Followers

Monday, November 15, 2010

PAS DISERANG ANGIN AHMAR

" ANGIN AHMAR ADALAH PENYAKIT YANG SUKAR DIPULIHKAN "
- Gambar hiasan



SEKARANG HANYA MAMPU BERCAKAP TETAPI
TIADA UPAYA BERGERAK

Satu ketika dahulu saya berpeluang menjaga seseorang yang diserang angin ahmar yang menyebabkan dirinya lumpuh seluruh badan.

Menurut doktor yang merawat pesakit ini, punca angin ahmar tersebut ialah tekanan darah tinggi yang naik secara mendadak akibat tekanan perasaan yang melampau.

Nasihat doktor kepada orang yang menjaga pesakit angin ahmar ialah antaranya :-

1. Pesakit biasanya mempunyai emosi yang tidak stabil dan cenderung untuk naik marah dengan cepat.

2. Pesakit boleh maut pada bila bila masa kesan ketidakstabilan emosi yang melampau .

3. Akan sampai satu ketika pesakit hilang semua keupayaannya termasuk kebolehan untuk bercakap.

Nasihat doktor kepada kami, sebagai langkah pencegahan ialah amalkan gaya hidup sihat dan pastikan kita mengimpikan sesuatu yang boleh dicapai bagi mengelakkan kekecewaan melampau.

Apa pulak kaitannya dengan PAS? Saya dapati, selepas kalah teruk di Galas, PAS seakan akan diserang angin ahmar. Mereka bercakap tanpa dapat dikawal sehingga ke peringkat tidak munasabah.

Dan dalam masa yang sama nampaknya mereka gagal melakukan sebarang tindakan. Sebagai contoh apabila banjir melanda Kedah.
PAS gagal melakukan apa apa selain menjawab kritikan dan rintihan rakyat.

PAS seakan hilang ingatan. Mari kita bayangkan cara bagaimana PAS memberi reaksi apabila Ahmad Maslan menawarkan untuk berbincang. PAS seperti parti yang sedang menguasai negara. PAS seperti baru sahaja menumbangkan UMNO di Galas.

PAS sedang sakit. Walaupun kita tidak terlibat merawatnya , usahlah kita menambah kesakitan yang ada. Kepada Ahmad Maslan, mari kita bersama menjaga kesihatan kita. Jiwa, mental dan fizikal yang sihat akan membolehkan kita memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.


MEMAKNAKAN KUASA

" KITA DAH KEHABISAN SARANG TEBUAN SEBENARNYA "


PRAKTIS YANG GAGAL DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN UMNO/ BN

Alor Setar 14 NOV - Beberapa petugas media termasuk jurugambar Utusan Malaysia hari ini dihalang daripada membuat liputan perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Penggal Ketiga Mesyuarat Bajet 2011 oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Di atas adalah petikan berita yang saya petik daripada akhbar Utusan Malaysia, 15 November 2010. Inilah maknanya kuasa. Apabila Kerajaan Pakatan berkuasa , mereka telah menggunakan kuasa mereka sepenuhnya.

Esok pasti kita akan mendengar kritikan, luahan rasa, teguran daripada pemimpin pemimpin UMNO yang selama ini tidak pernah berani menggunakan kuasa yang ada. Atau mungkin pemimpin UMNO ingin dilihat sebagai BUDIMAN sehingga kadangkala menimbulkan rasa bosan dalam kalangan penyokong.

Banyak perkara yang ditimbulkan oleh pemimpin Pakatan. Menghasut, menghina, memperlekeh dan memperolok samada pemimpin UMNO atau Kerajaan atau perlembagaan. Pemimpin UMNO dan kerajaan akan sekadar memberi amaran. Ratusan kali.

Ungkapan " JANGAN JOLOK SARANG TEBUAN ", sudah amat jemu kita dengar. Kenyataannya telah habis barangkali sarang tebuan dijolok, tindakan tetap tiada.

LIM GUAN ENG PADA 14 NOV TELAH MENYATAKAN BAHAWA UMNO HANYA MENGUTAMA ORANG MELAYU DAN MELAKUKAN DISKRIMINASI TERHADAP KAUM LAIN. SANGAT MENGHASUT KENYATAAN INI. TAPI KITA TUNGGULAH APA AKAN BERLAKU SELEPAS INI. KITA TUNGGULAH...

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Kedah. Mereka menggunakn kuasa yang mereka miliki. Mereka akan mengekalkan kuasa mereka sebenarnya.

UMNO dan kerajaan, HIDUPLAH SEBAGAI ORANG BUDIMAN. TUNGGULAH PARA PENYOKONG BERASA TAWAR HATI , KERANA UMNO INI TIDAK BERKUASA SEBENARNYA.