan orang Melayu kepada Pakatan.

Pemimpin Pakatan secara konsensus menyokong Mat Sabu. Semuanya sepakat mahu sejarah ditulis semula mengikut sudut pandangan Pakatan yang umumnya merupakan sudut pandangan DAP.

Saya sedang menunggu nas dan sirah yang akan dibentangkan oleh dua tokoh. Nik Aziz dan Dr Asri. Barangkali dua tokoh ini sedang berusaha keras sekarang.

Saya tidak pasti apa perasaan pemimpin dan ahli UMNO seluruhnya. Apakah UMNO bersedia untuk dikenang oleh anak cucu sebagai orang yang membenarkan sejarah ditukar.

Jika UMNO tidak bekerja keras, mungkin beberapa tahun lagi Chin Peng akan dinobat sebagai Bapa Kemerdekaan. Yakinlah, Tok Janggut, Mat Indera hatta Rashid Maidin sekalipun hanyalah solekan pakatan.

Impian dan idola mereka ialah Chin Peng. Tidurlah UMNO. Atau bekerja keraslah untuk diri sendiri. Biar anak cucu mengenang kita sebagai pengganas atau pengkhianat.


Friday, September 2, 2011

KALAULAH TIADA MEDIA..

Barangkali UMNO sudah berkubur.

Agaknya terlalu komited sebagai kerajaan. Terlalu asyik dengan kerja kerja pentadbiran dan pengurusan kerajaan. pemimpin tertinggi UMNO hampir tidak melakukan apa apa untuk parti.

Nasib baik kita ada Utusan Melaysia yang pantas melaporkan segala peristiwa. Kemudian UM akan menemui pemimpin UMNO untuk memberi ulasan. Maka kita dapat mendengar apa kata pemimpin kita tentang UMNO dan orang Melayu.

Jika media tidak melapor barangkali kita tidak mendengar nama UMNO disebut kecuali semasa pemilihan. Malangnya apabila begitu sikap pemimpin tertinggi, begitu juga pemimpin akar umbi.

Sambutan kemerdekaan sebagai contoh, setakat ini belum lagi kita mendengar sambutan besar besaran di peringkat bahagian atau cawangan.

Yang ada ialah riuh rendah mengutuk Mat Sabu. Bayangkan jika Mat Sabu tidak berceramah pada malam itu...?


Monday, August 29, 2011

SEMOGA ANAK CUCU DAPAT MERAYAKANNYA


MERIAH HARI RAYA TAHUN INI. ALHAMDULILLAH. MARI KITA BERDOA DAN BERUSAHA MUDAH MUDAHAN ANAK CUCU KITA DAPAT MERAYAKAN HARI RAYA SEMERIAH KITA DI MASA MASA AKAN DATANG.

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN.

Saturday, August 27, 2011

ALLAH TIDAK PERNAH SILAP !


Seorang rakan semalam menyatakan kebimbangan apabila laporan media berkaitan perbicaraan DS Anwar Ibrahim kelihatan semacam memihak kepada tertuduh.

Pelbagai hujah yang dibuat oleh peguam bela dan para saksi nampaknya seolah olah banyak kecuaian teknikal berlaku mulai daripada mangsa mengadu hinggalah kepada tahap sekarang.

Saya percaya ramai juga pembaca mempunyai pandangan serupa. Kita bukan peguam tetapi saya mempunyai keyakinan yang bulat. Akhirnya ALLAH menjadi penentu.

Kita juga mungkin dapat membuat beberapa jangkaan berasaskan apa yang berlaku.

1. Anwar memilih untuk berceramah dan bukan membela diri. Para pemimpin, hakim, polis dan ramai lagi yang lain menjadi sasaran. Ini menggambarkan bahawa Anwar tahu bahawa beliau akan ' sabit '.

Oleh yang demikian beliau bersiap sedia membuat 'tapak '. Jika Hakim memutuskan beliau bersalah, pasti dengan segera beliau akan mengingatkan kepada pembelaannya. Hakim tidak adil.

2. Saksi yang memberi keterangan sekarang ialah saksi pembela. Pasti
mereka bekerja dan dibayar untuk Anwar. Sebab itu semua pandangan mereka adalah pandangan yang memenangkan Anwar.

3. Tidak ada sesiapapun tampil menafikan dengan bukti bahawa mani Anwar berada dalam dubur Saiful. Kajian juga membuktikan bahawa tidak ada sesiapapun boleh memasukkan mani orang lain ke mana mana tempat melainkan dengan kehendak sendiri.

Apa pun mari kita berdoa, mudah mudahan ALLAH tampilkan kebenaran. Yakinlah bahawa ALLAH tidak pernah silap


Wednesday, August 24, 2011

NAZRI AZIZ CARI PENYAKIT ?

DAKWA PEMBANGKANG TERKEJUT BERUK !

Sebenarnya saya juga bersetuju bahawa pembangkang memang terkejut beruk. Hakikatnya ada ungkapan lain yang lebih sesuai digunakan. Barangkali ia mencerminkan keadaan yang lebih tepat.

' Terkejut Babi '. Binatang ini jika terkejut akan melanggar apa sahaja yang ada di hadapan. Bagi kebanyakan kes babi ini akan mati tertembak sebab berbanding beruk yang menjauhkan diri, babi mengambil pendekatan menyerang.

Mengenali Nazri Aziz, umum menyedari bahawa Nazri tidak pernah berasa bimbang untuk menyatakan pandangan. Selalunya pandangan Nazri sangat tepat dan jelas.

Pembangkang tidak mahu sebarang kajian dibuat terhadap sistem pilihanraya di Malaysia. Mereka tahu jika adapun kelemahan, kelemahan ini adalah perkara biasa yang berlaku dalam mana mana sistem.

Buat apapun mereka akan menolak. Mereka telah menyediakan alasan dan hujah. Mereka sedang dilanda ketakutan kerana janji PRU 12 tidak ada yang mereka tunaikan.

Tahniah kepada kerajaan. Saya percaya jika tidak kerana pembangkang bersuarapun kerajaan sentiasa melakukan penambahbaikan.

Dan saya juga pasti, selalunya bila Nazri Aziz keluarkan kenyataan, pembangkang hampir tiada ruang untuk menyerang.


Sunday, August 21, 2011

PAKATAN MEMANG MAHU PILIHANRAYA DITANGGUH !

KIRANYA UMNO SUDAH BERSEDIA INI MASA TERBAIK...

Jika ada orang menyangka DS Najib pemimpin yang lemah, orang itu sebenarnya telah melakukan kesilapan yang besar. DS Najib nyata jauh lebih bijak dan cekap mentafsir.

Dalam pada Pakatan Pembangkang ghairah menimbulkan pelbagai tohmahan terhadap SPR dengan tujuan untuk mencetuskan persepsi negatif dalam kalangan rakyat, DS Najib tampil dengan cadangan berani membentuk JK Peringkat Parlimen bagi mengkaji dan melakukan penambahbaikan.

Inilah ketakutan pembangkang. Mereka tidak mahu kajian dibuat. Tambahan lagi mereka diletakkan sebagai sebahagian daripada JK tersebut.

Apakah mereka sebenarnya mahukan penambahbaikan dibuat ? Tidak.
Mereka mahu pilihanraya 13 dijalankan dalam ' semarak kesangsian' rakyat.

Pembangkang sudah menjangka ombak PRU 12 tidak akan berlaku lagi. Mereka telah gagal menunai segala janji. Mereka mahu alasan untuk diberikan kepada dunia jika undi mereka merosot.

Sebagai rakyat, kita berharap DS Najib tidak akan terpedaya. Kita teruskan PRU 13 dalam masa yang sama melakukan apa jua usaha penambahbaikan.

Syabas DS Najib. Cuma kebimbangan kita ialah adakah UMNO sudah bersedia ? Selain jentera adakah ahli dan pemimpin UMNO bersedia untuk mengatakan bahawa siapa jua calon yang ditentukan oleh pucuk pimpinan adalah yang terbaik ?

Jika ini boleh dilakukan maka kita ingin mengesyorkan kepada DS Najib, mari kita buktikan sekarang betapa kerana kita berjasa kepada rakyat kita tidak bimbang untuk dinilai...



Wednesday, August 17, 2011

BAZAR RAMADHAN TERAKHIR !

TERDAPAT UNSUR BERTENTANGAN SYARAK..

Ia belum berlaku. Tetapi tidak bermakna ia tak akan berlaku. Bazar Ramadhan mempunyai banyak makna. Ia membuka ruang berniaga yang luas kepada umat Islam. Ia juga membuktikan rakyat kita tidak menderita seperti mana yang didakwa pembangkang.

