Followers

Saturday, April 24, 2010

Akar Komunisme Menular Ke Sungai Tengi

Peneroka menyerahkan Memorandum untuk diperjuangkan oleh Lim Kit Siang. Ideologi DAP telah meresap ke jantung hati pengikut Pas.

Saya konsisten apabila menyatakan telah nampak bibit bibit penyuburan semula faham komunisme dalam kancah politik bahaya Pakatan Pembangkang. Terbaru apabila Perhimpunan Anak Anak Peneroka Kebangsaan Kali Kedua diadakan di Felda Sungai Tengi pada 24 April 2010

Dalam perhimpunan tersebut, beberapa kumpulan peneroka yang kecewa dari Felda seluruh negara telah diminta membacakan teks yang disediakan oleh penganjur yang diketuai oleh Mazlan Aliman JK Pemuda PAS pusat.

Kandungan teks tersebut ialah gambaran kekejaman Felda yang sengaja diada adakan bagi menimbulkan kebencian peneroka terhadap UMNO. Walaupun ada wakil yang tersasul menceritakan kelebihan tinggal di Felda, namun ia tetap tidak mengubah hala tuju penganjur untuk mencetuskan kebencian terhadap UMNO.

Manipulasi golongan kecewa dan marah adalah salah satu strategi komunis untuk membunuh dan menghapuskan konsep ketuanan Melayu pada tahun tahun 50an dahulu dan nampaknya ia telah mula digerakan semuala sekarang.

Pada akhir sesi tersebut Lim Kit Siang yang menjadi tetamu utama majlis telah dijemput menyampaikan ucapan. Isi ucapannya ialah , bagi mengatasi semua masalah ini UMNO mesti dihapuskan dengan segera kerana di dalam UMNO terdapat terlalu banyak buaya yang bahaya.

Ucapan Lim Kit Siang pendek sahaja tetapi beliau berjaya menggambarkan bahawa seluruh masyarakat Felda adalah golongan miskin yang tertindas dan UMNO adalah golongan kaya yang pemeras, perasuah lagi zalim. Inilah kaedah komunis yang sering digunakan untuk menimbulkan kebencian melalui pertentangan kelas sosial yang sengaja ditimbulkan dan diapi-apikan.

Sekiranya peneroka dan masyarakat Felda tidak berhati hati saya percaya, hasrat membentuk masyarakat cemerlang di Felda seperti yang diharapkan oleh Allahyarham Tun Razak dan kini diteruskan oleh Datuk Najib pasti tidak akan berjaya. Kegagalan ini adalah impian pendukung komunisme tersebut.