Followers

Thursday, May 6, 2010

Memaknakan Perjuangan UMNO

Seperti lazimnya UMNO akan mengadakan mesyuarat cawangan dan bahagian sepanjang Mei dan Jun ini. Kemudiaan persidangan peringkat pusat akan diadakan sekitar Julai atau Ogos.
UMNO tidak berubah sebenarnya. Oleh kerana tahun ini tiada pemilihan maka mesyuarat jadi tidak meriah.

Kebanyakan bahagian UMNO memilih untuk menjalankan perasmian serentak. Maknanya pemimpin utama bahagian tidak perlu masuk ke semua cawangan untuk bertemu ahli. JK Bahagian juga akan hadir menyuarat cawangan secara ala kadar.

Kita akan melihat ' kesepian ' UMNO walaupun dalam masa yang sama kita digambarkan berada dalam keadaan ' cemas dan gerun '. Majlis tertinggi kena melihat perkara ini secara serius. Nadi UMNO adalah cawangan. Bagaimana kita mungkin merasakan denyut nadi ini jika kita tidak bersama mereka ?

Saya melihat persidangan atau menyuarat cawangan adalah medan terbaik untuk kita mendengar suara hati nurani ahli dan rakyat. Ini masanya pemimpin menyatakan penghargaan kepada ahli yang puluhan tahun bersama UMNO tetapi ada yang tidak pernahpun berjabat salam dengan pemimpin mereka.

Kita boleh bercakap tentang pentingnya menyuburkan jiwa berjuang dalam kalangan ahli UMNO tetapi bolehkah ia dicapai jika pemimpin sendiri merupakan ' Pejuang Pemilihan?'.