Followers

Sunday, December 19, 2010

JELAJAH 1 MALAYSIA

" JELAJAH 1 MALAYSIA, BERTAMBAHKAH UNDI KITA ?'


APA YANG INGIN DICAPAI ?

" Saya tidak berharap kepada sesiapa selain daripada PEMUDA. Janganlah tuan tuan berbincang atas sesuatu masalah dengan panas, tetapi apabila balik menjadi sejuk dan lupa. Tuan tuan ingat bahawa daripada mulut tuan tuan pemudalah yang telah mengeluarkan cogankata " MERDEKA " . Saya percaya dengan tenaga pemudalah kita akan mencapai kemerdekaan ".

Petikan ucapan YTM Tunku Abdul Rahman Putera Al Haj dalam persidangan Agung Pemuda UMNO 3 April 1953.

Demikianlah tingginya pengharapan pimpinan utama parti kepada Pemuda ketika itu. Sejarah kemudiannya membuktikan komitmen Pemuda UMNO yang begitu hebat memperjuangkan kemerdekaan dan mengisi kemerdekaan di peringkat awal.

Saya bagaimanapun berasa Pemuda telah ' tersilap fokus ' sejak akhir akhir ini. Pemilihan kepimpinan Pemuda kelihatan lebih diberi keutamaan berbanding pilihanraya.

Selepas Persidangan Agung yang lalu, di mana diumumkan ada lebih 4 juta rakyat yang layak mengundi tetapi belum berdaftar, saya tidak dapat melihat ada gerakan bersungguh sungguh yang dilakukan oleh Pemuda untuk mendaftarkan mereka .

Jelajah 1 Malaysia ialah program yang sangat baik tetapi adakah program ini menambahkan pengundi kita adalah satu isu yang lain pula.

Saya bimbang Jalajah 1 Malaysia akhirnya menjadi program ' SORAK SORAI ' semata mata sedangkan hasilnya tiada. Dalam masa yang sama saya tidak nampak bahawa dalam keadaan sekarang inilah program terbaik yang mampu Pemuda jalankan.

Makna politik kepartian ialah memenangi pilihanraya, manakala pilihanraya hanya akan dimenangi oleh parti yang mendapat undi terbanyak.

Inilah keutamaan kita sebenarnya, sudahkan Pemuda bermula ?


KEPADA NAJIB SEGALANYA RAKYAT

" KEPADA NAJIB SUKAN ADALAH ALAT MEMBANGUNKAN MANUSIA"


PEMBANGUNAN RAKYAT KEUTAMAAN NAJIB

Saya pernah menulis betapa pembangunan manusia merupakan fokus yang diberikan perhatian khusus oleh DS Najib. Di mana mana pun Najib berpeluang, beliau akan memberi penekanan kepada perkara ini.

Inilah yang membezakan Najib dengan kebanyakan politikus yang lain khasnya dari kelompok pembangkang. Terbaru ialah apabila Najib ditemui wartawan selepas bersama rakyat menyaksikan perlawanan bola sepak di Bukit Bintang.

Kata Najib " Bermain sebagai satu pasukan, disiplin yang tinggi dan patuh kepada arahan jurulatih adalah faktor kemenangan
kita ".

Jika kita amati, inilah juga nilai yang perlu ada dalam menjayakan matlamat mana mana organisasi. Inilah juga resepi UMNO bertahan sekian lama.

Inilah juga rahsia jika kita mahu UMNO terus kekal utuh dan kukuh. UMNO akan runtuh jika pimpinan dan ahlinya meninggalkan semangat ' sepasukan '. UMNO akan runtuh jika ada ahlinya meletakkan kepentingan diri melebihi kepentingan yang lain.

UMNO juga akan lemah jika ahlinya tidak mematuhi hasrat dan harapan pimpinan tertinggi. UMNO pasti akan kalah jika ahlinya gagal mendisiplinkan diri mematuhi nilai parti yang selamanya dipertahankan.

Itulah Najib. Setiap katanya ada makna untuk kita renungi.


KONVENSYEN PAKATAN 2

" HADI SEDAR DIRINYA DIPERALATKAN "


PESERTA PAS PULANG HAMPA

Seorang rakan yang saya hubungi dalam perjalanan balik daripada Konvensyen Pakatan di Kepala Batas. Aktivis tegar PAS ini membawa bersamanya 3 orang baru yang mula berjinak jinak dengan PAS.

Kecewa benar rakan saya bilamana menyatakan persoalan Negara Islam dan Hudud bukan sahaja tidak menjadi agenda tetapi tidak disebut sama sekali.

" Kami rasa seperti orang bodoh. Malu ana dengan rakan rakan yang baru ini ,"kata rakan saya ini.

Menurut beliau lagi langsung tidak ' terampil ' mana mana pimpinan PAS." Yang paling menonjol ialah Lim Guan Eng. Tiada perancangan masa hadapan sama sekali bagi kami daripada PAS".

" Ana tidak setuju jika dikatakan kami kuda tunggangan DAP tetapi ana langsung tak faham apa sebenarnya peranan kami". Keluh beliau lagi.

Menurut beliau, ahli PAS menjangkakan bahawa pengumuman tentang hala tuju Pakatan akan dibuat. Setelah Anwar digantung di Parlimen, PAS mengharapkan agar Hj Hadi akan diamanahkan 'memainkan peranan itu secara tidak rasmi'.

Apa yang berlaku ialah sebaliknya. Hj Hadi diperangkap oleh Pakatan untuk mengumumkan Anwar kekal sebagai Ketua Pembangkang.

" Sebenarnya Konvensyen ini memang tiada apa apa faedahpun kepada perjuangan kami. Ucapan ucapan hanya mengulang apa yang kami dengar masa ceramah. Langsung tiada apa pun yang baru."

Ulasan dankuala - Saya telah mendengar retak retak dalam Pakatan apabila PAS dikatakan dilayan seperti pekerja apabila arahan arahan dikeluarkan terus oleh Pegawai Lim Guan Eng.

Saya mempunyai keyakinan, Konvensyen ini akan menyaksikan keretakan ini akan bertukar menjadi ' belah ' yang tak dapat diselamatkan lagi.