Followers

Tuesday, May 4, 2010

Syed Azidi..Usah terperangkap



Sekali lagi Syed Azidi menjadi tumpuan. Kickdefella adalah sebuah blog yang tiba tiba menjadi terkenal kerana pendedahan yang dikatakan berani dan telus. Namun gegar gegar pendedahan Kickdefella sehingga kini gagal dibuktikan pesalahnya. Siasatan polis dan SPRM menemui jalan buntu.

Kali ini Syed Azidi mendedahkan pembiayaan sebanyak 4 juta ringgit untuk melaksanakan segala usaha memburukkan pentadbiran Pak Lah. Timbul persoalan :-

1. 4 juta digunakan untuk tempoh 3 tahun dengan pembiayaan dari A hingga Z
Adakah ini satu jumlah yang besar ?

2. Adakah dosa PAS hanya memburukkan pentadbiran Pak Lah ?

3. Adakah perbuatan memburukkan parti lawan dalam konteks demokrasi merupakan satu kesalahan?

4. Adakah sebarang bukti bahawa wang kerajaan digunakan untuk tujuan berkenaan ?

Ada pemimpin UMNO termasuk peringkat tinggi begitu ghairah membicarakan perkara ini. Kebimbangan saya :-

1. Syed Azidi memang alat PAS untuk mencetus isu kecil bagi menutup isu yang lebih besar dan penting. Sebagai contoh apabila PAS bersekongkol dengan DAP secara serius.

2. Syed Azidi adalah alat bagi mencipta isu bagi menutup perbicaraan Anwar Ibrahim yang akan bersambung.

3. Syed Azidi sengaja mencetuskan isu bagi mengalih tumpuan pimpinan UMNO memberi fokus kepada persidangan cawangan dan bahagian yang amat penting bagi menyusun dan mengukuhkan semula parti

4. Syed Azidi memang merancang isu ini bagi menyatukan semula penyokong PAS yang semakin hilang kepercayaan kepada parti ini akibat mengorbankan ideologi asal mereka.

Sekiranya andaian ini benar, maka saya fikir adalah lebih baik bagi UMNO terutama pimpinannya tidak terperangkap dalam isu ini sebaliknya memberi tumpuan kepada UMNO yang kelihatan semakin bersendirian sejak akhir akhir ini.

UMNO , Selamat Bersidang



" Ini bermaksud dari aspek transformasi melalui pindaan perlembagaan, UMNO adalah jauh lebih terkehadapan berbanding parti parti pembangkang " Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Naib Presiden UMNO.

Kenyataan di atas tersiar dalam kebanyakan media utama 4 Mei 2010. Walaupun ada kebenaran daripada kenyataan ini, namun ia sebenarnya tidak mempunyai sebarang makna dalam kita memperkatakan survival UMNO seluruhnya.

Bahkan saya berpandangan keinginan kita untuk bersaing dengan pembangkang dari sudut organisasi sebenarnya akan menghalang kita melihat keperluan sebenar UMNO. Jika kita gagal mengesan sesuatu penyakit, pasti kita akan gagal memberikan penawar yang tepat. Kita terdedah kepada keracunan dan mungkin membawa maut kerana tersalah ubat.

Saya tidak fikir pimpinan tertinggi UMNO terlepas pandang bahawa usaha transformasi yang dibanggakan sebenarnya telah menimbulkan banyak masalah baru. Sebagai contoh usaha ' pemutihan ahli ' mengakibatkan ramai ahli tergugur dengan sendirinya. Ada ahli dikatakan khianat sedang sebenarnya masih setia menjadi ahli.

Pendaftaran baru terganggu dengan penapisan peringkat bawah yang sebenarnya tidak perlu. Ahli UMNO gagal diberi kefahaman tentang pindaan perlembagaan kerana sebenarnya UMNO pusat sendiri tidak serius melaksanakan penerangan.

Saya menjadi pelik apabila dalam keadaan UMNO lemah dari sudut ' jiwa dan rohnya ' kita ghairah menghias kulit UMNO. Mari kita bertanya kepada Majlis Tertinggi, selepas pindaan perlembagaan dibuat berapa orang ahli UMNO berjaya didaftar sebagai pengundi ?

Lintau Perak dalam blognya mengingatkan bahawa DAP tidak mempunyai banyak cawangan khasnya di kawasan Melayu , tetapi DAP telah berjaya menubuhkan cawangan dalam hati nurani Orang Melayu. UMNO kenalah beringat..