Followers

Monday, August 29, 2011

SEMOGA ANAK CUCU DAPAT MERAYAKANNYA


MERIAH HARI RAYA TAHUN INI. ALHAMDULILLAH. MARI KITA BERDOA DAN BERUSAHA MUDAH MUDAHAN ANAK CUCU KITA DAPAT MERAYAKAN HARI RAYA SEMERIAH KITA DI MASA MASA AKAN DATANG.

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN.

Saturday, August 27, 2011

ALLAH TIDAK PERNAH SILAP !


Seorang rakan semalam menyatakan kebimbangan apabila laporan media berkaitan perbicaraan DS Anwar Ibrahim kelihatan semacam memihak kepada tertuduh.

Pelbagai hujah yang dibuat oleh peguam bela dan para saksi nampaknya seolah olah banyak kecuaian teknikal berlaku mulai daripada mangsa mengadu hinggalah kepada tahap sekarang.

Saya percaya ramai juga pembaca mempunyai pandangan serupa. Kita bukan peguam tetapi saya mempunyai keyakinan yang bulat. Akhirnya ALLAH menjadi penentu.

Kita juga mungkin dapat membuat beberapa jangkaan berasaskan apa yang berlaku.

1. Anwar memilih untuk berceramah dan bukan membela diri. Para pemimpin, hakim, polis dan ramai lagi yang lain menjadi sasaran. Ini menggambarkan bahawa Anwar tahu bahawa beliau akan ' sabit '.

Oleh yang demikian beliau bersiap sedia membuat 'tapak '. Jika Hakim memutuskan beliau bersalah, pasti dengan segera beliau akan mengingatkan kepada pembelaannya. Hakim tidak adil.

2. Saksi yang memberi keterangan sekarang ialah saksi pembela. Pasti
mereka bekerja dan dibayar untuk Anwar. Sebab itu semua pandangan mereka adalah pandangan yang memenangkan Anwar.

3. Tidak ada sesiapapun tampil menafikan dengan bukti bahawa mani Anwar berada dalam dubur Saiful. Kajian juga membuktikan bahawa tidak ada sesiapapun boleh memasukkan mani orang lain ke mana mana tempat melainkan dengan kehendak sendiri.

Apa pun mari kita berdoa, mudah mudahan ALLAH tampilkan kebenaran. Yakinlah bahawa ALLAH tidak pernah silap


Wednesday, August 24, 2011

NAZRI AZIZ CARI PENYAKIT ?

DAKWA PEMBANGKANG TERKEJUT BERUK !

Sebenarnya saya juga bersetuju bahawa pembangkang memang terkejut beruk. Hakikatnya ada ungkapan lain yang lebih sesuai digunakan. Barangkali ia mencerminkan keadaan yang lebih tepat.

' Terkejut Babi '. Binatang ini jika terkejut akan melanggar apa sahaja yang ada di hadapan. Bagi kebanyakan kes babi ini akan mati tertembak sebab berbanding beruk yang menjauhkan diri, babi mengambil pendekatan menyerang.

Mengenali Nazri Aziz, umum menyedari bahawa Nazri tidak pernah berasa bimbang untuk menyatakan pandangan. Selalunya pandangan Nazri sangat tepat dan jelas.

Pembangkang tidak mahu sebarang kajian dibuat terhadap sistem pilihanraya di Malaysia. Mereka tahu jika adapun kelemahan, kelemahan ini adalah perkara biasa yang berlaku dalam mana mana sistem.

Buat apapun mereka akan menolak. Mereka telah menyediakan alasan dan hujah. Mereka sedang dilanda ketakutan kerana janji PRU 12 tidak ada yang mereka tunaikan.

Tahniah kepada kerajaan. Saya percaya jika tidak kerana pembangkang bersuarapun kerajaan sentiasa melakukan penambahbaikan.

Dan saya juga pasti, selalunya bila Nazri Aziz keluarkan kenyataan, pembangkang hampir tiada ruang untuk menyerang.


Sunday, August 21, 2011

PAKATAN MEMANG MAHU PILIHANRAYA DITANGGUH !

KIRANYA UMNO SUDAH BERSEDIA INI MASA TERBAIK...

Jika ada orang menyangka DS Najib pemimpin yang lemah, orang itu sebenarnya telah melakukan kesilapan yang besar. DS Najib nyata jauh lebih bijak dan cekap mentafsir.

Dalam pada Pakatan Pembangkang ghairah menimbulkan pelbagai tohmahan terhadap SPR dengan tujuan untuk mencetuskan persepsi negatif dalam kalangan rakyat, DS Najib tampil dengan cadangan berani membentuk JK Peringkat Parlimen bagi mengkaji dan melakukan penambahbaikan.

Inilah ketakutan pembangkang. Mereka tidak mahu kajian dibuat. Tambahan lagi mereka diletakkan sebagai sebahagian daripada JK tersebut.

Apakah mereka sebenarnya mahukan penambahbaikan dibuat ? Tidak.
Mereka mahu pilihanraya 13 dijalankan dalam ' semarak kesangsian' rakyat.

