Followers

Tuesday, November 2, 2010

DR ASRI TERSILAP

POLITIK TIDAK SEMUDAH A B C ATAU ALIF BA TA


MEMBERI PELUANG ANWAR BERUNDUR BERMAKSUD MENGKHIANATI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Kuala Lumpur 1 NOV- Sudah sampai masanya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara daripada dunia politik kerana banyak rentak politiknya dilihat semakin tidak seimbang ( Ini kenyataan BENAR )

Zaman Anwar telah berlalu dan tidak mungkin generasi baru akan terus bertahan untuk melihat reka bentuk cerita politiknya yang sama ( Ini juga kenyataan BENAR )

Berilah peluang untuk beliau berundur secara aman. Setiap kita ada hari datang dan pergi. Biarlah datang kita disambut dan pergi kita diucapkan terima kasih ( Ini kenyataan BAHAYA DAN TIDAK DAPAT DITERIMA DALAM KONTEKS ANWAR IBRAHIM )

Dr Asri dalam penulisannya juga menegur pembangkang. Tentu beliau mengkritik kerajaan. Tetapi sayugia disedari pembangkang di Malaysia KHASNYA ANWAR IBRAHIM BUKAN PEMBANGKANG BIASA.

Anwar bukan sekadar pembangkang dalam parlimen. Anwar membentuk budaya. Anwar banyak melakukan dosa terhadap pembinaan negara bangsa. Anwar penyubur ' JIWA BENCI DAN MUSNAH'.

Anwar melatih dan memaksa pengikutnya untuk membenci apa sahaja yang ada kaitan dengan musuh politiknya yakni kerajaan.Bila ini berlaku apa jua usaha atau agensi kerajaan dipandang jijik.

Polis, Badan Kehakiman,SPRM,SPR dan semuanya. Anwar mengubah paradigma anak muda. Kalau dulu DEMONSTRASI bukan kaedah kita kini DEMONSTRASI menjadi amalan.

Kalau dulu kita diajar berhemah dan berhikmah, kini anak muda menjadi kasar dan kurang ajar. Kalau dulu maki hamun dianggap tidak wajar kini maki hamun menjadi budaya.

Dr Asri perlu duduk sehari atau dua hari di Parlimen. Lihatlah pembangkang membangkang. Lihatlah adakah pembinaan berlaku semasa mereka khasnya Anwar membangkang.

Semua ini tidak termasuk dengan racun yang Anwar tabur di luar negara sehingga menjejaskan imej negara kita dan sedikit sebanyak menjejaskan pelaburan.

Tanpa mengambil kira " PERTUDUHAN MELIWAT YANG DIKENAKAN KEPADANYA", Anwar tetap tidak boleh lari begitu sahaja. Anwar mesti membersihkan najis yang ditinggalkan. Anwar perlu bertanggungjawab terhadap kerosakan yang telah beliau lakukan.