Followers

Saturday, November 6, 2010

KHAIRY WAJAR BELAJAR

" RAKYAT TIDAK PEDULI KEMEWAHAN KITA "


UMNO/ BN TIDAK AKAN MENANG HANYA KERANA KELIHATAN HEBAT.

Dalam pada kita bersyukur kerana ALLAH berikan kemenangan di Galas dan Batu Sapi, kita juga kena bermuhasabah dan melihat ke dalam diri. Kita adalah parti yang berjasa. Kita banyak pengalaman.
Dalam ' taburan jasa itu' kita dihukum pada PRU 12.

Kita menang di Galas dan Batu Sapi sebahagiannya kerana
" KETOKOHAN NAJIB". Sikap rendah diri, tawadduk dan kesungguhannya merasai denyut nadi rakyat benar benar memikat.
Najib tidak ' kelihatan' seperti ANAK PERDANA MENTERI. Najib seperti pemimpin yang naik dari bawah secara beransur ansur.
Sewaktu Najib bersimpuh bermain congkak di Kampung Baru, Najib kelihatan seperti ' lelaki biasa' yang melayani jiran tetangga.

Sewaktu Najib melawat Pudu Raya dan Brickfields Najib benar benar kelihatan seperti seorang pekerja yang sedang melaksanakan kerjanya.

Inilah yang perlu dipelajari oleh Khairy Jamaluddin dan rakan rakan pemimpin Pemudanya. Kelihatanlah seperti orang biasa. Usah lagi masuk ke kampung dengan ' konvoi kereta mewah' seperti yang berlaku sebelum PRU 12.

Usah lagi memakai uniform dan kelihatan ' gah dan garang'. Jadi orang biasa yang ' terampil ' dengan ilmu pengetahuan. Rendah diri tinggi pekerti.

Rakyat tidak peduli dengan kereta besar kita. Anak anak kampung ada yang jauh lebih mewah kesan sistem pendidikan negara dan peluang yang kerajaan sediakan.

Usah ada pemikiran bahawa ' aku perlu kelihatan hebat'. Belajarlah daripada pengalaman di Galas dan Batu Sapi. Abdul Aziz ' sangat biasa' orangnya berbanding Dr Zulkifli tetapi akhirnya rakyat memilih orang biasa menjadi pemimpin mereka.

Khairy dan rakan rakan sehingga sekarang BELUM MULA mendaftar pengundi baru. 4 juta adalah undi yang boleh mengangkat UMNO atau meruntuhkan UMNO.

Bergeraklah sekarang. Belajar daripada Najib. Ular yang menyusur akar tidak pernah kehilangan bisa.

DEMIKIANLAH APABILA PEMIMPIN DAPAT MERASAI DENYUT NADI RAKYAT

" KITA TIDAK DAPAT MENAHAN BANJIR TETAPI WAJIB MEMBANTU MANGSANYA"


HANYA TUBUH BADAN DI HOSPITAL, JIWA RAGA TETAP BERSAMA RAKYAT.

Kalau Salahuddin Ayub mengatakan di Parlimen, bahawa DS Najib tidak seperti bapanya yang amat mengambil berat tentang rakyat, sebenarnya Salehuddin silap.

Petang tadi sekali lagi DS Najib mengeluarkan arahan jelas,

" GERAKKAN SEMUA JENTERA YANG ADA. BANTU MANGSA BANJIR DI PERLIS DAN KEDAH. BANTU SEMUA RAKYAT. JANGAN ADA UNSUR PILIH KAUM, AGAMA ATAU IDEOLOGI ".

Najib mengambil kira penderitaan rakyat. Najib boleh sahaja bercuti, berehat dan menyerahkan kepada menteri. Najib boleh melupakan segalanya jika beliau mahu berbuat demikian.

Sebaliknya Najib tidak lena tidur. Beliau tidak tidur dalam keadaan rakyat sedang susah. Najib benar benar merasai kesukaran rakyat dan dengan segala daya membantu.

Di mana Anwar Ibrahim. di mana Nik Aziz, di mana Lim Kit Siang, di mana Haji Hadi. TIADA. MEREKA TIADA SEWAKTU RAKYAT MEMERLUKAN.

