Followers

Wednesday, November 24, 2010

KHALID SAMAD

" MALANGNYA PENGUNDI SHAH ALAM "


LAMBANG KEDANGKALAN PEMIKIRAN PAS

Saya membaca artikel yang ditulis oleh seseorang yang bernama Khalid Samad dalam Harakahdaily. Walaupun saya tahu selama inipun Harakahdaily sarat dengan bahan murahan tetapi saya mengharapkan agar KHALID SAMAD INI IALAH KHALID SAMAD YANG LAIN SELAIN AHLI PARLIMEN SHAH ALAM.

Memang biasa beberapa orang yang sama berkongsi nama yang sama. Tulisannya menggambarkan betapa rendahnya tahap pemikiran si penulis dalam membuat kritikan terhadap UMNO sebagai parti yang dominan dan merupakan sebuah parti yang paling lama memerintah dengan izin ALLAH.

Hasrat di sebalik penulisan itu ialah Khalid dan Harakahdaily ingin menggambarkan UMNO sebagai parti yang amat kemaruk. Beliau cuba membuktikan melalui beberapa hujah :-

1. UMNO memberikan liputan terhadap kemelut PKR menggambarkan UMNO/BN takut kepada PKR.

2. Kerajaan Kedah telah sangat berjaya membantu mangsa banjir. PAS Shah Alam sendiri telah menyumbangkan 20 ribu ringgit sebagai bantuan ( Maaf , 20 ribu sahaja )

3. Penyelewengan PKNS sepatutnya tidak jadi isu kerana sebelum ini pun penyelewengan berlaku ( semasa pemerintahan BN )

4. Samseng UMNO kembali mengganas.

Saya cuba untuk memberi reaksi kepada perkara di atas dan saya cuba merendahkan aras pemikiran saya agar setara dengan Khalid Samad dan Harakahdaily.

1. UMNO/BN tidak pernah begitu memberi perhatian kepada PKR kerana beranggapan parti cebisan yang terbina atas tapak dendam kesumat itu memang pendek jangkahayatnya.

Yang memberi perhatian kepada PKR, terutama kisah pemilihannya adalah media kerana bahan beritanya amat luar biasa, pelik dan menarik perhatian rakyat. Bahkan ahli dan pimpinan PKR sendiri mencari media untuk meluahkan perasaan setelah parti itu tidak memberi ruang kepada ahli untuk bersuara. Sama seperti PAS dan DAP, PKR juga hanya memberikan ahli HAK UNTUK MENDENGAR SAHAJA.

2. Kerajaan PAS Kedah sebenarnya telah gagal membantu dan menangani masalah banjir yang berlaku. Ini adalah isu nasib dan kebajikan rakyat sebuah negeri. Ini bukan isu parti seperti yang Khalid fahami. Masalah makan minum, kesihatan dan kemampuan rakyat memulakan hidup baru adalah perkiraan yang sepatutnya kerajaan Kedah utamakan.

Nyata kerajaan PAS Kedah ' tidak bersedia sama sekali' sehinggalah bantuan Kerajaan Pusat sampai ke Kedah. Khalid sebenarnya menghina PAS Shah Alam apabila hanya MENGELUARKAN SEBANYAK 20 RIBU SAHAJA SEBAGAI BANTUAN DAN MENGUMUMKANNYA KEPADA RAKYAT SELURUH NEGARA. 20 RIBU KEPADA SAYA ADALAH 1/3 DARIPADA BELANJA NIK AZIZ MENGERJAKAN HAJI. MAAF, UNTUK SEORANG NIK AZIZ YANG TELAH BERKALI KALI MENGERJAKAN HAJI SEDANGKAN KEWAJIPANNYA HANYA SEKALI SAHAJA.

3. Penyelewengan PKNS sebenarnya adalah satu dosa termasuk yang dilakukan oleh pengurusan sebelum ini. Secara relatif ini adalah yang tertinggi dalam sejarah PKNS. Isunya ialah perbelanjaan SERBA MEWAH UNTUK DIHABISKAN BAGI MEMENUHI NALURI SERONOK INI DIKELUARKAN DALAM KEADAAN PAS , PKR DAN DAP MENYALAK KE SELURUH NEGARA BAHKAN KE SELURUH DUNIA TENTANG KEKEJAMAN KERAJAAN UMNO/BN, MEMBAZIRKAN WANG RAKYAT SEDANGKAN RAKYAT HIDUP MELARAT.

APA YANG BERLAKU IALAH SEWAKTU TANGAN KANAN PAKATAN MENYUMBANG SERINGGIT TANGAN KIRINYA MENCURI 10 RINGGIT. INI BERLAKU DALAM KEADAAN BARU BERKUASA SELAMA LEBIH KURANG 3 TAHUN SAHAJA. BAYANGKAN BANYAK MANA AKAN DIBAZIRKAN JIKA MEMERINTAH LEBIH LAMA.

4. Isu ADUN DAP dipukul telah menjadi kes polis. Saya tidak akan mengulas bagi mengelakkan gangguan terhadap siasatan. Cuma saya sekadar ingin mengingatkan SABAR MELAYU AMAT TINGGI TETAPI APABILA MARUAH MELAYU DICABAR IA AKAN JADI AMAT BERANI. USAH CUBA MENCABAR MARUAH MELAYU.

Saya harap Khalid dapat memahami bahasa mudah saya. Sekali lagi saya berdoa agar Khalid Samad ini bukan Khalid Samad AP Shah Alam kerana jika beliau adalah AP Shah Alam, malanglah penduduk Shah Alam kerana Wakil Rakyatnya tidak begitu cerdik.