Followers

Tuesday, April 19, 2011

CIKGU MAAROF DIBANTU...

" KERANA ISTERI ..."


KELUAR DARI KEHINAAN.

Kementerian Pelajaran melalui Jabatan Pelajaran dan Pejabat Pelajaran Daerah telah menerima kritikan ramai blogger pembangkang apabila menukarkan Cikgu Maarof, suami kepada Cikgu Normala, calon PAS yang kalah di Tenang.

Sayugia diperingatkan bahawa Cikgu Maarof menjadi terkenal bukan kerana beliau adalah suami kedua kepada calon PAS tetapi kerana beliau telah mengambil cuti sakit pada ketika beliau sihat dan membantu isterinya berkempen.

Saya fiir Cikgu Maarof dan PAS wajib berterima kasih kepada Kementerian Pelajaran kerana menukarkan Cikgu Maarof ke sekolah lain atas beberapa sebab :-

1. Cikgu Maarof akan terus mengajar di sekolah lama dengan
pandangan negatif pelajar,ibu bapa dan rakan rakan. Saya tidak dapat bayangkan betapa sukarnya Cikgu Maarof untuk berdepan dengan pelajar, sampaikan pendidikan sedangkan
pelajar tahu Cikgu Maarof adalah seorang penipu.

Cikgu Maarof telah hilang kehormatan.

2. Cikgu Maarof pasti akan dipandang serong oleh ibu bapa yang menghantar anak anak ke sekolah kerana pendirian politiknya. Tentunya sukar diterima, seorang warganegara yang makan gaji dengan kerajaan dan dalam masa yang sama memusuhi majikannya.

3. Masyarakat juga akan keliru, dalam masa Cikgu Maarof bercakap tentang daulah Islamiah, beliau sendiri adalah seorang yang amat tidak jujur dan berbohong secara terbuka.

Eloklah Cikgu Maarof bertukar. Dapatkan suasana baru. Buka buku baru. Bertaubat dan insaflah. Sesungguhnya berbohong itu adalah salah satu daripada perlakuan yang Islam tolak sepenuhnya.



18 comments:

Anonymous said...

pindah sekolah pun nak bising. macam dia sorang cikgu dlm malaysia ni yang kena pindah. sepatutnya pecat je terus. kurang hajar puya cikgu

ayah said...

Mana-mana kakitangan kerajaan yang tidak bersetuju dengan dasar dan apa jua tentang majikannya seharusnya meletak jawatan dan mencari perkerjaan lain. Itulah sepatutnya menjadi pendirian orang yang berprinsip. Tetapi di negara kita, lebih2 lagi di kalangan orang Melayu lain pula. Seperti kata orang2 Melayu "di situ cari makan di situ pula dia buat taik".

Dah lah tak berprinsip, tak dak teloq pula!

Anonymous said...

Inilah kesan ' penjajahan minda' yang dilakukan oleh PAS. Penyokong mereka tidak akan mampu berfikir secara rasional.

Keadaan ini dipergunakan sepenuhnya oleh DAP untuk merendahkan martabat Melayu.

benci pengkhianat said...

pindah sekolah tu pun kira ok lah bro. sepatutnya tindakan lebih tegas diambil. kalau nak pindahkan sekolah, pergi hantar kawasan pedalaman sarawak atau sabah atau ke pulau jerjak. biar dia tahu sikit nak bersyukur. aku menyarankan jpn johor kaji balik hukuman yang sangat ringan tu. Senang le cerita, sesiapa yang rasa nak pindah sekolah, buat perangai ponteng kerja!

ajai62 said...

Assalam Bro

Senang betul hukuman untuk cikgu ni... tukar sekolah. Kalau jabatan kerajaan lain dan kena buang tu sebab menipu dan tidak amanah. Apa jaminan yang dia tak buat perangai di sekolah baru tu? Orang macam ni perangai memang tak akan berubah. Menipu ni macam juga menagih dadah, memang tak boleh hilang kalau dah kecanduan. Kita kena ingat bini dia sekarang hebat dalam politik, dah pandai berceramah. Tentu cikgu jantan nak ikut naik atas pentas dengan muka tak malu menghentam kerajaan.

Anonymous said...

ajai62,

Ini yang kadangkala menyebabkan penyokong kerajaan terkilan. Kerajaan sangat baik dengan musuh. Kalau tengok kenaikan pangkat,pembangkang lebih ramai naik terutama dalam sektor pendidikan.

Anonymous said...

Pecat je. Orang macam Cikgu ini akan merosakkan pemikiran murid. Habis semua diajarnya tipu, bohong.

JoN said...

kita bakor je org2 PAS...

Anonymous said...

hukuman paling ringan

Anonymous said...

cikgu makrop ni kalau tengok muka dia mana2 je memang muka tension . tak da happy langsung macam ada penyakit jiwa . tempat baru nanti harap2 dapat menceria kan makrop.

Mohd said...

Perkara ini tak menghairankan rakyat sebab PAS telah masuk meresap ke dlm Jabatan2 Kerajaan!

Anonymous said...

Maknanya di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran dan Pejabat Pelajaran Daerah ?

Nak runtuh dah UMNO/BN ni, lemah...

Anonymous said...

seorang cikgu yang jelas menipu hanya ditukar sekolah? Bengap betul pegawai pendidikan ni. Boleh buat anugerah jab. pendidikan paling bengap.

Anonymous said...

Menteri Pelajaran wajar melihat perkara ini dengan serius. Dua dosa Cikgu Maarof

1. Berbohong
2. Belot kepada kerajaan

Kerajaan lemah antara faktor penyokong jadi bosan...

Anonymous said...

PEGI MAMPUSLAH CIKGU MACAM NIE...

RIBU-RIBU CIKGU YANG KENA TUKAR TAK ADA MASALAH PUN...

bahtera nabi said...

saya sokong ustaz/zah dari kelantan balik kg. tak payah ajar anak johor. banyak yg keluaran timur tengah tak komited jadi guru. bila kat markas @ surau majoriti PAS, cerita kelantan macam baik sangat. Asyik contoh nik aziz dan islam kat kelantan. balik lewat malam hingga nak ujian pakai fotostat terus dari buku. tanda lambat siap sedangkan markah perlu diisi cepat. Lain kali cari kerja bukan dengan kerajaan BN. Rezeki kan dari Allah. mana amanah. asyik burukkan BN. apa hukum makan duit gaji tu.

Anonymous said...

Pecat saja cik gu ni. Ini lah cikgu yang akan mempengaruhi dan merosakkan anak bangsa dengan fahaman politik mereka. Tak ada faedah simpan orang macam ini.Makan gaji buta duit kerajaan aje.Tak bersyukur langsung.DAH lah hidup dengan duit kerajaan.Lepas tu menentang balik kerajaan.

Anonymous said...

Bagus kalau berhenti dari jadi cikgu kerajaan. Tak ikhlas. Harap dapat kerja lain yg lebih mulia dari menjahanam dan tak ikut prosuder oleh kementerian. Tk Ustaz. Kan rezeki ada kat mana-mana. kerja dengan anwar pun ade.