" ANWAR..."
IA MUNGKIN MEMBERI KESAN MINIMA.
Saya mempunyai kepercayaan bahawa Anwar Ibrahim adalah 'nama' yang sangat kotor dalam sejarah Umat Melayu. Ia adalah titik hitam yang mencemarkan maruah bangsa dan agama.
Saya juga percaya Anwar seperti 'sepah yang dibuang setelah madunya kering disedut '. Anwar adalah ' tokoh ciptaan DAP setelah terbuang daripada UMNO kerana tidak bermoral '.
Hakikatnya Anwar berjaya melaksanakan tugasnya memecahkan orang Melayu seperti yang dikehendaki oleh DAP. Anwar sudah hampir tiada apa apa untuk dipersembahkan.
Atas asas ini saya tidak fikir video sek terkini Anwar akan memberi kesan besar kepada lanskap politik negara. Sebaliknya ia hanya menjadi alat untuk melekakan Umat Melayu daripada bahaya sebenar iaitu kemaraan DAP komunis yang seakan tak dapat disekat.
Orang UMNO malangnya menyangka pendedahan akhlak sonsang Anwar akan memberi faedah kepada parti sedangkan hakikatnya tidak begitu. Sebaliknya DAP lebih laju mendaftar pengundi baru dan memindahkan pengundi lama ke mana mana kawasan yang mereka kehendaki.
PAS pula mengambil peluang ini untuk menunjukkan betapa jahatnya UMNO sedangkan hakikatnya video seks ini tiada kaitan dengan UMNO.
Saya mempunyai kecenderungan untuk meminta agar ahli dan pimpinan UMNO supaya mengabaikan video ini sebaliknya menggiatkan usaha menemui pengundi dan melipatgandakan usaha membantu rakyat.
Mari kita menganggap Anwar sama juga seperti Mat Sabu yang sebenarnya tidak berwajah dan tidak bermaruah. PAS akan kekal dengan jumud dan bekunya, DAP kekal rasis dan manipulatif.
Yang akan berpencak di gelanggang membantu rakyat ialah kita Umat Melayu yang percaya hanya kita dapat menjaga negara bangsa ini.
1 comment:
susa sgt nk bg dna
susa sgt mbuat sumpah
susa susa susa....
Post a Comment