Followers

Saturday, April 30, 2011

LEE KUAN YEW PENYOKONG UMNO TEGAR !


YAKIN ANWAR PELIWAT.

Satu ketika pada penghujung tahun 2010, dunia telah dikejutkan dengan pendedahan oleh Wilileaks yang berpangkalan di Australia.

Pelbagai perkara ' sangat sulit' telah didedahkan oleh Wikileaks yang melibatkan ramai tokoh dan banya peristiwa di dunia khasnya di Asia Tenggara.

Salah satu daripadanya ialah kenyataan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew bahawa " Anwar Ibrahim terlibat dalam skandal seks dan perisikan Singapura mempunyai maklumat teknikal berkaitan dengannya ".

Saya tidak fikir LKY mengeluarkan kenyataan ini dengan tujuan untuk membuktikan UMNO betul. Bahkan hakikatnya bukan UMNO yang menyebabkan Anwar didakwa.

Anwar didakwa setelah Saiful membuat laporan polis.

Kebimbangan saya ialah,

1. LKY mahu membuktikan betapa perisikan Singapura sangat cekap sehingga apa sahaja maklumat akan dapat mereka perolehi.

2. LKY cuba tunjukkan bahawa mereka memang mengekori Anwar dan mungkin orang lain juga untuk diperangkap dan Anwar telah masuk dalam perangkap itu.

3. Anwar mungkin sahaja menjadi ' mangsa peras ugut' anasir luar jika beliau gagal memenuhi keinginan mereka. Misalnya dalam konteks Singapura- memperbaharui perjanjian air dengan kadar yang luar biasa.

Berkaitan dengan itu juga tentu kita WAJIB bertanya bagaimana aksi seks Anwar Ibrahim dapat dirakam dengan kemudahan bertaraf dunia ? Mungkin kah ini juga perangkap Singapura?


WAHHH!!! BESARNYA!!!

KELAM KABUT DIBUATNYA...

Ringkas dan jelas. DS Najib jemput PAS bersama BN untuk perjuangkan Islam. Perjuangkan negara dan bangsa.

Inilah DS Najib. Pemimpin berjiwa besar dan tulus. Jemputan ini dibuat dalam keadaan PAS tersangat lemah.

Akuilah. PAS kalah berturut turut dalam banyak PRK termasuk di kerusi yang disandangnya.

PAS kalah semua kerusi yang ditandingi di Sarawak walaupun PAS terlebih yakin akan menang.

PAS sedang dilanda krisis kepimpinan yang serius. Haji Hadi diragui dan dipertikai wibawanya. Haji Nik Aziz kehilangan kata.

PAS sedang dilanda demam Mat Sabu yang pernah dicalar imej akhlaknya.

Umum menyedari, PAS hanya tukang sembahyang hajat sekarang. Itu pun dengan matlamat yang ditentukan Anwar Ibrahim.

Saya yakin PAS sedang melompat sekarang. Jiwa besar DS Najib sedang menghukum mereka.


Friday, April 29, 2011

MCA PERANGKAP DS NAJIB

" MCA ASYIK BEROPERA "



TOLAK JAWATAN KABINET, NEGERI

MCA hari ini membuat keputusan sebulat suara tidak akan menerima sebarang jawatan peringkat Pusat dan Negeri jika parti itu gagal meraih sokongan masyarakat Cina pada pilihanraya umum akan datang.

Sekali pandang ia seakan akan amaran kepada masyarakat Cina bahawa ia akan kehilangan wakil dalam kerajaan jika tidak menyokong BN.

Namun realitinya masyarakat Cina tidak memerlukan wakil dalam kerajaan kerana mereka boleh mendapat apa yang mereka kehendaki walaupun mereka berada dalam DAP.

Saya melihat kenyataan ini sebagai ' amaran dan desakan' kepada DS Najib supaya terus memberikan kerusi untuk ditandingi oleh MCA dalam PRU akan datang.

Hakikatnya selepas PRU 12, MCA tidak melakukan apa apa untuk menarik sokongan masyarakat Cina kepada BN. Saya tidak nampak sebarang usaha dibuat misalnya untuk menabah pengundi baru.

Saya agak bimbang jika MCA diberikan kerusi seperti dahulu, ia seakan akan menghadiahkan kerusi itu untuk dimenangi oleh pembangkang khasnya Cina DAP. Atau memang MCA berniat begitu?

Bagaimanapun sebagai anak Melayu saya mengharapkan agar DS Najib kekal dengan pendirian bahawa calon yang akan diletakkan ialah calon boleh menang, tanpa mengira partinya.

Kelihatan agak jelas, MCA atau GERAKAN nampaknya tidak mampu menang di mana mana...



KALAU DEKAT, AKU PELUK DAH NAJIB NI..

" CERIA JER.."


( UNTUK CATATAN SENDIRI )

INILAH YANG AKU KAGUM DS NAJIB NI. HANGPA BALUNLAH DIA KIRI KANAN PUN, DIA TETAP TENANG.

SELALUNYA BILA DIA BERCAKAP, SEGALA KUSUT TERLERAI, TERBURAI.

DS NAJIB KATA SUMPAH LAKNAT DATUK ESKAY NI IALAH SOAL PERIBADI DIA. TAK DE KAITAN DENGAN UMNO ATAU KERAJAAN.

SESIAPAPUN NAK BERSUMPAH, BERSUMPAHLAH..TAK ADA SESIAPA LARANG, TIADA SESIAPA YANG SURUH..

ORANG UMNO KENA DENGAR LAH KENYATAAN DS NAJIB NI. 2/3 HARI DAH TAK BUAT KERJA PARTI, TAK JUMPA RAKYAT. ESOK SAMBUNG BALIK KERJA .

