Followers

Thursday, March 31, 2011

GERSANG!!

PAS MENUNGGU MASA GUGUR

Tidak berapa lama lagi PAS akan mengadakan Muktamar Agung Tahunannya. Suatu ketika, Presiden PAS pernah menghebahkan bahawa PAS tidak perlu menangguhkan pemilihan parti kerana ahli parti mempunyai disiplin yang tingi.

Bagaimanapun jangkaan Haji Hadi sebenarnya tidak menyeluruh. Bahang pemilihan PAS nampaknya mula mendatangkan kesan yang tidak baik kepada parti itu.

Benar , tidak nampak jelas ada keghairahan untuk mana mana pemimpin untuk merebut jawatan atau mungkin belum masanya. Tetapi yang jelas PAS seakan tidak berminat untuk menyertai pilihanraya Sarawak dan hanya redha menerima peruntukan kerusi yang sangat kecil.

Namun begitu saya beranggapan pemilihan PAS yang dibuat dalam keadaan semua orang bercakap tentang pilihanraya ke 13 adalah satu kesilapan besar.

Nampak sangat ketara PAS tidak mempunyai pemimpin yang benar benar berwibawa. Untuk jawatan Timbalan Presiden, PAS masih belum dapat menampilkan calon yang benar benar layak.

Ini dibuktikan bilamana sesiapa sahaja boleh menawarkan diri untuk jawatan no 2 tersebut. Mohd Sabu yang dikatakan calon kegemaran dilihat sebagai seorang yang pernah ditangkap berkhalwat isteri orang.

Sebaik sahaja nama Mohd Sabu disebut, wujud kegelisahan dalam kalangan pemimpin PAS khasnya yang berpendidikan tinggi sehingga menyebabkan dua orang tokoh yang sebenarnya tidak begitu berminat turut menawarkan diri iaitu Dr Mujahid dan Ustaz Azizan.

Saya percaya selepas ini akan ada lagi tokoh lain menawarkan diri termasuk bagi menandingi jawatan Presiden parti.

PAS menghadapi persiapan PRU 13 dengan wibawa yang tercalar. PAS tiada tokoh yang benar benar layak untuk ditawarkan kepada rakyat.

Rakyat termasuk ahli PAS sendiri sebenarnya dalam delima untuk menamakan ' seseorang' untuk memimpin PAS kerana mereka hakikatnya ketandusan pemimpin.





Wednesday, March 30, 2011

SYABAS MAN !! KAMI AMAT BERBANGGA..

" GAMBAR HIASAN "


KHAIRUL AZMAN IBRAHIM HARUMKAN NAMA NEGARA.

Beliau bukan artis yang terkenal seperti Anuar Zain atau Datuk Siti Norhaliza.
Beliau bukan bintang sukan seperti Datuk Lee Chong Wei atau Shafee Sali.
Tetapi beliau adalah anak Melayu yang hari ini sedang mengharumkan nama negara.

Bertuahlah ibu yang mengandung dan melahirkannya. Bersyukurlah bapa yang bertungkus lumus membesar dan memberikannya pendidikan. Banggalah anak bangsa kerana memilikinya.

Beliau ialah DR KHAIRUL AZMAN IBRAHIM, pakar forensik yang telah melakukan bedah siasat ke atas mayat Teoh Beng Hock dalam keadaan tekanan yang sangat tinggi daripada keluarga TBH dan parti pembangkang.

Tekanan ditambah lagi oleh pakar Thailand Dr Pornthip Rojanasunan yang mempunyai pandangan berbeza. Saya percaya Dr Khairul Azman bertugas dengan meletakkan ALLAH di hadapannya.

Sebab itu Dr Khairul Azman tidak goyah dan konsisten dalam analisisnya.

Ditakdirkan ALLAH, semalam dan hari ini hasil kerja Dr Khairul Azman diiktiraf oleh Pakar Forensik Kelas Dunia, Prof Dr Peter Vanezis yang bersetuju dan mengiktiraf bahawa ' pandangan profesional' Dr Khairul Azman jauh lebih tepat daripada analisis Dr Pornthip.

Usah dipedulikan pandangan keluarga TBH dan Pakatan Pembangkang. Bukan kebenaran yang mereka mahukan. Teruskan kecemerlangan Dr, kami Umat Melayu Islam amat berbangga..


Monday, March 28, 2011

MENGAPA SOLAT HAJAT ?

" BENARKAH MEREKA MENYERAH ?"


MEMBUKTIKAN KERENDAHAN DIRI.

Kita Umat Islam selalu diperingatkan bahawa pada bila bila masa kita adalah hamba ALLAH yang tidak berdaya. Pada bila bila masa kita perlu merendah diri dan menyerah kepadanya.

Tujuan Solat Hajat antara lain ialah apabila kita mahukan sesuatu yang amat kita ingini atau kita mahu menolak sesuatu yang kita bimbangi. Dan lebih penting daripada itu ialah kita wajib melatih diri melakukan penyerahan mutlak kepada ALLAH SWT.

Salah satu adab hamba kepada PENCIPTANYA ialah selepas melakukan
penyerahan, maka redha dan yakinlah akan pertolonganNYA. Apa jua yang berlaku selepas itu, mesti mempunyai hikmah yang tersendiri.

Inilah kerisauan saya. Malam tadi 10 ribu orang diberitakan hadir Majlis Solat Hajat Perdana Anjuran Pakatan Pembangkang di Stadium Malawati termasuk Lim Kit Siang.

Malangnya selepas Solat Hajat, pemimpin Pakatan Pembangkang telah menyampaikan ceramah yang provokatif dan mengandungi unsur menyubur
kebencian yang sangat tinggi.

Unsur penyerahan yang sepatutnya berlaku sebenarnya tidak berlaku. Solat
Hajat hanya perlakuan palsu yang dibuat sebagai membuktikan Anwar tidak
bersalah.

Jika dakwah dikatakan asas ' hubungan dengan DAP', maka saya berpandangan bahawa dakwah ini telah gagal sama sekali. Bahkan saya
berasa bimbang apa yang berlaku menyebabkan orang semakin jauh daripada Islam.


PARIA BUKAN MASALAHNYA..




" API MULA BERNYALA DI SINI "


MASALAHNYA MELAYU..

Barangkali inilah pertama kali sasterawan menerima tamparan paling hebat. Sementelahan pula, sasterawan ini terkenal halus, santun dan sangat berwibawa.


Abdullah Hussein ialah Sasterawan Negara yang menjadi ikutan ramai sasterawan muda. Shahnon Ahmad yang lucah dan kotor tidak menerima tekanan melalui SHIT nya.


Demikianlah Interlok. Api perkauman dan dendam politik menjadikannya hasil seni terpalit noda. Melayu berkubur kerana

dendam golongan minoriti.


Saya percaya apabila Tan Seri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan segalanya telah selesai, beliau memang yakin dan percaya penyelesaian telah berlaku.


Tetapi apabila diberitakan bahawa ada pihak mengedarkan CD kepada pelajar di Kuala Lumpur yang mengandungi hasutan kepada pelajar India, maka saya percaya ia jauh daripada selesai.


Kemudiannya diberitakan pula dua kejadian mencurah asid kepada dua orang guru Melayu oleh remaja India, maka saya per

caya bahawa isu interlok sudah menjadi isu keselamatan yang perlu ditangani.


Selama ini kita orang Melayu selalu diberi amaran agar tidak rasis dan menghormati kepelbagaian, sehingga jiwa orang Melayu men

jadi kecil dan takut maka masanya telah sampai untuk kita merangsang umat Melayu untuk bangkit nyatakan pendirian.


Isu Interlok bukan isu masyarakat India. Ia adalah senjata pertubuhan haram Hindraf yang didukung oleh Pakatan Pembangkang.


Ia tidak boleh ditangani secara politik kerana ia isu keselamatan.

Saya mula melihat ada ancaman terhadap guru Melayu apabila pelajar India dihasut untuk bertindak ganas.


Ini sesuatu yang luar biasa apabila di sekolah benih benci disemai dan disuburkan. Jabatan Pelajaran WP Kuala Lumpur harus bertindak tegas.


Ia belum menjadi bahan berita akibat ' jiwa kecil ' yang saya sebutkan tadi. Kementerian Dalam Negeri, saya yakin akan memberi amaran. Inilah tugas mereka.


Perkara ini tidak akan berhenti di sini. Api sudah mula dinyalakan.Akan sampai satu ketika orang Melayu tidak akan

lagi dapat menahan diri jika asyik diminta beralah dan bersabar.


Thursday, March 24, 2011

NAN YANG SIANG PAU PERANGKAP HADI !!

WAJAH PAS TERSERLAH...

Barangkali bahang pemilihan PAS Jun depan terlalu panas sehingga
PAS akan terburu buru melakukan tindakan. Atau terlalu banyak
' peristiwa' yang menggoncang Pakatan Pembangkang sehingga
Pakatan dilihat sebagai tidak lagi sekata.

Mesyuarat PAS Kawasan Kubang Kerian sebulat suara mencalonkan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS. Ini bermakna Husam Musa pasti tidak akan bertanding jawatan Timbalan.

Cakap cakap dalam PAS menyatakan Husam akan mencabar Haji
Hadi bagi jawatan Presiden. Husam tidak akan bertanding jawatan yang lebih rendah daripada itu kerana ' rasa hebat' yang menyelubungi dirinya.

Ini barangkali merunsingkan Haji Hadi sehingga tidak sempat berfikir bahawa tindakannya meminta Nan Yang Siang Pau memohon maaf adalah tindakan memakan diri.

Nan Yang Siang Pau melaporkan pada minggu lalu bahawa Hadi berjanji akan menghapuskan semua aktiviti perjudian jika dapat menguasai Putrajaya.

Semalam Hadi mengarahkan pegawainya agar meminta Nan Yang Siang Pau segera meminta maaf kerana Haji Hadi tidak pernah berucap demikian.

Serta merta Nan Yang Siang Pau membuat pembetulan dan implikasinya ialah rakyat telah tahu

1. PAS tidak pernah berhajat menghapuskan perjudian. Riuh rendah di Kelantan ialah usaha PAS untuk pulihkan kepercayaan pengundi Melayu sahaja.

2. PAS sangat takut kepada orang Cina. Apa sahaja tindakan PAS sebenarnya bukanlah berasaskan Al Quran dan Hadis seperti yang mereka katakan. Mereka bertindak berasaskan keperluan masyarakat Cina.

Inilah PAS. Mereka semakin kehilangan asas dalam perjuangan. Barangkali itulah sebab mengapa PAS sewajarnya bubar dan bergabung bersama PKR dan DAP..




Wednesday, March 23, 2011

SEGALANYA TELAH SELESAI

" BINTANG YANG TAK PERNAH MALAP "


DEMIKIAN KEHENDAK ALLAH.

Malam ini media menyiarkan sidang media Datuk T yang terpaksa tampil setelah isu video seks Anwar Ibrahim semakin mencetuskan
pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak pula.

Yang menarik gabungan Datuk T ini merangkumi 3 pihak yang seakan saling melengkapi.
1. Rakan baik Anwar Ibrahim
2. Aktivis NGO
3. Bekas pemimpin kerajaan

Sudah tentu akan ada polemik baru hasil pendedahan ini. Bagaimanapun saya cenderung untuk menyeru semua pihak, blogger pro kerajaan, pimpinan parti UMNO/BN, pimpinan NGO untuk menganggap bahawa segalanya telah selesai.

Isu ini bukan lagi isu utama negara sebaliknya ia adalah isu peribadi Anwar Ibrahim. Ada banyak perkara harus dikedepankan.

Perbicaraan liwat Anwar sewajibnya diselesaikan secepat mungkin kerana ia mengambil terlalu banyak masa. Rakyat sudah
bosan dan ada ibu bapa menyembunyikan akhbar kerana sukar
menjawab soalan anak kecil berkaitan LIWAT.

Buletin Utama yang selalu menjadi tontonan keluarga kini tidak lagi ditonton bersama juga kerana isu ini.

Paling penting , perhatian sewajarnya dihalakan ke Sarawak. Rakan rakan kita sedang bertungkus lumus menjayakan tuntutan
demokrasi iaitu pilihanraya negeri.

Kerajaan wajib memenuhi segala tuntutan munasabah kerana mereka juga berhak mendapat apa yang pengundi Tenang, Merlimau dan Kerdau perolehi.

Hukum ' demokrasi ' ialah pemenang merupakan mereka yang mendapat undi terbanyak. Tidak kira apa isu yang timbul, sehebat mana pemidato,ia tetap tidak bermakna jika undi yang diperolehi kurang.

Saya mempunyai gerak rasa yang selalu betul. Saya rasa saudara kita di Sarawak ingin memberikan kemenangan besar kepada BN sebagai tanda kasih kepada Taib Mahmud yang dengan ikhlas mahu berundur.

Ingat lagi kejayaan besar BN dalam PRU 2004 ? Saya percaya pencapaian ketika itu sebahagiannya sebagai tanda kasih kepada Tun Mahathir.

Ini juga akan berlaku di Sarawak, insyaallah. Oleh yang demikian mari kita fokus. Mari kita kembali ke atas landasan. Kadangkala kita fikir kita benar tetapi sesekali kita tersasar. Kembalilah ke pangkal jalan..


Sunday, March 20, 2011

DAKWA DS NAJIB KE MAHKAMAH..


" SENGAJA KERUSI RODA KARPAL DITINGGIKAN BAGI
TUNJUKKAN KERENDAHAN HADI DAN NIK AZIZ "


KARPAL SEBENARNYA MAHU BERPERANG..

Selepas PRU 12, apabila Pakatan Pembangkang berjaya merampas 5 Negeri, suasana sosio politik negara dengan jelas telah berubah.
Orang orang Melayu khasnya yang bersama UMNO nyata terkejut dan kelihatan kehilangan harga diri.

Keadaan ini dipergunakan sepenuhnya oleh cauvinis DAP untuk terus menekan, memperlekeh dan menghina orang Melayu termasuk segala institusi yang hampir dengannya seperti Jabatan Agama, Institusi Raja, Felda, Felcra dan sebagainya.

Cauvinis Cina memperolok Al Quran, menghina masjid dan mengocak isu Ketuanan Melayu sehingga akhirnya orang Melayu sendiri hilang keberanian mempertahankannya.

Cina DAP mendapat kekuatan kerana mereka disokong kuat oleh
oportunis Melayu sendiri yang berada di dalam PAS. Umum menyedari PAS dihimpit masalah kewangan sehingga sanggup memperhambakan diri kepada Cina DAP yang tidak lokek berbelanja.

Manakala PKR pula bergelut dengan masalah moral dan wibawa kepimpinan yang sangat rendah dan tidak bermaruah.

Selepas DS Najib mengambil langkah langkah mengangkat maruah dan harga diri umat Melayu Islam khasnya melalui beberapa Persidangan UMNO di samping keberanian Najib mengangkat Felda, Umat Melayu Islam nampaknya semakin pulih.

Saya menjangkakan Cina DAP menganggap pemulihan ini sangat bahaya kepada usaha mereka MENGUBAH PERLEMBAGAAN, maka
mereka telah menghalakan ' serangan 'mereka tepat kepada
DS Najib yang mereka khuatiri akan memimpin kebangkitan Umat Melayu Islam.

Hari ini Karpal Singh telah cuba membawa Najib ke Mahkamah atas tuduhan menghina mahkamah kerana bercakap tentang isu liwat Anwar Ibrahim. Ironinya, Anwar sentiasa bercakap perkara yang sama di mana sahaja dia berada.

Saya sedang menunggu. Melihat reaksi Umat Melayu. Karpal telah
memalu gendang perang, pemimpin utama kita sedang dihina.

Apakah kita masih lagi mahu bertahan. Kita selesa kerana dianggap bangsa budiman....


BIBLE HANYA ALAT MEREKA


" RAKYAT BAHAGIA BERSAMANYA "



Saya diberitahu bahawa salah satu bahan kempen yang sedang hangat disebar dalam kalangan penganut agama Kristian di Sarawak ialah isu bible.

1. Kitab suci orang Kristian ditahan pengedarannya
2. Kerajaan BN telah melambat lambatkan ' pembebasan bible'
3. Kerajaan BN pandang rendah bible
4. Kerajaan BN halang kebebasan beragama.

Saya sudah menjangka bahawa percetakan bible Bahasa Melayu
tidak dilakukan dengan tujuan yang baik. Tambahan pula ia beberapa kali menggunakan kalimah ALLAH.

Dunia mengetahui begitu juga rakyat Malaysia seluruhnya bahawa
kebebasan beragama di Malaysia adalah sesuatu yang mutlak. Ia
dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Selama lamanya, inilah fahaman kita, amalan kita. Bila isu bible ini
dimainkan maka nampaknya pembangkang cuba melagakan
rakyat yang selama ini hidup aman damai di Sarawak.

Pembangkang yang datang sesekali dari Semenanjung nyata tidak
memahami keadaan di Sarawak. Sarawak antara negeri yang paling banyak pecahan kaum di Malaysia.

Ironinya kita tidak pernah mendengar ada pergaduhan antara kaum yang berlaku. Bahkan saya mendapat tahu ada penjawat
awam dari Semenanjung yang membuat keputusan untuk tinggal tetap di Sarawak.

Saya juga diberitahu bahawa di Sarawak, apa jua perayaan disambut oleh semua rakyat tanpa mengira agama. Hari Raya disambut selama sebulan penuh kerana kemeriahannya dan tetamu yang meraikannya begitu ramai.
Hakikatnya mereka hidup bahagia tidak kira latarbelakang mereka.

Esok DUN akan bubar. Rakyat Sarawak berpeluang menyatakan pendirian. Mari kita pertahankan apa yang ada. Kita tolak
gerombolan pembangkang yang datang melagakan kita dan kemudian mereka hilang entah ke mana..




Friday, March 18, 2011

KARPAL CUBA TOLONG PAS !!!


" TAK PERNAH BERBALAH"

Semalam Karpal Singh telah memberikan amaran keras kepada PAS. Katanya DAP akan menentang mana mana parti komponen Pakatan yang melanggar undang undang dan tidak menghormati kaum lain.

Saya melihat ini adalah sebahagian daripada usaha Karpal untuk membantu PAS yang kelihatan semakin kehilangan sokongan pengundi Melayu Islam.

1. Karpal cuba membuktikan bahawa tindakan PAS menghalang perjudian
adalah melanggar undang undang. Ini bermakna PAS tiada pilihan kerana
undang undang yang diputuskan kerajaan pusat membenarkan perjudian.

2. Karpal ingin membuktikan bahawa PAS benar benar mahu laksanakan Islam
tetapi terdapat halangan daripada Kerajaan Pusat.

3. Perundingan mengenai perkara ini melibatkan hanya Ketua Pemuda DAP.
Ini jadi isu besar kepada PAS dan penyokong mereka. Mereka melihat
DAP memandang rendah PAS Kelantan. Dengan demikian, Karpal terpaksa
campurtangan bagi menukar persepsi tersebut.

4. Kontroversi ini membuka ruang untuk pimpinan PAS bernyawa. Blogger
mereka yang tidak faham melihat ini benar benar ' pertelagahan'. Blogger
yang hilang keyakinan terhadap PAS kembali segar dan yakin.

Hakikatnya ini adalah mainan politik murahan Pakatan. Umum tahu, umat Melayu Islam selamanya tidak boleh dan akan ditangkap jika berjudi, memasuki dan berada dalam premis judi.

Umum tahu kerajaan UMNO/BN sudah melaksanakan undang undang mengharamkan perjudian terhadap orang Melayu Islam dalam apa bentuk sekalipun.

Kerajaan palsu PAS Kelantan sebenarnya mengulang undang undang sedia ada. Yang baru ialah TIADA PREMIS JUDI. Aktiviti judi gelap berlaku dan Kerajaan PAS Kelantan tahu perkara ini.

PAS juga terperangkap kerana telah mengeluarkan 44 lesen arak . Kita tunggu penjelasan mengapa PAS menukar hukum arak ini kepada HALAL jika alasan yang sama diletakkan kepada judi.

Maksudnya TIDAK SAMA SEKALI KEPADA JUDI TETAPI YA KEPADA ARAK.
Sedangkan Islam meletakkan arak dan judi dalam kategori yang sama,bahkan ARAK DIANGGAP IBU MAKSIAT.

Tak mengapalah. Karpal telah membantu PAS dan balasannya, PAS kini sujud di kaki Komunis DAP..

Thursday, March 17, 2011

APA KATA KARPAL ?

" BERMARUAHKAH KARPAL ?"


DEMO GAPET..

Karpal Singh, ketua peguambela Anwar Ibrahim sebenarnya adalah peguam biasa. Oleh kerana Karpal juga adalah ahli politik maka namanya lebih gah berbanding kebanyakan peguam lain.

Walaupun begitu, nama Karpal benar benar menjadi terkenal setelah umum
mengetahui Karpal sedang membela seseorang yang pernah dituduhnya satu masa dahulu.

Ini menggambarkan betapa ada sesuatu yang mesti dinilai dan jika perlu diperbaiki dalam sistem kehakiman kita bagi menjaga imej dan wibawanya.

Dunia pasti sinis terhadap sistem kehakiman kita bilamana keadilan dinilai mengikut perspektif politik bukan ' makna keadilan sebenar'.

Dalam kata lain dunia sedang memerhatikan bagaimana ' meliwat sebagai
pemimpin kerajaan dan meliwat sebagai pemimpin pembangkang' adalah dua perbuatan yang dinilai secara berbeza.

Karpal sedang melakukan keluarbiasaan ini. Di samping itu rakyat sedang menunggu reaksi Karpal apabila PKR sedang menjalankan usaha untuk menganjurkan demonstrasi GAPET ( Gerakan Anti Pendakwaan Terpilih)

Karpal pernah mengugut untuk menyaman NGO yang berdemo mendesak Anwar menyerahkan DNA kepada mahkamah. Alasan Karpal ini adalah satu bentuk penghinaan kepada mahkamah.

GAPET juga sedang melakukan perkara yang sama. Apa kata Karpal ?


HINANYA ANAK MUDA DI MATA PAS..

" BERSAMA HAMBA SAHAYA "


Salahuddin Ayub buktikannya.

Satu ketika saya pernah beranggapan bahawa Salahuddin Ayub adalah antara tokoh baru PAS yang mempunyai pemikiran agak
berbeza dengan pimpinan yang lain.

Salahuddin kadangkala kelihatan agak sederhana dan rasional di tengah tengah kecelaruan Mahfuz dan Mohd Sabu misalnya.

Namun ucapannya di parlimen semalam sangat memeranjatkan saya dan barangkali penganalisis yang lain juga. Ucapannya mengandungi unsur ' menghina dan melupakan anak muda yang selama ini mendukung perjuangan PAS '.

Sepanjang tempoh membahaskan usul junjung kasih YDA Salahudin menyebut anak muda hanyalah yang berada di universiti.

Beliau menekankan perlunya anak muda ini dibimbing dan diberi pendidikan tentang demokrasi yang sebenarnya.

Salahuddin sama sekali tidak menyebut anak muda yang selama ini menjadi benteng mereka dalam ceramah. Anak muda yang mengawal lalulintas semasa PRK.

Salahuddin mewakili PAS melupakan anak muda yang memanjat pokok menggantung poster dan bendera, unit amal dan ramai lagi yang sebenarnya memberi nyawa kepada PAS.

Salahuddin mewakili PAS membuktikan bahawa selama ini anak muda di dalam PAS telah dikelaskan dalam kelas tertentu yang menyaksikan anak muda yang berpendidikan sederhana dan rendah yang tinggal di kampung kampung adalah hamba yang tidak bermakna kepada mereka.


Tuesday, March 15, 2011

DEMO HANCURKAN PAKATAN

" MENGHANCURKAN PAKATAN "


GANGGU PERNIAGAAN CINA DAP

Mereka asalnya bangsa yang merempat. Inilah fakta sejarah yang tak boleh dipadam. Kekejaman komunis dan kesukaran hidup menyebabkan mereka rela merantau dan membina kehidupan baru yang lebih bermakna.

Tanahair kita merupakan salah satu destinasi mereka. Mereka pandai memilih syurga. Hakikat bahawa mereka adalah bangsa yang gigih dan rajin tak dapat dinafikan.

Kesan kerajinan dan usaha mereka membolehkan mereka membina kekayaan mengatasi orang Melayu dan bumiputera yang lain.

Maka lahirlah Robert Kuok, Lee Shin Cheng, Teh How Piow, Quek Leng Chan dan ramai lagi. Mereka terlalu kaya sehingga Dr Mahathir pernah menyebut bahawa jika semua bangunan Cina di Kuala Lumpur dicabut, maka hampir kosong Kuala Lumpur sebenarnya.

Sikap bukan satu satunya faktor kekayaan Cina. Dasar dan ruang yang diberi oleh Kerajaan merupakan faktor yang kuat menyokong

Kerajaan tidak pernah menghalang sesiapapun untuk mencapai impian mereka. Semaksima mungkin walaupun Cina DAP selalu
menafikannya.

Cina DAP hidup aman damai dan bahagia di Malaysia. Bahkan mereka juga hampir menguasai politik. Dengan dokongan PAS dan PKR, Cina DAP cukup berpengaruh dari segi politik.

Bagaimanapun keadaan hampir berubah sama sekali. PAS dan PKR tidak gembira dengan pencapaian mereka. Mereka sedar de
mokrasi tidak akan membawa mereka ke mana mana.

Mereka mula memilih kaedah lain untuk kekal bernyawa. Mereka mahu kaedah ganas dan keras. Mereka percaya kepada pendekatan paksaan.

Maka seruan kepada demonstrasi mula kedengaran. Saya percaya
mungkin tidak begitu hebat tetapi ia akan berlaku. Pasti demi
kepuasan peribadi khasnya Anwar Ibrahim.

Di sinilah titik akhir pakatan mereka. Cina DAP bimbang demonstrasi akan mengganggu perniagaan. Demonstrasi akan
mengganggu aktiviti mereka mengumpul kekayaan.

Demonstrasi tidak pernah mendatangkan hadil yang baik. Demonstrasi aman sekalipun, akan menyebabkan peniaga menutup kedai.

Cina DAP paling terkesan kerana demonstrasi tidak dibuat di kampung. Demonstrasi akan dijalankan di bandar bandar. Maka percayalah, dalam pada PAS dan PKR mahu membina nama mereka meruntuhkan persahabatan mereka bersama Cina DAP.

PAS DIRESAPI YAHUDI ISRAEL....





TERPEDAYA???



SAMADA DISEDARI ATAU TIDAK, INILAH HAKIKATNYA....


PAS nampaknya terus mengancam untuk mengadakan pemberontakan besar-besaran dengan alasan kerajaan UMNO/BN telah gagal melaksanakan pilihanraya yang telus dan bersih.

Terbaru, ialah amaran Mat Syabu yang tersiar dalam beberapa blog penyokong Pakatan pembangkang.

Malangnya, pilihanraya yang telus dan bersih mengikut ukuran PAS ialah apabila mereka memenangi kerusi tersebut. Di mana merekalah, mereka akan menganggap berlaku penyelewengan, penipuan dan pembohongan.

Berdasarkan perkembangan mutakhir, saya menjangkakan rakyat telah sedar dan kembali menyokong UMNO/BN. Ini menyebabkan PAS dan rakan-rakannya terus-terusan mengalami kekalahan.

Maknanya, mahu tak mahu PAS mesti menghasut rakyat supaya memberontak juga.

Saya meneliti kesan pemberontakan di Mesir, Libya, Tunisia dan Bahrain.

Barangkali benar pemberontakan ini adalah berpunca dari pemerintahan kuku besi yang sama sekali tidak memahami penderitaan rakyat.

Namun begitu sehingga kini tiada tanda kejatuhan rejim zalim itu telah menyelesaikan sebarang masalah. Pemberontakan sebenarnya masih berlaku. Di Mesir, setelah Hosni Mubaraq gugur, pemberontakan bertukar menjadi krisis antara penganut Islam dan Kristian.

Sehingga kini, yang sedang "menikmati" hasil pemberontakan itu ialah Israel. Mereka membedil dan membunuh orang awam di Semenanjung Gaza. mereka bebas membina petempatan baru.

Israel selesa melakukan apa saja yang sebelum ini tidak dapat mereka lakukan. OIC sedang bergelut dengan mesyuarat membincangkan kehancuran negara Islam dan kemerosotan hasil minyak.

Amerika Syarikat pula sedang mengawasi dan menyertai usaha menjatuhkan musuh tradisi mereka, Muammar Gadaffi.

Saya mula terfikir, adakah kebangkitan dan kejatuhan ini sebenarnya mainan Yahudi Israel?

Jika ini benar, saya ingin mengingatkan PAS. Berhati-hatilah. Mungkin PAS tidak sedar mereka sedang diresapi.

Mungkin Israel ingin melumpuhkan Malaysia, negara Islam yang disegani dan PAS menjadi ALATnya...







Sunday, March 13, 2011

KEPADA PAS, MAAFKAN SAYA..

" HANYA MALUKUT "


KERANA TERSALAH FIKIR..

Saya manusia biasa . Saya bukan sempurna. Saya sedar kadangkala saya melakukan kesalahan dan kesilapan. Dengan segala kerendahan hati , saya mohon keampunan daripada ALLAH SWT dan kemaafan daripada seluruh ahli dan pimpinan PAS di seluruh negara.

Suatu masa saya pernah menyangka bahawa di dalam PAS ada satu kumpulan
pemimpin yang merupakan ' pemikiran kedua ' bagi PAS. Mereka yang saya maksudkan misalnya Dr Harun Din, Tuan Ibrahim Tuan Man dan beberapa tokoh lain yang kebanyakannya berpendidikan agama.

Sangkaan saya ialah apabila Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat sampai ke
peringkat tidak lagi mampu berfikir secara rasional dan tidak lagi berpegang kepada Ajaran Islam sebenar kesan kemerosotan pemikirannya, maka kumpulan ini akan bangkit bagi mempertahankan agama.

Malangnya saya telah tersalah anggap. Rupanya apa yang berlaku terhadap
Nasharuddin Mat Isa memberi kesan luarbiasa terhadap PAS seluruhnya.

Nasharuddin Mat Isa yang memberi idea tentang keperluan ' perpaduan Melayu Islam' telah mengundang maki hamun dan kemarahan Nik Aziz.

Nik Aziz sampai menganggap Nasharuddin Mat Isa sebagai sampah yang tidak sepatutnya berada di dalam PAS. Nasharuddin tidak dibenarkan hadir dalam majlis rasmi PAS untuk satu jangkamasa yang lama.

Peristiwa ini menyebabkan apa yang saya sangkakan sebagai kumpulan pemikiran yang kedua tadi menjadi takut, gementar dan hilang suara.

Implikasinya PAS redha dengan apa jua yang dikatakan oleh Nik Aziz. Penggunaan kalimah ALLAH, berkawan dengan syaitan dan banyak perkara sebenarnya jauh dari tuntutan agama tetapi digunapakai kerana ia adalah tuntutan Nik Aziz.

PAS telah akhirnya menjadi parti Nik Aziz yang sama sekali kehilangan makna. PAS hakikatnya sedang menuju ke satu titik yang merupakan titik akhir kewujudannya.

Saya nampak bahawa jangka hayat PAS semakin singkat. Jadi maafkan saya kerana pernah mempunyai kepercayaan yang salah terhadap PAS.

Hakikatnya PAS adalah parti yang bulat. Parti yang mempunyai satu pemikiran dominan. Pemikiran yang tidak lagi boleh digunakan.




Saturday, March 12, 2011

WANITA TOLAK PENCINTA LELAKI



PERHIMPUNAN AMAN WANITA PERAK

DEKLARASI WANITA PERAK YANG DIBACAKAN OLEH YB HAMIDAH

Kami seramai 3000 orang wanita mewakili RAKYAT NEGERI PERAK berhimpun pada hari ini bertarikh 12 MAC 2011 jam 1.00 petang bertempat di ARENA SQUARE, BATU GAJAH, PERAK dengan ini
mendesak Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim menyerahkan DNA seperti yang dipohon oleh pendakwaraya di
Mahkamah Tinggi dalam KES LIWAT ANWAR IBRAHIM untuk membuat perbandingan sama ada terdapat persamaan DNA
ANWAR IBRAHIM DENGAN LELAKI Y

Andaikata Anwar Ibrahim enggan memberikan DNA, Maka sahlah andaian rakyat bahawa DNA lelaki Y tersebut adalah DNA ANWAR IBRAHIM.

Kami mewakili Wanita Negeri Perak juga ingin mendesak agar WAN AZIZAH selaku isteri kepada ANWAR IBRAHIM untuk bersumpah bahawa beliau tidak pernah mengetahui perilaku suaminya ANWAR IBRAHIM yang suka melakukan seks di luar tabii atau meliwat lelaki

Kami mewakili Wanita Muda NEGERI PERAK juga ingin mendesak
agar NURUL IZZAH BINTI ANWAR IBRAHIM selaku anak kepada ANWAR IBRAHIM untuk bersumpah bahawa beliau tidak pernah mengetahui perilaku bapanya ANWAR IBRAHIM yang suka melakukan seks di luar tabii ataupun meliwat lelaki.

Catatan : Saya , Luncai dan Penditakainsingkat berada dalam majlis ini dan melihat betapa wanita Perak sudah tidak dapat menahan sabar dengan perilaku Anwar menghina wanita termasuk Wan Azizah dan Nurul Izzah.

Terlihat juga kekecewaan wanita Perak terhadap sikap ' subahat'
Wan Azizah dan Nurul Izzah dengan perlakuan Anwar.

Tetapi PALING JELAS DAN DAPAT DILIHAT, BETAPA WANITA PERAK YANG TADI DIPIMPIN OLEH YB MIDAH, SANGAT KASIH DAN SANGGUP BERKORBAN DEMI AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR.

SYABAS WANITA PERAK.


Friday, March 11, 2011

UMNO BOLEH RUNTUH !!!

" TELAH MAINKAN PERANAN"


GAGAL MENGESAN MUSUH

Kebimbangan saya ialah pucuk pimpinan parti akan melihat kemena
ngan dalam beberapa PRK kebelakangan ini sebagai petanda bahawa UMNO / BN telah pulih daripada tsunami politik 2008.

Kerisauan saya juga ialah apabila ada kecenderungan pimpinan parti melihat bahawa musuh UMNO/BN hanya DAP , PKR dan PAS.

Pimpinan dan ahli parti kemudiannya berasa selesa apabila parti
yang menyatukan diri dalam Pakatan Pembangkang nyata bermasalah dan kelihatan huru hara.

Hakikatnya parti UMNO/BN tidak dapat memisahkan diri daripada
kefahaman umum bahawa UMNO/BN ini juga adalah kerajaan.

Inilah cabaran sebenar sekarang. Saya pernah menulis bahawa ada rakyat tidak begitu memahami politik dan barangkali tidak mengambil peduli.

Ada orang kampung yang tidak membaca akhbar atau serius men
dapatkan maklumat daripada TV atau radio. Kehidupan orang kampung sebenarnya agak streotaip dan tidak banyak berubah.

Tetapi orang kampung akan sentiasa terkesan dengan kenaikan
harga barang, kenaikan insuran dan kos hidup yang lain.

Sebab itu saya sangat gembira apabila ahli Parlimen menimbulkan isu insuran di Parlimen semalam. Ini isu yang sangat 'luarbiasa'
kesannya terhadap rakyat.

' Sangat luar biasa ' apabila insuran bagi motorsikal mencapai sehingga 300 ringgit yang di atas kertas ' nilai motorsikal itu sehingga belasan ribu ringgit'.

Begitu juga nilai insuran bagi kenderaan lain.

Demikian juga dengan harga semua ( SEMUA ) barangan pengguna. SEMUANYA naik dengan kadar yang memberi kesan
kepada semua orang.

Saya bimbang dengan jawapan Menteri berkaitan yang seolah olah tidak mengetahui bahawa kenaikan harga barang berlaku
secara berterusan.

Pembangkang khasnya PAS dan PKR tidak sukar untuk menjadikannya sebagai bahan politik mereka. Rakyat PERCAYA kerana mereka memang mengalaminya.

Sebenarnya KERAJAAN TELAH GAGAL MENGAWAL PENIAGA.Akui
lah kenyataan ini dan WAJIB berusaha memperbaikinya. Saya
percaya jika kegagalan ini tidak ditangani , KERAJAAN YANG LEMAH AKAN MENYEBABKAN UMNO/BN RUNTUH.


Wednesday, March 9, 2011

KATAKAN WAN AZIZAH TIDAK DILIWAT..

" PEJUANG MALANG "


Dia tetap mangsa Anwar

Saya tidak mahu mengatakan Wan Azizah juga mangsa liwat Anwar Ibrahim. Sebagai pendukung UMNO saya tidak digalakkan mencipta andaian dan percaya kepada andaian tersebut.

Saya bersangka baik Wan Azizah berada di luar senarai panjang Anwar dan tidak terkena ' ghairah' suaminya.

Tetapi saya tetap mengatakan bahawa jika Zuraidah Kamaruddin ingin memperjuangkan keadilan bagi wanita, janganlah hanya bercakap tentang wanita Penan semata mata.

Berjuanglah untuk Wan Azizah yang diketahui umum sangat terseksa dan menderita dizalimi suami sendiri yang juga bos kepada Zuraidah.

- Wan Azizah dilarikan daripada keluarga dan tunangannya untuk berkahwin dengan Anwar Ibrahim pada waktu umurnya belum matang untuk buat keputusan.

- Wan Azizah tertipu dengan pesona Anwar yang menyembunyikan' jiwa ganasnya' di sebalik pidato dan wayangan
alimnya.

- Selepas berkahwin Wan Azizah menderita berkongsi rumah dengan pemuda pemuda tampan yang mencuri begitu banyak masa dan perhatian Anwar.

- Satu ketika Wan Azizah mengadu, selepas lama berada di luar
negara, sewaktu anak isteri rindu menunggu, Anwar akan menghabiskan masa beberapa jam bersama Sukma , adik angkatnya.

- Sepanjang menjawat jawatan TPM, Anwar tidak akan ke luar negara melainkan Azmin dan SHAMSIDAR ikut bersama.

- Bayangkan ' luka ' Wan Azizah apabila satu masa Anwar meminta izin untuk membawa SHAMSIDAR mengerjakan umrah sedangkan Wan Azizah disuruh membeli belah bersama Azmin.

- Setelah dipecat daripada parti dan kerajaan, lihatlah bagaimana Anwar memaksa Wan Azizah bercakap di seluruh negara tentang baiknya Anwar.

- Lihatlah malangnya Wan Azizah apabila diminta mengosongkan
Kerusi Permatang Pauh untuk diisi oleh Anwar. Perhatikan betapa
hinanya Wan Azizah apabila dipaksa menjadi Presiden PKR yang tidak boleh bersuara.

Wan Azizah adalah lambang penderitaan seorang wanita yang tidak berdaya. Lihatlah raut wajah deritanya. Inilah sepatutnya fokus Wanita Keadilan. Zuraidah wajib jujur berjuang walaupun berada di atas wadah yang tidak pernah ada kejujuran..


GAGAL MENGGODA ANAK MUDA..

" WANITA MALANG "


PAKATAN BERALIH KEPADA WANITA

PRU 12 memperlihatkan kecenderungan anak muda untuk menyokong Pakatan Pembangkang. Kejayaan membina persepsi dan penguasaan Pakatan terhadap media maya membolehkan Pakatan memenangi sokongan anak muda.

Hakikatnya pada ketika itu, terdapat ' rasa menolak' terhadap sayap UMNO iaitu Pemuda UMNO kesan kegagalan Pemuda untuk melayani anak muda berasaskan gelora jiwa mereka.

Pada ketika inilah Anwar Ibrahim mewar warkan slogan ' Orang
Muda Geng Kita'. Pakatan Pembangkang termasuk DAP,PKR dan PAS menjadi begitu ghairah menjalankan pelbagai program sesuai dengan slogan ini.

PAS yang sebelumnya terkenal dengan tamrin dan usrah mula mengubah pendekatan kepada yang lebih menyeronokkan seperti
' memancing dan bermain bola '.

Beberapa PRK selepas PRU 12 menunjukkan trend sokongan anak muda berterusan bersama pembangkang.

Bagaimanapun keadaan mula berubah apabila DS Najib mulakan pendekatan ' seakan akan beliau masih Ketua Pemuda UMNO'.
DS Najib tidak menunggu masa yang lama untuk menarik anak muda kembali bersama UMNO.

DS Najib lama menjadi Ketua Pemuda. Personaliti yang tulen, tanpa kepura- puraan dan penguasaan terhadap ' rasa jiwa' anak muda membolehkan DS Najib mengalihkan sokongan anak muda.

Hasilnya, beberapa PRK kebelakangan ini menampakkan petanda undi anak muda telah kembali kepada UMNO. Pakatan melihat dan menyedari perkara ini.

Serta merta Anwar bertindak. Nampaknya Pakatan telah tinggalkan anak muda dan memberikan tumpuan kepada wanita pula.

Tiba tiba Pakatan mula memperjuangkan nasib wanita. Semalam Pakatan menganjurkan perarakan untuk keadilan wanita di Sarawak.

Mereka telah gagal menarik wanita tetapi mereka telah bermula.
Saya percaya , Pakatan akan berbuat apa sahaja untuk menang
Pilihanraya. Kita akan menyaksikan selepas ini pelbagai strategi disusun untuk menggoda pengundi wanita pula.

Tulisan saya selepas ini akan melihat betapa kejamnya Pakatan terhadap wanita, termasuk wanita paling malang di Malaysia,
Dr Wan Azizah.




Monday, March 7, 2011

MARI KITA BELAJAR

ALAM ADALAH GURU YANG HEBAT.

Tidak semua perkara dapat dicapai oleh pemikiran kita tambahan pula jika perkara itu tidak pernah kita alami atau tempuhi.

Orang kaya sedikit sebanyak akan bersimpati dengan orang papa kedana tetapi tidak mungkin dapat merasai deritanya kelaparan.

Orang bujang yang banyak membaca novel cinta atau buku tentang perkahwinan, belum tentu dapat menikmati indah dan manisnya perkahwinan.

Doktor pakar perbidanan saban hari membantu ibu bersalin tetap tidak mampu menceritakan bagaimana sakitnya bersalin.

Demikianlah anak anak kita, barangkali mereka belajar sejarah, sosiologi, sehingga ke peringkat Doktor Falsafah dan digelar Dr.
tetapi mereka tidak akan mampu 'menghayati' betapa sukarnya masalalu dan betapa bertuahnya mereka hari ini.

Sebahagian daripada tuah itu ialah kerana kita mempunyai Kerajaan yang kukuh, jelas, tegas dan melihat rakyat adalah segala galanya.

Jika DAP,PKR dan PAS menyatakan bahawa semua kerajaan adalah sama, maka hakikatnya kerajaan PAS di Kelantan, Kerajaan DAP di Pulau Pinang dan Kerajaan PKR di Selangor masing masing telah memerintah dengan pelbagai masalah yang sebahagiannya tidak dapat mereka atasi.

Masalah air di Kelantan misalnya, masalah pasir di Selangor dan masalah pembersihan dan pengusiran etnik Melayu di Pulau Pinang adalah bukti betapa tidak semua kerajaan adalah sama.

Libya adalah negara paling kaya dengan minyak paling berkualiti di dunia tetapi rakyatnya antara yang paling miskin dan lapar.

Mesir menjalankan pilihanraya tetapi rakyat tidak pernah dapat memilih sesiapa yang mereka ingini.

Tunisia adalah kerajaan autokratik pimpinan isteri Presiden yang kaya raya tetapi rakyatnya gagal membeli walaupun sebuku roti.

Saya cetuskan perkara ini sebagai penghargaan kepada anak anak muda yang mula meninggalkan politik ganas dan benci yang cuba dibawa oleh pembangkang.

Saya melihat bahawa anak anak muda kita telah berfikir sebelum bertindak. Saya dapati anak muda kita , walaupun tidak pernah berasa begitu susah dan derita tetapi matang membuat keputusan.

Beberapa PRK kebelakangan ini dan ajakan perhimpunan yang gagal membuktikan anak anak kita jauh lebih matang daripada apa yang pernah kita sangka.


PAS DAN DAP AKAN BERPISAH AKHIRNYA.



Selepas beberapa PRK , umum menyedari bahawa Pakatan Pembangkang bukanlah sebuah pakatan dalam erti kata yang sebenarnya.

PAS dan DAP sebenarnya tidak pernah mencapai kata sepakat. Manakala PKR tidak pernah bermakna selain Anwar Ibrahim.

Ramai juga menganggap PAS dan DAP berbeza daripada sudut ideologi. Ini adalah pandangan yang tidak tepat kerana hakikatnya PAS tidak pernah mempunyai sebarang ideologi.

Saya yakin DAP bosan dengan PAS yang menjanjikan banyak perkara tetapi tidak pernah membuktikan apa apa. Tugasan utama PAS ialah memecahkan undi Melayu, ternyata tidak berjaya dilakukannya.

Kecenderungan PAS merangsang rakyat bangkit memberontak sebenarnya sangat mengecewakan DAP. Jika ini berlaku DAP paling terkesan kerana sudah pasti kegiatan ekonomi akan terjejas dengan teruk.

Dalam masa yang sama DAP masih teringat peristiwa 13 MEI 1969 yang menyaksikan Kerajaan BN akhirnya menyusun strategi yang menambahkan kekuatan orang Melayu.

Sikap Nik Aziz akhir akhir ini juga memeningkan DAP. Apa juga kenyataan Nik Aziz adalah liabiliti kepada pembangkang. Cakap Nik Aziz sebenarnya merugikan bukan sahaja DAP tetapi juga PAS sendiri.

Konflik terbaru berkaitan judi juga sebenarnya memberi implikasi besar terhadap Pakatan. Nik Aziz terperangkap dalam keinginan memenangi hati Umat Islam dan menjaga hati DAP.

Kesimpulannya, saya berpandangan DAP dan PAS akan berpecah sebelum PRU 13.





Saturday, March 5, 2011

MERLIMAU DAN KERDAU, BUKTI PEMBERONTAKAN TIDAK PERLU.

" KETUA PENGHASUT JUGA MENGUNDI ? "


RAKYAT ADA RUANG SUARAKAN ISI HATI.

Hari ini pengundi di Kerdau dan Merlimau akan menunaikan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. Mereka bebas memilih siapa yang mereka mahu mewakili mereka.

Ini adalah Pilihanraya Kecil( PRK ) yang terakhir ( hendaknya ) sebelum Pilihanraya Umum ke 13 yang wajib diadakan selewat lewatnya pada tahun 2013.

Malaysia adalah sebuah negara yang muda. Usia kemerdekaan kita baru 54 tahun. Dalam tempoh itu, kita telah melalui 12 Pilihanraya Umum dan ratusan PRK.

Semua rakyat yang berumur 21 tahun ke atas WAJIB mengundi sebenarnya walaupun ada yang tidak berbuat demikian. Dalam setiap pilihanraya ada parti yang bertanding.

UMNO/BN yang merupakan parti pemerintah selama 54 tahun ini pernah kalah. Ini bermakna parti pembangkang sama ada bersendirian atau berpakat pernah menang.

Bahkan UMNO/BN pernah kehilangan lima negeri termasuk Pulau Pinang dan Selangor. Jika kehilangan Kelantan, barangkali kerajaan tidak begitu terkesan, tetapi melepaskan Selangor dan Pulau Pinang adalah kehilangan besar buat Kerajaan kerana kedua dua negeri ini amat maju dan mendatangkan hasil yang banyak.

Saya timbulkan perkara ini bagi membuktikan betapa bebasnya rakyat kita menyatakan pendirian. Mereka boleh menyatakan bantahan di kertas undi.

Jika kerajaan UMNO/BN tidak berkhidmat dengan baik, rakyat pasti dapat suarakannya melalui undi mereka. Pilihanraya kita adalah antara yang paling bebas di dunia.

DAP, PKR dan Pakatan mengakui hakikat ini. Mereka tidak pernah tidak menyertai pilihanraya kerana percaya kepada perjalanannya.( Walaupun pembangkang tak pernah mengaku )

Di Mesir, Libya dan kebanyakan negara Arab, pilihanraya diadakan sebagai wayangan sedangkan keputusan telah ditetapkan.
Sistem autokratik mereka menyebabkan rakyat tidak dapat membuktikan kekecewaan mereka.