Jika Bazar Ramadhan boleh menunjukkan kekuasaan Melayu Islam, maka saya tidak akan terperanjat jika selepas ini akan ada fatwa yang mengharamkannya.

Bermula dengan larangan sambutan maulidur rasul hingga kepada nasihat melarang bacaan ayat suci Al Quran menggunakan pembesar suara.

Segalanya ada pertentangan dari segi syarak mengikut ajaran PAS yang mendapat nasihat DAP. Pada zaman Rasullullah tiada disebut Bazar Ramadhan.

Kemudian ia juga mengganggu lalulintas. Ada orang bukan Islam terganggu perjalanan mereka kerana Bazar Ramadhan. Islam menurut PAS sentiasa menjaga keharmonian penganut agama lain.

Didapati juga percampuran lelaki dan perempuan tanpa kawalan. Ini juga bertentangan dengan syarak.

Saya percaya bercampur sedih. Satu ketika Bazar Ramadhan dilarang kerana DAP tidak gembira dengannya...


Tuesday, August 16, 2011

HISHAMUDDIN SUDAH ADA RAKAN BARU ?



Sebelum ini DS Hishamuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri amat dikenali sebagai menteri amaran. Memang sejak mula memegang jawatan Ketua Pemuda lagi Hishamuddin telah mengeluarkan begitu banyak amaran kepada pelbagai pihak.

Setelah menjadi Menteri KDN kecenderungan ini nampaknya berterusan sehingga setiap amaran beliau menjadi tidak berharga. Tidak dipedulikan.

Kini kita telah menemui seorang lagi tokoh yang mula memberi amaran.
Hakim Zabidin Md Diah baru baru ini sekali lagi mengeluarkan amaran keras kepada pasukan pembelaan Anwar Ibrahim agar tidak lagi berhelah bagi menangguhkan perbicaraan.

Perbicaraan ini barangkali paling banyak ditangguhkan dalam sejarah.Rakyat telah bosan dan hilang kerpercayaan. Sistem kehakiman seperti mengikut telunjuk Anwar.

Sekali ini rakyat berharap, mudah mudahan hakim Zabidin tidak menjadi regu kepada Hishamuddin yang diyakini telah tidak mungkin berubah.


Monday, August 15, 2011

JIKA BERTEMU ULAR DAN MUSTAFA ALI, WAJIB MUSTAFA ALI DIPUKUL DULU !


Saya selamanya tidak pernah percaya bahawa PAS berhasrat untuk menegakkan Islam. Jika dilihat keadaan semasa, tidak ada satupun syiar berjaya dibangunkan oleh PAS dalam janji untuk membangunkan Islam.

Tetapi saya tidak menjangka PAS sanggup menggadaikan Islam dengan harga yang amat murah. Kes serbuan JAIS ke sebuah gereja menjadi bukti 'pengkhianatan' PAS terhadap agama.

Terbaru, kenyataan Mustafa Ali hari ini. Katanya usaha menyelamat umat Islam daripada dikristiankan adalah satu perangkap UMNO.

Bahkan Mustafa Ali mendakwa mendapat maklumat daripada dalam JAIS sendiri. Kenyataan ini membawa makna

1. Tidak penting jika ada usaha memurtadkan umat Islam. Murtadlah asalkan PAS mendapat undi.

2. PAS sebaliknya cuba memecahbelahkan JAIS yang dilihat tegas dalam menjaga maruah umat Islam.

3. Di atas usaha jahat Kristian menghina Islam, PAS tetap juga melihat UMNO sebagai musuh utama.

Saya percaya pendirian Mustafa Ali adalah pendirian PAS. Maka yakin dan percayalah selepas ini akan ada usaha menyebarkan agama lain terhadap umat Islam kerana ada PAS sebagai penyokong mereka.


Saturday, August 13, 2011

ANWAR , DAP SILAP BACA !

PERANCANGAN KOTOR TAK MENJADI.

Saya dan barangkali orang lain juga sebenarnya agak bimbang apabila mahkamah membenarkan Anwar Ibrahim dan pasukannya memanggil Perdana Menteri dan isteri untuk ditemubual.

Kebimbangan saya ialah apabila mahkamah nampaknya seakan akan mengikut rentak tari Anwar untuk melengah lengahkan perbicaraan dan dalam masa yang sama mahu mengaibkan DS Najib.

Namun kebimbangan saya semakin reda apabila DS Najib telahpun hadir di mahkamah dan proses yang mereka mahukan telah berlaku.

Saya yakin bukan ini yang Anwar dan peguambelanya ( wakil DAP )
mahukan. Mereka harap DS Najib dan Rosmah tidak hadir. Mereka perlukan bahan untuk digunakan bagi menghadapi PRU 13.

Nampaknya, sehingga kini ia tidak menjadi. Sebaliknya Anwar yang berdepan masalah bilamana begitu ramai tokoh lain yang sebelum ini rapat dengan Anwar menawarkan diri untuk menjadi saksi.

Saya tidak tahu berapa lama lagi permainan ini akan tamat. Yang pasti, semakin lama tertangguh semakin lewat keadilan dapat ditegakkan.


Wednesday, August 10, 2011

PANDUAN AWAL UNTUK DS NAJIB ...

SEWAKTU BERDEPAN KARPAL SINGH.

Ada kemungkinan DS Najib akan hadir sesi temubual dengan barisan pembelaan Anwar Ibrahim dalam kes air mani Anwar didapati berada dalam dubur Saiful.

Sangat penting untuk DS Najib memahami dan menyedari sepenuhnya :-

1. Barisan peguam Anwar adalah antara yang paling luarbiasa di dunia. Mereka bertungkuslumus untuk membela seseorang yang satu ketika mereka sendiri tuduh.

2. Barisan peguam Anwar adalah orang yang meletakkan diri mereka di atas Tuhan. Mereka tiada ketakutan sama sekali.

3. Barisan peguam Anwar tidak berhasrat untuk tegakkan kebenaran sebaliknya mereka mahu tegakkan republik dengan cara menjatuhkan kerajaan sedia ada.

4. Mereka mahu menjadikan sesi ini sebagai alat melonjak persepsi. Mereka hampir berjaya dalam perang persepsi pada tahun 2008 dan mereka mahu mengulanginya lagi.

5. Mereka akan menengking dan mengherdik Datuk Seri dengan tujuan untuk menghina dan memalukan. Jika DS hadir, pastikan DS benar benar bersedia untuk menengking balik.

6. Mereka tampil dengan dendam dan benci. DS hadir dengan kasih kepada agama, bangsa dan tanahair. Pasti mereka tidak akan dapat mencapai matlamat mereka.

Setelah selesai, mari kita bekerja kuat untuk menang besar dalam PRU 13 DS. Jutaan rakyat mengasihi dan berdoa untuk DS. Tanam dalam hati kita, setelah mendapat mandat semula DS wajib menyusun segalanya agar selepas ini kita tidak ditikam oleh tentera kita sendiri.


Monday, August 8, 2011

SISTEM KEHAKIMAN PALING PELIK DI DUNIA ?



Hari ini mahkamah memutuskan untuk membenarkan pihak pembelaan dalam kes Anwar Liwat Saiful memanggil 15 orang saksi termasuk Perdana Menteri dan isteri didengar.

Umum mengetahui inilah masanya pihak pembelaan yang diketuai oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh akan cuba sedaya upaya untuk memalukan tokoh tokoh ini.

Isu sebenarnya ialah ' ada air mani Anwar dalam dubur Saiful' nampaknya telah mula diabaikan bilamana isu baru cuba diwujudkan oleh kumpulan Anwar.

Tidak timbul soal kebenaran lagi dalam isu ini. Yang mahu ditanamkan khasnya sebelum PRU 13 ialah Najib dan Rosmahlah yang merancang segalanya untuk menjatuhkan Anwar.

Maka, saya dan orang lain juga mungkin tertanya tanya. " Apakah peranan mahkamah kita agaknya ".

Adakah mahkamah bertanggungjawab memuaskan hati Anwar yang didukung oleh Majlis Peguam atau menegakkan keadilan bagi Saiful yang menjadi mangsa kepada Anwar ?


Friday, August 5, 2011

MENJUAL TUHAN DI PASAR RAMADHAN !

TUAN IBRAHIM, KHALID IBRAHIM, KHALID SAMAD PEDAGANG AGAMA !

