Followers

Saturday, October 9, 2010

KATA DUA LIGA ARAB

KATA DUA ITU SEBENARNYA ADALAH RAYUAN/RINTIHAN
KEBENARAN NAJIB TERSERLAH

Negara negara Arab yang bersidang baru baru ini memberi kata dua kepada Amerika Syarikat. Mereka memberikan AS tempoh selama sebulan untuk melaksanakan langkah langkah perlu bagi mempastikan rundiangan damai Israel Palestin diteruskan.

Ada beberapa perkara boleh kita pelajari daripada' kata dua' ini. Kata dua ini sebenarnya adalah rayuan, rintihan dan harapan dunia Arab seluruhnya. Mereka mewakili rakyat Arab. Malangnya mereka juga mewakili umat Islam.

Negara negara Arab adalah negara yang kaya. Hasil minyak mereka boleh membeli AS. Tetapi anugerah ALLAH itu tidak mempunyai makna yang besar kepada mereka. Mereka tidak menguasai ilmunya.

Mereka bergantung kepada AS untuk mengeluarkan hasil minyak. Mereka bergantung kepada AS untuk memproses minyak. Mereka bergantung dan barangkali diperdaya oleh AS untuk survival hidup mereka.

Negara Arab juga tidak bersatu. Islam tidak menyatukan mereka. Bahkan sebahagian daripada mereka menjadikan Islam untuk berpecah belah. Mereka menghafal Al Quran. Mereka memahami maknanya. Malang, mereka tidak mengamalkannya.

Inilah kebenaran Najib. Ini juga yang kerap ditekankan oleh Tun Mahathir dulu.Najib sentiasa bercakap tentang keperluan membangunkan diri. Najib sentiasa menyeru kepada pembinaan manusia.

Najib juga mengajak kepada perpaduan dan penyatuan. Najib memang benar apabila bimbang kepada perpecahan. Perpecahan memjadikan kita bangsa yang lemah.

Liga Arab adalah contohnya. Puluhan tahun memberi amaran. Puluhan tahun memberi kata dua.

Puluhan tahun mereka ditindas. Puluhan tahun mereka dihina dan menderita.Puluhan bahkan ratusan kali mereka merayu dan meminta. sedangkan Islam mahu umatnya menjadi umat pemberi.

Marilah belajar daripada pengalaman mereka. ALLAH tidak jadikan sesuatu atau sesuatu peristiwa sia sia melainkan bagi mereka yang tidak mahu berfikir. Mulai sekarang marilah kita jadi bangsa yang berfikir.

PERNIAGAAN YANG MENGUNTUNGKAN


AGAMA TIDAK DIJUAL OLEH ORANG JAHIL.

RAWATAN TERAPI

Bagi sihir, ilmu hitam, saka, santau dan histeria.

AWAS !! Anda sebenarnya telah disihir jika terdapat tanda tanda ini :-

Sukar tidur malam, malas ke tempat kerja, tidak naik pangkat.

- Sakit tulang belakang, tulang rusuk kiri/ kanan tanpa sebab
- Sakit kepala berpanjangan
- Sakit belakang tulang punggung
- Nampak makhluk halus
- Takut takut sebab


DATANGLAH BERAMAI RAMAI

" JIKA ANDA FIKIR WANG LEBIH BERNILAI DARI KESIHATAN DAN KEBAHAGIAN CUBALAH ANDA SAKIT, MALAH PASTI GUNUNG EMAS BUKAN NILAINYA"

RAWATAN ISLAM MENGGUNAKAN KAEDAH ISLAM.

Saudara fikir dan nilailah. Iklan ini tersiar dalam akhbar akhbar. Inilah hasil manipulasi agama yang pasti akan meruntuhkan tamadun. Bersedialah untuk menghadapi masyarakat penuh syak wasangka. Bersedialah untuk menghadapi masyarakat yang berfikir secara mudah dan penuh prasangka sesama sendiri. Bersedialah untuk melihat Islam diperdagangkan dengan harga yang amat rendah.

Atau sudah sampai masa kerajaan bertindak berani, tegas dan jelas. Ambil tindakan segera sebelum keadaan menjadi semakin parah.