Oleh yang demikian amat tidak berasas jika mana mana pemimpin pembangkang menyeru kepada pemberontakan. Di Malaysia,pemimpin pembangkang hidup sangat mewah walaupun mereka seringkali bercakap tentang penderitaan rakyat.

Hari ini kita akan menyaksikan, rakyat di Merlimau dan Kerdau membuktikan betapa, negara tercinta ini adalah milik kita bersama.


Friday, March 4, 2011

ANWAR DAN PEMBANGKANG PERLUKAN PERANG

" RAJA HASUT YANG KAYA RAYA "


TIADA CARA LAIN UNTUK BERKUASA

Hari ini media menyiarkan amaran tiga orang pemimpin kanan kerajaan terhadap mana mana pihak yang cuba menghasut dan membakar emosi rakyat agar bangkit memberontak.

Amaran ini mempunyai asas yang kukuh kerana pemimpin pembangkang sangat ghairah menjadikan pemberontakan di Mesir, Tunisia dan Libya sebagai alat merangsang penyokong mereka.

Walaupun telah jelas bahawa Israel dan Amerika Syarikat sedang merayakan keruntuhan di negara tersebut. Buktinya Israel beberapa kali menyerang Semenanjung Gaza mengakibatkan ke
matian dan kecederaan, tetapi ia tidak lagi menjadi bahan berita.

Pembangkang sama sekali tidak pernah menyebut betapa pemberontakan setakat ini tidak nampak mendatangkan faedah
kepada rakyat di negara berkenaan.

Saya berasa bimbang. Jika benar pembangkang mampu menghim
punkan 500 ribu anak muda untuk bersama mereka, hakikatnya
jutaan lagi anak muda tetap bersama kerajaan UMNO/BN.

Siapakah yang dapat mempastikan bahawa berjuta anak muda ini
tidak bangkit mempertahankan Kerajaan sedia ada ? Saya dapat melihat riak awal kebangkitan anak muda yang selama ini senyap
dan tidak bersuara.

Di Merlimau dan di Kerdau , anak muda ini mula menunjukkan diri
mereka. Pembangkang melakukan kesilapan besar apabila menyangka anak muda yang menyokong UMNO tidak mempunyai
keberanian.

Anak anak ini mula menghalang ceramah pembangkang. Mereka juga sudah mengepung kereta Ketua Pembangkang , Anwar Ibrahim. Anak anak muda ini juga bermaruah dan berdarah panas.

Pembangkang yang menyeru kebangkitan telah mula melihat kebangkitan. Cuma kebangkitan yang berlaku ialah kebangkitan menentang mereka.

Kita memahami Anwar Ibrahim dan pembangkang perlukan pem
berontakan untuk membantu mereka berkuasa. Namun yang
telah bermula ialah kebangkitan menghalang mereka.

Saya menjadi bimbang. Jika tiada tindakan proaktif dari pihak kerajaan, perang saudara tidak mustahil akan berlaku.

Pada ketika itu, segalanya telah terlambat. Kita perlukan puluhan tahun pula untuk memulihkan keadaan.

Kerajaan mempunyai pilihan terbatas. Bertindak sekarang atau redha melihat anak bangsa hidup menderita.



KEMENJADIAN NAJIB DAN KECELARUAN PEMBANGKANG..

TIADA SESUATUPUN BERLAKU SIA SIA.

Kita umat Islam diasuh sejak kecil bahawa tiada suatu perkarapun yang berlaku di atas mukabumi ini berlaku sia sia. Kita diajar bahawa segalanya mempunyai makna melainkan kita tidak mahu berfikir.

Demikianlah saya melihat situasi politik semasa di negara kita. Seakan sesuatu yang agak luarbiasa apabila tsunami politik melanda negara dalam PRU 12.

Ia adalah kejutan. Kejutan yang amat mendidik.

Kemudiannya kita menghadapi begitu banyak PRK yang menjulang nafsu Pakatan Pembangkang, yang akhirnya melekakan mereka.

Akhir akhir ini beberapa PRK terkemudian, menyaksikan UMNO/BN mencipta kejayaan luar biasa. Yang menarik, kesemua
PRK ini menampilkan calon yang tidak tersenarai sebagai 'bakal
calon'.

Jika Merlimau dan Kerdau menghasilkan keputusan yang sama, maka kita boleh katakan bahawa ini adalah ' kemenjadian ' DS Najib sebagai nakhoda parti dan kerajaan.

Ia tidak berlaku ' sia sia' melainkan membawa makna besar jika kita mahu berfikir. Antara maknanya barangkali ialah seorang pemimpin kena , wajib tulus dan tulen.

Kualiti ini sangat jelas ada pada DS Najib. Tidak berlakon, tidak berlebihan dan tidak pula berkurangan. Pada masa Kerajaan tidak mampu, Najib hanya menguruskan ' saguhati' kepada kakitangan kerajaan.

Pada masa kerajaan tidak mampu menanggung subsidi, harga minyak dan barangan dinaikkan dengan kadar yang bersesuaian.

Setakat ini, umum sedar DS Najib bercakap benar. Ini juga ciri pentadbiran Tun Mahathir pada masa dahulu.

Di sudut yang lain Pakatan Pembangkang sedang bertungkus lumus mencari titik mula pergerakan mereka. Segalanya menggambarkan betapa Pakatan sebenarnya tidak pernah sepakat.

Masing masing hilang fokus kecuali DAP yang mengekalkan sikap
chauvinis Cina. PAS dan PKR sebenarnya benar benar bergantung kepada DAP.

PAS paling ketara sangat bercelaru kerana PKR memang tidak sesuai dinilai sebagai sebuah parti. Ia adalah secebis kumpulan yang ditubuhkan bagi menyokong survival seorang individu.

Akhir akhir ini kita menyaksikan PAS telah mengheret dunia untuk sama bergelumang di Kerdau dan Merlimau. Pemberontakan di Tunisia, Mesir, Libya dan Bahrain menjadi bahan ceramah.

Kamal Artaturk dan Dr Yussuf Qardhawi yang tidak mengenali PAS ikut dibawa berpencak. Saya mendengar calon calon mereka terkilan kerana tidak dijadikan bahan ceramah pemimpin PAS.

Segalanya menjadi serba tidak kena. Saya yakin Nik Aziz dan Haji Hadi telah kehabisan bahan. Dengan yang demikian PAS tidak lagi kelihatan yakin dengan keupayaan mereka untuk memenangi pilihanraya.

Lantas, akhirnya sistem demokrasi dipersalahkan. PAS mengajak
rakyat bangkit memberontak. Diawali dengan menyokong HINDRAF. Hakikatnya setakat ini mereka kelihatan gagal.

Anwar Ibrahim sedang dimalukan oleh Karpal Singh dan barisan pembelaannya. Tidak cukup dengan perbicaraan, Karpal meminta bicara dalam bicara. Anwar hampir ketiadaan wajah sebenarnya.

Saya berpandangan Anwar sedang menuju ke noktah karier politiknya.

Kemenjadian Najib dan kecelaruan pembangkang. Mari kita satukan hati dan fikiran kita. Insyaallah kita sedang menuju ke arah Malaysia yang gemilang.