Followers

Sunday, February 27, 2011

KERAJAAN TELAH GAGAL !

" PENGGANAS !! "


Keterbukaan membawa padah.

Dunia mengetahui bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang unik. Kepelbagaian bangsa, agama, adat resam mewarnai Malaysia dengan semua suku kaum menjadi diri mereka sendiri.

Dalam perbezaan ada persamaan. Dalam persamaan ada perbezaan. Inilah anugerah Tuhan kepada kita. Persefahaman yang diamalkan sebenarnya telah melalui satu proses panjang yang ada cabarannya.

Kita tak boleh berpaling dan mengubah apa yang kita ada. Sebaliknya kita perlu melangkah ke hadapan dengan berani dan berhati hati supaya kita tidak terjerumus ke dalam kancah perpecahan sama ada antara kaum atau sesama sendiri.

Dua pihak perlu memainkan peranan dengan berkesan dan bersungguh sungguh. Rakyat dan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Ada perkara boleh rakyat lakukan. Ada perkara perlukan komitmen kerajaan. Justeru itu kita menyeru dan merayu kepada kerajaan agar bertindak tegas dan penuh tanggungjawab mena
ngani isu isu keselamatan negara.

Hari ini HINDRAF sekali lagi berbuat onar. Mereka bukan mencabar undang undang semata mata. Mereka mencabar rakyat
lain yang tidak suka kepada kekacauan.

Apabila kumpulan HARAM mampu bergerak bebas, menghasut dan menimbulkan kebencian, tentunya rakyat berasa pelik. Mungkin akan ada lagi selepas ini, kumpulan lain timbul dengan matlamat yang lain pula.

Saya beranggapan kerajaan telah gagal apabila ada perhimpunan berlaku walaupun melibatkan jumlah yang sedikit. Kerajaan telah gagal apabila terpaksa menangkap ketua kumpulan haram pada hari perhimpunan diadakan.

Saya yakin ramai rakyat percaya kerajaan telah memberi muka kepada kumpulan haram ini untuk beroperasi. Mereka sedang
' menguji ' keberanian kerajaan bertindak. Dan mereka berpandangan kerajaan tidak cukup berani.

Saya bimbang akhirnya akan timbul ' pemikiran' bahawa kerajaan
gagal menjamin keselamatan rakyat terbanyak. Saya bimbang nantinya rakyat akan berasa bahawa kerajaan ini terlalu bertolak ansur dengan kumpulan haram dan bertegas dengan yang halal.

Usah menyesal sekiranya keadaan menjadi tidak terkawal, kerajaan hilang wibawa dan kesejahteraan yang kita banggakan tidak lagi berada bersama kita.


5 comments:

tungkaran hati.blogspot said...

Menteri Dalam Negeri macam tak ada kuasa....! belajarlah dari Dr. M...!

ALahaI sI LunCAi said...

Tungkaran hati,

Bukan Menteri Dalam Negeri je. Kita semua perlu belajar daripada Tun M

Anonymous said...

Memang mengecewakan. Kita terfikir seakan akan ada pilih kasih di pihak kerajaan.

Orang Melayu jadi terpinggir di tanahair sendiri.

Anonymous said...

Persoalan undang undang tidak wajar dilihat dari sudut kaum atau bangsa.
bukan soal Melayu atau bukan Melayu.

Isunya ialah keselamatan negara dan rakyat. Kalau Melayu salah, Melayu juga mesti dihukum.

Sekarang PAS juga telah mula menghasut supaya rakyat bangkit memberontak. Ini juga bahaya. Kita juga mahu rakyat tunjukkan ketegasan

Anonymous said...

PIGI DAHHH!! KENAPA PERKASA DIBIARKAN ? SEBAB ADA MADEY?