Thursday, October 7, 2010

ANWAR SENDIRI TERPAKSA TURUN PADANG

ANWAR HARAP PENDEDAHAN RAHIMI OSMAN DAPAT MELUNTUR KAGUM DUNIA KEPADA NAJIB

Lawatan kerja dan ucapan yang disampaikan oleh DS Najib Tun Razak dalam persidangan persidangan antarabangsa di luar negara sebenarnya merupakan pukulan hebat kepada kumpulan kerja yang dilantik oleh Anwar Ibrahim untuk menghancurkan reputasi Najib.

Kumpulan yang diketuai oleh Raja Petra Kamaruddin ini secara jelas telah gagal mencetuskan ' rasa curiga pemimpin dunia terhadap Najib '. Samada pemimpin negara Islam atau pemimpin Barat telah menilai sendiri ' kerangka kebijaksanaan dan kematangan kelas dunia' yang Najib tampilkan dalam ucapannya.

Bahkan umum mengakui ucapan Najib tentang Islam jauh lebih jelas daripada ucapan pemimpin Islam lain termasuk Anwar Ibrahim sendiri. Selepas Anwar mendakwa penganut minoriti ditindas di Malaysia , Najib bercakap tentang keharmonian antara agama dengan Malaysia sebagai contohnya.

Menyedari bahawa Najib telah mengubah tanggapan negatif terhadap diri dan kepemimpinannya maka Anwar sendiri terpaksa pergi meninjau kesan lawatan Najib dan Anwar telah bertemu dengan rakan rakan lobi yahudinya yang diketahui umum untuk membentuk atau merancang gerakan baru.

Sempena ketiadaan Anwar juga satu ' kejutan baru' telah dibuat dengan tujuan untuk menangguhkan perbicaraan kes liwat Anwar terhadap Saiful. Memang perancangan amat rapi telah dilakukan supaya Anwar dapat menggunakan pendedahan Rahimi Osman untuk mengaitkan ' teori konspirasi Najib Rosmah' dengan kes liwatnya.

Anwar yang berada bersama rakan rakannya sekarang terpaksa mengarahkan Rahimi untuk tampil sekarang bagi memadam rasa kagum dunia kepada Najib. Sidang media serta merta R Sivarasa, Latheefa Koya dan Saiful Izham mengesahkan teori ini.

Anwar mungkin akan berjaya menangguhkan perbicaraannya tetapi saya yakin Anwar akan gagal meyakinkan dunia bahawa dia di pihak yang betul.

Wednesday, October 6, 2010

RAHIMI OSMAN BUDAK ANWAR IBRAHIM

Ekoran Pendedahan Terkini Isu Liwat Anwar Ibrahim.

Tiba tiba sahaja seorang lagi bekas pembantu khas Anwar Ibrahim iaitu Rahimi Osman tampil mengadakan sidang media. Tiba tiba sahaja Rahimi Osman membuat laporan polis mengatakan beliau dipaksa menandatangani surat akuan sumpah pada JUN 2008.

Maka sudah pasti masyarakat tertanya tanya. Mengapa sekarang ? Mengapa muncul secara tiba tiba setelah segala usaha untuk menggugurkan tuduhan atau menangguhkan prosiding mahkamah menemui kegagalan?

Saya menjangkakan dan amat yakin Rahimi Osman adalah salah seorang pelakon upahan Anwar Ibrahim. Rahimi muncul setelah Anwar melihat tiada pilihan selain menghadapi perbicaraan. Kita bayangkan kesan pendedahan ini.

1. Anwar mendapat sebab untuk memohon perbicaraan ditangguhkan lagi. Anwar dan pasukan pembelaan akan menjadikan pendedahan ini sebagai unsur baru terhadap kes. Laporan polis yang dibuat oleh Rahimi adalah talian hayat bagi Anwar.

2. Pemimpin pembangkang khasnya Anwar akan mendapat bahan kempen yang baik untuk dihidangkan kepada pengundi khasnya di DUN Galas. Pendedahan ini akan dikaitkan dengan penganiayaan, kekejaman UMNO / BN

3. Proses meneliti dan menilai pendedahan dan laporan polis Rahimi akan mengambil masa yang panjang. Segala macam tipu muslihat boleh dirancang dalam tempoh ini. Pihak Anwar akan mempunyai cukup masa untuk mencipta dan mencetus persepsi baru.

