Followers

Sunday, November 21, 2010

ROSMAH MANGSA DENGKI KHIANAT 2

' AL QURAN DITURUNKAN SEBAGAI RAHMAT, BUKAN ALAT MENGHINA
SESAMA ISLAM'


DAP BUTAKAN MATA HATI PENYOKONG PAS

Saya memang menjangka bahawa akan ada pembaca yang respons kepada artikel saya berkaitan Rosmah Mansor. Saya merasakan bahawa pembaca ini adalah penyokong PAS kerana ' BAHASA KASIHNYA KEPADA AGAMA KELIHATAN DIBUAT BUAT DAN PERCUBAAN MENYIMPANG DARIPADA ISU SEBENAR'.

1. Saya tidak sama sekali mengatakan bahawa Rosmah sama dengan mana mana isteri Nabi. Bahkan artikel saya menjawab tulisan Drs Khalil Idham Lim yang menuduh Rosmah sebagai PENGACAU.

2. Fokus saya ialah peranan Rosmah sebagai isteri Perdana Menteri tidak boleh dianggap PENGACAU kerana sirah Nabi menggambarkan betapa Khadijah dan Aisyah juga ' berperanan'dalam membantu Nabi pada zamannya.

3. Saya menutup artikel saya dengan mengatakan bahawa Rosmah tidak sempurna, tetapi 'ketidaksempurnaan' itu tidak bermaksud perkara baik yang beliau lakukan harus dilihat jahat.

4. Seperti pengulas saya juga konsisten mengatakan betapa menutup aurat adalah wajib dan barangsiapa menukar hukumnya boleh menjadi 'tergelincir '.

5. Sehubungan itu juga saya ingin menasihatkan saudara MENGUMPAT, MEMFITNAH, MENGATA ORANG HUKUMNYA HARAM WALAUPUN TOK GURU PAS PERNAH MENGHALALKANNYA.ELAKKAN DIRI DARIPADA ' TERGELINCIR '.

6. Islam membenarkan 'perbahasan mengenai perbuatan dan tingkahlaku manusia ' tetapi menghalang kita daripada mengumpat dan mencerca.

Akhirnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara tetapi tidak berhajat mengulas ' tuduhan bahawa Rosmah botox, takut suami dirampas dsb' . Cuma perbuatan menuduh dengan niat menjatuhkan orang lain adalah PERBUATAN ORANG YANG FASIQ.

Mari kita sama sama membuka Al Quran, mudah mudahan mukjizat Nabi yang dipersenda oleh DAP ( dengan izin PAS ini )akan membantu kita menjadi mukmin sejati, insyaallah.

ROSMAH MANGSA DENGKI KHIANAT

" KEKUATAN SUAMI SEBAHAGIANNYA KERANA ISTERI YANG MEMAHAMI"


KERANA BERPERANAN DENGAN BERKESAN

Tidak dinafikan betapa Rosmah Mansor, isteri kepada DS Najib Tun Razak adalah di antara bahan kritikan dan politik murahan pembangkang terutama PAS dan PKR.

Setiap pergerakan dan ucapan dianalisis untuk dicari kesilapan dan kekurangan. Kalau tiada kesilapan dibuat maka kesilapan akan diada adakan bagi memuaskan nafsu dengki dan dendam mereka.

Rosmah pada satu ketika pernah menyeru kepada anak anak supaya menjaga sendiri ibu bapa yang tua dan uzur. Elakkan daripada menghantar ibu bapa ke rumah kebajikan.

Rosmah sangat kerap menyeru ibu bapa agar memberi perhatian khusus kepada anak anak yang sedang membesar agar potensi dan kebolehan anak anak dapat digilap semaksima mungkin.

Hari ini pula Rosmah menyarankan agar semua golongan termasuk yang masih bujang agar mempelajari dan menguasai pendidikan keibubapaan. Ini menurutnya kan memudahkan pasangan yang akan berumah tangga.

Semua contoh di atas tidak pernah mendapat ulasan PAS atau PKR. Mereka suka mencari keburukan dengan niat supaya reputasi Najib selaku PM turut terjejas.

Hari ini Harakahdaily memetik kenyataan Drs Khalil Idham Lim yang mengatakan bahawa Rosmah adalah pengacau kepada kerajan.

Drs Khalil adalah saudara baru. PAS gagal mentarbiahnya tentang sejarah Rasullullah. PAS hanya mentarbiah YB ini cara mencari kelemahan, mengkritik dan memburuk burukkan orang lain.

Jika YB Khalil terdidik tentu beliau maklum bahawa penyokong Rasullullah yang paling kuat adalah isteri isterinya. Sewaktu Nabi keliru, gementar dan cemas apabila menerima wahyu pertama, Siti Khadijahlah tempat Rasullullah bergantung.

Persoalannya :

1. ADAKAH SITI KHADIJAH BOLEH DIANGGAP PENGACAU APABILA MERUJUKKAN PERKARA INI KEPADA WARAQAH BIN NAUFAL UNTUK MENDAPATKAN PANDANGAN ?

2. ADAKAH SITI AISYAH JUGA PENGACAU APABILA MERIWAYATKAN HADIS, MENASIHATI SAHABAT DALAM BANYAK PERKARA ?

Atau Khalil sama seperti pemimpin PAS lain yang ingin menutup ruang kosong yang ditinggalkan oleh isteri masing masing ?

Haji Nik Aziz Nik Mat- Sekarang ini isterinya agak tua dan uzur. Tak upaya lagi bersama Nik Aziz melaksanakan tugas rasmi.Sewaktu Nik Aziz mula menjadi MB, isterinya bergelut menjaga 11 orang anak yang ketika itu meningkat remaja. Dia memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa


Haji Hadi Awang- Beliau mempunyai lebih daripada seorang isteri. Demi menjaga hati isteri isterinya dan barangkali ingin dilihat adil, maka Haji Hadi lebih selesa meninggalkan ke dua duanya sekali.

Anwar Ibrahim- Isteri beliau adalah Presiden parti yang tidak berkuasa. Sangat jarang mengeluarkan kenyataan melainkan dengan arahan dan perintah Anwar. Dikatakan agak sukar untuk menghadirkan Wan Azizah dan Azmin Ali dalam majlis yang sama.Wan Azizah selalunya gagal mengawal air muka pada masa masa begini.

Najib dan Rosmah sejak awal dikatakan belangkas. Jarang mereka tidak bersama. Rosmah berkesan sebagai isteri kerana Najib menghargainya.

Rosmah tidak sempurna. Sama seperti kita tetapi ia lebih bernasib baik berbanding isteri isteri tiga tokoh yang saya sebutkan tadi.Belajarlah menghargai.