PART NUAR NI BIAR ORANG LAIN YANG URUSKAN. UMNO KENA URUSKAN RAKYAT, RAKYAT SEDANG TUNGGU...


SUMPAH ESKAY TIDAK LENGKAP !!

" MEREKA TIDAK MEWAKILI UMNO! "


PALITAN TERHADAP UMNO TIDAK TERPADAM !

Saya difahamkan bahawa Datuk Eskay telah melafazkan sumpah laknat pada jam 4. 15 petang tadi. Sumpah ini mengandungi
pengakuan bahawa Anwar Ibrahim dan dirinya adalah individu yang berada dalam paparan video seks tersebut.

Saya tidak tahu apakah pandangan orang lain. Saya tidak menganggap sumpah ini penting kerana rakyat telah tahu Anwar adalah pemimpin tidak berakhlak sejak 1998 lagi.

Hari ini rakyat sedang berasa resah gelisah. Umat Melayu tidak gembira dengan apa yang berlaku. Ini hakikatnya.

Turunlah ke bawah. Dengar suara kesal rakyat bawahan. Ada ibu bapa tidak dapat menonton Buletin Utama kerana bimbang anak anak akan mendengar berita memalukan ini.

Keadaan di masjid Sentul hiruk pikuk pada masa umat Islam berasa aman dan selamat. Dunia melihat kepada kita sekarang.

Saya menyalahkan Anwar kerana kerosakan ini. Dalam masa yang sama Datuk Eskay telah mencemarkan UMNO secara tidak bertanggungjawab atas sebab sebab peribadi beliau.

Saya menyeru Datuk Eskay, jika benar mahu selamatkan negara daripada orang sebahaya Anwar, bersumpahlah bahawa UMNO tidak terlibat dalam kemelut memalukan ini.

Jangan kerana dendam Datuk Eskay, UMNO menerima balanya..


Wednesday, April 27, 2011

VIDEO SEKS ANWAR IBRAHIM, MELAYU USAH LEKA..

" ANWAR..."


IA MUNGKIN MEMBERI KESAN MINIMA.

Saya mempunyai kepercayaan bahawa Anwar Ibrahim adalah 'nama' yang sangat kotor dalam sejarah Umat Melayu. Ia adalah titik hitam yang mencemarkan maruah bangsa dan agama.

Saya juga percaya Anwar seperti 'sepah yang dibuang setelah madunya kering disedut '. Anwar adalah ' tokoh ciptaan DAP setelah terbuang daripada UMNO kerana tidak bermoral '.

Hakikatnya Anwar berjaya melaksanakan tugasnya memecahkan orang Melayu seperti yang dikehendaki oleh DAP. Anwar sudah hampir tiada apa apa untuk dipersembahkan.

Atas asas ini saya tidak fikir video sek terkini Anwar akan memberi kesan besar kepada lanskap politik negara. Sebaliknya ia hanya menjadi alat untuk melekakan Umat Melayu daripada bahaya sebenar iaitu kemaraan DAP komunis yang seakan tak dapat disekat.

Orang UMNO malangnya menyangka pendedahan akhlak sonsang Anwar akan memberi faedah kepada parti sedangkan hakikatnya tidak begitu. Sebaliknya DAP lebih laju mendaftar pengundi baru dan memindahkan pengundi lama ke mana mana kawasan yang mereka kehendaki.

PAS pula mengambil peluang ini untuk menunjukkan betapa jahatnya UMNO sedangkan hakikatnya video seks ini tiada kaitan dengan UMNO.

Saya mempunyai kecenderungan untuk meminta agar ahli dan pimpinan UMNO supaya mengabaikan video ini sebaliknya menggiatkan usaha menemui pengundi dan melipatgandakan usaha membantu rakyat.

Mari kita menganggap Anwar sama juga seperti Mat Sabu yang sebenarnya tidak berwajah dan tidak bermaruah. PAS akan kekal dengan jumud dan bekunya, DAP kekal rasis dan manipulatif.

Yang akan berpencak di gelanggang membantu rakyat ialah kita Umat Melayu yang percaya hanya kita dapat menjaga negara bangsa ini.



Tuesday, April 26, 2011

MELAYU USAH LUPA !!

" TIDAK BANGGA MENJADI MELAYU "


DARAH DATUK NENEK MENJADI BAJA DI BUMI KITA !!

Beberapa hari saja lagi kita akan sekali lagi akan memasuki BULAN KERAMAT MEI KERANA PADA BULAN INILAH TRAGEDI 13 MEI 69 TELAH MENJADI SALAH SATU SEJARAH TERPENTING NEGARA BANGSA.

Saya percaya sepatutnya bulan ini tidak hanya diraikan sebagai BULAN PEKERJA, BULAN BURUH ATAU BULAN WANITA. BULAN INI WAJIB DIRAIKAN KERANA :-

1. PADA BULAN INILAH SEKUMPULAN PENDATANG YANG MENCIPTA KEKAYAAN DI TANAH AIR INI DAN KEMUDIANNYA MAHU MENYAPU KESEMUA ANAK WATAN YAKNI ORANG MELAYU MASUK KE SUNGAI.

2. PADA BULAN INILAH ALLAH BERIKAN PETUNJUK KEPADA UMAT MELAYU ISLAM BAHAWA SAUDARA KITA YANG SEBENARNYA IALAH UMAT MELAYU ISLAM SENDIRI ( SEDIKIT PERUBAHAN BERLAKU SEKARANG KERANA ADA ORANG MALU DAN TIDAK BANGGA MENJADI MELAYU-MEREKA SEDANG MENJADI KUDA KOMUNISME SEKARANG )

3. PADA BULAN INILAH TAMPIL SEORANG TOKOH MELAYU YANG NAMPAK DAN BERANI MERUBAH CARA BERFIKIR SEHINGGA TERCETUS DASAR EKONOMI BARU YANG MERUBAH PULAK LANSKAP POLITIK NEGARA. ANAKNYA SEDANG BERTUNGKUS LUMUS MEMIMPIN SEBUAH NEGARA BANGSA YANG CUBA DIHANCURKAN OLEH KOMUNISME. MARI KITA DUKUNG ANAK BANGSA INI SUPAYA IA BERJAYA DENGAN CEMERLANG

4. PADA BULAN INILAH UMAT MELAYU SEDAR BAHAWA BUAT BAIK BERPADA PADA KERANA ORANG YANG BAIK KEPADA KITA BUKAN SEMESTINYA BAIK SELAMA LAMANYA.

