Followers

Thursday, August 26, 2010

PETANDA AMAT BAIK BUAT UMNO

Sewaktu memulakan kempen menyedarkan pimpinan dan ahli UMNO tentang potensi amat baik bagi UMNO untuk menang besar PRU 13, saya sebenarnya bercakap dari hati kecil yang amat yakin. Selagi pimpinan dan ahli UMNO mempunyai kesanggupan untuk menilai dan menganalisis jauh ke dalam diri masing masing.

Masing masing cuba mengelak daripada melihat kepada orang lain kecuali untuk hal hal yang amat positif. Sebagai contoh :-

1. Jika bercakap tentang calon kita sentiasa rasa ada rakan kita lebih layak berbanding kita.
Kita sentiasa berfikir bahawa jika sesiapapun menjadi calon kita wajib bekerja keras untuk
memenangkannya demi parti yang kita kasihi.

2. Bila bercakap tentang jentera dan kerja parti kita selalu merasakan bahawa kita yang patut
memulakannya tanpa memikirkan apa ganjaran yang akan kita perolehi.

3. Jika ada masalah dalam parti kita berasa bertanggungjawab untuk menyelesaikannya
bersama rakan rakan. Kita tidak sama sekali menjadi unsur pemecah belah dalam parti.

Tiga perkara asas di atas adalah syarat awal jika kita ingin menang. Saya akan menggariskan ratusan lagi syarat lain yang wajib kita penuhi. Mari kita bermula. Usah bimbang. Kenyataan media Faizal Tahir adalah bonus besar kepada UMNO. Katanya " Bila saya pergi ke Gaza sedarlah saya betapa bertuahnya menjadi anak Malaysia. Saya tidak faham mengapa ada orang merungut menyalahkan kerajaan dalam banyak perkara sedangkan kita telah dapat yang terbaik".

Ayuh saudara, apa lagi . Mari kita mulakan sekarang.