Followers

Friday, May 14, 2010

Kembali Ke Pangkal Jalan

Akhirnya Hadi menjadi berita utama Harakah. Ramai menjangkakan Hadi sedang menunggu masa untuk diturunkan daripada kerusi Presiden PAS ekoran krisis kepimpinan yang melanda PAS. Nik Aziz tidak gembira dengan Hadi khasnya apabila membicarakan idea kerajaan perpaduan yang pernah jadi bahan perbahasan tidak berapa lama dahulu.

Namun kemelut yang melanda PAS Kelantan barangkali mengurangkan ' bisa ' Nik Aziz sehingga menyebabkan Nik Aziz hilang minat untuk memperkatakan perkara perkara berkaitan dasar PAS. Nik Aziz lebih selesa mengambil pendekatan berdiam diri dan melayan kebimbangan.

Hadi mengingatkan semua pihak agar tidak mencampuri urusan kehakiman khasnya dalam isu liwat melibatkan Anwar Ibrahim. Saya yakin peringatan ini sebenarnya ditujukan kepada pakatan pembangkang khasnya PKR.

Umum mengetahui hanya pembangkang sahaja yang selama ini bukan sahaja mencampuri urusan kehakiman bahkan memperlekeh dan menghina institusi kehakiman. Dalam masa yang sama saya yakin masanya telah sampai untuk PAS memikirkan semula penglibatan mereka dalam pakatan yang jelas melakukan pelbagai perbuatan menghina Islam.

Sebagai pemimpin yang lama dalam politik , saya percaya Hadi mula dapat mencium malaikat maut yang sedang menunggu masa mencabut nyawa PAS sekiranya sesuatu tidak dibuat. Hakikat yang terpaksa mereka akui ialah dalam pakatan hanya DAP sahaja yang mantap dan stabil kerana pendekatan komunisma yang mereka amalkan.

Kesimpulannya, mahu tidak mahu Hadi terpaksa mengambil pendekatan berbeza dengan anggota pakatan yang lain bagi mempastikan survival mereka.