5. PADA BULAN INILAH UMAT MELAYU SEDAR BAHAWA TANPA TENTERA DAN POLIS, UMAT MELAYU BELUM TENTU DAPAT BERTAHAN. JANGAN KHIANATI MEREKA.

UMAT MELAYU WAJIB MULAI SEKARANG, MEMANGGIL ANAK ANAK UNTUK BERKUMPUL MENDENGAR PERISTIWA 13 MEI DICERITAKAN SEMULA OLEH PARA DATUK ATAU PARA BAPA, AGAR MUDAH MUDAHAN ANAK ANAK INI AKAN SEDAR BAHAWA ' MEMPUNYAI KUASA DAN MARUAH PERLUKAN BANYAK PENGORBANAN '



MENGULANGI 13 MEI 1969...

BERSEDIAKAH UMAT MELAYU ?

Mungkin kita ingin mengelak namun haikatnya ia tidak mustahil berulang. Apabila penyusunan semula masyarakat tidak disertai dengan pengorbanan dan keikhlasan maka hasilnya sekadar secukup rasa sahaja.

Perkembangan mutaakhir menunjukkan bahawa ' struktur masyarakat' kita masih jauh daripada impian sebenar. Bahkan amat memalukan apabila matlamat 30 % penguasaan ekonomi Bumiputera tidak pernah tercapai sedangkan sepatutnya kita menguasai 70%.

Provokasi dan pembersihan etnik Melayu yang dilakukan di Pulau Pinang oleh DAP serta pencabulan terhadap Islam juga dilakukan oleh DAP di Selangor nampaknya mula menyalakan api marah dalam kalangan orang Melayu.

Namun reaksi Umat Melayu kelihatan berpecah dan berpetak petak. Ada orang Melayu yang marah, ada yang menyokong dan ada yang tidak peduli
Serangan Cina DAP dan Cina MCA terhadap Utusan Malaysia, lambang orang Melayu sebenarnya 'tidak begitu dirasai' oleh sebahagian besar umat Melayu dan kesannya Cina DAP tidak rasa apa apa sama sekali.

Penghinaan terhadap Raja Raja Melayu, Masjid,Ketuanan Melayu dan sebagainya telah dilakukan secara berulang ulang dan hakikatnya Umat Melayu seaan takut untuk memberi reaksi.

Saya jangka ' SIKAP KERAS KERAJAAN TERHADAP PERJUANGAN MELAYU' sebahagiannya menjadi punca mengapa orang Melayu hilang keberanian.

Dalam masa yang sama saya dapati ' USAHA MENYUBURKAN JIWA MELAYU' langsung tidak berlaku sebagai satu proses berterusan. Jika pada tahun 70an, GPMS misalnya sentiasa menyemarak roh Melayu dalam jiwa anak muda, kini GPMS tinggal nama.

Gelanggang silat telah mati sama sekali. Apa jua yang hampir dengan perjuangan orang Melayu telah tiada sama sekali.

Orang Melayu seakan selesa menjadi orang Malaysia semata mata. Jika begitu keadaannya, mari kita bertanya, JIKA BERLAKU LAGI 13 MEI, ADAKAH KITA BERSEDIA ?


Monday, April 25, 2011

ULANGI SEJARAH 13 MEI 1969 !

" HARI BERDARAH !!"


BERDIAM DIRI BUKAN SEMESTINYA AMAN !

Inilah hakikat yang mesti diterima oleh semua kita tanpa mengira kaum, agama atau latarbelakang sosiobudaya masing masing.

Benar, tiada pergaduhan kaum selepas 13 Mei 69. Benar tiada sesiapapun mati akibat pergaduhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969.

Namun tidak bergaduh tidak bermaksud berbaik baik. Tidak bergaduh tidak bermakna saling mempercayai dan hormat menghormati.

Inilah barangkali kenyataan yang wajib orang Melayu telan walaupun pahit. Orang Melayu menyangka bahawa Peristiwa 13 Mei 69 menyebabkan Cina ' gerun dan takut ' kepada Melayu.

Orang Melayu selesa dengan kepercayaan bahawa 13 Mei cukup mengajar Cina khasnya Cina DAP. Sebenarnya ia tidak benar.

Sebaliknya Cina DAP menyimpan dendam dan menyusun strategi.Mereka tidak mungkin melupakan luka yang berparut itu.

Mereka terus menggandakan usaha menguasai ekonomi sehingga usaha mereka lebih berjaya berbanding usaha kerajaan membantu orang Melayu dan Bumiputera.

Dan yang lebih penting mereka juga hampir berjaya menguasai politik dan mereka akan terus berusaha.

Akhirnya orang Melayu sama seperti 13 Mei 69. Tidak puas hati dan mengamuk ! Cuma saya bimbang jiwa dan kekuatan orang Melayu sudah tidak sekuat dahulu.

Sebelum ia berlaku, sehari dua ini, saya fikir kerajaan wajib melakukan sesuatu. Jelas dan tegas bagi mengubat hati umat Melayu atau bersedialah menghadapi pergaduhan yang jauh lebih besar lagi...



