Followers

Wednesday, February 3, 2010

Hati hati, jangan tertipu

Lama juga saya tak menulis. Agak sibuk. Tapi beberapa hari ni ada desakan yang amat kuat dalam diri saya untuk kembali semula ke gelanggang.

Hari ini bermulalah perbicaraan mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim(DSAI) dalam kes liwatnya terhadap Saiful setelah tertangguh lebih setahun gara gara karenah DSAI.Walaupun tak seghairah dahulu tetapi penyokong DSAI sempat juga mengganggu proses perundangan ini berlangsung. Hasrat mereka ialah menggambarkan kepada dunia bahawa DSAI telah dianiaya. Wakil masyarakat dunia turut dijemput sebagai usaha memburukkan imej negara.

Inilah antara kehebatan DSAI. Mencetus dan membina persepsi. Sama macam usaha CIA semasa nak jatuhkan Saddam Hussein di Iraq. Bertahun mereka menggambarkan kekejaman Saddam sehngga hampir semua rakyat percaya bahawa Saddam adalah pemimpin kejam walaupun mereka tak tahu apa kejamnya Saddam. Sampai masa Amerika menyerang , mereka telah mempunyai penyokong dalaman Iraq sendiri. Inilah kaedah DSAI. Semua agensi penguatkuasa undang undang digambarkan kejam dan rasuah. Mereka digelar anjing kerajaan. Malangnya rakyat Malaysia ni jenis berfikir. Tak menjadi usaha DSAI.

Setelah kegagalan itu DSAI cuba pula mengalihkan perhatian rakyat kepada isu lain yang sengaja dirancang. Harapannya biar perbicaraannya tidak begitu diberi perhatian. Konflik PKR - DAP di Pulau Pinang dan krisis kepimpinan PAS di Selangor sengaja diwujudkan. Zahrain, Guan Eng, Khalid Samad , Zulkifli Nordin adalah pelakon utama manakala DSAI adalah pengarahnya.

Hasrat DSAI melalui pementasan ini beberapa perkara akan dicapai.

1. Melayu Pulau Pinang masih ada pejuang. Pejuangnya adalah Zahrain. Zahrain bercakap seolah olah macam perang besar dia dengan Guan Eng. Bila pilihanraya nanti Zahrain akan menjadi jurucakap Pakatan. Seluruh kawasan Melayu Zahrain akan pergi, ironinya masih sebagai ahli PKR

2. Lim Guan Eng akan berusaha sedaya upaya menghapuskan sama sekali unsur Melayu di Pulau Pinang. Orang Cina 100% menyokong Guan Eng sebab mereka memang ingin jadikan Pulau Pinang sebagai Tanah Besar Cina di Malaysia.

3. Di Selangor Khalid Samad berperanan sebagai tokoh liberal dalam PAS. Bersikap sangat terbuka dan boleh berunding dengan mana mana puak bukan Islam apabila menjelang pilihanraya.

4. Manakala tokoh ulama dalam PAS akan mengekalkan sikap dan pendirian mereka. Mereka akan terus bermain dengan isu agama seperti hudud. Dalam kalangan orang Islam mereka akan meneruskan isu isu yang sudah puluhan tahun dimainkan.

Kesimpulannya walaupun perbicaraan sudah tak dapat dielakkan, DSAI percaya rakyat akan tertipu dengan srategi mereka. Saudara tak usahlah tertipu. Mesyuarat, tindakan disiplin, amaran yang dikenakan ke atas mereka adalah sandiwara. Dalam masa yang sama mereka bergelak ketawa sesama sendiri meraikan kebodohan penyokong mereka. Berhati hatilah, jangan kita diperbodoh sama.