Demikian ALLAH mengaturkan segala sesuatu . Di luar lingkungan pemikiran kita.

Mustafa Ali sewaktu menyebut tentang konspirasi dalaman UMNO mahu menjatuhkan Najib sebenarnya amat bangga kerana dapat menghidupkan namanya yang tidak berharga sama sekali.

Tiba tiba ALLAH takdirkan polemik besar dalam Pakatan yang bermula dengan sebab yang sama sekali tidak munasabah. Tidak mungkin ada manusia Islam yang waras rela saudaranya murtad.

Tiba tiba Tuan Ibrahim Tuan Man, Khalid Samad dan Khalid Ibrahim begitu kecewa kerana Dr Hasan Ali cuba menghalang Kristianisasi.

Tidakkah ini petunjuk ALLAH ? Saya sedang menunggu, apa pula ulasan Nik Aziz Nik Mat yang sedang kerisauan kerana sakit yang tidak diketahui.



Thursday, August 4, 2011

RENUNGAN RAMADHAN...

KEWAJIPAN MENTAATI PEMERINTAH.

Firman ALLAH ,

" Wahai orang yang beriman, ta'atilah Rasul Nya dan Ulilamri
( yakni orang yang berkuasa) di antara kamu..." An Nisa' 59.

Sabda Rasullullah saw,

" Sesiapa telah mengangkat seorang pemimpin kemudian memberi padanya uluran tangannya ( menerima perlantikannya ), maka hendaklah ia mentaatinya sedaya mungkin. Jika datang orang lain yang menentangnya, hendaklah mereka menghapus dan menentu golongan berkenaan ",


Wednesday, August 3, 2011

MEMANG BENAR LELAKI CINA ITU KOMUNIS

BUKAN BARU CINA BERLAKON BERSAMA KITA

Saya membaca catatan pengalaman JANTAN BABA , bekas perajurit yang gigih menentang komunis satu masa dahulu sehingga dikurniakan pingat Military Medal.

Dalam satu peristiwa dia bersama Pasukan Platun ke 7 dianggotai 10 orang tentera berkonvoi melalui ladang getah bagi meninjau kubu komunis di Kampung Titi.

Pasukan ini telah dibantu oleh seorang LELAKI CINA sebagai penunjuk arak. " Kali pertama saya melihat lelaki ini, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya."

Rupanya pasukan kami dibawa oleh LELAKI CINA ini ke dalam perangkap komunis. Pasukan kami diserang begitu hebat sehingga pegawai kami sendiri iaitu Leftenan Peel Corn cedera parah ".

LELAKI CINA itu kemudiannya melarikan diri apabila pasukan keselamatan dibantu dan berjaya mengalahkan komunis tersebut.

Demikianlah catatan peristiwa benar yang dialami oleh perajurit kita.
Maka tentulah tidak salah jika kita berasa sangsi bilamana Lim Guan Eng yang bukan Islam sanggup makan bersama PAS sewaktu berbuka puasa.


Monday, August 1, 2011

CINA KOMUNIS ADALAH KISAH BENAR !

MASIH ADA TENTERA KITA YANG HIDUP DAN MEMPUNYAI BUKTINYA

Wahab Hamid - Bertempur dengan Cina Komunis di Gua Musang,Kelantan pada 25 Mac 1950.

Pesannya ," Ingat! Kemerdekaan yang dikecapi hari ini boleh dirampas pada bila bila masa oleh musuh negara sekiranya kita lalai dan leka dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Bukan mudah untuk mencapai kemerdekaan. Tolonglah jaga apa yang sudah ada sekarang. Sentiasa bersatu dalam menjaga negara ini ".

Hassim Md Akhir - Bertempur dengan Cina Komunis di Titi Kelawang pada 1951.

" Berjuang sudah jadi darah daging saya dan saya tidak teragak agak untuk kembali berjuang jika keadaan memerlukan saya berbuat demikian ".


Petikan daripada Mingguan Malaysia. Terima kasih MM.


MEMANG ITU CINA KOMUNIS!!

JANGAN BIARKAN CHIN PENG KEMBALI

Semalam saya membaca sebahagian daripada sejarah perjuangan perajurit dan pejuang kita khasnya pada zaman kegaganasan komunis pada tahun 1950 an.

Dalam pada berbangga dengan semangat juang orang orang kita, saya juga terkesan dengan kisah kekejaman komunis. Rupanya bukan sedikit korban yang telah mereka lakukan.

Kepada Ngeh Koo Ham.. jangan lagi terfikir untuk membawa manusia sehina Chin Peng kembali ke Tanah Melayu !

Saturday, July 30, 2011

KITA SEDANG MELANGKAH MASUK...



kita sedang melangkah masuk
ke taman ramadhan yang indah
sekali lagi

ada pohon hidayah
yang rimbun
ada bunga kasih
yang santun

ramadhan ini
ada saudara tidak sempat mengucup sahur
pergi diajak tuhan

ada saudara tidak betah meneguk tarawikh
telah berpergian

demikian tuhan mengatur
ada yang langsung meratip hayat
ada yang pamit mengundur diri.

hayat ini singkat, saudara
kita mungkin tiada lagi ramadhan depan
mari hayati ramadhan ini.


PAK SAMAD YANG MALU...

KERANA AMBIGA , GUGUR PERJUANGAN !

Asalnya Pak Samad Said berjuang demi bahasa. Ini modalnya. Walaupun umum tahu ada keinginan Pak Samad tak dapat kerajaan penuhi.

Seperti biasa, Pakatan bijak mencuri peluang. Pak Samad adalah tokoh yang dokenali ramai. Tapi itu tidak penting. Yang penting Pak Samad adalah orang yang kecewa.

Seperti komunis, Pakatan bijak mengambil kekecewaan orang untuk jadi bahan dan alat. Dengan segera Pak Samad jadi sebahagian daripada perjuangan mereka.

Akhir akhir ini Pak Samad tidak lagi memperjuangkan bahasa. Mendaulatkan Bahasa Melayu bukan lagi agenda Pak Samad.

Pak Samad telah menukarkan matlamat perjuangannya kepada menyuburkan demokrasi. Mengapa ?

Sebagai' pejuang rakyat', Pak Samad sangat rapat dengan Ambiga dan Lim Kit Siang. Kedua dua mereka tidak pernah menghormati Bahasa Melayu sebagai bahasa rakyat.

Demikianlah Pak Samad. Selepas ini belum tahu apa pula nak diperjuangkannya..


Friday, July 29, 2011

MALAYSIA VS SINGAPURA...

BUKTI UMNO TAK BUAT KERJA !

Kita telah sama sama menyaksikan pasukan Malaysia yang sekadar seri dalam perlawanan malam tadi. Kesannya Malaysia gagal melayakkan diri ke pusingan seterusnya setelah tewas perlawanan pertama.

Tapi bukan ini yang mahu saya bincangkan. Saya tertarik dengan semangat tinggi yang anak anak muda kita tunjukkan semasa memberi sokongan kepada pasukan negara.

Mereka menunggu ke minit terakhir walaupun tahu Malaysia sudah pasti tidak berpeluang untuk menang. Inilah patriotik atau cinta negara.

Saya yakin jika dipandu dan dibimbing kecintaan kepada negara ini akan pergi lebih jauh. Mereka yang kasihkan negara pasti tidak akan melakukan sesuatu yang menggugat keamanan.

Mereka yang cinta negara pasti tidak akan bersama membina dan membangunkan negara. Mereka tidak akan termakan hasutan walau dari mana pun datangnya.

Malangnya mereka adalah golongan yang terabai. UMNO khasnya tidak ada program khas untuk mereka. UMNO mengabaikan aset yang amat berharga.

Pembangkang yang rajin dan bijak memanipulasi akhirnya menang dalam usaha menggoda anak anak muda ini. UMNO kekal dengan kepercayaan bahawa ' kita ' pasti menang kerana sejarah membuktikan begitu.

Namun saya mempunyai keyakinan bahawa UMNO akhirnya berkubur kerana mempunyai kepercayaan yang salah !


Monday, July 25, 2011

HANTU DAN PENGUNDI HANTU, KETAKUTAN YANG TIDAK PERNAH BERASAS.

ORANG MELAYU TERPEDAYA SECARA MUDAH.


1. Akhir akhir ini , masyarakat dihidangkan dengan begitu banyak cerita hantu samada di pawagam mahupun di kaca TV. RTM dan TV3 berlumba lumba menyajikan kisah yang pada pandangan saya amat tidak masuk akal dan sama sekali tidak membantu menjayakan hasrat dan matlamat negara.

