Followers

Thursday, February 24, 2011

SAIFUDDIN ABDULLAH MELATAH..

" MUNGKIN MAHU DILIHAT BUDIMAN "



MENYUKAT KEMATANGAN DARI PERSPEKTIF PEMBANGKANG

Kita sedang mengikuti perkembangan menarik pilihanraya kampus yang menyaksikan kumpulan Pro Aspirasi mengekalkan penguasaan di kebanyakan IPTA manakala kumpulan Pro M mendapat tempat di beberapa IPTA yang lain.

Saya sentiasa percaya bahawa universiti adalah makmal pembangunan manusia yang sangat berkesan. Selain menuntut ilmu pengetahuan, mahasiswa juga belajar makna kehidupan sebenar di universiti.

Di universiti sama juga di mana mana dalam kehidupan kita, kita berpeluang membentuk diri. Pemikiran, perasaan serta perlakuan dominan kita sebahagiannya terbentuk di universiti. Universiti ialah tapak mula kebanyakan individu mulakan ' hidup dewasanya'.

Berbelanja sendiri, bergaul sendiri tanpa kawalan ibu bapa. Walaupun begitu saya berkongsi pandangan dengan Tun Mahathir bahawa tanggungjawab utama mahasiswa ialah mencapai kecemerlangan dalam akademik. Tun menyebut bahawa dengan ilmu pengetahuan kita akan mencapai kehidupan yang lebih baik.

Sehubungan dengan itu saya tidak cenderung untuk bersetuju dengan tindakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi , Datuk Saifuddin Abdullah untuk mencampuri ' pengurusan Universiti Putra Malaysia ' dalam menangani kontroversi Pilihanraya mereka.

Saya percaya ' adalah tidak munasabah untuk para mahasiswa berpolitik hingga ke tahap meruntuhkan pintu pejabat'. Adalah di luar keperluan untuk mana mana mahasiswa sehingga sampai berdemonstrasi untuk menyatakan bahawa mereka mempunyai hak.

Apabila Datuk Saifuddin mencampuri urusan pihak universiti dan mencadangkan ' apa yang patut dilakukan' saya berpandangan bahawa Datuk Saifuddin telah menghalalkan ' keluarbiasaan' berlaku di universiti.

Umum menyedari betapa sangat kuat pengaruh PAS di universiti. Mereka sentiasa bersama mahasiswa , memberi dorongan dan nasihat. Mereka melanggar AUKU yang sangat dipatuhi UMNO.

Tidak bijak untuk Saifuddn menyatakan bahawa pilihanraya kampus adalah tempat melatih politik matang kerana yang menjadi jurulatihnya tidak berpolitik dengan matang.

Kecuali Saifuddin mempunyai pemikiran bahawa memang PAS wajar dan layak bercakap tentang kematangan ini. Yang sepatutnya Saifuddin lakukan ialah mengingatkan anak anak ini bahawa kewajipan mutlak mereka ialah mencapai kecemerlangan.

Dalam masa yang sama berpolitiklah tapi jangan sampai mengganggu masa belajar. Jika ini gagal kita laksanakan maka bersedialah kita untuk berdepan dengan sekumpulan ' bijak pandai' yang berpolitiking sepanjang masa.