Followers

Monday, August 1, 2011

CINA KOMUNIS ADALAH KISAH BENAR !

MASIH ADA TENTERA KITA YANG HIDUP DAN MEMPUNYAI BUKTINYA

Wahab Hamid - Bertempur dengan Cina Komunis di Gua Musang,Kelantan pada 25 Mac 1950.

Pesannya ," Ingat! Kemerdekaan yang dikecapi hari ini boleh dirampas pada bila bila masa oleh musuh negara sekiranya kita lalai dan leka dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Bukan mudah untuk mencapai kemerdekaan. Tolonglah jaga apa yang sudah ada sekarang. Sentiasa bersatu dalam menjaga negara ini ".

Hassim Md Akhir - Bertempur dengan Cina Komunis di Titi Kelawang pada 1951.

" Berjuang sudah jadi darah daging saya dan saya tidak teragak agak untuk kembali berjuang jika keadaan memerlukan saya berbuat demikian ".


Petikan daripada Mingguan Malaysia. Terima kasih MM.


MEMANG ITU CINA KOMUNIS!!

JANGAN BIARKAN CHIN PENG KEMBALI

Semalam saya membaca sebahagian daripada sejarah perjuangan perajurit dan pejuang kita khasnya pada zaman kegaganasan komunis pada tahun 1950 an.

Dalam pada berbangga dengan semangat juang orang orang kita, saya juga terkesan dengan kisah kekejaman komunis. Rupanya bukan sedikit korban yang telah mereka lakukan.

Kepada Ngeh Koo Ham.. jangan lagi terfikir untuk membawa manusia sehina Chin Peng kembali ke Tanah Melayu !

Saturday, July 30, 2011

KITA SEDANG MELANGKAH MASUK...



kita sedang melangkah masuk
ke taman ramadhan yang indah
sekali lagi

ada pohon hidayah
yang rimbun
ada bunga kasih
yang santun

ramadhan ini
ada saudara tidak sempat mengucup sahur
pergi diajak tuhan

ada saudara tidak betah meneguk tarawikh
telah berpergian

demikian tuhan mengatur
ada yang langsung meratip hayat
ada yang pamit mengundur diri.

hayat ini singkat, saudara
kita mungkin tiada lagi ramadhan depan
mari hayati ramadhan ini.


PAK SAMAD YANG MALU...

KERANA AMBIGA , GUGUR PERJUANGAN !

Asalnya Pak Samad Said berjuang demi bahasa. Ini modalnya. Walaupun umum tahu ada keinginan Pak Samad tak dapat kerajaan penuhi.

Seperti biasa, Pakatan bijak mencuri peluang. Pak Samad adalah tokoh yang dokenali ramai. Tapi itu tidak penting. Yang penting Pak Samad adalah orang yang kecewa.

Seperti komunis, Pakatan bijak mengambil kekecewaan orang untuk jadi bahan dan alat. Dengan segera Pak Samad jadi sebahagian daripada perjuangan mereka.

Akhir akhir ini Pak Samad tidak lagi memperjuangkan bahasa. Mendaulatkan Bahasa Melayu bukan lagi agenda Pak Samad.

Pak Samad telah menukarkan matlamat perjuangannya kepada menyuburkan demokrasi. Mengapa ?

Sebagai' pejuang rakyat', Pak Samad sangat rapat dengan Ambiga dan Lim Kit Siang. Kedua dua mereka tidak pernah menghormati Bahasa Melayu sebagai bahasa rakyat.

Demikianlah Pak Samad. Selepas ini belum tahu apa pula nak diperjuangkannya..


Friday, July 29, 2011

MALAYSIA VS SINGAPURA...

BUKTI UMNO TAK BUAT KERJA !

Kita telah sama sama menyaksikan pasukan Malaysia yang sekadar seri dalam perlawanan malam tadi. Kesannya Malaysia gagal melayakkan diri ke pusingan seterusnya setelah tewas perlawanan pertama.

Tapi bukan ini yang mahu saya bincangkan. Saya tertarik dengan semangat tinggi yang anak anak muda kita tunjukkan semasa memberi sokongan kepada pasukan negara.

Mereka menunggu ke minit terakhir walaupun tahu Malaysia sudah pasti tidak berpeluang untuk menang. Inilah patriotik atau cinta negara.

Saya yakin jika dipandu dan dibimbing kecintaan kepada negara ini akan pergi lebih jauh. Mereka yang kasihkan negara pasti tidak akan melakukan sesuatu yang menggugat keamanan.

Mereka yang cinta negara pasti tidak akan bersama membina dan membangunkan negara. Mereka tidak akan termakan hasutan walau dari mana pun datangnya.

Malangnya mereka adalah golongan yang terabai. UMNO khasnya tidak ada program khas untuk mereka. UMNO mengabaikan aset yang amat berharga.

