Followers

Sunday, November 28, 2010

KERANA DAP , NIK AZIZ PALSUKAN AL QURAN

INILAH YANG NIK AZIZ DAPAT DI TANAH SUCI MEKAH .



Kebimbangan saya akhirnya berlaku. Akan sampai satu masa akhirnya Nik Aziz akan menggadai agama demi mendapatkan sokongan daripada DAP.

ALLAH tidak makbulkan doa saya, bilamana nampaknya Nik Aziz tidak berubah setelah kembali dari Tanah Suci. Kelemahan saya barangkali bilamana Nik Aziz bertambah jauh tersasar.

Atau harapan saya yang kedua, Malaysiakini telah tersalah lapor. Kemungkinan wartawan Malaysiakini tersilap dengar atau tidak dapat memahami maksud sebenar Nik Aziz.

Tetapi sekiranya benar itu ucapan Nik Aziz semasa Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan, maka menjadi kewajipan kita umat Islam untuk bangkit nyatakan pendirian.

Kerajaan melalui JAKIM dan Majlis Fatwa WAJIB , KERANA ALLAH MEMPERTAHANKAN KESUCIAN AGAMA. TINDAKAN MESTI DIAMBIL APABILA PENYELEWENGAN DIBUAT SECARA TERANG TERANGAN OLEH NIK AZIZ.

BAYANGKAN BILAMANA NIK AZIZ MENYATAKAN BAHAWA ISLAM TIDAK PERNAH MENYEBUT BANGSA DAN KAUM KERANA DALAM ISLAM SEMUA MANUSIA ADALAH SAMA.

NIK AZIZ TELAH MENOLAK FIRMAN ALLAH

" WAHAI MANUSIA ( TERMASUK SEMUA BANGSA DAN AGAMA), SESUNGGUHNYA KAMI MENCIPTAKAN KAMU DARI SEORANG LELAKI DAN SEORANG PEREMPUAN DAN MENJADIKAN KAMU BERBANGSA BANGSA DAN BERSUKU SUKU, SUPAYA KAMU SALING KENAL MENGENAL.
SESUNGGUHNYA ORANG YANG PALING MULIA DI ANTARA KAMU IALAH ORANG YANG PALING BERTAQWA - AL HUJERAT

NIK AZIZ JUGA TELAH MENAFIKAN SABDA RASULULLAH-

" SEBAIK BAIK KAMU IALAH ORANG YANG MEMPERTAHANKAN SUKU DAN BANGSA, SELAGI TIDAK DALAM PERKARA YANG MENDATANGKAN DOSA" - HADIS RIWAYAT ABU DAUD.

NIK AZIZ TELAH SESAT. NIK AZIZ TELAH HANYUT DALAM PUJA PUJI PENGIKUT YANG TAKSUB DAN IKUT SAMA SESAT BERSAMANYA.



ANWAR TELANJANG DI KONGRES PKR

" BAGI ANWAR, KITA ORANG KAMPUNG ADALAH HAMBA YANG HINA "



BELANG SEBENAR TERSERLAH

Saya menyedari betapa bahayanya Anwar Ibrahim kepada agama, bangsa dan negara. Saya menyedari betapa ruginya umat Melayu mempunyai seseorang seperti Anwar Ibrahim

Saya menyedari betapa Anwar tidak pernah memperjuangkan apa apa selain dirinya.

Tapi saya SAMA SEKALI TIDAK MENYANGKA BETAPA HINANYA RAKYAT BAWAHAN KEPADA ANWAR. SAYA TIDAK MENYANGKA PENCUCI LONGKANG, PETANI, PESAWAH, NELAYAN, ORANG KAMPUNG ADALAH HAMBA DI MATA ANWAR.

UCAPAN ANWAR PADA HARI TERAKHIR KONGRES PKR MERUPAKAN PENGHINAAN YANGTIDAK DAPAT DITERIMA. APABILA ANWAR BERTANYA " TUAN KAH PENCUCI LONGKANG ?PENCUCI LONGKANG SENGAJA DISERONOKKAN OLEH UMNO KERANA DIKATAKAN TUAN MELALUI KETUANAN MELAYU "ITULAH YANG DIUCAPKAN OLEH ANWAR IBRAHIM DI HADAPAN UMAT MELAYU KHASNYA.

Benarlah bahawa apa yang dilaungkan selama ini adalah palsu dan retorik kosong. Perjuangan untuk golongan miskin melarat adalah tipu daya Anwar semata mata. Anwar menganggap rakyat bahawan adalah hamba.

Jika saya berpeluang melaung dan menjerit, saya ingin jeritkan ke seluruh negara, kepada umat Melayu khasnya , mari kita bangkit memberontak. Tumbangkan Anwar dan sekutunya yang memandang hina kepada kita.

Mari kembali mengangkat UMNO yang selama ini menjulang rakyat.

Kepada UMNO:- PENCUCI LONGKANG, PENYAPU SAMPAH,PENOREH GETAH,NELAYAN, PENANAM PADI DAN SEMUANYA ADALAH TUAN.

Rakyat bebas melaksanakan kehidupan seperti mana yang mereka inginkan.Rakyat berhak mendapat pendidikan, rakyat berhak mendapat rawatan, rakyat berhak mencapai impian.

Rakyat adalah tuan kepada UMNO khasnya umat Melayu. Jutaan anak Melayu di menara gading adalah anak marhaen daripada ceruk kampung dan desa.

Bukan sedikit pegawai Kumpulan A, usahawan berjaya, jutawan dan karyawan asalnya adalah darah keturunan Melayu kampung yang Anwar hina semalam.

Jangan berpatah hati kerana menjadi pencuci longkang. Jangan kecewa menjadi rakyat biasa. Kepada UMNO, bukan hanya Melayu bahkan rakyat AKAN SENTIASA MENJADI TUAN DI BUMI BERTUAH INI.

Kalau saya mampu menyeru, saya ingin berseru. Ayuh kita bangkit tumbangkan Anwar dan kuncu kuncunya yang dalam HATI DAN JIWA MEREKA TERPALIT ' NAFSU PENJAJAH'.