Followers

Friday, October 29, 2010

INDAHNYA NEGERIKU

PERJALANAN PANJANG YANG INDAH, MENYAKSIKAN ISLAM TEGAK DI MANA MANA

Semalam saya tidak menulis. Sepanjang hari semalam saya memandu melalui lebuhraya Utara Selatan. Benar benar dari Utara sehingga sampai benar benar di Selatan.

Saya dan keluarga singgah di hampir semua R&R. Berehat, minum sambil memerhati gelagat orang ramai. Kereta tidak banyak tetapi tidak putus putus. Saya dapati kebanyakan kereta jauh lebih baik daripada kereta saya sendiri.

Satu perkara yang pasti , saya boleh sahkan bahawa ' RAJA DI LEBUHRAYA ' adalah kereta keluaran Malaysia. Bukan lajunya tetapi bilangannya.

Inilah projek yang satu masa dahulu amat ditentang oleh PAS dan DAP. Kereta Nasional. Projek Lebuhraya juga pernah menjadi bahan kempen pembangkang untuk meruntuhkan UMNO / BN.

Sepanjang masa saya memandu, saya sentiasa berfikir apa sebenarnya yang pembangkang mahukan sehingga semua perkara menjadi tidak betul kepada mereka.

Akhirnya saya sampai kepada kesimpulan bahawa sebenarnya pembangkang amat takut rakyat hidup bahagia. Pembangkang tak mahu rakyat hidup selesa dan gembira.

Seperti KOMUNIS, pembangkang kita percaya bahawa mereka akan gagal mencapai matlamat jika rakyat hidup seperti sekarang.
DAP, PAS dan PKR berkongsi cita cita yang sama. Porak purandakan rakyat semaksima mungkin.

Mereka tahu mereka tidak mungkin berjaya menumbangkan UMNO/BN jika mereka bercakap benar. Jadi mereka berbohong. Mereka tahu mereka akan kecewa jika bercakap tentang kasih, jadi mereka suburkan kebencian.

Saya ingin menyeru rakyat khasnya yang menyokong pakatan jahat pembangkang. Sesekali memandulah di lebuh raya kita secara tenang. Nikmati keselesaannya. Singgahlah di R&R. Kita tak payah bercakap tentang Islam berdegar degar tetapi lihatlah surau yang disediakan.

Lihatlah bagaimana UMNO/BN tegakkan DAULAH ISLAM dalam setiap diri kita di mana mana sahaja kita berada. Singgahlah bersembahyang. Selain daripada memenuhi FARDHU kita juga berdakwah sambil berehat menghilangkan lelah.

Sampai sekarang saya terfikir, patutlah DAP BENAR BENAR BENCI KEPADA UMNO. RUPANYA UMNO TELAH BERJAYA TEGAKKAN ISLAM DALAM SETIAP PROJEK YANG DIJALANKAN, TANPA BANYAK BICARA.

Alhamdulillah, jika kita benarkan diri kita untuk duduk dan berfikir, insyaallah UMNO akan terus berkuasa untuk menegakkan agama, bangsa dan negara.