MAHFUZ SELUAR DALAM SEDANG LENA DI KUALA LUMPUR. SEWAKTU RAKYAT POKOK SENA SEDANG DIBAWA ARUS DERAS, MAHFUZ SEDANG MENGHADAP WARTAWAN. MAHFUZ AMAT DISENANGI WARTAWAN KERANA KENYATAANNYA YANG SELALU TIDAK CERDIK.

KENYATAAN TIDAK CERDIK OLEH PEMIMPIN TERTINGGI SEBUAH PARTI ADALAH BAHAN BERITA YANG MENARIK. WARTAWAN SUKA KEPADA MAHFUZ TANPA MAHFUZ SEDAR BAHAWA IA ADALAH BAHAN BERITA LAWAK.

Rakyat sedang derita. ALLAH sedang menguji mereka dan kita juga yang tidak terkena sebenarnya diuji. Najib sedang diuji, Menteri sedang diuji, Menteri Besar sedang diuji, Wakil Rakyat juga diuji.

Nampaknya Wakil Rakyat PAS telah gagal dalam Ujian ALLAH ini. Inilah hakikatnya. Namun begitu percayalah, setelah banjir pulih mereka akan datang menemui rakyat. Dengan alasan, 1000 alasan.

DS NAJIB UZUR, INSYAALLAH ALLAH GUGURKAN DOSA DOSA

" RASA BERSALAH KEPADA UMAT ISLAM MENYEBABKAN NIK AZIZ TIDAK SANGGUP BERTENTANG MATA DENGAN KIT SIANG "


ADA ATAU TIADA, AURA NAJIB TETAP DIRASA

Saya bukan ulamak. Tapi saya sejak kecil diajar bahawa sembahyang hajat hanya untuk kebaikan. Kebaikan diri dan umat Islam. Jika kita dizalimi, berdoalah agar keadilan dan hidayah diberikan kepada kita dan orang yang menzalimi.

Saya selamanya percaya doa dan solat hajat yang dipimpin oleh pimpinan PAS tidak pernah makbul. Memakbulkan doa adalah hak mutlak ALLAH tetapi petandanya ALLAH perlihatkan supaya manusia berfikir.

Untuk Galas PAS juga bersembahyang hajat. Hakikatnya PAS kalah lebih teruk. Mana mungkin ALLAH makbulkan doa orang orang yang zalim. Mana mungkin ALLAH makbulkan doa orang yang menjual agamaNya dengan harga yang rendah.

Apabila Nik Aziz ' dilihat memberi rasuah, ' Apabila Ustaz Abdul Halim mengisytiharkan rasuah itu halal maka dengan jelas ALLAH sedang mendidik mereka dengan HUKUMAN. Mereka menjadi orang yang sangat rendah ' martabatnya' di sisi Islam.

Apabila Nik Aziz ' dicabar' dihadapan penyokong sendiri dan dia tidak berupaya menjawab , maknanya Nik Aziz sedang berada di penghujung zamannya.

Umat Melayu usah bimbang. DS Najib uzur biasa. Sakit akan
' memantapkan kemanusiaan kita'. Dalam masa yang sama ALLAH gugurkan dosa dosa kita seumpama daun kering gugur dari dahannya.

Sewaktu uzur Najib tetap bekerja dan memberi bimbingan kepada jentera. Jentera yang dipimpin oleh TS Muhyiddin mematuhi dan menghargai segala arahan dan bimbingan. Setiap kali Muhyiddin bercakap, nama Najib disebut sebagai tanda hormat.

Apabila menang semua orang menyebut " SALAH SATU FAKTOR KEMENANGAN IALAH NAJIB '. Inilah pemimpin. Ada atau tiada
' AURANYA DIRASA '.

Inilah bezanya Nik Aziz dengan Najib. Tanyalah pimpinan PAS. Semua mengharapkan Nik Aziz tak bercakap kerana setiap kali bercakap Nik Aziz sentiasa silap. Bahkan saya diberitahu lebih ramai pimpinan PAS mengharapkan tiada PENGLIBATAN NIK AZIZ.

BERTAUBATLAH NIK AZIZ. BERTAUBATLAH SEMENTARA PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA.