Followers

Friday, February 25, 2011

MERLIMAU DAN KERDAU, SANGAT SIGNIFIKAN DAN BERHARGA.

" TERUJI "


MEMPUNYAI MAKNA TERSENDIRI.

UMNO/BN dikatakan mempunyai laluan mudah di PRK Kerdau dan Merlimau. Pimpinan dan ahli parti seluruh negara mempunyai kepercayaan yang sama iaitu kita akan menang di kedua dua kerusi berkenaan.

Dalam masa yang sama, PAS yang terpaksa bertanding di kerusi ini telah menyebarkan berita bahawa mereka turun sebagai menguji ketelusan BN khasnya dalam menggunakan jentera kerajaan.

Saya berpandangan bahawa kedua dua kerusi ini sangat penting bahkan lebih penting daripada kerusi yang kita tandingi sebelum ini.

1. Melaka dan Pahang hampir tidak terkesan dengan tsunami politik 2008. Boleh dikatakan sokongan terhadap UMNO/BN kekal utuh ketika itu.

2. PRK ini semakin hampir dengan PRU 13. Lobi melobi walaupun selalu disebut supaya tidak dilakukan tetap juga berlaku. Ini boleh sahaja memberi kesan terhadap kesepaduan parti.

3. PRK ini berlangsung dalam suasana dunia yang panas dengan pemberontakan dan kebangkitan rakyat. Di Malaysia ada pihak sedang menggunakan pemberontakan itu untuk menyemai kemarahan rakyat.

Atas asas ini maka saya berpandangan bahawa UMNO/BN wajib menang lebih besar dalam PRK di Kerdau dan Merlimau. Kemenangan akan memberikan lebih keyakinan kepada kita untuk menghadapi PRU 13.

Jentera harus disusun dengan teliti dan dipastikan keberkesanannya. Kelemahan di PRK sebelum ini wajar menjadi
pengajaran dan panduan.

UMNO/BN akan mencapai matlamat sekiranya jentera benar benar solid dan kepentingan parti diletakkan di atas segala kepentingan peribadi.


MUSIM MENYEGAR DIRI..

" GANDINGAN HEBAT, INSYAALLAH "


UMNO TAK KAN TUMBANG SELAGI MEMEGANG JANJI

Sangat bahaya bagi mana mana individu atau organisasi untuk berasa diri hebat dan tak boleh digugat. Dalam masa yang sama UMNO wajib bersyukur kerana mampu bertahan dalam jangkamasa yang lama dan memegang sejarah dunia.

Saya mempunyai keyakinan bahawa UMNO akan terus dominan selagi kita berpegang dan menghayati sebab dan tujuan UMNO ditubuhkan.

Sekarang ini ialah musim UMNO bermesyuarat. UMNO seluruh negara akan bersidang di peringkat cawangan, bahagian dan akan bersidang di peringkat kebangsaan.

Sebagai peringatan mari sekali lagi kita melihat apakah asas dan tujuan UMNO ditubuhkan.

UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita cita Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

1. Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara

2. Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri dan Raja Berpelembagaan

3. Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama.

4. Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berpalimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

5. Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan( Bahasa Melayu ) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu

6. Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu padu berasaskan kepada hak hak asasi manusia dan hak hak istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.

Sesekali ahli UMNO kena diperingatkan tentang asas dan tujuan penubuhan parti keramat ini. Semoga dengannya ahli UMNO tidak akan tersasar dari landasan perjuangan.