Dalam masa yang sama pusat rawatan tradisional turut tumbuh seperti cendawan termasuklah yang menggunakan nama rawatan Islam. Saya diberitahu bahawa untuk kebanyakan penyakit, hantu dikatakan sebagai antara punca utamanya.

Baru baru ini seorang rakan bertungkus lumus menyediakan 40 jenis kuih bagi memenuhi syarat membunuh hantu yang menyebabkan ibunya sakit. Setelah berjaya, ibunya masih sakit dan kemudiannya terpaksa dibawa ke hospital kerajaan.

Kajian dan rawatan doktor mendapati ibu ini mengalami masalah kencing manis yang serius dan kini sedang mengalami proses pemulihan setelah mendapat dan mengikut nasihat doktor.

Rakan saya sehingga sekarang masih tidak berpuas hati kerana tertipu oleh bomoh yang mengatakan bahawa ibunya memelihara hantu yang tidak dijamu dengan betul.

2. Di sisi yang lain, PAS sedang sedaya upaya menghasut rakyat untuk mempercayai bahawa selama ini mereka gagal akibat wujudnya pengundi hantu yang memenangkan UMNO.

Segala jentera parti digunakan untuk menyebarkan kepercayaan ini sehingga timbul keyakinan dalam kalangan penyokong mereka bahawa memang benar penipuan berlaku.

Yang menjadi pertanyaan ialah mengapa SPR melayan dakwaan ini sehingga ianya seakan akan perkara yang benar benar berlaku.

Sehingga sekarang, setelah bertahun tahun , pihak yang membuat dakwaan tidak pernah mengemukakan bukti secara sahih. Manakala mereka terus menyertai pilihanraya dengan ' kesedaran' mereka akan kalah kerana penipuan.

Akhirnya, saya kadangkala tertanya tanya, mengapa hanya orang Melayu Islam sahaja yang begitu ghairah dan percaya kepada 'hantu'?



Friday, July 22, 2011

PEMBUNUH SEBENAR BAHARUDDIN AHMAD DIKENALPASTI !

PAS, AMBIGA, BERSIH 2 WAJIB BERTANGGUNGJAWAB.

Sekiranya kita menggunakan rumus yang sama yang digunakan oleh Pakatan Pembangkang, maka kita akan mendapat jawapan siapa yang sewajarnya dipertanggunjawabkan terhadap kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad.

DAP telah menstruktur pemikiran keluarga Teoh Beng Hock dan penyokong mereka , bahawa jika pun benar mendiang membunuh diri ia adalah disebabkan 'gangguan terhadap emosi mendiang '.

Gangguan ini adalah kesan tekanan yang diterimanya semasa soal siasat oleh para penyiasat SPRM.

Tekanan emosi boleh berlaku dengan pelbagai cara. Saya berpandangan Allahyarham Baharuddin juga turut mengalami tekanan yang sama. Ucapan ucapan pemimpin pembangkang, rangsangan mereka, hasutan rakan rakan boleh juga menjadikan emosi Baharudin tertekan.

Tekanan yang kuat ini akhirnya menjadi gangguan yang menyebabkan Baharudin tidak bertindak betul. Dalam kesedaran bahawa kesihatannya tidak sesuai untuk menyertai Bersih 2, beliau tetap menyertainya.

Beliau juga didapati bertindak berlebihan apabila ' melarikan'diri dalam keadaan cemas dan bimbang melampau. Ini yang menyebabkan beliau tumbang dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir.

Secara mudah mari kita membuat rumusan, bahawa jika PAS tidak melakukan rangsangan dan hasutan melampau, Baharudin tidak akan menyertai Bersih 2. Beliau tidak akan tumbang dan pasti beliau tidak akan meninggal dunia di situ.

Sebagai permulaan, mari kita membuat kesimpulan awal bahawa Baharudin sebenarnya dibunuh oleh PAS dan rakan rakan mereka !




Thursday, July 21, 2011

MAT SABU DITUDUH MENIPU !

HARAP POLIS TERUSKAN DAKWAAN...

Malaysiakini hari ini melaporkan Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS mungkin akan didakwa kerana menipu dengan tujuan untuk menjatuhkan imej PDRM.

Saya mewakili rakyat Malaysia benar benar berharap agar pihak polis mendakwa Mat Sabu supaya rakyat tahu sikap sebenar Mat Sabu.

Media pembangkang membesarkan berita Mat Sabu yang membonceng motorsikal telah DIREMPUH DENGAN TRAK. Malangnya pemandu motorsikal berkenaan tidak diberitakan keadaannya.

Kalau kita bayangkan ' REMPUH ' dan bayangkan pula ' TRAK '.
Tidak mungkin Mat Sabu mampu berceramah sehari selepas peristiwa tersebut.

Penipuan terbaru Mat Sabu ialah apabila beliau mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Swasta. Mat Sabu yang kononnya pejuang rakyat, turut menderita bersama rakyat telah memilih
' rawatan mewah ' untuk kecederaan ringannya.

DS Najib sebagai PM telah menerima rawatan di HKL apabila diserang dengan campak.

Tahniah PDRM. Usah berundur. Usah peduli tohmah pembangkang. Berjuta rakyat ingin tahu tentang penipuan Mat Sabu.




Wednesday, July 20, 2011

KEGILAAN PEMBANGKANG, KELEMAHAN KERAJAAN DAN KEBEKUAN UMNO

KOMBINASI YANG MUNGKIN MENGGAGALKAN TRANSFORMASI DS NAJIB.

Umum hakikatnya agak kerap mendengar tentang transformasi menyeluruh yang diilhamkan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional.

Rakyat terbanyak barangkali sehingga sekarang gagal memahami makna transformasi, menghayati kesannya bahkan kakitangan kerajaan, anggota parti turut keliru dengan apa yang cuba dilakukan oleh pemimpin kita.

Ada tiga unsur pada pandangan saya menjadi penyumbang kepada kegagalan ini.

1. Kita memiliki barisan pembangkang paling buruk di dunia. Sehingga kini kita tidak pernah mendengar mana mana pemimpin pembangkang menegur kerajaan dan dalam masa yang sama memberikan cadangan yang membina.

Amalan pembangkang di Malaysia ialah mencari kelemahan kerajaan
terutama yang bersifat peribadi, menyebar fitnah, menghasut dan menyemai kebencian dalam kalangan rakyat.

Pembangkang bukan sekadar ghairah kepada kuasa tetapi sampai kepada tahap sanggup melihat negara bangsa runtuh jadi debu.

2. Kerajaan pula kelihatan ' terkontang kanting ' melakukan apa sahaja untuk rakyat. Barangkali transformasi negara hanya banyak didedahkan oleh Perdana Menteri sendiri.

Jabatan Kerajaan umumnya gagal berfungsi secara jelas menjayakan transformasi, menjelaskan kepada rakyat untuk difahami dan pentadbiran berjalan seperti biasa, seperti dulu dulu.

Sebagai contoh, jika transformasi berlaku dengan baik dan difahami rakyat terbanyak, tidak mungkin Bersih 2 baru baru ini berlaku. Dalam konteks ini yang ternyata telah gagal ialah terutamanya Menteri Dalam Negeri.

3. UMNO sebagai parti tunjang negara sama sekali ' tidak hidup' dalam semua perkara. Mendaftar pengundi baru gagal, menjaga pengundi lama juga kurang berkesan.

UMNO kelihatan ' tiada apa apa kuasa ' pun selain menjalankan persidangan cawangan dan bahagian. Pada tahun 60an dan 70an pemimpin UMNO akan sentiasa turun ke akar umbi menerangkan dasar dasar kerajaan. Kesannya ahli UMNO sentiasa berasa bangga menjadi ahli UMNO dan dalam masa yang sama mengasihi kerajaan.

Kemungkinan ada pandangan bahawa transformasi kerajaan ini lebih kepada ekonomi. Jika pun pandangan ini benar, transformasi atas apa matlamatpun akan mengubah keseluruhan sistem menjadi semakin baik.

Kita tidak berkuasa untuk mengubah ( perkara 1 ) tetapi kita mampu memperbaiki ( perkara 2 dan 3 ). Bahkan jika kita tidak bekerja keras menjayakannya, percayalah ia hanya akan jadi bahan baik yang terbuang.


Monday, July 18, 2011

NIK AZIZ JUGA AKAN DIBICARAKAN DI MAHKAMAH RABBUL JALIL

BERFIKIR DAN BERCAKAP SEOLAH OLAH TERKECUALI DOSA...