Sunday, April 24, 2011

PARTI MELAYU BUMIPUTERA MALAYSIA

PARTI BARU UNTUK URUSKAN NEGARA.

Selepas PRN Sarawak, wajah sebenar sebahagian besar masyarakat Cina Malaysia telah terserlah. Sokongan mereka nampaknya solid kepada parti cauvinis rasis DAP dan dengan sendirinya membuktikan bahawa mereka tidak perlukan wakil dalam kerajaan.

Hakikat bahawa parti MCA dan Gerakan adalah parti yang gagal tidak dapat disangkal lagi khasnya selepas PRU 12. Menariknya pemimpin mereka tidak begitu 'resah 'dengan perkembangan ini berbanding UMNO.

Tindakan serta merta Koh Tsu Koon menyerahkan Pulau Pinang kepada Lim Guan Eng menggambarkan betapa 'Cina ' tidak kehilangan apa apa pun walaupun MCA atau Gerakan kehilangan semua kerusi.

Semua petanda ini sewajarnya dibaca dengan jiwa besar oleh pemimpin dan ahli UMNO serta parti Bumiputera lain di dalam BN.

Saya melihat sudah sampai masanya untuk UMNO dan Bumiputera memiirkan kemungkinan mewujudkan gabungan baru yang 'seluruh jiwa raganya' tumpah di tanah tercinta ini.

Kesetian orang Melayu dan Bumiputera kepada BN sangat jelas walaupun ' kerajaan bertindak kurang bijak' dengan limpahan melampau terhadap masyarakat Cina.

Kita umumnya telah kalah teruk dalam bidang ekonomi. Sedang masyarakat Cina yang diwakili DAP ghairah merebut kuasa politik, mari kita mulakan langkah untuk menjadi kuasa tunggal. Adakah kita mampu ? PASTI KITA MAMPU DAN KITA WAJIB MULAKAN LANGKAH SEKARANG JUGA.


Thursday, April 21, 2011

BERJAYAKE SEMALAM ?

" MEREKA TIDAK BERUBAH ! "


PERANG ADALAH BUNUH ATAU DIBUNUH !

Bila kita berniat untuk berjihad, ALLAH telah berikan kita pahala kerana niat suci itu. Adakah saudara telah berjaya semalam ?

Adakah saudara masih membeli barangan di kedai Cina Komunis?Adakah saudara masih berurusan dengan Cina Komunis sedangkan urusan itu boleh dilakukan dengan orang Melayu Islam?

Adakah saudara berasa bangga dengan pencapaian semalam. Sekiranya saudara telah melakukannya, mari kita bersyukur.

Datuk nenek kita yang telah dibunuh oleh komunis di zaman darurat atau pada 13 MEI 1969 tentunya berasa sangat bangga kerana anak cucu mereka adalah pejuang walaupun kaedahnya sedikit berbeza.

Saudara tentu membaca berita tentang pemimpin MCA yang menyatakan kesal dan memberi amaran kepada pengikut mereka.

Saudara barangkali terdengar Chua Soi Lek melahirkan kebimbangan jika suara Cina tiada dalam kerajaan.

JANGAN TERPERANGKAP ! Ini adalah lakonan mereka semata mata.
Mereka telah nampak ombak marah dalam kalangan masyarakat kita kerana pengkhianatan yang mereka lakukan. Mereka mula gementar.

Jangan undur. Bayangkan saudara kita yang dihalau dari Pulau Pinang. Bayangkan rumah saudara kita yang mereka robohkan tanpa belas kasihan.

Bayangkan titis air mata saudara kita yang tumpah ke bumi bilamana gerai mereka diruntuhkan. Jangan berniat untuk berundur walaupun selepas ini mereka akan berikrar dan bersumpah untuk kembali bersama.

Yakinlah kepada perjuangan suci ini. Insyaallah anak cucu kita akan mengenang kita sebagai pejuang.



Wednesday, April 20, 2011

MULAKAN PERANG DENGAN BISMILLAH...

" SANGAT BERBAHAYA !!"


ALLAH BEKALKAN KITA KEKUATAN...

Panggilan jihad telah tiba. Umat Melayu Islam tiada pilihan selain menyahut panggilan ini dengan jiwa besar. Jika kita gugur insyaallah kita gugur syahid.

Mari kita berniat bahawa apa yang kita lakukan ini semata mata nak pertahankan Islam, tanahair dan bangsa tercinta ini. Segalanya terangkum dalam Perlembagaan Persekutuan yang sedang digoncang dan cuba dihapuskan.

Satu ketika saya menyangka tidak mungkin Perlembagaan ini dapat diganti dengan Gagasan Malaysian Malaysia. Tak mungkin ia akan berlaku.

Namun apabila pengundi Cina bersatu di bawah payung DAP Komunis, maka dengan sendirinya sangkaan saya meleset. DAP akan berjaya menukar Perlembagaan jika kita lambat bertindak.

Mari kita mulakan jihad ini dengan niat kerana ALLAH :-

1. Serta merta kita jauhi kedai kedai runcit Cina yang berada di persekitaran kita. Anggap membeli di kedai Cina adalah satu dosa KECUALI barangan tersebut tiada di kedai orang Islam.

2. Serta merta kita hentikan sebarang urusan perniagaan dengan mana mana peniaga atau pengusaha Cina. Urusan insuran sebagai contoh. Kita cari pilihan lain walaupun sedikit sukar.

3. Kita pulau sebarang majlis anjuran mana mana persatuan atau parti Cina termasuk komponen BN. Kenyataan Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu bahawa Taib Mahmud punca Cina beralih arah adalah kenyataan bohong yang berniat jahat.

4. Secara bersungguh sungguh kita daftarkan pengundi baru Melayu Islam dan kita jaga pengundi sedia ada.

5. Abaikan segala bentuk penghormatan ke atas mana mana pimpinan Melayu Islam yang jadi kuda DAP Komunis. Elakkan sebarang perhubungan dengan PAS dan PKR.

Ini adalah langkah yang WAJIB dilakukan sekarang. Sementara kita akan memantau sikap Kerajaan terhadap Cina Cina Komunis yang berada di negara kita.

Sekiranya kita dapati Kerajaan semacam dijajah oleh Cina pengkhianat ini , maka kita akan laksanakan pula PELAN KEDUA...

Masanya dah sampai, kita bukan sahaja tidak boleh menjadi bodoh tetapi kita tak akan kelihatan seperti bodoh..


Tuesday, April 19, 2011

CIKGU MAAROF DIBANTU...

" KERANA ISTERI ..."


KELUAR DARI KEHINAAN.

Kementerian Pelajaran melalui Jabatan Pelajaran dan Pejabat Pelajaran Daerah telah menerima kritikan ramai blogger pembangkang apabila menukarkan Cikgu Maarof, suami kepada Cikgu Normala, calon PAS yang kalah di Tenang.

Sayugia diperingatkan bahawa Cikgu Maarof menjadi terkenal bukan kerana beliau adalah suami kedua kepada calon PAS tetapi kerana beliau telah mengambil cuti sakit pada ketika beliau sihat dan membantu isterinya berkempen.

Saya fiir Cikgu Maarof dan PAS wajib berterima kasih kepada Kementerian Pelajaran kerana menukarkan Cikgu Maarof ke sekolah lain atas beberapa sebab :-

1. Cikgu Maarof akan terus mengajar di sekolah lama dengan
pandangan negatif pelajar,ibu bapa dan rakan rakan. Saya tidak dapat bayangkan betapa sukarnya Cikgu Maarof untuk berdepan dengan pelajar, sampaikan pendidikan sedangkan
pelajar tahu Cikgu Maarof adalah seorang penipu.

Cikgu Maarof telah hilang kehormatan.

2. Cikgu Maarof pasti akan dipandang serong oleh ibu bapa yang menghantar anak anak ke sekolah kerana pendirian politiknya. Tentunya sukar diterima, seorang warganegara yang makan gaji dengan kerajaan dan dalam masa yang sama memusuhi majikannya.

3. Masyarakat juga akan keliru, dalam masa Cikgu Maarof bercakap tentang daulah Islamiah, beliau sendiri adalah seorang yang amat tidak jujur dan berbohong secara terbuka.

Eloklah Cikgu Maarof bertukar. Dapatkan suasana baru. Buka buku baru. Bertaubat dan insaflah. Sesungguhnya berbohong itu adalah salah satu daripada perlakuan yang Islam tolak sepenuhnya.



Monday, April 18, 2011

HUSAM TERPAKSA !!


" AKULAH PENYELAMAT "


HAJI HADI GAGAL SECARA MUTLAK.

Percayalah kepada saya. Selepas ini akan ada keretakan lebih besar di dalam PAS. Kegagalan PAS di Sarawak akan dinilai sebagai kegagalan Haji Hadi.


Inilah masa ketikanya golongan penyokong Anwar Ibrahim di dalam PAS akan tampil membuat desakan agar Husam bertanding dengan alasan untuk pastikan PAS kekal relevan khasnya bagi mendepani PRU 13.


Husam akan ke depan mengulangi pendirian hanya bertanding AJK PAS Pusat. Barangkali pada minggu minggu terakhir persidangan Kawasan suara desakan akan makin kuat mendesak Husam.


Inilah plotnya. Saya menjangka dan mungkin jangkaan saya silap. Bagaimanapun kita boleh menunggu. Beberapa orang blogger PAS telah mula memukul gendang.


Husam saya yakini tidak akan ' sanggup' melihat PAS berkubur.

Maka Husam akan ' korbankan ' dirinya dengan bertanding kerusi Presiden.


Mengapa perkara ini saya timbulkan? Saya ingin membuktikan bahawa PAS adalah parti politik biasa yang menjadikan agama semata mata sebagai alat.


Kerana perdagangan agama ini saya yakin PRU 13 akan menyaksikan keruntuhan PAS secara mutlak...



Saturday, April 16, 2011

KOMUNIS TAMPAKKAN BELANG !! AWAS NAJIB !!

ALLAH BERIKAN PETUNJUK...

Mari kita bersyukur. Doa dan permohonan kita ALLAH makbulkan.
Pilihanraya Negeri Sarawak telah memberikan petanda jelas mengenai beberapa perkara :-

1. Telah jelas pengundi Cina kini tidak lagi bersama BN.Sepenuhnya tiada kecuali.

2. Pengundi Cina kini tidak lagi bercakap dan berusaha untuk penguasaan ekonomi tetapi mereka sedang cuba menguasai politik.

3. Sesuatu yang bodoh dan silap jika Kerajaan BN terus memberikan pelbagai peruntukan kepada masyarakat Tionghua
dan mereka menganggap kerajaan BN hilang keberanian.

4. PAS dan PKR telah berjaya menjadi kuda yang gagah kepada DAP dan dibiarkan mati setelah matlamat DAP tercapai.

5. Orang Melayu dan Bumiputera tetap percaya BN adalah wadah terbaik perjuangan mereka dan mereka tetap setia.

6. Ini masa terbaik untuk PRU 13 dengan syarat kajian semula agihan kerusi dibuat. Abaikan MCA dan Gerakan yang ternyata telah gagal.

7. Rakyat hargai kepimpinan DS Najib dan yakin kepada dasar dasar yang diperkenalkannya.

8. Orang Melayu sedang tunggu semua peruntukan yang dijanjikan kepada masyarakat Cina ditarik balik .

9. Orang Melayu dan Bumiputera akan lari daripada UMNO/BN jika kerajaan terus tunduk kepada masyarakat Cina.

10. DAP kekal sebagai parti chauvinis yang sangat bahaya dan perlu dikalahkan..


Thursday, April 14, 2011

SELAIN MENGHASUT, KOMUNIS JUGA MENGHINA RAKYAT SARAWAK !

