Followers

Sunday, March 20, 2011

BIBLE HANYA ALAT MEREKA


" RAKYAT BAHAGIA BERSAMANYA "



Saya diberitahu bahawa salah satu bahan kempen yang sedang hangat disebar dalam kalangan penganut agama Kristian di Sarawak ialah isu bible.

1. Kitab suci orang Kristian ditahan pengedarannya
2. Kerajaan BN telah melambat lambatkan ' pembebasan bible'
3. Kerajaan BN pandang rendah bible
4. Kerajaan BN halang kebebasan beragama.

Saya sudah menjangka bahawa percetakan bible Bahasa Melayu
tidak dilakukan dengan tujuan yang baik. Tambahan pula ia beberapa kali menggunakan kalimah ALLAH.

Dunia mengetahui begitu juga rakyat Malaysia seluruhnya bahawa
kebebasan beragama di Malaysia adalah sesuatu yang mutlak. Ia
dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Selama lamanya, inilah fahaman kita, amalan kita. Bila isu bible ini
dimainkan maka nampaknya pembangkang cuba melagakan
rakyat yang selama ini hidup aman damai di Sarawak.

Pembangkang yang datang sesekali dari Semenanjung nyata tidak
memahami keadaan di Sarawak. Sarawak antara negeri yang paling banyak pecahan kaum di Malaysia.

Ironinya kita tidak pernah mendengar ada pergaduhan antara kaum yang berlaku. Bahkan saya mendapat tahu ada penjawat
awam dari Semenanjung yang membuat keputusan untuk tinggal tetap di Sarawak.

Saya juga diberitahu bahawa di Sarawak, apa jua perayaan disambut oleh semua rakyat tanpa mengira agama. Hari Raya disambut selama sebulan penuh kerana kemeriahannya dan tetamu yang meraikannya begitu ramai.
Hakikatnya mereka hidup bahagia tidak kira latarbelakang mereka.

Esok DUN akan bubar. Rakyat Sarawak berpeluang menyatakan pendirian. Mari kita pertahankan apa yang ada. Kita tolak
gerombolan pembangkang yang datang melagakan kita dan kemudian mereka hilang entah ke mana..




4 comments:

Anonymous said...

Mereka dah alatkan Quran, mereka alatkan hadis. Sekarang mereka alatkan bible pula.

Inilah komunis.

Penditakainsingkat said...

Salam,

Pembangkang memang terkenal kerana memperalatkan segala-galanya untuk mendapatkan undi.

Kalau Pas boleh memperalatkan Islam mengapa Nuar Berahim dan China DAP tidak boleh memperalatkan agama Kristian?

Cuma bezanya, Pas memperalatkan agama Islam dan Islam menjadi mangsa. Tetapi China DAP memperalatkan agama Kristian dan agama Islam juga yang dijadikan mangsa!

Diharap ahli2 dan pengikut pas meninggalkan parti itu dan segera bertaubat demi agama, bangsa dan negara.

aku said...

cuma dua saja sekarang ni jika 'benar' PAS 'berbalik' kepada perjuangan asal....

1) bersatu dengan UMNO dengan bersama2 mempertahankan kedaulatan agama ISLAM....di bumi bertuah ini....agar tidak terbuka ruang dan peluang untuk 'disesatkan' akidah nya....'dijajah' dan 'dipecah perintah'...
2) atau gugurkan sahaja nama Islam daripada nama pertubuhan parti politik mereka agar tidak menimbulkan sebarang kekeliruan....dengan 'memperdagangkan' bukan sahaja nama Islam itu....malah telah banyak sekali mengeluarkan segala macam 'hujah' dan seangkatan dengan nya hanya untuk tambah mengelirukan dan menghala kepada 'kesesatan'.......

selain daripada itu....tidak lagi bermakna buat PAS ini...sebab dah 'nyata'....walaupun parti ini keluar daripada PR kelak....akan memperlihatkan cuma....PENGKHIANATAN....sebab bila2 masa sahaja boleh bertukar prinsip....dan bila2 masa sahaja boleh 'menggadaikan' kedaulatan satu negara yang bebas daripada penjajah untuk DIJAJAH semula....

wallahu'alam....

Dot said...

rasanya orang bukan Islam di sarawak lebih faham baca bible dlm bahasa inggeris dari bahasa melayu. sbb bahasa inggeris mrk lebih baik dari bahasa melayu. jgn plak ada yg menyindir kata nak memperkukuhkan bahasa melayu dgn cuba menerbitkan bible dlm bahasa melayu ni. hakikatnya, bahasa melayu tidak pernah mendapat tempat bagi mrk yg gemar berbahasa inggeris terutamanya pembangkang bukan melayu!!!!

hentikan cubaan menghina bahasa melayu begini!!!

mana dia ngo2 melayu & Islam yg sebelum ini giat menentang PPSMI? apakah kamu semua izinkan benda ni krn bahasa inggeris dah dimansuhkan dlm PPSMI???