Followers

Saturday, January 1, 2011

Ya Allah, Telunjuk Dah Mencucuk Mata!!

" MUNGKINKAH MEREKA BERJAYA MENYERAP KE DALAM MASYARAKAT KITA ?"


PAKATAN MULAKAN KEMPEN SUBVERSIF

Alhamdulillah. ALLAH panjangkan umur usia kita untuk meneruskan perjuangan mempertahankan ALIF BA TA . Agama, bangsa dan tanahair.

Kita memang dilahirkan sebagai pejuang dan insyallah kita mohon jika ALLAH mahu mengambil kita, biarlah dalam keadaan kita sedang berjuang.

Pakatan pembangkang memulakan tahun baru 2011 dengan sesuatu yang amat merbahaya kepada keselamatan negara.

Apabila Teo Nie Ching berpakaian seksi bersenam robik dalam kawasan masjid, beliau telah melakukannya dengan niat yang amat bahaya.

Teo Ni Ching telah mencucuk mata kita!

1. Beliau telah menghina institusi agama Islam yang selama ini amat terpelihara. Masjid selamanya adalah lambang Islam yang amat signifikan. Beliau pula telah mengheret bersamanya beberapa orang pimpinan PAS dan PKR ( Lelaki ) yang selama ini dikatakan amat menjaga adab pergaulan.

Selama ini kononnya telah berjayalah KELANTAN apabila konsert tidak dibenarkan bagi mengelakkan pergaulan bebas. Sebaliknya Teo berjaya ' mencampurgaulkan PAS,PKR,DAP ( lelaki dan perempuan ) di dalam kawasan masjid. Sengaja Teo memilih ' syiar ' untuk dihina dan diperlekeh.

2. Pertikaian terhadap perlantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor juga bukan peristiwa biasa. Bukan Khusrin yang mereka tolak atau nafikan. Mereka tahu Khusrin mempunyai cukup syarat untuk menjadi SUK.

Mereka mempertikaikan dan cuba mencabar institusi Raja yang memperkenan perlantikan Khusrin. Mereka cuba meletakkan Institusi Raja dalam ' keadaan boleh dan sepatutnya' dipersoal.

Agama dan Raja adalah lambang negara. Agama dan Raja diperuntukkan oleh Perlembagaan. Agama dan Raja adalah kunci keselamatan dan perpaduan.

Tahun baru ini mereka telah mulakan dengan kempen yang amat merbahaya dan mungkin menjejaskan keselamatan negara. Mereka sedang menguji pihak berkuasa dan rakyat.

Mereka sedang menunggu reaksi dan tindakbalas. Malangnya kebanyakan orang hanya melihat segalanya sebagai peristiwa. Tidak ramai melihat makna daripada peristiwa ini. Anda bagaimana ?