Followers

Sunday, October 10, 2010

PAS TAKUT KEPADA ISLAM



RASUAH NIK AZIZ PASTI TERSINGKAP

Seorang pemimpin kanan PAS Kelantan melahirkan kebimbangan tentang peluang PAS mempertahankan DUN Galas dengan alasan ramai pengundi PAS sedang menunaikan ibadah haji.

Memang kebimbangan Haji Fatah Harun ini ada asasnya. Tetapi bukan kerana ramainya pengundi PAS menunaikan fardhu haji tetapi ibadah dan musim haji ini mempunyai banyak makna yang tidak memihak kepada PAS. Ia bukan sahaja kepada pengundi Galas bahkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

UMNO sudah pasti tidak akan menggunakan agama sebagai bahan kempen tetapi dunia mengetahui Malaysia yang diperintah oleh UMNO/BN adalah satu satunya negara dalam dunia yang mempunyai badan khusus untuk membantu umat Islam menunaikan Rukun Islam ke 5 ini.

Lembaga Urusan Tabung Haji ( LUTH ) membantu umat Islam sejak mereka berniat dan mula menabung. Tanpa LUTH bukan mudah penoreh getah, nelayan dan petani untuk menunaikan ibadah ini. Menabunglah kepada Tabung Haji. 10/20 ringgit sebulan pun diterima sementara menunggu anak anak membesar dan menambahkan simpanan.

UMNO/BN tidak pernah menyebut bahawa melalui Tabung Haji , jutaan umat Islam telah dibantu untuk mencapai impian mereka menundukkan wajah, merendah diri di hadapan ALLAH.

Selain itu LUTH juga mendidik dan membimbing jamaah agar dapat melaksanakan ibadah ini dengan tertib dan cara yang betul. UMNO tidak pernah berkempen menggunakan agama kerana UMNO selamanya sedar bahawa Islam ialah untuk diamalkan bukan untuk dijual beli.

PAS yang selamanya beretorik dan bercakap tentang daulah Islamiyah sehingga kini masih gagal walaupun mendirikan sebuah masjid.

Tentunya PAS berasa gusar dan gentar. Musim Haji ini akan mengingatkan kembali rakya kepada ' PAKEJ BERKAT NIK AZIZ YANG BERNILAI 65 RIBU RINGGIT YANG DIHADIAHKAN OLEH SEBUAH SYARIKAT KAUM KERABAT UNTUK MENDAPATKAN KEBERKATANNYA '.
{ Akhirnya tidak jadi apabila rakyat bangkit mempersoalkan }

Rakyat tahu, walaupun UMNO tidak pernah menyebutkan bahawa dengan menerima pakej ini, Nik Aziz telah menghalang 7 orang daripada menunaikan ibadah haji. Bayangkan jika Nik Aziz menyalurkan ' hadiah ini' kepada orang yang memang memerlukan.

Inilah ketakutan PAS, walaupun UMNO tidak akan menggunakannya untuk menang. Rakyat telah tahu dan rakyat amat terkilan.

Musim haji selamanya akan menjadi mimpi ngeri kepada PAS. Dalam masa yang sama ia akan terus menjadi bukti bahawa tanpa slogan, tanpa retorik , UMNO telah bangunkan Islam melalui perancangan dan tindakan yang rapi.

" KEPADA PARA JEMAAH, PERGILAH BERIBADAH, BERDOALAH DI TANAH SUCI AGAR KITA AKAN TERUS BERJUANG DEMI AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR TERCINTA "