Followers

Sunday, March 13, 2011

KEPADA PAS, MAAFKAN SAYA..

" HANYA MALUKUT "


KERANA TERSALAH FIKIR..

Saya manusia biasa . Saya bukan sempurna. Saya sedar kadangkala saya melakukan kesalahan dan kesilapan. Dengan segala kerendahan hati , saya mohon keampunan daripada ALLAH SWT dan kemaafan daripada seluruh ahli dan pimpinan PAS di seluruh negara.

Suatu masa saya pernah menyangka bahawa di dalam PAS ada satu kumpulan
pemimpin yang merupakan ' pemikiran kedua ' bagi PAS. Mereka yang saya maksudkan misalnya Dr Harun Din, Tuan Ibrahim Tuan Man dan beberapa tokoh lain yang kebanyakannya berpendidikan agama.

Sangkaan saya ialah apabila Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat sampai ke
peringkat tidak lagi mampu berfikir secara rasional dan tidak lagi berpegang kepada Ajaran Islam sebenar kesan kemerosotan pemikirannya, maka kumpulan ini akan bangkit bagi mempertahankan agama.

Malangnya saya telah tersalah anggap. Rupanya apa yang berlaku terhadap
Nasharuddin Mat Isa memberi kesan luarbiasa terhadap PAS seluruhnya.

Nasharuddin Mat Isa yang memberi idea tentang keperluan ' perpaduan Melayu Islam' telah mengundang maki hamun dan kemarahan Nik Aziz.

Nik Aziz sampai menganggap Nasharuddin Mat Isa sebagai sampah yang tidak sepatutnya berada di dalam PAS. Nasharuddin tidak dibenarkan hadir dalam majlis rasmi PAS untuk satu jangkamasa yang lama.

Peristiwa ini menyebabkan apa yang saya sangkakan sebagai kumpulan pemikiran yang kedua tadi menjadi takut, gementar dan hilang suara.

Implikasinya PAS redha dengan apa jua yang dikatakan oleh Nik Aziz. Penggunaan kalimah ALLAH, berkawan dengan syaitan dan banyak perkara sebenarnya jauh dari tuntutan agama tetapi digunapakai kerana ia adalah tuntutan Nik Aziz.

PAS telah akhirnya menjadi parti Nik Aziz yang sama sekali kehilangan makna. PAS hakikatnya sedang menuju ke satu titik yang merupakan titik akhir kewujudannya.

Saya nampak bahawa jangka hayat PAS semakin singkat. Jadi maafkan saya kerana pernah mempunyai kepercayaan yang salah terhadap PAS.

Hakikatnya PAS adalah parti yang bulat. Parti yang mempunyai satu pemikiran dominan. Pemikiran yang tidak lagi boleh digunakan.




3 comments:

Anonymous said...

kata maaf sepatutnya keluar daripada mulut mereka.....yang secara sedar mengkhianati agama Islam yang BENAR.....

betapa diri tertipu....dengan segala ilmu serta amal mereka....sehingga kan meletakkan kan semuanya itu mengatasi keimanan.....sedangkan hati bertambah angkuh...mendabik dada........mengatakan mereka mulia....yang lain hina....

buat mereka....:
jangan berbicara tentang perjuangan...jika belum teruji dan diuji.....

jangan berbicara tentang kebenaran....jika yang hanya ada taksub....fanatik....angkuh dan seangkatan dengan nya.....

wallahu'alam....

ALahaI sI LunCAi said...

YA ALLAH !

KALAU RAMAI ORANG MACAM KO ANUN, HANCUR LAMA DAH PAS NI. APAH TAK GUNA DEPA NI YANG BETOINYA!

MEROSAKKAN UMMAH JER..

Anonymous said...

Tulisan yang bercampur dengan fitnah dan tuduhan.
Sama sahaja penulis dengan orang yang komen.

Masing masing pengampu UMNO.