Saya membaca ulasan Nik Aziz Nik Mat berkaitan tindakan PAS mentaati kehendak DAP di Kedah. Seperti biasa Nik Aziz meletakkan hukum bersalah kepada UMNO dan Utusan Malaysia kerana menjadikan perkara ini sebagai bahan berita.

Sesuatu yang amat diketahui umum ialah Nik Aziz bukanlah jenis orang yang boleh menerima pandangan orang lain termasuk pimpinan PAS yang lain. Nik Aziz juga tidak berupaya berhujjah kerana beliau dikatakan seorang yang amat emosional.

Oleh yang demikian , saya menulis artikel ini dengan kesedaran bahawa satu masa kita akan pergi mengadap Tuhan. Kita akan ditanya apakah yang kita lakukan sepanjang umur usia kita.

Saya ingin meyakinkan diri saya bahawa satu masa saya telah mengingatkan Nik Aziz tentang dosa dan pahala, tentang hari pertang
gungjawaban di hadapan ALLAH.

Penindasan DAP terhadap PAS bukan lagi persoalan politik kepartian.Lebih daripada itu DAP sedang menunjukkan kepada dunia bahawa Islam adalah agama yang lemah, agama yang mudah dijajah.

Bukan sekali, bahkan berkali kali. PAS sentiasa merendah dan beralah.PAS bukan Islam tetapi dunia sedang dimomokkan sebaliknya.

Islam bukan ' riuh rendah dan sorak sorai '. Islam ialah pemikiran, sikap dan perlakuan. Malangnya PAS berjaya kelihatan Islam tetapi sentiasa pula berjaya kepada DAP.

Nik Aziz wajar sedar , tanpa sebarang komentar, ulasan dan berita dari mana mana media atau mana mana pihak sekalipun, realiti yang berlaku ialah PAS telah tunduk dan patuh kepada DAP mengatasi kepatuhan kepada ALLAH.

Sebagai Mursyidul Am, Nik Aziz sewajibnya menegur Azizan Razak bukannya meletakkan kesalahan kepada pihak lain.

Jika saya berpeluang saya ingin mengingatkan diri saya dan Nik Aziz,
takutlah kepada ALLAH. Kita boleh perdaya semua orang untuk memenuhi cita cita peribadi kita, tetapi kita tak mungkin mampu memperdaya ALLAH yang maha besar.


Thursday, July 14, 2011

SAJAK PALSU PAK SAMAD SAID

LANGSIR MERDEKA

Jendela yang tersenyum segar langsirnya
menghayati semangat bumi warisan bertuah
Hati syahdu seperti di pelabhan aman
selalunya begitu kita hargai kemerdekaan !

Tiada rasa gementar,sangsi diri pun tiada
kini sedamai itu bernafasnya bumi ibunda.

Di mana tapak dimula tempat segar berdiri
ke mana arah bahtera pastinya ke tulus hati.
Memang segala dirangsang menyanjung bangsa
rakyatnya diasuh supaya mencintai negara.

Setiap fajar begitu dihayati ufuk merdeka
kebahagian yang wajib kita membinanya.

A. Samad Said

2002

Catatan : Sajak ini ditulis dan selalu dideklamasi dalam program sambutan kemerdekaan oleh Pak Samad Said. Agaknya apa yang berlaku kepada Pak Samad sehingga beliau sanggup bersekongkol dengan kelompok yang sedang menggadai maruah bangsa ?


Tuesday, July 12, 2011

MENCARI MAKNA DI SEBALIK BERSIH 2


Bersih 2 telahpun berlalu beberapa hari. Saya membaca pelbagai kenyataan daripada pelbagai pihak mengulas dan memberi tafsiran mengikut kecenderungan sendiri.

Saya ingin menyatakan pandangan berasaskan pemerhatian saya sebagai rakyat amnya dan sebagai orang Melayu Islam khasnya.

1. Bersih 2 walaupun tidak mencapai target penganjur dari sudut penyertaan tetapi tetap juga berlangsung dan menjadi satu lagi titik hitam dalam sejarah negara.

2. Apakah pendidikan kita telah gagal kerana saya yakin pendemo yang turun berbekalkan emosi benci yang mendalam. Tidak kira apa jua alasan yang diberi, emosi ini adalah emosi ( - ) yang yang pastinya berjaya membenam rasioanal individu terbabit. Pendidikan kita yang bermatlamatkan perkembangan manusia secara seimbang sewajarnya dikaji semula.

3. Langkah langkah pencegahan hakikatnya tidak berlaku. Semua pihak saya lihat mengambil langkah tunggu dan lihat sehingga ke saat akhir.
Menangkap pendemo atau aktivis beberapa hari sebelum 9 Julai adalah langkah menghukum, bukan lagi mencegah.

4. Kerajaan bertindak secara berpetak. Masing masing agak ' tidak berani' barangkali. Hanya Menteri Dalam Negeri sahaja yang mengeluarkan kenyataan.

Itupun pada saya agak longgar dan kurang meyakinkan. Menteri Pengajian Tinggi, Ketua Setiausaha Negara pada saya telah gagal sama sekali mengeluarkan kenyataan jelas dan tegas.

5. Pemimpin BN ( semua parti ) tidak berjaya sama sekali mengeluarkan kenyataan jelas menentang Bersih. Hakikat bahawa Bersih 2 adalah cerita politik kepartian sangat jelas tetapi dibiarkan begitu sahaja.

Apa akan berlaku selepas ini.

Percayalah, sekurang kurang 2 perkara yang merugikan akan berlaku.

1. Kegagalan bertindak tegas terhadap mana mana individu yang menyokong Bersih 2 akan menyebabkan sokongan terhadap pembangkang akan meningkat walaupun mereka sebahagiannya tidak jelas apa yang mereka sokong.

2. Penyokong dan ahli UMNO khasnya di akar umbi akan rasa kecewa kerana Kerajaan UMNO / BN dilihat sebagai gagal dan tidak berani bertindak. Akan timbul nanti perasaan ' apalah UMNO !'.

Ini masa dan ketikanya. Jika kita bertindak betul, kita akan menuai hasilnya untuk anak cucu.


Sunday, July 10, 2011

NIK AZIZ BALIK SERTA MERTA SELEPAS BERSIH 2 GAGAL SECARA MUTLAK !



Barangkali agak sukar juga Nik Aziz mahu mencari nas atau catatan sejarah, menunjukkan bahawa Rasullullah saw pernah lari dari medan perang. Cuma saya pernah terbaca, dalam keadaan tertekan oleh serangan musuh, Rasullullah akan masuk ke dalam khemah, sujud sambil berzikir
' YA HAYYU YA QAYYUM ' berulang kali bagi memohon pertolongan ALLAH. Itu pun masih di dalam medan.

Nik Aziz mengubah kebiasaannya melakukan umrah kali ini. Selalunya di dalam Bulan Ramadhan. Kali ini dalam bulan Saaban. Ibadah sunat yang telah dilakukannya puluhan kali ini telah menyebabkan Nik Aziz meninggalkan KEWAJIPAN menumbangkan kezaliman untuk dijayakan oleh anak buahnya.

Sekiranya Nik Aziz berfatwa bahawa orang yang mati dalam Bersih 2 dianggap syahid maka Nik Aziz telah lari meninggalkan peluang untuk syahid. Inilah bezanya Nik Aziz dengan para sahabat.

Para sahabat berebut mencari syahid manakala Nik Aziz lari meninggalkannya.

Sebaik kembali Nik Aziz sekali lagi membohongi dirinya. " Sepanjang saya terlibat dalam pilihanraya, saya tidak pernah melihat pilihanraya yang telus dan adil ".

Maknanya selama puluhan tahun ini Nik Aziz telah terlibat dengan sesuatu yang mungkar. Redha , menyertai dan bersubahat dengannya.

Demikianlah Nik Aziz. Seumur hidup menanggung derita. Derita batin kerana dendam yang tak pernah selesai. Dalam jiwa tertekan ini, tidak mungkin Nik Aziz redha dengan hidupnya ...


UMNO TAK KAN MENANG KERANA BERSIH 2 GAGAL !



Maka ALLAH tidak pernah redha dengan sebarang usaha meruntuhkan sesuatu yang terbukti baik. Bahkan ALLAH turunkan bantuan bagi mana mana orang yang dikehendakiNya.

Sejarah tercatat betapa Bersih 2 yang diusahakan secara bersungguh sungguh dalam jangka masa yang cukup lama telah gagal secara mutlak.

