Followers

Monday, March 7, 2011

MARI KITA BELAJAR

ALAM ADALAH GURU YANG HEBAT.

Tidak semua perkara dapat dicapai oleh pemikiran kita tambahan pula jika perkara itu tidak pernah kita alami atau tempuhi.

Orang kaya sedikit sebanyak akan bersimpati dengan orang papa kedana tetapi tidak mungkin dapat merasai deritanya kelaparan.

Orang bujang yang banyak membaca novel cinta atau buku tentang perkahwinan, belum tentu dapat menikmati indah dan manisnya perkahwinan.

Doktor pakar perbidanan saban hari membantu ibu bersalin tetap tidak mampu menceritakan bagaimana sakitnya bersalin.

Demikianlah anak anak kita, barangkali mereka belajar sejarah, sosiologi, sehingga ke peringkat Doktor Falsafah dan digelar Dr.
tetapi mereka tidak akan mampu 'menghayati' betapa sukarnya masalalu dan betapa bertuahnya mereka hari ini.

Sebahagian daripada tuah itu ialah kerana kita mempunyai Kerajaan yang kukuh, jelas, tegas dan melihat rakyat adalah segala galanya.

Jika DAP,PKR dan PAS menyatakan bahawa semua kerajaan adalah sama, maka hakikatnya kerajaan PAS di Kelantan, Kerajaan DAP di Pulau Pinang dan Kerajaan PKR di Selangor masing masing telah memerintah dengan pelbagai masalah yang sebahagiannya tidak dapat mereka atasi.

Masalah air di Kelantan misalnya, masalah pasir di Selangor dan masalah pembersihan dan pengusiran etnik Melayu di Pulau Pinang adalah bukti betapa tidak semua kerajaan adalah sama.

Libya adalah negara paling kaya dengan minyak paling berkualiti di dunia tetapi rakyatnya antara yang paling miskin dan lapar.

Mesir menjalankan pilihanraya tetapi rakyat tidak pernah dapat memilih sesiapa yang mereka ingini.

Tunisia adalah kerajaan autokratik pimpinan isteri Presiden yang kaya raya tetapi rakyatnya gagal membeli walaupun sebuku roti.

Saya cetuskan perkara ini sebagai penghargaan kepada anak anak muda yang mula meninggalkan politik ganas dan benci yang cuba dibawa oleh pembangkang.

Saya melihat bahawa anak anak muda kita telah berfikir sebelum bertindak. Saya dapati anak muda kita , walaupun tidak pernah berasa begitu susah dan derita tetapi matang membuat keputusan.

Beberapa PRK kebelakangan ini dan ajakan perhimpunan yang gagal membuktikan anak anak kita jauh lebih matang daripada apa yang pernah kita sangka.


PAS DAN DAP AKAN BERPISAH AKHIRNYA.



Selepas beberapa PRK , umum menyedari bahawa Pakatan Pembangkang bukanlah sebuah pakatan dalam erti kata yang sebenarnya.

PAS dan DAP sebenarnya tidak pernah mencapai kata sepakat. Manakala PKR tidak pernah bermakna selain Anwar Ibrahim.

Ramai juga menganggap PAS dan DAP berbeza daripada sudut ideologi. Ini adalah pandangan yang tidak tepat kerana hakikatnya PAS tidak pernah mempunyai sebarang ideologi.

Saya yakin DAP bosan dengan PAS yang menjanjikan banyak perkara tetapi tidak pernah membuktikan apa apa. Tugasan utama PAS ialah memecahkan undi Melayu, ternyata tidak berjaya dilakukannya.

Kecenderungan PAS merangsang rakyat bangkit memberontak sebenarnya sangat mengecewakan DAP. Jika ini berlaku DAP paling terkesan kerana sudah pasti kegiatan ekonomi akan terjejas dengan teruk.

Dalam masa yang sama DAP masih teringat peristiwa 13 MEI 1969 yang menyaksikan Kerajaan BN akhirnya menyusun strategi yang menambahkan kekuatan orang Melayu.

Sikap Nik Aziz akhir akhir ini juga memeningkan DAP. Apa juga kenyataan Nik Aziz adalah liabiliti kepada pembangkang. Cakap Nik Aziz sebenarnya merugikan bukan sahaja DAP tetapi juga PAS sendiri.

Konflik terbaru berkaitan judi juga sebenarnya memberi implikasi besar terhadap Pakatan. Nik Aziz terperangkap dalam keinginan memenangi hati Umat Islam dan menjaga hati DAP.

Kesimpulannya, saya berpandangan DAP dan PAS akan berpecah sebelum PRU 13.