Pembangkang yang rajin dan bijak memanipulasi akhirnya menang dalam usaha menggoda anak anak muda ini. UMNO kekal dengan kepercayaan bahawa ' kita ' pasti menang kerana sejarah membuktikan begitu.

Namun saya mempunyai keyakinan bahawa UMNO akhirnya berkubur kerana mempunyai kepercayaan yang salah !


Monday, July 25, 2011

HANTU DAN PENGUNDI HANTU, KETAKUTAN YANG TIDAK PERNAH BERASAS.

ORANG MELAYU TERPEDAYA SECARA MUDAH.


1. Akhir akhir ini , masyarakat dihidangkan dengan begitu banyak cerita hantu samada di pawagam mahupun di kaca TV. RTM dan TV3 berlumba lumba menyajikan kisah yang pada pandangan saya amat tidak masuk akal dan sama sekali tidak membantu menjayakan hasrat dan matlamat negara.

Dalam masa yang sama pusat rawatan tradisional turut tumbuh seperti cendawan termasuklah yang menggunakan nama rawatan Islam. Saya diberitahu bahawa untuk kebanyakan penyakit, hantu dikatakan sebagai antara punca utamanya.

Baru baru ini seorang rakan bertungkus lumus menyediakan 40 jenis kuih bagi memenuhi syarat membunuh hantu yang menyebabkan ibunya sakit. Setelah berjaya, ibunya masih sakit dan kemudiannya terpaksa dibawa ke hospital kerajaan.

Kajian dan rawatan doktor mendapati ibu ini mengalami masalah kencing manis yang serius dan kini sedang mengalami proses pemulihan setelah mendapat dan mengikut nasihat doktor.

Rakan saya sehingga sekarang masih tidak berpuas hati kerana tertipu oleh bomoh yang mengatakan bahawa ibunya memelihara hantu yang tidak dijamu dengan betul.

2. Di sisi yang lain, PAS sedang sedaya upaya menghasut rakyat untuk mempercayai bahawa selama ini mereka gagal akibat wujudnya pengundi hantu yang memenangkan UMNO.

Segala jentera parti digunakan untuk menyebarkan kepercayaan ini sehingga timbul keyakinan dalam kalangan penyokong mereka bahawa memang benar penipuan berlaku.

Yang menjadi pertanyaan ialah mengapa SPR melayan dakwaan ini sehingga ianya seakan akan perkara yang benar benar berlaku.

Sehingga sekarang, setelah bertahun tahun , pihak yang membuat dakwaan tidak pernah mengemukakan bukti secara sahih. Manakala mereka terus menyertai pilihanraya dengan ' kesedaran' mereka akan kalah kerana penipuan.

Akhirnya, saya kadangkala tertanya tanya, mengapa hanya orang Melayu Islam sahaja yang begitu ghairah dan percaya kepada 'hantu'?



Friday, July 22, 2011

PEMBUNUH SEBENAR BAHARUDDIN AHMAD DIKENALPASTI !

PAS, AMBIGA, BERSIH 2 WAJIB BERTANGGUNGJAWAB.

Sekiranya kita menggunakan rumus yang sama yang digunakan oleh Pakatan Pembangkang, maka kita akan mendapat jawapan siapa yang sewajarnya dipertanggunjawabkan terhadap kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad.

DAP telah menstruktur pemikiran keluarga Teoh Beng Hock dan penyokong mereka , bahawa jika pun benar mendiang membunuh diri ia adalah disebabkan 'gangguan terhadap emosi mendiang '.

Gangguan ini adalah kesan tekanan yang diterimanya semasa soal siasat oleh para penyiasat SPRM.

Tekanan emosi boleh berlaku dengan pelbagai cara. Saya berpandangan Allahyarham Baharuddin juga turut mengalami tekanan yang sama. Ucapan ucapan pemimpin pembangkang, rangsangan mereka, hasutan rakan rakan boleh juga menjadikan emosi Baharudin tertekan.

Tekanan yang kuat ini akhirnya menjadi gangguan yang menyebabkan Baharudin tidak bertindak betul. Dalam kesedaran bahawa kesihatannya tidak sesuai untuk menyertai Bersih 2, beliau tetap menyertainya.

Beliau juga didapati bertindak berlebihan apabila ' melarikan'diri dalam keadaan cemas dan bimbang melampau. Ini yang menyebabkan beliau tumbang dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir.

Secara mudah mari kita membuat rumusan, bahawa jika PAS tidak melakukan rangsangan dan hasutan melampau, Baharudin tidak akan menyertai Bersih 2. Beliau tidak akan tumbang dan pasti beliau tidak akan meninggal dunia di situ.

Sebagai permulaan, mari kita membuat kesimpulan awal bahawa Baharudin sebenarnya dibunuh oleh PAS dan rakan rakan mereka !