Followers

Friday, November 26, 2010

HADI AWANG MUFLIS, BERTAUBATLAH

" BERTAUBATLAH HADI SEMENTARA PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA "


TIDAK LAYAK MENJADI PEMIMPIN MELAINKAN KEPADA PARTI YANG MENGGALAKKAN AHLINYA MENJADI MUFLIS JUGA

Sewaktu sedang bersama para sahabat, Rasullullah saw mengemukakan soalan,

" Adakah kamu tahu siapakah orang yang muflis ?" Lantas para sahabat menjawab," Orang muflis ialah orang yang tiada wang dan harta ".

Lalu Rasullullah bersabda lagi," Sesungguhnya orang yang muflis ialah orang yang datang di hari kiamat dengan sembahyang, puasa, zakat dan haji sedangkan dia pernah mencaci, menuduh, memakan harta, memukul dan menumpahkan darah. Dan dibahagikan pahala kebaikannya kepada orang yang menjadi mangsanya. Sekiranya tidak cukup, diambil pula dosa orang yang berkenaan untuk ditanggungnya, kemudian dia dihumban ke dalam neraka ".

Semalam saya bersembahyang Jumaat di sebuah masjid dalam daerah Kuala Kangsar. Khatib yang membaca khutbah ' terhenti dan tergamam' sewaktu membaca hadis ini.

Imam yang saya kenali sebagai aktivis PAS itu ternyata terkejut dengan hadis yang tidak pernah mereka sebut termasuk para ulamak PAS kerana hadis ini menempelak mereka.

Demikianlah kebesaran ALLAH. Islam sesuai untuk semua zaman sehingga kiamat. Demikianlah pula bahayanya jika kita cenderung memetik nas Al Quran dan hadis yang dilihat menguntungkan kita.

Saya menyeru diri saya dan Haji Hadi serta pemimpin PAS. Mari kita bertaubat. Terlalu banyak caci maki serta tuduhan yang PAS lemparkan.

Haji Hadi pernah ' menghalalkan darah orang UMNO'. Haji Hadi menghalalkan caci maki sebagai satu kaedah politik sempit mereka.

Berapa ramai pimpinan dan ahli PAS memaki hamun kerana galakkan Haji Hadi. Takutlah kepada ALLAH. Mari kita berdoa mudah mudahan amalan baik kita tidak menjadi sia sia.