Ampun maaf, doa Nik Aziz tidak makbul di Tanah Suci Mekah. Atau mungkin ALLAH makbulkan doa Nik Aziz untuk tunjukkan kebenaran kalahkan kezaliman.

Kebimbangan saya ialah UMNO berasa lega dengan kegagalan bersih. Lega yang mendorong UMNO untuk tidak bekerja menemui rakyat, menyelami kesukaran rakyat, merasai denyut nadi rakyat.

Kebimbangan saya ialah jika UMNO berhenti mendaftar pengundi baru yang menunggu untuk mengundi tetapi barangkali tidak tahu caranya.

Saya berharap UMNO tidak seperti PAS. Ghairah melampau terhadap bersih sehingga tidak mampu menerima hakikat mereka telah gagal.

Yang nyata berjaya ialah DAP. Mereka tidak peduli dengan Bersih 2, mereka sekadar menyalakan api, mereka kekal mendaftar paling ramai pengundi baru, mereka kekal menjaga pengundi lama.

Saya berharap UMNO tidak terlupa bahawa makna politik ialah menang pilihanraya...



Friday, July 8, 2011

TOLONG JANGAN TANGKAP ANWAR IBRAHIM !

BIARPUN IA MENGAMUK DI KUALA LUMPUR !

Kalau saya boleh merayu. Saya ingin merayu. Tolong jangan tangkap Anwar Ibrahim.

Saya tahu beliau akan melanggar perintah mahkamah. Beliau akan provok polis ke tahap luar biasa. Beliau akan menggelar polis sebagai anjing, babi dan bangsat.

Saya mohon pihak polis bersabar. Biarkan Anwar melakukan apa sahaja. Anwar mungkin akan mengupah seseorang atau mana mana kumpulan untuk mencederakan dirinya dan meletakkan kesalahan itu akan diletakkan di bahu polis.

Anwar diperlukan hadir di mahkamah pada 13 hb ini. Beliau akan hadir bersama Wan Azizah. Ini yang rakyat nantikan. Biarlah berjuta pengikut mereka merusuh.

Perbicaraan wajib diteruskan. Kali ini kita akan melihat Wan Azizah berbohong di mahkamah. Biarlah dia berbohong. Rakyat akan menjadi saksi.

Rakyat mahu Anwar datang bersama Wan Azizah dari rumah mereka dengan diiringi para peguam dan penyokong. Sudah terlalu lama rakyat menanti untuk mendengar Wan Azizah berbohong.

Kita mempunyai Tuhan yang sama. Yakinlah, sekali ini Anwar akan tumbang dan tidak akan bangun lagi.

Jasa baik pihak berkuasa dipohon. Tangkaplah siapa sahaja kecuali Anwar Ibrahim. Kita akan menyaksikan kebenaran muncul di mahkamah !


Tuesday, July 5, 2011

INILAH YANG TIADA DI DALAM BUKU !

KARISMA DS NAJIB MERUNTUHKAN PAKATAN.

Sejak daripada awal gerakan Bersih 2 tidak mendapat respon melampau daripada DS Najib Razak. Saya sedikit resah pada masa itu kerana menjangka DS Najib juga akan mengambil pendekatan seperti Pak Lah.

Jangkaan saya silap. DS Najib rupanya mempunyai ketenangan melampaui jangkaan saya. Beliau terus melaksanakan tugas tugas PM tanpa ada tanda risau dan resah. Pelbagai pencapaian , lawatan mencari pelaburan berterusan.

Sehingga beberapa kebelakangan barulah DS Najib bersuara dengan jelas, tegas dan berani. Memberi peringatan kepada rakyat betapa pentingnya keamanan dipelihara.

Dalam masa yang sama DS Najib menawarkan mana mana stadium untuk perhimpunan Bersih 2. Najib memilih ketika dan keadaan yang betul bilamana Khalid Ibrahim, MB Selangor tiba tiba mengeluarkan kenyataan.

Tiada yang sanggup menyanggah kenyataan Najib kerana pasti tempiasnya akan terkena Pakatan Rakyat .

Pembangkang sebenarnya terkejut, panik dan keliru. Janji mereka untuk menghimpun sejuta rakyat terpaksa mereka mungkiri. Persiapan telah dibuat untuk demonstrasi jalanan bukan demonstrasi stadium.

Saya tidak fikir pemimpin Pakatan akan mempunyai masa yang mencukupi untuk memulihkan moral pengikut yang merudum. Hanya Ambiga yang bersuara buat masa ini.

Yang pasti , ketenangan DS Najib telah menggulung keghairahan pembangkang dan kerisauan penyokong dan rakyat terbanyak. Inilah yang dikatakan wibawa pemimpin. Setelah segala resah gelisah, beliau tampil membawa harapan...




Monday, July 4, 2011

WARDINA HANYA PETANDA !

JOHAN JAAFAR HARUS PRO AKTIF

Media Prima adalah media konglomerat yang amat berkuasa. Sebahagian besar berita dan maklumat berada dalam tangan mereka. TV 3 misalnya telah bertahun tahun menguasai penonton Malaysia walaupun pelbagai saluran lain muncul satu persatu.

Kerana hubungan rapatnya dengan penonton atau rakyat, TV 3 menjadi salah satu sasaran utama pembangkang. Tentunya pembangkang amat gerun dengan pengaruh TV3.

Banyak juga masalah rakyat telah TV3 berjaya selesaikan. Bersamamu, Aduan Rakyat dan banyak lagi rancangan telah berbukti memberi bekas yang bukan sedikit.

Pun begitu, kisah kehadiran Wardina Safiyah salah seorang pengacara popular TV 3 telah menjadi satu titik hitam kepada kemurnian TV3.

Keupayaan TV3 menghayati aspirasi kerajaan dan membantu rakyat untuk sama sama memahaminya memang diakui. Bahkan TV3 wajib taat dan patuh pada kerajaan semasa kerana mereka juga sedang menghirup madu kemakmuran yang terhidang.

TV3 boleh menggantung bahkan memecat Wardina. Tetapi saya ingin juga bertanya bagaimana Wardina yang 'roh dan jiwanya' tidak bersama kerajaan boleh berada pada ' kedudukan paling dekat' dengan rakyat?

Adakah setelah bertahun tahun , TV 3 tidak ada sebarang program 'pendidikan kenegaraan' untuk kakitangannya? Kita bercakap tentang Wardina.

Bagaimana pula dengan wartawan, pegawai, pengurus, pemandu, kerani dan lain lain warga TV3? Adakah pihak atasan Media Prima juga sama seperti pegawai tinggi di Kementerian Kementerian yang anggotanya menentang kerajaan?

Atau adakah mungkin pihk atasan ini sama sekali tidak peduli kerana terlalu selesa dengan apa yang sedang mereka nikmati ?


Friday, July 1, 2011

BENAR ! BERSIH = KOMUNIS !

BELUM ADA HUJAH MENAFIKANNYA..

Allahyarham Tan Seri Ghazali Shafie memberikan ulasan di Parlimen pada awal tahun 70 an, bahawa walaupun PKM telah tiada lagi di hutan hutan di Malaysia, fahaman dan kaedah perjuangan mereka mungkin berada di mana mana.

Allahyarham antara lain mengingatkan, komunis bertindak atas konflik dan masalah lalu menyuburkan benci dan marah rakyat kepada kerajaan yang sah. Mereka akhirnya akan mengajak rakyat bangkit memberontak dan menggulingkan kerajaan.

Kenyataan ini dibuat sewaktu ' CERITA BERSIH ' belum timbul sama sekali. Tentunya Allahyarham tidak berhasrat untuk menghalang perhimpunan aman yang dibenarkan perlembagaan.

Komunis juga dikatakan akan menyerang institusi penting yang rapat dengan kerajaan agar ianya runtuh dan membawa keruntuhan kerajaan sekali gus.

Lihatlah bagaimana kita dapat mendengar saban hari PDRM ditohmah, difitnah dan diperlekeh. Kita mendengar Institusi Raja khasnya YD Agung cuba diseret.

Mulai semalam pula Istitusi Islam pula diceroboh. Kononnya Khatib telah menggunakan mimbar untuk menggagalkan Bersih 2.

Saya melihat susunan kerjanya. Saya melihat siratan maknanya.

Sehingga kini saya belum mendengar sebarang hujah menafikan KOMUNISME cuba dihidupkan. Sehingga itu, mari kita sama sama membuat pendirian bahawa memang benar BERSIH 2 adalah sebahagian awal mainan komunis di negara kita.



Thursday, June 30, 2011

KEJAYAAN AWAL AMBIGA !!

