Followers

Tuesday, June 22, 2010

1o sebab pembangkang ingin pilihanraya awal

Sejak akhir akhir ini terdapat semacam keghairahan khasnya dalam kalangan pakatan pembangkang untuk memperkatakan tentang Pilihanraya Umum Ke 13. Kepada para penyokong , mereka menggambarkan bahawa PRU 13 sudah semakin hampir. Kadangkala penceramah mereka seakan mencabar kerajaan untuk segera membubarkan parlimen.

Saya menjangkakan sekurang kurangnya 10 sebab mengapa pakatan pembangkang ini begitu terdesak inginkan pilihanraya.

1. Mereka dapat melihat dengan jelas momentum sokongan rakyat terhadap BN semakin memuncak. Wibawa DS Najib begitu menyerlah dengan keupayaan merendah diri , bertentangan dengan andaian pembangkang bahawa Najib adalah elitis politik yang mereka jangka tidak akan mampu memenangi hati rakyat. Sebaliknya Najib bukan sekadar merasakan denyut nadi rakyat bahkan semacam ikut mengalir dalam urat darah rakyat seluruhnya.

2. Sikap dan pendekatan Najib ini sebenarnya merangsang dan menjadikan Wakil Rakyat BN dan para Menteri untuk lebih serius dan bersungguh sungguh memenuhi harapan rakyat. Dalam kesukaran ekonomi yang cuba dimanipulasi oleh pembangkang, hakikatnya tiada rakyat yang menghadapi kesukaran melampau seperti yang digambarkan. Banyak isu kebajikan rakyat yang tetunggak dapat diatasi.

3. Mesyuarat Agung UMNO di peringkat Cawangan dan Bahagian menggambarkan perubahan yang amat ketara. Ahli UMNO menjadikan mesyuarat sebagai medan membahaskan isu isu rakyat bersandarkan kepada aspirasi yang dicetuskan oleh pimpinan negara.

4. Kebanyakan isu yang menjadi modal besar pembangkang dapat ditangani oleh Kerajaan BN dengan berkesan. Tuduhan bahawa 1 Malaysia membelakangkan kepentingan Melayu terjawab dengan pembentangan RM 10 baru baru ini. Judi bola yang selama ini menjadi ' bonus' kepada pembangkang hakikatnya tidak diluluskan.

5. Dasar terbuka dan telus Kerajaan BN misalnya melalui ' pemantapan dan keberkesanan' SPRM tidak dapat disangkal oleh pembangkang, bahkan pimpinan mereka terperangkap dalam lantikan pelbagai jawatankuasa. Tuduhan bahawa agensi Kerajaan BN bekerja di bawah telunjuk ternyata tidak dapat dibuktikan sehingga sekarang.

6. Di pihak pembangkang pula, kelihatan mereka kehabisan isu. Ceramah dan program yang mereka anjurkan tidak lagi mendapat sambutan hangat seperti dahulu. Barangkali penyokong mereka juga bosan menunggu masa tuduhan yang dibuat berkali kali tetapi tidak pernah terbukti.

6. Percubaan banyak pihak untuk ' membersihkan imej ' Ketua Pembangkang , Anwar Ibrahim nampaknya tidak pernah berjaya. Nik Aziz yang bertungkus lumus mengangkat martabat Anwar sebaliknya menerima tempelakan penyokong mereka sendiri.

7. Muktamar PAS yang baru lalu telah gagal menghasilkan 'blue print' yang jelas sebagai rangka kerja menghadapi pilihanraya. Muktamar ini akhirnya menjadi gelanggang ' ahli mempamerkan kehebatan manakala pemimpin mempertahan diri'. Para peserta Muktamar balik dengan perasaan keliru tentang dasar sebenar PAS.

8. Menurut sumber yang boleh dipercayai, Pakatan Pembangkang sedang menghadapi krisis dalaman yang serius. Di pentas pentas ceramah, mereka tidak lagi bersama. Mereka berceramah secara berasingan. Manakala dalam setiap parti pula ada masalah tersendiri kecuali DAP kerana DAP masih mengekalkan sistem kuku besi mereka.

9. Umum menyedari bahawa Kerajaan Pakatan sehingga sekarang masih tidak berjaya menunaikan janji pilhanraya mereka. Rakyat mula mempersoalkan keberkesanan mereka. Bahkan ada pandangan mengatakan bahawa mereka masih berfikiran dan berkelakuan seperti pembangkang di negeri yang mereka perintah.

10. Tindakan pimpinan pembangkang keluar parti sebenarnya merupakan tragedi kepada Pakatan. Mereka menjangkan jika PRU 13 tidak dijalankan secepat mungkin akan ada lagi tokoh yang keluar kerana tidak lagi sanggup bersekongkol menipu rakyat.

Berasaskan 10 sebab ini kalaulah boleh Kerajaan BN elakkan daripada mempercepatkan PRU 13. Sebaliknya teruskan usaha memabntu rakyat. Yakinlah , PRU 13 ini akan mencatat sejarah gemilang BN.