Followers

Saturday, September 25, 2010

CUEPACS USAH SEKADAR MEMINTA..


KUALA LUMPUR 25 September- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam ( CUEPACS ) yakin kerajaan akan mempertimbangkan permintaan rakyat bagi mendapatkan bonus bagi tahun 2010.

Presidennya , Omar Osman berkata pihaknya berharap kerajaan akan luluskan bonus sebagai bantuan kepada kakitangan khasnya yang berpendapatan rendah.

" Kakitangan awam merupakan tunjang kepada pembangunan negara, dengan itu saya harap tiada pihak yang mempertikai atau menafikan tuntutan ini", kata Omar.

Katanya lagi , " Bonus ini mampu menyuntik semangat untuk kakitangan kerajaan berkhidmat dengan lebih baik dan berkualiti lagi ".

Saya pertamanya ingin mengucapkan tahniah kepada Omar Osman kerana kegigihannya menjaga kebajikan penjawat awam. Nada Omar juga nampaknya lebih lembut berbanding tahun 2008 yang menyaksikan penjawat awam telah ' memberi
sokongan' kepada Pakatan Pembangkang. Implikasinya undi yang diterima oleh kerajaan ketika itu telah merosot.

Dalam masa yang sama saya mengharapkan CUEPACS dapat mendidik ahlinya agar memahami bahawa bonus adalah kemudahan kepada kakitangan awam bukan kewajipan yang mesti ditunaikan.

Yang wajib dan mesti adalah kakitangan kerajaan menumpahkan taat setia tanpa berbelah bagi kepada kerajaan tempat mereka mencari rezeki bagi menanggung keluarga. Menyedari kerajaan tidak sempurna, kakitangan boleh mengkritik dan memberi teguran tetapi tidak wajar mengkhianati.

Sayugia diingatkan bahawa ' menjadi kakitangan kerajaan adalah pilihan sendiri, bukan arahan atau paksaan mana mana pihak.'

Terdapat banyak kepincangan dalam perkhimatan kerajaan yang menuntut penambahbaikan dari semasa ke semasa. Banyak rungutan kita dengar yang implikasi buruknya tertimpa ke atas kerajaan.

Bantuan kebajikan masyarakat, rakyat hidup daif, layanan tidak mesra dan banyak lagi rungutan sepatutnya tidak timbul lagi khasnya apabila kerajaan pimpinan Datuk Najib dengan jelas mengutamakan kebajikan rakyat.

Memohon bonus adalah hak CUEPACS, mendapat kesetiaan adalah hak kerajaan, mendapat perkhidmatan cemerlang adalah hak rakyat. CUEPACS usahlah sekadar meminta tetapi mestilah juga menawarkan yang terbaik.

1 comment:

Anonymous said...

Sebagai kakitangan kerajaan kita tertakluk kepada peraturan..silap buat keputusan..kakitangan kerajaan di persalahkan..tanyalah sesdiapa yang jadi kakitangan kerajaan terutam sekali yg bertugas di jabatan kebajikan masyarakat, kastam ,PDRM, imigeresen dan di pihak berkuasa tempatan..bagaimana serbasalahnya nak buat keputusan..jangan salahkan sepenuhnya kpd kakitangan kerajaan..kalau kerja di JKR..spa yang buat keputusan utk anugerah kontrak dsbnya..ini bukan menuduh..cubalah selidik sebelum membuat tuduhan..kakitangan kerajaan terpaksa akur dgn arahan tangan tangan ghaib