Followers

Monday, December 13, 2010

BERI RUANG ANWAR BERCERAMAH

" APA PULAK NAK AKU PUTAQ NI.."


SEMAKIN BANYAK ANWAR TAMPIL SEMAKIN TERSERLAH PANAU KURAPNYA

Saya membaca kenyataan Ketua Polis Derah Sentul, Zakaria Pagan yang melarang orang ramai daripada menghadiri Ceramah Perdana yang dianjurkan oleh Pakatan Pembangkang yang dijangka diadakan malam ini.

Saya memahami 'isu ketenteraman dan keselamatan' yang menjadi perkiraan pihak polis. Namun jika boleh memberi pandangan saya ingin menyarankan agar permit diberi kepada Pakatan.

Berikan mereka ruang untuk mereka bercakap. Kali ini rakyat akan menilai dan mentafsir. Rakyat sudah matang. Rakyat berfikir. Rakyat akan membuat keputusan.

Siri ceramah ini dibuat secara tergesa gesa. Mereka sedang bernafas di dalam lumpur dan najis. Laporan WIKILEAKS menjahanamkan Anwar yang bermaksud jahanamlah Pakatan tempat Anwar berpaut.

Rakyat akan mendengar ceramah Anwar. Percayalah bukan isu ' PERBUATAN LIWAT ' yang akan dikupasnya. Percayalah, Anwar bahkan tidak berani menyebut MELIWAT. Anwar akan mengatakannya ' subjudis '.

Anwar akan mengatakan bahawa beliau menjunjung undang undang dan tidak mahu menghina mahkamah. Jadi beliau hanya akan menyebut :-

1. Semua ini adalah konspirasi UMNO/BN yang takut kepadanya

2. Beliau adalah mangsa UMNO/BN kerana ' ketulusannya' memerangi rasuah

3. Beliau akan memaksa simpati khalayak dengan cerita ' mata lebamnya' tanpa menyatakan punca kejadian.

4. Beliau akan bercerita tentang derita rakyat, kemiskinan rakyat

5. Beliau akan bercakap tentang kroni yang dikayakan oleh Kementerian Pertahanan.

6. Beliau akan menghasut khalayak dengan isu kenaikan harga minyak dan bagaimana kenaikan ini dapat dielakkan jika Pakatan berkuasa.

Percayalah, Anwar tidak akan sama sekali bercakap tentang ' ketagihannya kepada liwat '. Anwar tidak akan menyebut nama Saiful. Anwar mahu rakyat beri tumpuan kepada kekejaman UMNO/BN.

Keluarkanlah permit. Biar Anwar berceramah. Tetapi yakinlah, khalayak yang hadir akan tertanya tanya kenapa Anwar bercakap isu yang lain.
Khalayak akan balik dalam keadaan hairan dan mereka akan berfikir.

Yakinlah bahawa rakyat akan sedar bahawa selama ini ANWAR IBRAHIM YANG MEREKA SANJUNGI ADALAH PENIPU . DAN MEREKA AKAN BUAT KEPUTUSAN, PENIPU SAMA SEKALI TIDAK LAYAK MENJADI PEMIMPIN.


ANWAR SEKALI LAGI TANGGUH PENERBANGAN

" JANGAN PERLEKEH SAYA. SAYA LAKUKANNYA SECARA SEDARRRR.."


DIA PERLU BERSIHKAN DIRI DARIPADA
TUDUHAN MASUK PERANGKAP

Kuala Lumpur - 14 Disember : Datuk Seri Anwar Ibrahim , Bekas Timbalan Perdana Menteri yang sedang menghadapi perbicaraan paling bersejarah di dunia dijangka menangguhkan penerbangannya lari dari tanahair berikutan perkembangan terbaru yang berlaku.

Anwar yang berjaya mencipta rekod menangguhkan perbicaraan puluhan kali dikatakan telah berjaya diperangkap sehingga beliau meneruskan ' tabiat lamanya' meliwat yang akhirnya membawa kepada perbicaraan tersebut.

Menurut sumber yang rapat dengan Anwar beliau akan menjelajah ke seluruh negara bagi membuktikan beliau tidak terperangkap sebaliknya meliwat secara sedar dan sukarela.

Anwar berasa dirinya yang sehebat itu telah diperkecilkan dengan dakwaan berkenaan yang menurutnya menyebabkan rakan rakan hilang hormat kepadanya.

Sekiranya rakyat percaya bahawa Anwar telah ' terperangkap' ada kemungkinan peluang Pakatan untuk menawan Putrajaya akan terjejas.

Anwar juga melihat dakwaan yang dibuat oleh Lee Kuan Yew itu mempunyai 'niat jahat yang tersembunyi' kerana Lee Kuan Yew bimbang pengaruh Anwar akan mengatasi pengaruhnya di dunia.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, sumber ini menyeru mereka untuk hadir ke ceramah perdana Anwar Ibrahim dan mendengar sendiri penjelasan tentang ' ketiadaan perangkap' tersebut.