Kesimpulannya , saya menganggap ' pendedahan Rahimi Osman ' adalah salah satu plot baru ciptaan Anwar. Berhati hatilah. Kita mungkin terperangkap dan percaya Anwar dianiaya. Kasihanilah Saiful yang menjadi mangsa.

Tuesday, October 5, 2010

KRISIS PAKATAN PEMBANGKANG

BERTINDAKKAH UMNO / BARISAN NASIONAL

Umum mengetahui Pakatan Pembangkang sedang berhadapan masalah besar yang mereka sendiri tidak jangkakan. DAP gagal meneruskan kaedah
' tawanjajah' seperti amalan PAP di Singapura bilamana Kulasegaran mendedahkan kepincangan dalam pentadbiran DAP khasnya di Perak.

Kelihatan bermasalah sudah memadai bagi DAP untuk berasa kecut perut. Selamanya DAP adalah parti yang amat autokratik sifatnya. Dominasi keluarga
Lim nampaknya gagal menyembunyikan nanah dalam DAP.

Rakyat sedar dengan jelas bahawa DAP adalah parti cauvinis Cina. Karpal Singh, Gobind Singh bahkan Kulasegaran sendiri adalah alat semata mata .
Mereka digunakan untuk menggambarkan keterbukaan DAP. Benar, pendedahan Kula adalah bom yang boleh meruntuhkan DAP.


Pakatan Rakyat juga sedang bergelora. Pemilihan cabang di seluruh negara menceritakan segalanya. Ramai menjangka PKR dikuasai Anwar. Rupanya tidak begitu. PKR sebenarnya sebuah parti yang tidak mempunyai makna. Ia adalah pertubuhan tempat mengumpulkan orang orang yang membawa hasrat dan niat peribadi.

Apabila berlaku pemilihan barulah rakyat dapat menilai apa yang selama ini dikatakan perjuangan. Anwar bahkan gagal mengawal anak isterinya apabila bercakap tentang jawatan dan pemilihan. Anwar gagal berkongsi cita cita bukan sahaja dengan ahli bahkan dengan kaum keluarga. Percayalah PKR akan berkubur tidak lama lagi.

PAS juga sedang bergolak. Bukan isu dasar atau ahli. PAS sedang dilanda masalah kepimpinan yang serius. PAS tidak mungkin dapat menyembunyikan keretakan yang berlaku. Pergeseran antara puak Presiden dan puak Mursyidul Am sudah sampai ke peringkat luar biasa.

Pilihanraya Kecil Galas menggambarkan keretakan ini. Masing masing ada calon sendiri. Setakat ini tiada kata sepakat dicapai. Isu moral Salehuddin Ayub sampai sekarang tidak dijawab. Bukan soal benar atau palsu tetapi mengapa orang ' sewarak ' Salehuddin boleh dikaitkan dengan kisah keji seperti itu.

Inilah senarionya. Inilah takdirNYA. ALLAH jadikan semua ini pada masa yang amat kritikal. ALLAH barangkali memberikan peluang kedua kepada UMNO.
Persoalannya adakah UMNO menganggap ini sebagai peluang? Adakah UMNO misalnya menjadikan apa yang berlaku ini sebagai garis mula untuk bertindak?

Adakah UMNO menyedari bahawa apa juga tindakan tidak akan memberi makna selain mencari pengundi baru ? Adakah UMNO sudah bersedia menawan pengundi lama yang sebelum ini tidak menyokong UMNO? Atau adakah UMNO berasa seronok dengan apa yang berlaku dan tenggelam dalam keseronokan ?

Buatlah pilihan, jangan nanti anak cucu menyalahkan kita kerana tidak berbuat apa apa.