MEMBERI ALTERNATIF KEPADA SOLAT HAJAT...

Seperti yang pernah saya tulis, saya menjangkakan Perhimpunan Bersih 2 tidak akan menjadi kenyataan. Fokus pemimpin Pakatan Pembangkang sekarang ialah kepada tangkapan pihak polis terhadap aktivis Bersih dan aktivis komunis.

Yang masih mengekalkan seruan untuk berhimpun hanya Ambiga. Nik Aziz selepas mengeluarkan kenyataan menyeru semua pengikut PAS agar turun pada 9 Julai, dengan segera bergegas ke luar negara.

Mohd Sabu setakat ini tidak jelas di mana berada sekarang. Guan Eng malam ini mengumumkan ceramah kempen bersih terpaksa ditangguhkan.

Pemimpin Parti Sosialis memilih untuk ditangkap lebih awal bagi mengelakkan diri daripada terpaksa turun pada 9 Julai.

Inilah antara senario yang menguatkan anggapan saya betapa Bersih 2 tidak akan berlaku.

Namun begitu saya menganggap jika tidak berlakupun perhimpunan, AMBIGA telah berjaya dengan cemerlang dalam merealisasikan impiannya untuk membuktikan bahawa ISLAM ADALAH AGAMA BIASA SEPERTI HINDU, KRISTIAN DAN BUDDHA.

Dengan sedikit taklimat, hasutan dan rangsangan AMBIGA telah berjaya menyebabkan pemimpin dan pengikut PAS melupakan kepada pendekatan SOLAT HAJAT yang selama ini mereka amalkan.

Pada masa lalu, jika berhadapan konflik PAS akan menganjurkan solat hajat di seluruh negara termasuk SOLAT HAJAT PERDANA . Kini PAS bukan sahaja telah berhenti menganjurkan solat hajat, bahkan mereka tidak lagi menyebutnya.

Dalam bahasa mudah, saya melihat PAS seperti KEHILANGAN TUHAN.
Mereka menunggu arahan AMBIGA walaupun mereka tahu siapa AMBIGA.

Saya percaya selepas ini PAS akan menolak pandangan ulama, majlis fatwa dan Dewan Ulama mereka sendiri jika pandangan itu berbeza dengan pandangan AMBIGA.

Saya yakin, jika selepas ini AMBIGA ditangkap oleh pihak berkuasa walaupun atas sebab nak selamatkan AMBIGA ( begitu ramai umat Melayu Islam sedang marah kepadanya ), akan ada pejuang PAS sanggup mati kerana AMBIGA.

Ini barangkali petanda akhir zaman, bilamana orang Islam sanggup mati kerana pertahankan musuh agama !


Wednesday, June 29, 2011

MALANGNYA SAYA TIDAK MERAKAM !

ANAK ANAK JUGA DIHASUT !!

Pada 17 Jun yang baru lalu saya telah membawa keluarga untuk bercuti di Negeri Kedah. Saya memilih Pendang Lake Resort untuk menginap bersama keluarga.

Sewaktu sampai di Resort berkenaan, saya telah meninjau kawasan berkenaan dan lalu berhampiran sebuah dewan yang kemudiannya sangat menarik perhatian saya.

Dari luar saya mendengar ceramah yang amat hebat dan bersemangat. Antara lain penceramah mengajak audiennya untuk bangkit berjuang meruntuhkan Kerajaan UMNO yang kejam dan zalim.

Penceramah juga menyeru audien untuk bangkit berjihad melalui Perhimpunan Bersih 2 yang bakal diadakan. Laungan takbir berkumandang .

Saya jangkakan pasti itu adalah program anjuran Pemuda PAS berasaskan kandungan ceramah yang sempat saya dengar. Terdetik juga di hati saya, betapa gigihnya PAS bekerja untuk mencapai matlamat peribadi mereka.

Namun saya agak terperanjat apabila mendapati kemudiannya bahawa peserta bagi ceramah itu adalah pelajar berumur sekitar 15 tahun yang bersekolah di sebuah madrasah di Arau Perlis.

Malangnya saya tidak dapat membuat sebarang rakaman kerana tidak bersedia. Saya juga tidak berhajat untuk membuktikan apa apa.

Cuma saya dapat bayangkan, betapa jika kerajaan gagal menghalang perhimpunan ini daripada berlaku, kita akan saksikan anak anak kecil
menjadi benteng dan kubu sedangkan mereka tidak mengerti apa apa !

Berasaskan ceramah yang saya dengar, saya juga yakin bahawa di akar umbi Bersih adalah jihad meruntuhkan kezaliman sedangkan jihad ini dipimpin oleh orang yang amat membenci Islam...


Monday, June 20, 2011

TUN M , HANYA SEPATAH KATA...

" BERKONGSI KEBIJAKSANAAN "


GAMBARAN JIWA BESAR PEMIMPIN ULUNG...

Salah satu kehebatan Tun Mahathir yang tidak banyak dimiliki oleh orang lain ialah keupayaan memberi makna kepada setiap patah perkataan yang diucapkannya.

Ini jugalah barangkali yang menjadikan Tun M sebagai salah seorang pemimpin dunia Islam paling dihormati dan disegani.

Baru baru ini sewaktu wawancara dengan TV3 berkaitan Dialog Antarabangsa Langkawi ( LID ), Tun M telah menghuraikan perkataan ' 'berkongsi' sebagai teras kepada dialog.

Menurut Tun M, jika kita gunakan perkataan ' membantu ' dengan sendirinya akan wujud jurang antara Malaysia dengan negara negara Afrika yang terbabit.

Perkataan ' berkongsi ' membolehkan dialog ini bertahan sehingga 16 tahun dan semakin lama semakin berkesan dan bermanfaat. Malayia tiada masalah untuk kelihatan sebaris dengan Negara Afrika walaupun hakikatnya kita menjadi tempat mereka merujuk.

Inilah yang dikatakan kebijaksanaan. Tentunya kita juga berasa sangat bangga kerana DS Najib Perdana Menteri , sangat menghargai dan sentiasa memanfaatkan kebijaksanaan Tun M sehingga DS Najib sendiri sangat dihormati kerana kerendahan dirinya.

Syabas DS.


Wednesday, June 15, 2011

JIKA KITA BERJAYA SEKALI INI, KOMUNIS AKAN KEMBALI KE HUTAN !

SEKALI INI DAN ANAK CUCU AKAN BERBANGGA...

Saya dapat melihat kesukaran dan kepayahan yang Kerajaan UMNO sedang lalui. Saya juga dapat merasakan betapa ramai rakyat sedang sanggup berkongsi segala kesukaran tersebut.

Harga semua barang telah dinaikkan oleh pedagang Cina DAP. Barang kering, barang basah. Semuanya. Sebahagian daripada barangan sukar diperolehi.

Harga ikan dan sayur turut melambung. Malangnya bekalan ikan laut hampir tiada. Semua rakyat tanpa mengira di mana dan daripada golongan mana sekalipun sedang teruji.

Saya yakin Cina DAP tidak akan berhenti di sini. Mereka akan menggandakan tekanan supaya rakyat menjadi marah dan benci.

Ini plot mainan mereka. Kemuncak benci itu akan mendorong rakyat turun ke jalan raya. Mereka dengan bantuan PAS telah menyediakan medannya.

Bersih 2 bukan sekadar cerita Pilihanraya bersih. Ini retorik mereka. Bersih 2 adalah perhimpunan segala rasa benci dan dendam DAP dan pencacai mereka.

Kerajaan UMNO sedang menempa kejayaan sebenarnya. Lakukan apa sahaja selain tunduk kepada Cina DAP. Biar kita teruji dan susah sekarang.

Jika Kerajaan UMNO berjaya menangani apa yang berlaku sekarang, yakinlah selepas ini Cina DAP akan kembali runduk dan menyembunyikan diri.

Biarkan nelayan laut dalam mogok. Biarkan pedagang Cina DAP bermain dengan harga barangan.

Saya cadangkan Kerajaan UMNO bertindak pro aktif. Gerakkan semua agensi yang ada. Tampung dan isi setiap ruang kosong yang mereka tinggalkan.

Sukarlah untuk sementara ini. Itu lebih baik daripada anak cucu menjadi bangsat di bumi sendiri..


Monday, June 13, 2011

RAKYAT TETAP HIDUP TANPA CINA DAP !

PASAR TANPA IKAN ?

