Followers

Wednesday, March 9, 2011

KATAKAN WAN AZIZAH TIDAK DILIWAT..

" PEJUANG MALANG "


Dia tetap mangsa Anwar

Saya tidak mahu mengatakan Wan Azizah juga mangsa liwat Anwar Ibrahim. Sebagai pendukung UMNO saya tidak digalakkan mencipta andaian dan percaya kepada andaian tersebut.

Saya bersangka baik Wan Azizah berada di luar senarai panjang Anwar dan tidak terkena ' ghairah' suaminya.

Tetapi saya tetap mengatakan bahawa jika Zuraidah Kamaruddin ingin memperjuangkan keadilan bagi wanita, janganlah hanya bercakap tentang wanita Penan semata mata.

Berjuanglah untuk Wan Azizah yang diketahui umum sangat terseksa dan menderita dizalimi suami sendiri yang juga bos kepada Zuraidah.

- Wan Azizah dilarikan daripada keluarga dan tunangannya untuk berkahwin dengan Anwar Ibrahim pada waktu umurnya belum matang untuk buat keputusan.

- Wan Azizah tertipu dengan pesona Anwar yang menyembunyikan' jiwa ganasnya' di sebalik pidato dan wayangan
alimnya.

- Selepas berkahwin Wan Azizah menderita berkongsi rumah dengan pemuda pemuda tampan yang mencuri begitu banyak masa dan perhatian Anwar.

- Satu ketika Wan Azizah mengadu, selepas lama berada di luar
negara, sewaktu anak isteri rindu menunggu, Anwar akan menghabiskan masa beberapa jam bersama Sukma , adik angkatnya.

- Sepanjang menjawat jawatan TPM, Anwar tidak akan ke luar negara melainkan Azmin dan SHAMSIDAR ikut bersama.

- Bayangkan ' luka ' Wan Azizah apabila satu masa Anwar meminta izin untuk membawa SHAMSIDAR mengerjakan umrah sedangkan Wan Azizah disuruh membeli belah bersama Azmin.

- Setelah dipecat daripada parti dan kerajaan, lihatlah bagaimana Anwar memaksa Wan Azizah bercakap di seluruh negara tentang baiknya Anwar.

- Lihatlah malangnya Wan Azizah apabila diminta mengosongkan
Kerusi Permatang Pauh untuk diisi oleh Anwar. Perhatikan betapa
hinanya Wan Azizah apabila dipaksa menjadi Presiden PKR yang tidak boleh bersuara.

Wan Azizah adalah lambang penderitaan seorang wanita yang tidak berdaya. Lihatlah raut wajah deritanya. Inilah sepatutnya fokus Wanita Keadilan. Zuraidah wajib jujur berjuang walaupun berada di atas wadah yang tidak pernah ada kejujuran..


4 comments:

Anonymous said...

Huraian yang menarik dan realistik.

Anonymous said...

stupid statement.. baik tutup je blog nie kalau takda idea bro! ingat dosa pahala... hidup kat dunia bukan selama-lamanya....

Anonymous said...

biarkanlah.....wan azizah tu bukan melayu pun...
walaupun ibu aku bukan dalam kategori cantik...tetapi dia menikah dengan bapa aku mengikut adat dan mendapat restu dari arwah datuk dan nenek aku(TAK KAWEN LARI DAN TAK BENARKAN DIRINYA DIBAWA LARI).
datuk aku tak pernah ugut nak menembak bapak aku seperti yang datuk nurul izzah lakukan terhadap PAPA hebatnya.
datuk aku menerima bapa aku dulu bukan kerana bapak aku menteri..bukan kerana bapa aku ada kuasa dan bolih lantikan datuk aku jadi ceo IOI.
BAPA AKU TAK ADA KUASA NAK BAGI WANG JUTA2 DAN PROJEK BILLION RM UNTUK KELUARGA SEBELAH MAK AKU.
BAPAK AKU BUKAN ANUGERAH TUHAN...
bapa aku hanya penjual ikan yang menjaja menggunakan motosikal di kawasan CEROK TOKUN di tahun 70an dulu.
itulah bezanya antara bapak aku dengan lelaki yang yang menjadi laki wan azizah(sepat kering).
bapak aku tak tambah bini dan main belakang walaupun dah buka minimarket di PERDA.

anak macang bubok

dankuala.com said...

anak macang bubok,

Saudara nampaknya mempunyai lebih banyak pengetahuan berbanding saya.
Mari kita bersama berusaha menyelamatkan negarabangsa tercinta ini daripada seorang manusia yang sanggup mengorbankan apa saja termasuk anak isterinya demi mendapatkan kuasa.