Sunday, October 3, 2010

AMARAN RAJA PETRA KAMARUDIN

ORANG MABUK BAGI AMARAN KEPADA ORANG SAKIT

Maka Raja Petra Kamaruddin yang hampir kehilangan nyawa tiba tiba memberi amaran keras kepada DS Anwar Ibrahim. Tentulah sesuatu yang menarik apabila orang yang disuap makan minum, diberikan pondok tempat berteduh, diberikan ruang untuk melarikan diri selepas ' berak di atas jalan ', boleh beri amaran kepada orang yang menaja. TERBALIK.

Ini memberikan banyak makna :-

1. Sebenarnya RPK lebih berkuasa berbanding Anwar. Barangkali terlalu
banyak rahsia Anwar berada dalam genggaman RPK. Atau mungkin juga
benar kata orang, RPK dan Anwar juga suatu masa pernah ada hubungan
istimewa , macam Anwar dengan Azmin.

2. ' Janji PRU 12 ' seperti yang disebut oleh RPK adalah merujuk kepada
janji Anwar kepadanya . Soalnya apakah janji itu ? Bagaimana Anwar
begitu yakin sehingga begitu banyak janji diberi kepada begitu ramai
orang.

3. Ugutan RPK juga sebenarnya menggambarkan betapa RPK sedang
berada dalam keadaan amat terdesak. Janji RPK untuk meruntuhkan
DS Najib dalam tempoh 3 bulan nampaknya telah tidak dapat dicapai.

4. Anwar pula sedang mengalami ' kejutan besar '. Rancangan untuk mem
bolehkan Azmin Ali menang tanpa bertanding tidak mungkin tercapai.
Pelbagai kekecohan yang berlaku dalam pemilihan PKR benar benar
meruntuhkan wibawa Anwar.

5. Tindakan Nurul Izzah bertanding jawatan Naib Presiden sebenarnya
merupakan sabotaj kepada Fuziah Salleh yang merupakan calon
tajaan Anwar.

Kesimpulannya, RPK dan Anwar sama sama berada dalam keadaan terdesak yang amat sangat. Saling memerlukan tetapi tidak mahu mengaku. Kita tunggulah masanya nanti, Anwar dan RPK sama sama runtuh meruntuh.

HARI TIDAK MENULIS


HARI INI IALAH HARI TAFAKUR..HARI BERDOA.

Saya memilih untuk tidak menulis hari ini. Hari ini adalah hari untuk saya tafakur dan berdoa. Hari ini saya peruntukkan untuk berdoa mudah mudahan ALLAH sembuhkan negarawan yang kita kasihi Yang Berbahagia Tun Mahathir yang sekarang sedang sakit.

Sewaktu menghadiri majlis Hari Raya dan majlis perkahwinan hari ini, inilah yang menjadi fokus perbualan. Begitu ramai orang memperkatakan dan berasa risau akan keadaan Tun. Ada yang menganjurkan supaya dibuat majlis solat hajat dan bacaan yassin supaya Tun diberikan kesembuhan.

Saya terperanjat. Terkelu bilamana anak muda bertanya dan berbincang tentang Tun. Saya jangkakan generasi muda tidak kisah. Saya jangkakan mereka tidak peduli. Saya silap. Mereka amat menghargai Tun.

Seorang graduan dari Universiti Yarmouk di Jordan memberitahu saya pengalaman sesat di Jordan pada tahun pertama pengajiannya. Sewaktu bertanya kepada pihak keselamatan , mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik.

Disebut Malaysia mereka tidak tahu. Dia teringat pesanan datuknya yang pernah tersesat di Mekah. Datuknya menyebut Mahathir , pegawai keselamatan itu tahu dan membawanya ke Tabung Haji.

Anak muda ini juga menyebut Mahathir. Pegawai polis itu menyambut
" oh..Malaysia Mahathir , Malaysia Mahathir ".

Pengalaman ini menurut anak muda ini menjadikannya dekat dengan Tun Mahathir walaupun tidak pernah bertemu.

Inilah Mahathir. Inilah juga yang disebut aura. Tun berada di Australia tetapi doa dan harapan rakyat tetap bersamanya. Hari ini saya yakinb bukan sahaja saya bahkan seluruh rakyat sedang berdoa akan kesejahteraan Tun.

Ya ALLAH, Kau Sembuhkanlah Tun Mahathir. Agama, bangsa dan negara masih memerlukan sentuhannya. Amin