Followers

Friday, July 9, 2010

SETAHUN BENG HOCK


Beberapa hari lagi ( 16 JULAI 2010 ) genaplah setahun kematian Teoh Beng Hock , aktivis DAP dan salah seorang pegawai Exco Kerajaan Negeri Selangor. Sekali lagi kita ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang. Kita memahami bahawa bukan mudah menghadapi kehilangan orang yang kita kasihi.

Teoh Beng Hock meninggal secara tragis. Mendiang meninggal akibat terjatuh dari atas bangunan SPRM tatkala siasatan sedang dijalankan yang mana beliau adalah salah seorang saksi yang amat penting.

Walaupun macam macam cerita timbul, namun yang pasti SPRM adalah pihak yang mengalami kehilangan paling besar kerana Beng Hock adalah saksi utama bagi kes yang sedang disiasat.

Saya menulis perkara ini kerana kebetulan baru sahaja membaca sejarah perkembangan dan kekejaman komunis di Tanah Melayu. Marilah kita bersyukur kerana kerajaan telah berjaya menghapuskan sama sekali ideologi komunis ini.

Mujur juga pihak kerajaan bertegas menghalang kepulangan Chin Peng kerana dikhuatiri kepulangannya nanti akan menyemarakkan kembali fahaman yang bahaya ini. Kalaulah masih ada ' jiwa komunis ' dalam negara kita , pasti ' hari luka ' 17 Julai 2010 akan digunakan sepenuhnya oleh mereka.

Inilah komunis seperti yang saya baca. Pasti hari tersebut akan dijadikan alat menyemarakkan kemarahan, menyuburkan kebencian kepada kerajaan. Ini kerana rakyat cuba diyakinkan bahawa ada tangan ghaib terlibat menyebabkan kematian Beng Hock dan ada pula yang cuba menggambarkan bahawa tangan ghaib itu adalah kerajaan.

Kalaulah 'umbi komunis' masih ada , tentulah 16 Julai akan disambut secara besar besaran. Tentulah seluruh jentera akan digerakkan betapa kasihnya mereka kepada Beng Hock. Mereka akan mengadakan sembahyang, mereka akan mengadakan perhimpunan.

Tentunya emosi rakyat akan dibakar. Api dendam dinyalakan. Tetapi semua ini tidak mungkin akan berlaku.
Hanya komunis sahaja yang menggunakan kesedihan rakyat. Hanya komunis sahaja yang manipulasi rasa tak puas hati dalam kalangan rakyat. Komunis telah tiada. Aku percaya kaum keluarga akan mengadakan majlis mengenang mendiang. Sesiapapun akan berbuat begitu. Cuma aku harap tiada siapa mengambil peluang ini untuk menangguk di air keruh ( Walaupun komunis telah tiada ). TAKZIAH