Followers

Tuesday, July 12, 2011

MENCARI MAKNA DI SEBALIK BERSIH 2


Bersih 2 telahpun berlalu beberapa hari. Saya membaca pelbagai kenyataan daripada pelbagai pihak mengulas dan memberi tafsiran mengikut kecenderungan sendiri.

Saya ingin menyatakan pandangan berasaskan pemerhatian saya sebagai rakyat amnya dan sebagai orang Melayu Islam khasnya.

1. Bersih 2 walaupun tidak mencapai target penganjur dari sudut penyertaan tetapi tetap juga berlangsung dan menjadi satu lagi titik hitam dalam sejarah negara.

2. Apakah pendidikan kita telah gagal kerana saya yakin pendemo yang turun berbekalkan emosi benci yang mendalam. Tidak kira apa jua alasan yang diberi, emosi ini adalah emosi ( - ) yang yang pastinya berjaya membenam rasioanal individu terbabit. Pendidikan kita yang bermatlamatkan perkembangan manusia secara seimbang sewajarnya dikaji semula.

3. Langkah langkah pencegahan hakikatnya tidak berlaku. Semua pihak saya lihat mengambil langkah tunggu dan lihat sehingga ke saat akhir.
Menangkap pendemo atau aktivis beberapa hari sebelum 9 Julai adalah langkah menghukum, bukan lagi mencegah.

4. Kerajaan bertindak secara berpetak. Masing masing agak ' tidak berani' barangkali. Hanya Menteri Dalam Negeri sahaja yang mengeluarkan kenyataan.

Itupun pada saya agak longgar dan kurang meyakinkan. Menteri Pengajian Tinggi, Ketua Setiausaha Negara pada saya telah gagal sama sekali mengeluarkan kenyataan jelas dan tegas.

5. Pemimpin BN ( semua parti ) tidak berjaya sama sekali mengeluarkan kenyataan jelas menentang Bersih. Hakikat bahawa Bersih 2 adalah cerita politik kepartian sangat jelas tetapi dibiarkan begitu sahaja.

Apa akan berlaku selepas ini.

Percayalah, sekurang kurang 2 perkara yang merugikan akan berlaku.

1. Kegagalan bertindak tegas terhadap mana mana individu yang menyokong Bersih 2 akan menyebabkan sokongan terhadap pembangkang akan meningkat walaupun mereka sebahagiannya tidak jelas apa yang mereka sokong.

2. Penyokong dan ahli UMNO khasnya di akar umbi akan rasa kecewa kerana Kerajaan UMNO / BN dilihat sebagai gagal dan tidak berani bertindak. Akan timbul nanti perasaan ' apalah UMNO !'.

Ini masa dan ketikanya. Jika kita bertindak betul, kita akan menuai hasilnya untuk anak cucu.


2 comments:

KL BOYZ said...

Kerajaan haru slebih keras lagi dalam hal sebegini, tangkap dan hukum kepala yang mengetuai perhimpunan agar perhimpunan lansung tak jadi...!!!

Anonymous said...

Saudara KL BOYZ,

Inilah sebenarnya yang rakyat terbanyak inginkan. Tanpa ketegasan akan menyebabkan kerajaan kelihatan takut dan tidak yakin.

Kerajaan yang berjiwa kecil tidak akan mampu menjaga rakyatnya.