Followers

Saturday, November 6, 2010

KHAIRY WAJAR BELAJAR

" RAKYAT TIDAK PEDULI KEMEWAHAN KITA "


UMNO/ BN TIDAK AKAN MENANG HANYA KERANA KELIHATAN HEBAT.

Dalam pada kita bersyukur kerana ALLAH berikan kemenangan di Galas dan Batu Sapi, kita juga kena bermuhasabah dan melihat ke dalam diri. Kita adalah parti yang berjasa. Kita banyak pengalaman.
Dalam ' taburan jasa itu' kita dihukum pada PRU 12.

Kita menang di Galas dan Batu Sapi sebahagiannya kerana
" KETOKOHAN NAJIB". Sikap rendah diri, tawadduk dan kesungguhannya merasai denyut nadi rakyat benar benar memikat.
Najib tidak ' kelihatan' seperti ANAK PERDANA MENTERI. Najib seperti pemimpin yang naik dari bawah secara beransur ansur.
Sewaktu Najib bersimpuh bermain congkak di Kampung Baru, Najib kelihatan seperti ' lelaki biasa' yang melayani jiran tetangga.

Sewaktu Najib melawat Pudu Raya dan Brickfields Najib benar benar kelihatan seperti seorang pekerja yang sedang melaksanakan kerjanya.

Inilah yang perlu dipelajari oleh Khairy Jamaluddin dan rakan rakan pemimpin Pemudanya. Kelihatanlah seperti orang biasa. Usah lagi masuk ke kampung dengan ' konvoi kereta mewah' seperti yang berlaku sebelum PRU 12.

Usah lagi memakai uniform dan kelihatan ' gah dan garang'. Jadi orang biasa yang ' terampil ' dengan ilmu pengetahuan. Rendah diri tinggi pekerti.

Rakyat tidak peduli dengan kereta besar kita. Anak anak kampung ada yang jauh lebih mewah kesan sistem pendidikan negara dan peluang yang kerajaan sediakan.

Usah ada pemikiran bahawa ' aku perlu kelihatan hebat'. Belajarlah daripada pengalaman di Galas dan Batu Sapi. Abdul Aziz ' sangat biasa' orangnya berbanding Dr Zulkifli tetapi akhirnya rakyat memilih orang biasa menjadi pemimpin mereka.

Khairy dan rakan rakan sehingga sekarang BELUM MULA mendaftar pengundi baru. 4 juta adalah undi yang boleh mengangkat UMNO atau meruntuhkan UMNO.

Bergeraklah sekarang. Belajar daripada Najib. Ular yang menyusur akar tidak pernah kehilangan bisa.

1 comment:

Ali Abdullah said...

salam,

mohon masukkan link rajahmas ke dalam bloglist tuan..

http://rajahmas.blogspot.com/

Terima kasih