Followers

Friday, March 4, 2011

ANWAR DAN PEMBANGKANG PERLUKAN PERANG

" RAJA HASUT YANG KAYA RAYA "


TIADA CARA LAIN UNTUK BERKUASA

Hari ini media menyiarkan amaran tiga orang pemimpin kanan kerajaan terhadap mana mana pihak yang cuba menghasut dan membakar emosi rakyat agar bangkit memberontak.

Amaran ini mempunyai asas yang kukuh kerana pemimpin pembangkang sangat ghairah menjadikan pemberontakan di Mesir, Tunisia dan Libya sebagai alat merangsang penyokong mereka.

Walaupun telah jelas bahawa Israel dan Amerika Syarikat sedang merayakan keruntuhan di negara tersebut. Buktinya Israel beberapa kali menyerang Semenanjung Gaza mengakibatkan ke
matian dan kecederaan, tetapi ia tidak lagi menjadi bahan berita.

Pembangkang sama sekali tidak pernah menyebut betapa pemberontakan setakat ini tidak nampak mendatangkan faedah
kepada rakyat di negara berkenaan.

Saya berasa bimbang. Jika benar pembangkang mampu menghim
punkan 500 ribu anak muda untuk bersama mereka, hakikatnya
jutaan lagi anak muda tetap bersama kerajaan UMNO/BN.

Siapakah yang dapat mempastikan bahawa berjuta anak muda ini
tidak bangkit mempertahankan Kerajaan sedia ada ? Saya dapat melihat riak awal kebangkitan anak muda yang selama ini senyap
dan tidak bersuara.

Di Merlimau dan di Kerdau , anak muda ini mula menunjukkan diri
mereka. Pembangkang melakukan kesilapan besar apabila menyangka anak muda yang menyokong UMNO tidak mempunyai
keberanian.

Anak anak ini mula menghalang ceramah pembangkang. Mereka juga sudah mengepung kereta Ketua Pembangkang , Anwar Ibrahim. Anak anak muda ini juga bermaruah dan berdarah panas.

Pembangkang yang menyeru kebangkitan telah mula melihat kebangkitan. Cuma kebangkitan yang berlaku ialah kebangkitan menentang mereka.

Kita memahami Anwar Ibrahim dan pembangkang perlukan pem
berontakan untuk membantu mereka berkuasa. Namun yang
telah bermula ialah kebangkitan menghalang mereka.

Saya menjadi bimbang. Jika tiada tindakan proaktif dari pihak kerajaan, perang saudara tidak mustahil akan berlaku.

Pada ketika itu, segalanya telah terlambat. Kita perlukan puluhan tahun pula untuk memulihkan keadaan.

Kerajaan mempunyai pilihan terbatas. Bertindak sekarang atau redha melihat anak bangsa hidup menderita.



KEMENJADIAN NAJIB DAN KECELARUAN PEMBANGKANG..

TIADA SESUATUPUN BERLAKU SIA SIA.

Kita umat Islam diasuh sejak kecil bahawa tiada suatu perkarapun yang berlaku di atas mukabumi ini berlaku sia sia. Kita diajar bahawa segalanya mempunyai makna melainkan kita tidak mahu berfikir.

Demikianlah saya melihat situasi politik semasa di negara kita. Seakan sesuatu yang agak luarbiasa apabila tsunami politik melanda negara dalam PRU 12.

Ia adalah kejutan. Kejutan yang amat mendidik.

Kemudiannya kita menghadapi begitu banyak PRK yang menjulang nafsu Pakatan Pembangkang, yang akhirnya melekakan mereka.

Akhir akhir ini beberapa PRK terkemudian, menyaksikan UMNO/BN mencipta kejayaan luar biasa. Yang menarik, kesemua
PRK ini menampilkan calon yang tidak tersenarai sebagai 'bakal
calon'.

Jika Merlimau dan Kerdau menghasilkan keputusan yang sama, maka kita boleh katakan bahawa ini adalah ' kemenjadian ' DS Najib sebagai nakhoda parti dan kerajaan.

Ia tidak berlaku ' sia sia' melainkan membawa makna besar jika kita mahu berfikir. Antara maknanya barangkali ialah seorang pemimpin kena , wajib tulus dan tulen.

Kualiti ini sangat jelas ada pada DS Najib. Tidak berlakon, tidak berlebihan dan tidak pula berkurangan. Pada masa Kerajaan tidak mampu, Najib hanya menguruskan ' saguhati' kepada kakitangan kerajaan.

Pada masa kerajaan tidak mampu menanggung subsidi, harga minyak dan barangan dinaikkan dengan kadar yang bersesuaian.

Setakat ini, umum sedar DS Najib bercakap benar. Ini juga ciri pentadbiran Tun Mahathir pada masa dahulu.

Di sudut yang lain Pakatan Pembangkang sedang bertungkus lumus mencari titik mula pergerakan mereka. Segalanya menggambarkan betapa Pakatan sebenarnya tidak pernah sepakat.

Masing masing hilang fokus kecuali DAP yang mengekalkan sikap
chauvinis Cina. PAS dan PKR sebenarnya benar benar bergantung kepada DAP.

PAS paling ketara sangat bercelaru kerana PKR memang tidak sesuai dinilai sebagai sebuah parti. Ia adalah secebis kumpulan yang ditubuhkan bagi menyokong survival seorang individu.

Akhir akhir ini kita menyaksikan PAS telah mengheret dunia untuk sama bergelumang di Kerdau dan Merlimau. Pemberontakan di Tunisia, Mesir, Libya dan Bahrain menjadi bahan ceramah.

Kamal Artaturk dan Dr Yussuf Qardhawi yang tidak mengenali PAS ikut dibawa berpencak. Saya mendengar calon calon mereka terkilan kerana tidak dijadikan bahan ceramah pemimpin PAS.

Segalanya menjadi serba tidak kena. Saya yakin Nik Aziz dan Haji Hadi telah kehabisan bahan. Dengan yang demikian PAS tidak lagi kelihatan yakin dengan keupayaan mereka untuk memenangi pilihanraya.

Lantas, akhirnya sistem demokrasi dipersalahkan. PAS mengajak
rakyat bangkit memberontak. Diawali dengan menyokong HINDRAF. Hakikatnya setakat ini mereka kelihatan gagal.

Anwar Ibrahim sedang dimalukan oleh Karpal Singh dan barisan pembelaannya. Tidak cukup dengan perbicaraan, Karpal meminta bicara dalam bicara. Anwar hampir ketiadaan wajah sebenarnya.

Saya berpandangan Anwar sedang menuju ke noktah karier politiknya.

Kemenjadian Najib dan kecelaruan pembangkang. Mari kita satukan hati dan fikiran kita. Insyaallah kita sedang menuju ke arah Malaysia yang gemilang.