Followers

Friday, March 4, 2011

KEMENJADIAN NAJIB DAN KECELARUAN PEMBANGKANG..

TIADA SESUATUPUN BERLAKU SIA SIA.

Kita umat Islam diasuh sejak kecil bahawa tiada suatu perkarapun yang berlaku di atas mukabumi ini berlaku sia sia. Kita diajar bahawa segalanya mempunyai makna melainkan kita tidak mahu berfikir.

Demikianlah saya melihat situasi politik semasa di negara kita. Seakan sesuatu yang agak luarbiasa apabila tsunami politik melanda negara dalam PRU 12.

Ia adalah kejutan. Kejutan yang amat mendidik.

Kemudiannya kita menghadapi begitu banyak PRK yang menjulang nafsu Pakatan Pembangkang, yang akhirnya melekakan mereka.

Akhir akhir ini beberapa PRK terkemudian, menyaksikan UMNO/BN mencipta kejayaan luar biasa. Yang menarik, kesemua
PRK ini menampilkan calon yang tidak tersenarai sebagai 'bakal
calon'.

Jika Merlimau dan Kerdau menghasilkan keputusan yang sama, maka kita boleh katakan bahawa ini adalah ' kemenjadian ' DS Najib sebagai nakhoda parti dan kerajaan.

Ia tidak berlaku ' sia sia' melainkan membawa makna besar jika kita mahu berfikir. Antara maknanya barangkali ialah seorang pemimpin kena , wajib tulus dan tulen.

Kualiti ini sangat jelas ada pada DS Najib. Tidak berlakon, tidak berlebihan dan tidak pula berkurangan. Pada masa Kerajaan tidak mampu, Najib hanya menguruskan ' saguhati' kepada kakitangan kerajaan.

Pada masa kerajaan tidak mampu menanggung subsidi, harga minyak dan barangan dinaikkan dengan kadar yang bersesuaian.

Setakat ini, umum sedar DS Najib bercakap benar. Ini juga ciri pentadbiran Tun Mahathir pada masa dahulu.

Di sudut yang lain Pakatan Pembangkang sedang bertungkus lumus mencari titik mula pergerakan mereka. Segalanya menggambarkan betapa Pakatan sebenarnya tidak pernah sepakat.

Masing masing hilang fokus kecuali DAP yang mengekalkan sikap
chauvinis Cina. PAS dan PKR sebenarnya benar benar bergantung kepada DAP.

PAS paling ketara sangat bercelaru kerana PKR memang tidak sesuai dinilai sebagai sebuah parti. Ia adalah secebis kumpulan yang ditubuhkan bagi menyokong survival seorang individu.

Akhir akhir ini kita menyaksikan PAS telah mengheret dunia untuk sama bergelumang di Kerdau dan Merlimau. Pemberontakan di Tunisia, Mesir, Libya dan Bahrain menjadi bahan ceramah.

Kamal Artaturk dan Dr Yussuf Qardhawi yang tidak mengenali PAS ikut dibawa berpencak. Saya mendengar calon calon mereka terkilan kerana tidak dijadikan bahan ceramah pemimpin PAS.

Segalanya menjadi serba tidak kena. Saya yakin Nik Aziz dan Haji Hadi telah kehabisan bahan. Dengan yang demikian PAS tidak lagi kelihatan yakin dengan keupayaan mereka untuk memenangi pilihanraya.

Lantas, akhirnya sistem demokrasi dipersalahkan. PAS mengajak
rakyat bangkit memberontak. Diawali dengan menyokong HINDRAF. Hakikatnya setakat ini mereka kelihatan gagal.

Anwar Ibrahim sedang dimalukan oleh Karpal Singh dan barisan pembelaannya. Tidak cukup dengan perbicaraan, Karpal meminta bicara dalam bicara. Anwar hampir ketiadaan wajah sebenarnya.

Saya berpandangan Anwar sedang menuju ke noktah karier politiknya.

Kemenjadian Najib dan kecelaruan pembangkang. Mari kita satukan hati dan fikiran kita. Insyaallah kita sedang menuju ke arah Malaysia yang gemilang.



1 comment:

Anonymous said...

Semoga rakyat akan terus membantu DS Najib memacu negara ke arah negara maju.

Semoga rakyat bersabar dengan cabaran ekonomi yang memang agak menekan.

Saya percaya keadaan akan pulih juga.