Followers

Friday, April 29, 2011

SUMPAH ESKAY TIDAK LENGKAP !!

" MEREKA TIDAK MEWAKILI UMNO! "


PALITAN TERHADAP UMNO TIDAK TERPADAM !

Saya difahamkan bahawa Datuk Eskay telah melafazkan sumpah laknat pada jam 4. 15 petang tadi. Sumpah ini mengandungi
pengakuan bahawa Anwar Ibrahim dan dirinya adalah individu yang berada dalam paparan video seks tersebut.

Saya tidak tahu apakah pandangan orang lain. Saya tidak menganggap sumpah ini penting kerana rakyat telah tahu Anwar adalah pemimpin tidak berakhlak sejak 1998 lagi.

Hari ini rakyat sedang berasa resah gelisah. Umat Melayu tidak gembira dengan apa yang berlaku. Ini hakikatnya.

Turunlah ke bawah. Dengar suara kesal rakyat bawahan. Ada ibu bapa tidak dapat menonton Buletin Utama kerana bimbang anak anak akan mendengar berita memalukan ini.

Keadaan di masjid Sentul hiruk pikuk pada masa umat Islam berasa aman dan selamat. Dunia melihat kepada kita sekarang.

Saya menyalahkan Anwar kerana kerosakan ini. Dalam masa yang sama Datuk Eskay telah mencemarkan UMNO secara tidak bertanggungjawab atas sebab sebab peribadi beliau.

Saya menyeru Datuk Eskay, jika benar mahu selamatkan negara daripada orang sebahaya Anwar, bersumpahlah bahawa UMNO tidak terlibat dalam kemelut memalukan ini.

Jangan kerana dendam Datuk Eskay, UMNO menerima balanya..


4 comments:

Anonymous said...

SETELAH PULUHAN TAHUN BERTAHAN, UMNO TIDAK PERLU UNSUR SENSASI UNTUK TERUS HIDUP. UMNO PERLU KEKALKAN PERKHIDMATAN KEPADA RAKYAT.

JANGAN UBAH IMEJ INI.

Anonymous said...

Aku sikit pun tak percaya Eskay ni. Entah dari mana datangnya. Tiba tiba riuh rendah.

Anonymous said...

aku pong x kenal dia gak... tapi aku x percaya kat nuar kita ni. mayb lepas 'umno' terpaksa cipta seribu kopirasi lg utk anugerah tuhan ni..lol

dankuala.com said...

UMNO tidak perlu berkonspirasi. Anwar terlalu kecil untuk meruntuhkan UMNO. Selagi UMNO meneruskan perjuangan mempertahankan agama, bangsa dan tanahair selagi itu UMNO akan selamat, insyaallah.

Jika UMNO tergelincir, pasti hukuman ALLAH akan tiba.