Followers

Saturday, October 16, 2010

ANWAR TUMBANG DI GALAS


PAS PERCAYA ANWAR MUNGKIN MELIWAT ?

Pilihanraya kecil pada bila bila masa pun adalah sesuatu yang menarik, segar dan kadangkala panas. Keadaan jadi sedemikian rupa khasnya sejak Anwar Ibrahim dinobat sebagai Ketua Pembangkang.

Anwar seorang yang berkarisma. Terimalah kenyataan bahawa Anwar mempunyai kepakaran mempengaruhi orang lain. Memang benar analisis rakan rakan bahawa Anwar ialah jenis orang yang tidak takut berdosa.

Atas sebab itu Anwar boleh bercakap apa sahaja tanpa sebarang rasa gentar. Kalau tidak berbohong bukan Anwar. Bekas pemimpin PKR semuanya mengakui bahawa Anwar boleh berkata A ketika menoleh ke kanan dan akan berkata B sewaktu menoleh ke kiri.

Keberanian inilah yang diperlukan oleh PAS mahupun DAP. \Anwar tidak hebat kepada mereka selain keupayaannya menghasut dan menipu. Inilah aset terbesar Anwar.

Tetapi keadaan berbeza di Galas. Nama Anwar atau PKR langsung tidak disebut. Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Ustaz Abd Halim Abd Rahman mengumumkan bahawa PAS akan mengumumkan calon pada hari di mana Nik Aziz dan Lim Kit Siang dapat hadir bersama.

Ustaz Halim bahkan menegaskan tanpa Kit Siang pengumuman tidak akan dibuat. Demikianlah pentingnya Kit Siang kepada PAS. Yang menghairankan nama Anwar langsung tidak disebut.

Ada sumber dalaman PAS menyatakan bahawa mesyuarat Syura PAS baru baru ini ada membincangkan kedudukan Anwar. Bahkan ada timbul pertanyaan ' Barangkali benar Anwar meliwat '.

Menurut sumber ini, perbicaraan Anwar serentak dengan PRK Galas dijangka akan memberikan kesan yang amat buruk kepada PAS jika Anwar dilibatkan dalam kempen ini.

Walau bagaimanapun apa yang akan berlaku dalam beberapa hari ini akan menentukan corak kempen berlangsung kerana difahamkan bahawa PAS masih lagi memerlukan ' sumbangan kewangan' Anwar Ibrahim bagi melancarkan kempen.

Sumber yang rapat dengan kepimpinan PAS kelantan memaklumkan bahawa isu yang berkaitan dengan rasuah, kroni dan salah urus dalam pentadbiran Kelantan menyebabkan syarikat yang selama ini menyumbang menjadi agak khuatir untuk meneruskan sumbangan.

Apa dan bagaimanapun, ada suara dalam PAS sudah berani menyatakan bahawa Anwar bukan lagi aset sebaliknya telah menjadi liabiliti. Kita tengoklah nanti.