" MARI KITA TIPU BN !!"


MOHON PENGUNDI JATUHKAN HUKUMAN...

Beberapa jam sahaja lagi, rakyat Sarawak akan melaksanakan tanggungjawab besar mereka. Pilihanraya Negeri kali ini diakui berbeza dengan pilihanraya sebelum ini.

PRN yang akan berlangsung esok menyaksikan Pakatan Pembangkang telah menggunakan segala daya tenaga mereka untuk merobek,menjejas, dan menggugat kestabilan Sarawak yang selama ini dipertahankan.

Penganalisis sependapat bahawa BN akan berdepan tugas berat
membetulkan dan menyusun semula masyarakat yang sedikit sebanyak terguris dengan gerakerja Pakatan selama beberapa hari ini.

Pakatan tidak akan menang banyak kerusi. Kawasan Sarawak yang luas menyebabkan jentera Pakatan hanya bertumpu di bandar berbanding BN yang sememangnya sentiasa hampir dengan rakyat.

Namun benih dendam dan benci yang ditabur tidak dapat tidak meninggalkan bekas di hati sebahagian kecil rakyat yang terpedaya.

Selain daripada menghasut rakyat, Pakatan juga tanpa malu menghina pengundi Sarawak. Kempen Lim Kit Siang baru baru ini
menyinggung perasaan pengundi.

Lim Kit Siang diberitakan telah meminta pengundi untuk berlakon menyokong BN dengan tujuan mendapat pelbagai peruntukan tetapi mengundi DAP dalam PRN.

Lim Kit Siang berandaian bahawa pengundi Sarawak adalah golongan penipu dan pembohong. Kit Siang menganggap pengundi
Sarawak sebagai petualang yang bermuka muka.

Sebelum ini Haji Hadi menghina rakyat Sarawak sebagai tidak bertamadun manakala sekarang Kit Siang secara halus ingin mengajak rakyat Sarawak berbohong.

Kalau boleh saya menyeru, saya ingin mengajak pengundi Sarawak untuk sepenuhnya mengundi BN. Biar Pakatan belajar bahawa di Sarawak, kaedah komunis tidak akan diterima


SERANGAN KOMUNIS TERBANTUT !!

" KOMUNIS !!"


KEBENARAN TERJELMA...

Saya tetap dengan pendirian bahawa DAP adalah sebuah parti yang mendukung semangat dan pendekatan komunis. Tidak kira apa pun yang mereka ucapkan, banyak mana ayat Al Quran yang mereka hafal dan baca, jiwa dan perasaan mereka tak mungkin berubah.

Malangnya kerana tamakkan kuasa PAS dan PKR turut berkongsi dengan DAP. Natijahnya PAS dan PKR menjadi tidak lebih daripada anjing yang tugasnya menjaga tuan dan menyalak.

Saya teringat kepada ucapan Tan Seri Ghazali Shafie di Parlimen yang menyatakan bahawa salah satu kaedah komunis ialah bertindak atas konflik dan kesedihan serta kekecewaan seseorang atau mana mana kumpulan.

Contoh yang sangat jelas ialah apabila DAP memanipulasi secara melampau kematian Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik
Exco Selangor semasa sedang dalam siasatan SPRM.

Siasatan pihak berkuasa ditolak mentah mentah dengan alasan
berat sebelah. Mereka mendesak ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang akhirnya mereka tolak juga.

Matlamat DAP sama seperti matlamat komunis. Maksimakan prasangka dan kebencian terhadap kerajaan. Mereka berusaha dan mereka semakin gagal.

Terkini Inkues yang ditubuhkan menemui dapatan baru yang sangat mengejutkan. DAP RASUAH SAKSI UNTUK BERBOHONG. HARI INI MUHD SHAFIE ABDULLAH TELAH BERJAYA MEMBONGKAR KONSPIRASI JIJIK DAP. MENGGUNAKAN MAYAT UNTUK MENDAPATKAN KUASA.

KELUARGA BENG HOCK SEPATUTNYA MENDENGAR KETERANGAN T SIVANESAN SEMALAM. MAYAT BENG HOCK DIBEDAH SIASAT SEBANYAK 2 KALI.MAYATNYA DIDERA DAN DIHINA.

DAP GUNAKAN T SIVANESAN, BENG HOCK DAN KELUARGANYA UNTUK JATUHKAN INSTITUSI KERAJAAN. HARI INI MEREKA TELAH MENERIMA HUKUMAN KECUALI MEREKA ORANG YANG TIADA MARUAH..



.


Tuesday, April 12, 2011

NASIB BAIK DS NAJIB...

" PANAS BARAN DAN PEMARAH "


TAK LAYAN CABARAN ANWAR..

Satu ketika saya pernah berfikir alangkah baiknya jika DS Najib menyahut seruan dan cabaran Anwar Ibrahim untuk berdebat.

Saya menyangka ia adalah platform terbaik untuk DS Najib menge
mukakan hujah dan penyokong Anwar tiada pilihan selain terpaksa mendengar, secara langsung.

Saya agak kecewa bilamana DS Najib memilih untuk menolak.
' Tidak perlu ', kata DS Najib.

Rupa rupanya DS Najib lebih mengenali Anwar. Beliau bukan seorang pendebat. Beliau hanya pemidato. Anwar sebenarnya
sama seperti Nik Aziz.

Anwar rupanya selesa menyerang tetapi akan bertugar ganas apabila gagal berhujah. Seperti Nik Aziz, Anwar terbukti seorang
yang panas baran.

