" MARI KITA TIPU BN !!"
MOHON PENGUNDI JATUHKAN HUKUMAN...
Beberapa jam sahaja lagi, rakyat Sarawak akan melaksanakan tanggungjawab besar mereka. Pilihanraya Negeri kali ini diakui berbeza dengan pilihanraya sebelum ini.
PRN yang akan berlangsung esok menyaksikan Pakatan Pembangkang telah menggunakan segala daya tenaga mereka untuk merobek,menjejas, dan menggugat kestabilan Sarawak yang selama ini dipertahankan.
Penganalisis sependapat bahawa BN akan berdepan tugas berat
membetulkan dan menyusun semula masyarakat yang sedikit sebanyak terguris dengan gerakerja Pakatan selama beberapa hari ini.
Pakatan tidak akan menang banyak kerusi. Kawasan Sarawak yang luas menyebabkan jentera Pakatan hanya bertumpu di bandar berbanding BN yang sememangnya sentiasa hampir dengan rakyat.
Namun benih dendam dan benci yang ditabur tidak dapat tidak meninggalkan bekas di hati sebahagian kecil rakyat yang terpedaya.
Selain daripada menghasut rakyat, Pakatan juga tanpa malu menghina pengundi Sarawak. Kempen Lim Kit Siang baru baru ini
menyinggung perasaan pengundi.
Lim Kit Siang diberitakan telah meminta pengundi untuk berlakon menyokong BN dengan tujuan mendapat pelbagai peruntukan tetapi mengundi DAP dalam PRN.
Lim Kit Siang berandaian bahawa pengundi Sarawak adalah golongan penipu dan pembohong. Kit Siang menganggap pengundi
Sarawak sebagai petualang yang bermuka muka.
Sebelum ini Haji Hadi menghina rakyat Sarawak sebagai tidak bertamadun manakala sekarang Kit Siang secara halus ingin mengajak rakyat Sarawak berbohong.
Kalau boleh saya menyeru, saya ingin mengajak pengundi Sarawak untuk sepenuhnya mengundi BN. Biar Pakatan belajar bahawa di Sarawak, kaedah komunis tidak akan diterima
No comments:
Post a Comment