Pembangkang sudah menjangka ombak PRU 12 tidak akan berlaku lagi. Mereka telah gagal menunai segala janji. Mereka mahu alasan untuk diberikan kepada dunia jika undi mereka merosot.

Sebagai rakyat, kita berharap DS Najib tidak akan terpedaya. Kita teruskan PRU 13 dalam masa yang sama melakukan apa jua usaha penambahbaikan.

Syabas DS Najib. Cuma kebimbangan kita ialah adakah UMNO sudah bersedia ? Selain jentera adakah ahli dan pemimpin UMNO bersedia untuk mengatakan bahawa siapa jua calon yang ditentukan oleh pucuk pimpinan adalah yang terbaik ?

Jika ini boleh dilakukan maka kita ingin mengesyorkan kepada DS Najib, mari kita buktikan sekarang betapa kerana kita berjasa kepada rakyat kita tidak bimbang untuk dinilai...



Wednesday, August 17, 2011

BAZAR RAMADHAN TERAKHIR !

TERDAPAT UNSUR BERTENTANGAN SYARAK..

Ia belum berlaku. Tetapi tidak bermakna ia tak akan berlaku. Bazar Ramadhan mempunyai banyak makna. Ia membuka ruang berniaga yang luas kepada umat Islam. Ia juga membuktikan rakyat kita tidak menderita seperti mana yang didakwa pembangkang.

Jika Bazar Ramadhan boleh menunjukkan kekuasaan Melayu Islam, maka saya tidak akan terperanjat jika selepas ini akan ada fatwa yang mengharamkannya.

Bermula dengan larangan sambutan maulidur rasul hingga kepada nasihat melarang bacaan ayat suci Al Quran menggunakan pembesar suara.

Segalanya ada pertentangan dari segi syarak mengikut ajaran PAS yang mendapat nasihat DAP. Pada zaman Rasullullah tiada disebut Bazar Ramadhan.

Kemudian ia juga mengganggu lalulintas. Ada orang bukan Islam terganggu perjalanan mereka kerana Bazar Ramadhan. Islam menurut PAS sentiasa menjaga keharmonian penganut agama lain.

Didapati juga percampuran lelaki dan perempuan tanpa kawalan. Ini juga bertentangan dengan syarak.

Saya percaya bercampur sedih. Satu ketika Bazar Ramadhan dilarang kerana DAP tidak gembira dengannya...


Tuesday, August 16, 2011

HISHAMUDDIN SUDAH ADA RAKAN BARU ?



Sebelum ini DS Hishamuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri amat dikenali sebagai menteri amaran. Memang sejak mula memegang jawatan Ketua Pemuda lagi Hishamuddin telah mengeluarkan begitu banyak amaran kepada pelbagai pihak.

Setelah menjadi Menteri KDN kecenderungan ini nampaknya berterusan sehingga setiap amaran beliau menjadi tidak berharga. Tidak dipedulikan.

Kini kita telah menemui seorang lagi tokoh yang mula memberi amaran.
Hakim Zabidin Md Diah baru baru ini sekali lagi mengeluarkan amaran keras kepada pasukan pembelaan Anwar Ibrahim agar tidak lagi berhelah bagi menangguhkan perbicaraan.

Perbicaraan ini barangkali paling banyak ditangguhkan dalam sejarah.Rakyat telah bosan dan hilang kerpercayaan. Sistem kehakiman seperti mengikut telunjuk Anwar.

Sekali ini rakyat berharap, mudah mudahan hakim Zabidin tidak menjadi regu kepada Hishamuddin yang diyakini telah tidak mungkin berubah.


Monday, August 15, 2011

JIKA BERTEMU ULAR DAN MUSTAFA ALI, WAJIB MUSTAFA ALI DIPUKUL DULU !


Saya selamanya tidak pernah percaya bahawa PAS berhasrat untuk menegakkan Islam. Jika dilihat keadaan semasa, tidak ada satupun syiar berjaya dibangunkan oleh PAS dalam janji untuk membangunkan Islam.

Tetapi saya tidak menjangka PAS sanggup menggadaikan Islam dengan harga yang amat murah. Kes serbuan JAIS ke sebuah gereja menjadi bukti 'pengkhianatan' PAS terhadap agama.

Terbaru, kenyataan Mustafa Ali hari ini. Katanya usaha menyelamat umat Islam daripada dikristiankan adalah satu perangkap UMNO.

Bahkan Mustafa Ali mendakwa mendapat maklumat daripada dalam JAIS sendiri. Kenyataan ini membawa makna

1. Tidak penting jika ada usaha memurtadkan umat Islam. Murtadlah asalkan PAS mendapat undi.

2. PAS sebaliknya cuba memecahbelahkan JAIS yang dilihat tegas dalam menjaga maruah umat Islam.

3. Di atas usaha jahat Kristian menghina Islam, PAS tetap juga melihat UMNO sebagai musuh utama.

Saya percaya pendirian Mustafa Ali adalah pendirian PAS. Maka yakin dan percayalah selepas ini akan ada usaha menyebarkan agama lain terhadap umat Islam kerana ada PAS sebagai penyokong mereka.