Soalan mudah berkaitan JAM OMEGA yang ditimbulkan oleh Nik
Suryani Megat Deraman telah menjelaskan Anwar yang sebenarnya.

Bayangkan jika Anwar dibidas, disanggah oleh DS Najib di hadapan penyokongnya. Saya pasti Anwar tidak akan dapat mengatasi ketenangan DS Najib.

Tidak mungkin Anwar akan bertahan. Sebaliknya Anwar pasti akan mengaitkan segala macam perkara yang tidak berkaitan.

Syabas DS Najib. Sekarang saya dan rakyat pasti sudah mendapat
jawapan mengapa DS Najib menolak debat bersama Anwar.



PERTINGKAT KUALITI AHLI

SETELAH PARTI TERNYATA KUKUH.

Saya berpeluang menghadiri banyak mesyuarat UMNO Cawangan yang sebahagiannya telah selesai dan ada beberapa lagi yang akan berlangsung sepanjang hujung minggu ini.

Secara mudah saya dapati ada kecenderungan yang kuat untuk ahli parti meli
hat persediaan parti menghadapi PRU 13 yang mungkin berlaku pada bila bila masa.

Di Perak, ahli UMNO memang ghairah untuk menebus kesilapan pada PRU 12.
Ramai yang menyatakan azam dan komitmen untuk membetulkan keadaan.
Sangat besar kesan keputusan PRU 12 kepada ahli UMNO yang ketika itu agak
berlapang dada dan percaya ' PASTI' UMNO akan menang besar.

Kesimpulannya saya beranggapan UMNO berada pada tahap siap siaga dan
wisel boleh ditiup pada bila bila masa sahaja.

Namun begitu, saya percaya kualiti ahli dari sudut kepimpinan boleh dipertingkatkan. Keupayaan public speaking misalnya boleh ditambah melalui
latihan dan kursus yang sesuai.

Begitu juga dengan aspek pengurusan organisasi. Alangkah baiknya, setelah ahli mempunyai kesedaran dan komitmen tinggi, ahli dihadiahkan dengan
kemahiran tambahan agar parti UMNO kekal bahkan bertambah tinggi kualitinya.


Monday, April 11, 2011

NIK AZIZ CETUSKAN PANIK DI SARAWAK !

JENTERA PAKATAN KELAM KABUT.

Sejak beberapa PRK , Nik Aziz telah mencetuskan pelbagai isu yang jelas merugikan PAS dan Pakatan Pembangkang. Ada sahaja kenyataan Nik Aziz yang menyebabkan pengundi berasa kecewa dan marah.

Di Kerdau Nik Aziz mengatakan bahawa pengundi masih berada di zaman Jahiliah kecuali yang mengundi PAS. Ini menyebabkan Haji Hadi terpaksa
turun semula membetulkan kenyataan itu.

Inilah juga kebimbangan Jentera Pakatan di Sarawak apabila Nik Aziz membuat keputusan untuk hadir ke Sarawak. Kepelbagaian etnik dan kerencaman budaya di Sarawak membimbangkan mereka jika Nik Aziz bakal
tersilap cakap.

Bagaimanapun adalah difahamkan bahawa pergerakan Nik Aziz di Sarawak agak terbatas atas faktor keuzuran dan jarak antara satu tempat dengan tempat yang lain agak jauh.

Saya difahamkan Nik Aziz hanya menemui petugas PAS manakala ceramah umum hanya sekali dirangka untuk Nik Aziz. Saya juga diberitahu bahawa PAS telah mengaturkan program Nik Aziz di Semenanjung bagi meminimakan penglibatannya di Sarawak.

Cuma saya difahamkan juga bahawa sehingga kini, PAS dilihat tidak lebih daripada tukang sorak DAP di Bumi Kenyalang..


Saturday, April 9, 2011

NURUL IZZAH DAH MANGLI !

MEMBESAR DALAM DERITA.

Jika dibuat pertandingan , barangkali Nurul Izzah boleh dinobatkan sebagai salah seorang tokoh politik muda paling terkenal di negara kita. ' Terkenal' tidak semestinya baik dan betul.

Ramai yang mengatakan Nurul Izzah seorang yang tabah. Anak
kepada Anwar Ibrahim dan Wan Azizah ini dikatakan cukup wibawa dan berkebolehan.

Saya berpandangan Nurul Izzah adalah anak yang membesar dalam derita. Beliau bukan tabah ataupun sabar sebaliknya Nurul Izzah telah mangli dengan segala derita yang ditempuhinya.

Sewaktu membesar dan remaja Nurul Izzah telah menghadapi cabaran yang jarang dialami orang lain. Dari puncak singgahsana,
karenah dan sikap luar biasa ayahnya telah merentap mereka
turun secara mendadak.

Kemudian ayahnya memaksa mereka mengharungi bara api yang diciptanya sendiri. Selain mengalami derita , Nurul Izzah melihat
luka yang dalam di hati ibu dan adik adiknya.

kita akhirnya dapat melihat, Nurul Izzah sudah tidak lagi berasa
apa apa dengan setiap perkembangan terkini ayahnya.

Saya sempat melihat sidang media Wan Azizah sebagai menjawab
berkaitan skandal seks terbaru Anwar Ibrahim. Nurul Izzah kelihatan ceria menjawab soalan wartawan.

Saya yakin dan percaya, jika Nurul Izzah tidak dibantu, beliau akan terus berkembang dan tidak mustahil bertukar menjadi
keras dan kejam...



Wednesday, April 6, 2011

TEMPUR TANPA SENJATA !!

NASIB BAIK ADA VIDEO SEKS ANWAR IBRAHIM...


Semalam adalah hari penamaan calon bagi PRN Negeri Sarawak. Bilangan calon yang ramai menjadikan PRN ini antara yang paling meriah.