Sejak beberapa hari ini suri rumah merungut kerana bekalan ikan yang tiada di pasaran. Ikan laut. Ini ekoran daripada mogok yang dilakukan oleh nelayan laut dalam yang tidak berpuas hati kerana subsidi diesel yang ditarik balik.

Sebagai rakyat Malaysia dan penyokong UMNO, ini adalah detik yang membanggakan bila mana kerajaan berani bertindak betul pada masa yang tepat.

Nelayan laut dalam ini adalah terdiri daripada orang Cina yang kuat menyokong DAP. Usah nafikan kerana para peniaga semua peringkat saya dapati melakukan banyak perkara yang mencetuskan kecewa rakyat kepada kerajaan.

Menaikkan harga barang, menyorok barang sehingga mencetuskan panik. Jika kerajaan tunduk, mereka akan menganggap kerajaan takut kepada mereka.

Saya merayu kerajaan bertegas. Jangan undur lagi dan jangan berpada dengan penguatkuasaan ini. Banyak yang boleh dibuat untuk meruntuhkan ego Cina DAP ini.

Jalankan kempen makan ikan keli atau ikan talipia. Galakkan pemakanan ikan sungai yang 100% ditangkap oleh orang Melayu.

Biarkan mereka terus mogok dan menjadi miskin. Sesekali Kerajaan yang ditunjangi UMNO kena tunjukkan kuasa supaya penyokong berasa bangga.


Sunday, June 12, 2011

HAJI HADI JAUH LEBIH LICIK DARIPADA YANG KITA FIKIR

NIK AZIZ TERGAMAM DENGAN MAINANNYA...

Selama ini saya menyangka Haji Hadi adalah Presiden yang lemah. Saya percaya ada lagi pemerhati lain yang mempunyai jangkaan yang sama.

Jangkaan saya Haji Hadi adalah pelaksana kepada apa sahaja arahan Nik Aziz yang disedari umum sebagai diktator dalam PAS.

Rupanya jangkaan ini tidak benar, Sengaja Haji Hadi kelihatan seperti
' bodoh dan pak turut ' kepada Nik Aziz bagi mengelakkan dirinya ditandingi dalam Muktamar ke 57. Nyata Haji Hadi selamat.

Kesempatan ini Hadi gunakan sepenuhnya untuk mempersiapkan diri ke arah menjadi Perdana Menteri.

Nrgara Berkebajikan menggantikan slogan Negara Islam adalah umpama lembing yang menembusi dada Nik Aziz. Dikatakan Nik Aziz tidak dirujuk berkaiatan perubahan ini.

Nik Aziz yang masih terkapa kapa gagal menjawab soalan banyak pengikut mereka khasnya di Kelantan yang menyokong PAS semata mata kerana percaya kepada slogan ini.

Dalam masa yang sama Hadi telah melantik Mustafa Ali dan Nasharuddin Mat Isa dalam kabinet baru yang sebenarnya merupakan dua tokoh yang tidak Nik Aziz senangi.

Saya percaya Nik Aziz akan tertekan. Nik Aziz akan rasa tercabar. Nik Aziz seorang yang sangat emosional. Mari kita tunggu, dalam sehari dua ini kita akan melihat kocakan di dalam PAS bertukar menjadi ombak yang ganas.


Friday, June 10, 2011

MAT SABU PENDUKUNG SYIAH SATU FITNAH !

" TIADA FAHAMAN ! "


HENTIKAN SEBARANNYA !

Ramai juga rakan sedang sibuk memperkatakan Fahaman Syiah yang didukung oleh Timbalan Presiden PAS yang juga merupakan pasangan khalwat Norma, beberapa tahun yang lalu.

Tidak sedikit ahli PAS menjadikan isu ini sebagai bahan untuk menumbangkan Mat Sabu pada pemilihan yang lalu tetapi tidak berjaya.

Barangkali benar Mat Sabu mengaku. Mungkin ada yang mendengar pengakuan tersebut. Ini kredit kepada Mat Sabu kerana diyakini ada ramai pendukung fahaman ini di dalam PAS. Nik Aziz adalah salah seorang daripadanya.

Saya berpendapat Mat Sabu bukan penganut atau penyokong Syiah. Saya percaya Mat Sabu bukan seorang yang taat kepada agama. Saya yakin Mat Sabu adalah orang yang ' tiada perkiraan dosa pahala'.

Dengarlah cara Mat Sabu bercakap. Kajilah perlakuan Mat Sabu. Saya fikir agak melampau untuk mengatakan Mat Sabu tiada agama tetapi saya cenderung untuk mengatakan bahawa Mat Sabu menjadi Islam semata mata kerana lahir dalam keluarga Islam.

Inilah bahaya yang sedang menanti umat Melayu Islam. Selepas ini kita akan berhadapan dengan seorang manusia bernama Mat Sabu yang menjadikan nafsu sebagai Tuhannya.


Tuesday, June 7, 2011

BERANAK DEMI POLITIK !

" SIAPA NAMA BAYI MEREKA ? "


HANNAH YEOH BERJIWA RASIS !

Hannah Yeoh bukanlah seorang yang terkenal walaupun beliau adalah ADUN Subang Jaya. Tiada apa apa pencapaian beliau khasnya dalam memperjuangkan Gagasan 1 Malaysia.

Sebaliknya jika beliau benar benar mahu 1 Malaysia dijayakan demi negara bangsa ini, beliau tidak akan berada dalam kelompok Pakatan Pembangkang.

Tiba tiba namanya jadi sebutan apabila ' perbuatannya ' telah mencalar imej Jabatan Pendaftaran Negara. Sebelum ini Pakatan Pembangkang mengotorkan JPN dengan tuduhan mengeluarkan Kad Pengenalan Palsu kepada warga asing .

Terkini Hannah Yeoh sengaja mahu mendaftarkan anak yang baru dilahirkan sebagai ' berbangsa Malaysia '. Sudah pasti ia terpaksa ditolak kerana tiada ' peruntukan ' untuk bangsa tersebut.

Hannah Yeoh dan orang yang sama dengannya nyata berniat jahat. Saya mahu mencabar beliau, berjuanglah MENUKAR ATAU MENGHAPUSKAN sistem Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina.

Tutup akhbar Cina. Hentikan pengajaran dan penggunaan Bahasa Cina dan Tamil dalam sebarang Majlis.

Padam identiti Cina dan mari kita hidup sebagai rakyat MALAYSIA. Adakah Hannah Yeoh, suami dan orang orang yang menyokongnya berani ?


Sunday, June 5, 2011

DAP DAH PERSIAPKAN LANGKAH SESUAI UNTUK MAT SABU !


KEBENCIAN TERHADAP POLIS SEDANG SUBUR...

Beberapa orang blogger baru baru ini menegur akhbar Cina kerana membesar besarkan isu penahanan PELACUR CINA di Pulau Pinang dan Selangor.

Saya sedikitpun tidak hairan dengan perkembangan ini, sama dengan cubaan Cina DAP sebelum ini untuk menggambarkan betapa zalimnya polis terhadap rakyat.

Saya beranggapan ini adalah strategi Cina DAP untuk menimbulkan kesangsian melampau terhadap institusi keselamatan sebagai persiapan untuk Mat Sabu memimpin pemberontakan akhir JUN ini.

Saya yakin, Pakatan akan mohon untuk berhimpun. Saya yakin pihak berkuasa terpaksa menolak permohonan tersebut atas faktor keselamatan. Sudah tentu kali ini jika Pakatan berkumpul , penyokong kerajaan juga akan mengambil pendekatan serupa.

Inilah yang berlaku di Mesir, Libya dan Tunisia. Hakikat bahawa lebih ramai orang menyokong kerajaan berbanding pembangkang tidak dapat disangkal. Beberapa PRK dan Pilihanraya Sarawak menjadi bukti.

Inilah perkiraan pihak polis dalam membuat keputusan menolak PERHIMPUNAN BERSIH 2. Penolakan inilah nantinya akan dijadikan oleh Cina DAP untuk merangsang Mat Sabu dan pengikut PAS untuk terus timbulkan kekacauan.

Saya percaya jaringan antarabangsa juga telah mereka wujudkan. Mereka tidak mungkin berjaya tanpa sokongan antarabangsa, sekurang kurangnya Singapura.

Kita sedang menunggu. Mat Sabu sedang ghairah kerana menang Timbalan Presiden PAS. Mat Sabu akan menggerakkan perhimpunan ini kerana sebab itulah beliau menang.

Kita juga menunggu pihak berkuasa. Adakah Menteri KDN akan bertindak sebelum terlambat atau seperti biasa memberi amaran ?