Saya berpandangan BN mempunyai peluang jauh lebih baik berbanding Pakatan Pembangkang. Sejarah pentadbiran BN tidak boleh diubah atau dialih.

Rakyat Sarawak sedar bahawa BN telah mencuba sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

Pakatan turun tanpa sebarang senjata. Tiada apa yang dapat mereka persembahkan. Menyertai PRN Sarawak adalah satu kesilapan besar bagi
Pakatan.

Rakan rakan di Sarawak menyatakan Pakatan turun tidak sepakat. Masing masing membawa diri sendiri. PKR yang mengharapkan isu video seks Anwar menghadirkan simpati nampaknya melakukan kesilapan luar biasa.

Orang Sarawak tidak selesa dengan politik hasut dan benci. Sarawak adalah antara negeri paling pelbagai dan unik. Sangat berbeza tetapi sama. Mereka hidup harmonis dan bahagia.

Pendekatan mesra dan tulen DS Najib dikatakan sangat disenangi rakyat Sarawak. Begitu juga Muhyiddin.

Seorang rakan menghubungi dan memberitahu saya " Pakatan turun tanpa senjata dan disambut antara senjata tercanggih di dunia "



DANGKALNYA CALON TIMBALAN PRESIDEN

" TAHAP MAHFUZ OMAR "


MAHFUZ BUKTIKAN KERENDAHAN TAHAP PEMIKIRANNYA

Saya sebenarnya memang tidak begitu menghormati Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS berbanding dengan Naib Presiden yang lain.

Banyak kenyataan beliau yang menggambarkan betapa rendahnya tahap pe
mikirannya walaupun beliau acapkali cuba bertindak seperti bijaksana.

Saya mendengar ada kawasan PAS akan mencalonkan Mahfuz sebagai Timbalan Presiden PAS pada Muktamar akan datang.

Barangkali inilah faktor yang menyebabkan Mahfuz agak ghairah mengeluarkan kenyataan yang sebenarnya memakan diri dan pastinya akan
mengeruhkan lagi hubungan antara Pakatan.

Mahfuz membesar besarkan isu adik Taib Mahmud diletakkan sebagai salah seorang calon Pilihanraya Sarawak. Katanya ini adalah amalan kronisme yang
amat dibenci rakyat dan meminta rakyat menolak BN kerana amalan ini.

Barangkali Mahfuz tidak sempat berfikir bahawa DAP dan PKR yang merupakan sekutu PAS dalam Pakatan adalah antara parti yang paling kuat amalan kronismenya di dunia.

Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim masing masing telah mempersiapkan pewaris kepada perjuangan mereka. Tentunya mereka akan
terasa betapa Mahfuz sedang cuba mensabotaj mereka khasnya apabila PAS hanya diberikan 5 kerusi di Sarawak.

Inilah Mahfuz, yang merupakan salah seorang Naib Presiden PAS. Kalau beginilah Naib Presiden PAS kita boleh bayangkan betapa tidak mungkin
untuk kita harapkan PAS dapat memerintah negara melainkan kekal sebagai keldai tunggangan DAP.



Monday, April 4, 2011

API KESAL BERNYALA DI PARIT BUNTAR

" RASUAH POLITIK DI PARIT BUNTAR "


TIDAK SABAR PERBAIKI KESILAPAN..

Saya menghabiskan hujung minggu saya baru baru ini di Tanjung Piandang, sebuah kawasan dalam Parlimen Parit Buntar. DUN nya pula ialah Titi Serong.

Saya mengambil peluang memerhati dan mengkaji sikap penduduk yang rata rata terdiri daripada petani atau nelayan. Parit Buntar adalah kawasan yang sepenuhnya dikuasai Pakatan Pembangkang

Parlimen : Dr Mujahid Yusuf Rawa
Titi Serong : Khalil Idham Lim Abdullah
Kuala Kurau : Abdul Yunus Jamhari

Dapatan saya ialah hampir semua penduduk menyesal kerana membuat pilihan yang salah dalam PRU 12. Mereka terperangkap dengan pujukan agar mencuba untuk memberikan undi kepada pembangkang supaya Dewan Undangan Negeri mempunyai pembangkang yang kuat.

Bagi orang orang kampung mereka diminta untuk ' hanya mengurangkan undi' calon UMNO, kerana kononnya pengundi Cina tetap akan mengundi calon BN.

Perangkap Pakatan menjadi. Pengundi telah menyebabkan dua orang Wakil Rakyat ' terbaik dalam sejarah mereka' tumbang.

Mohd Sallih Mat Disa atau Cikgu Chop dan Abu Bakar Mat Ali terlalu baik untuk kalah.Pengundi tidak mengira bangsa terpegun, panik dan rasa bersalah.

Mereka silap perkiraan. Mereka tidak menyangka orang sebaik Cikgu Chop dan Abu Bakar boleh kalah. Mereka tidak terfikir orang yang bersama mereka semasa susah, semasa senang boleh tumbang.

Bukan hanya penyokong BN. Bahkan penyokong PAS juga terkejut. Begitu juga penyokong PKR. Mereka juga rasa kehilangan.

Sekarang pengundi Parit Buntar seakan sedang menjalani hukuman Mereka berasa resah gelisah. Dr Idham Lim
( Titi Serong ), Abdul Yunus Jamhari hampir tidak dapat ditemui.

Mereka mendengar dan membaca tentang Dr Idham di dalam Harakah tetapi mereka tidak dapat menemuinya untuk mengadu.

Abdul Yunus dikatakan seakan tidak yakin bahawa beliau adalah YB atau Wakil Rakyat.

Saya melihat pengundi sudah insaf. Memilih kerajaan bukan sesuatu yang boleh dicuba. Memilih pemimpin adalah amanah dan kewajipan.

Sekarang mereka sedang menunggu dengan sabar, masa untuk buat pembetulan..